"Ia memang sedang berlangsung. Selangor umpamanya selesai, Pulau Pinang satu (kerusi), Kedah satu (kerusi), Perlis satu (kerusi) setakat yang saya diberi maklum, Perak dua (kerusi), jadi maknanya 90 peratus sudah selesai.
"Kalau selesai semua tak ada kerja pula Majlis Perunding," kata Anwar berseloroh pada sidang media mingguan PKR, di sini, hari ini.
Sementara itu ditanya berhubung permintaan DAP untuk menambah bilangan kerusi, Anwar berkata, perkara itu belum sampai secara rasmi kepada beliau.
Bagaimanapun katanya, tradisi dalam Pakatan Rakyat membenarkan permintaan seperti itu dan ia akan dibincangkan.
"Kalau minta melebihi munasabah tak boleh diterima, tapi ia dibenarkan," kata Anwar.
"Pas, PKR dan DAP minta beberapa kawasan. Kebetulan kenyataan dari DAP. PKR begitu, Pas juga begitu. Dalam perbincangan di kawasan yang dianggap punya keupayaan menang lebih baik
baik," tambah beliau.
Menurut Anwar, kaedah pembahagian kerusi Pakatan Rakyat adalah berasaskan pilihan raya umum yang lalu.
"Kita guna dasar 2008 kemudian ditambah, dikurang dan ditukar," jelasnya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam konvensyen parti itu baru-baru ini meminta kerusi tambahan untuk DAP dan pihaknya akan menampilkan calon-calon mengikut kelayakan serta mempunyai peluang cerah untuk menang PRU13.
Beliau berkata, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.
"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya.
Bahkan katanya, DAP juga akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan kaum itu./SinarHarianOnline
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...