Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 31, 2012

Mari Sokong!!!!!! Wan Azizah lancar Facebook wanita Malaysia tentang jenayah


MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pagawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala telah menghabiskan masa sepanjang Julai mempertikaikan kenyataan kami bahawa kadar jenayah telah meningkat di Malaysia.

Mereka sebaliknya yakin jenayah adalah di bawah kawalan dan menurun kerana mereka masih menunjukkan statistik jenayah yang disediakan oleh Pemandu.

Tetapi, pada masa yang sama, mereka telah mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk memerangi jenayah, seperti MyDistress, Semakan Jenayah Online, meningkatkan pengambilan Rakan Cop dan pembiayaan serta jawatankuasa khas mengenai mangsa jenayah.Semua ini masih lagi dalam perancangan.

Apakah ini reaksi mereka terhadap kenyataan kami bahawa jenayah di Malaysia telah meningkat? Ini menunjukkan bahawa apa yang telah kami kemukakan adalah benar.

Ini meningkatkan rasa bimbang akan keselamatan ahli keluarga, rakan-rakan saya dan orang awam.

Jadi, hari ini saya melancarkan satu kempen untuk membanteras jenayah sebagai satu agenda nasional.

Sebagai seorang ibu dan nenek, saya menjemput semua ibu untuk turut serta berkempen di halaman Facebook saya "Ibu-ibu Malaysia Menentang Jenayah" - (https://www.facebook.com/mumsXcrime).

Laman Facebook ini terbuka kepada semua terutamanya wanita untuk memberikan sokongan terhadap kempen kami membanteras jenayah dan berkongsi idea bagaimana untuk menangani kadar jenayah di Malaysia.

Maklumat terkini seperti gambar, video tentang kegiatan jenayah bolehlah dikongsi bersama di halaman ini. Inilah peluang kita sebagai rakyat Malaysia untuk terlibat sama dan bekerjasama dalam menyedarkan rakyat tentang keselamatan di dalam negara kita.

Marilah kaum ibu semua, kita bersatu dalam menyuarakan perpaduan untuk memerangi jenayah. Kita mesti buktikan bahawa kita bukan kelompok minoriti. Ayuh kita bersatu dengan menyebarkan kempen ini agar suara rakyat akan menjadi lebih kuat demi keselamatan negara.

* Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!! 

14 kerusi Sabah untuk Pakatan? - Dr Dzulkefly Ahmad

Harakahdaily, 30 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini.

Ini bermakna, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam satu tulisannya.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini ramalannya ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah-mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," tulis beliau.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Kejutan buat Najib bukan kepalang, amat menyiksakannnya. Mimpi ngerinya semakin menjadi realiti, tambahan masa bukan disebelahnya untuk membuat apa jua percaturan strategik kecuali memandang ke hujung tahun atau dilajakkan ke tahun depan," ulas beliau ekoran kenyataan kedua-dua anggota Parlimen BN dari Sabah itu.

Bagi beliau, tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sejak akhir-akhir ini hanya menjaga kepentingan dirinya sahaja tanpa memikirkan BN secara menyeluruh.

"Apakah maknanya bagi Najib yang mengikut kajian mutakhir Merdeka Centre bahawa ‘tahap keyakinan’ atau ‘Approval Rating’ pada paras 64%, (Jun) menurun 1% dari bulan Mei (65%), sementara tahap keyakinan kepada parti dan BN yang dipimpin terus mengalami penghaksian sokongan ke paras 42%," kata AJK PAS Pusat itu.

Bagi beliau, Najib hanya mahu pujian dan pengiktirafan rakyat maka dia terus memberi – BRIM 1 dan kini bonus dan sebagainya.

"Kesemua untuk membuktikan bahawa beliau peka dan prihatin kepada rakyat sementara kesan pemberian itu tidak lagi seperti dulu,begitu hebat dan mendalam, termasuk kepada peneroka Felda mutahkir ini," tulis beliau.

Pada pendapat beliau, rakyat umumnya semakin membenci tindakan pemimpin yang cuba untuk memujuk dan menggula-gulakan rakyat seperti.


Tidak kira dari BN atau Pakatan penolakan rakyat terhadap kepimpinan ‘populist’ seperti ini semakin ketara, dakwa beliau.

"Kecuali golongan yang boleh terus ditipu dan dibeli dengan pelbagai ‘pemberian’ ini, rakyat umumnya sedang menyaksikan gelagat kepimpinan Umno-BN yang semacam cacing kepanasan mutakhir ini," katanya lagi.

Bagi beliau, masa untuk berubah telah sampai.

"Mampukah rakyat lakukan perubahan ini? dan Mampukah Pakatan mengisi pengharapan rakyat nanti?" soal Dr Dzul.

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!  

Rakyat berhak tentukan hudud, bukan Karpal - PAS

KOTA BHARU - Biarkan pelaksana hukuman hudud ditentang keras Pengerusi DAP Karpal Singh, Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi khususnya pilihan raya.

“Dalam soal ini, rakyat memainkan peranan utama, contohnya, Pas tidak bersetuju perjuangan menegakkan negara sekular, tetapi kita hendak halang macam mana sebab rakyat yang menentukan perkara itu,” katanya kepada pemberita.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan DAP tetap menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini biarpun mengakui Islam agama rasmi negara mengikut perlembagaan.

Dalam kenyataan itu, Karpal berkata, kenyataan itu adalah pendirian DAP bukan pandangan peribadinya.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah itu menegaskan Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu.

“Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju. Di sini usaha kita ialah berterusan memberi penjelasan kepada rakyat dan biar rakyat membuat keputusan,” katanya.

Mohd Amar yang dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa teknikal hudud Kelantan menyifatkan penentangan daripada Karpal itu bukan suatu perkara yang luar biasa memandangkan Umno sendiri tidak menyukai pelaksanaan hukum itu di negara ini.

Malah beliau berkata, MCA turut menolak undang-undang Islam itu dengan menyuarakan hasrat akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekiranya Umno menyokong hudud.

“Dari segi politik bukan satu benda yang pelik sebab MCA sendiri pun menentang undang-undang hudud dan bila Adun Kemelah mencadangkan supaya Johor melaksanakan undang-undang hudud, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggunakan istilah keras, jadi saya rasa lebih teruk lagi dari DAP,” katanya.

Bagaimanapun Mohd Amar berkata, Pas menghormati pendirian DAP tersebut dan tidak menjangkakan DAP boleh menerima secara terbuka memandangkan berkemungkinan tidak memahami sepenuhnya tentang hukum tersebut./SinarHarian

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!! 

Isnin, Julai 30, 2012

Pakatan Rakyat rancang naik taraf sistem pengangkutan awam - Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR 30 Julai: Satu pembentangan khusus akan dibuat Pakatan Rakyat sebagai penyelesaian konklusif berhubung sistem pengangkutan awam di seluruh negara.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dalam masa Pakatan Rakyat menawarkan pelupusan duti eksais ke atas kereta, usaha peningkatan kualiti sistem pengangkutan awam turut diberi perhatian serius.

“Ia memakan belanja besar dan mengambil tempoh panjang untuk dilaksana iaitu empat hingga lima tahun. Kerajaan sebelum ini menggunakan alasan menaikkan harga minyak, dan wang itu akan digunakan bagi menaiktaraf sistem pengangkutan awam.

“Tapi kita tak nampak apa-apa, malahan keadaan makin teruk,” kata Rafizi sambil menambah, antara cadangan menaiktaraf pengangkutan awam termasuk rangkaian bas awam yang lebih kerap dan kemas.
“(Malangnya) Kerajaan belanjakan sehingga RM100 bilion untuk membina MRT (Mass Rapid Transit) yang hanya akan siap pada 2017 atau 2018,” katanya kepada Keadilan Daily.

Tambah beliau, struktur pelupusan duti eksais ke atas kereta memberi manfaat besar kepada penduduk di luar Lembah Klang berikutan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur sangat kritikal.

“Di Sabah dan Sarawak misalnya, (sistem pengangkutan awam) lebih teruk. Mereka terpaksa guna 4WD (kenderaan pacuan empat roda). Pendekatan ini (pelupusan duti eksais kereta) tak menggangu struktur asas pengangkutan awam.

Jelas Rafizi, melalui skim baru tersebut, secara automatik rakyat Malaysia yang membayar ansuran bulanan kereta dapat menjimatkan wang berjumlah RM400 hingga RM500 setiap bulan.

“53 peratus isi rumah di Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Mereka belanjakan separuh pendapatan bulanan mereka hanya untuk membayar ansuran kereta.
“Sementara mencari penyelesaian pengangkutan awam, dalam masa sama kita kena selesaikan disposable income (pendapatan boleh guna),” kata Rafizi./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Sabah untuk pemimpin Sabah yang baik - Anwar Ibrahim

Harakahdaily, 29 Jul 2012
TUARAN: Rakyat Sabah diajak agar memilih pemimpin yang tepat untuk negeri itu bukan sekadar "Sabah untuk orang Sabah sahaja."


(Anwar berucap di Tuaran hari ini sempena pengisytiharan Wilfred keluar BN)

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.

"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.

"Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.

Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.


Janji Pakatan


Dalam ucapan itu, Anwar juga mengulangi janji Pakatan Rakyat sebelum ini akan memberikan 20 peratus royalti minyak kepada semua negeri yang mengeluarkan minyak di negara ini termasuk Sabah.

Beliau yakin, dengan penjimatan dan urustadbir yang baik, kerajaan mampu menjimatkan RM20 bilion setahun dari ketirisan akibat salah guna kuasa dan korupsi sekarang ini.

Beliau juga mengumumkan, harga petrol akan diturunkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara.

"Hari ini menang, esok saya akan umumkan penurunan harga petrol," kata beliau.

Beliau juga memberikan jaminan tidak akan melakukan politik dendam apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

"Saya berpengalaman di penjara, dipukul, ditelanjang dan sebagainya. Mereka ingat bila kita menang kita akan lakukan semua itu.

"Tidak. Kita tidak akan lakukan politik dendam. Apa yang kita mahu adalah negara ini ditadbir dengan baik dan melaksanakan politik bersih," kata Anwar.

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Ahad, Julai 29, 2012

DSAI akan bawa isu pembunuhan umat islam burma di mata dunia

Syabas DSAI cepat memberi respon kepada isu umat islam di burma.
DSAI akan membawa usul isu ini ke luar negara seperti Turki, Mesir, Tunisia, Indonesia, japan.

Sabtu, Julai 28, 2012

Panas Terkini!!!! Timbalan Menteri Lajim letak jawatan Umno, Pengerusi BN


Lajim nafi keluar Umno, sertai pembangkang
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin melambai tangan
sebelum beredar dari bangunan Parlimen di sini, hari ini. -Foto Bernama


KOTA KINABALU - Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.
Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.
Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan./SinarHarian

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

SPR Jahanam Kena Warning!!!!

SPR dituntut tumpu penyelesaian, bukan penjelasan – Bersih
(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 27 Julai: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membidas buku terbitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ‘Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan’ kerana tidak menumpukan penyelesaian membersih pilihan raya sebaliknya memilih mempertahankan tindakan suruhanjaya itu.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga berkata, SPR gagal menangani penyelewengan daftar pemilih tetapi dalam buku tersebut, SPR menggambarkan mereka berkuasa menangani kebimbangan yang dibangkitkan Bersih dan kumpulan reformasi pilihan raya.

“Kami mengekalkan usaha SPR membersihkan daftar pemilih. SPR gagal menangani secara terperinci penyelewengan daftar pemilih. Dalam buku tersebut, penipuan pilihan raya ditolak sebagai kesilapan perkeranian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ambiga berkata, SPR juga meletakkan tanggungjawab warganegara dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk melaporkan kematian kepada SPR.
Kata beliau, pendekatan SPR itu salah dan sepatutnya suruhanjaya itu perlu menjalankan pemeriksaan berkala terhadap senarai daftar pemilih.

“Jika pengundi berumur lebih 100 tahun, adakah dia masih hidup? SPR mempunyai akses kepada maklumat tempat tinggal pengundi. SPR boleh menghantar pasukan untuk mengesan pengundi tersebut,” katanya.
Dalam isu lain, Ambiga turut membidas kenyataan dalam buku SPR itu kononnya kad pengenalan lelaki yang berakhir nombor genap adalah perkara biasa.

Menurut  Ambiga lagi, SPR sepatutnya proaktif mengenal pasti ketidaksepadanan nombor kad pengenalan dengan jantina.
“Kes ketidaksepadanan jantina diperhatikan dalam pangkalan data SPR sendiri di mana orang Melayu dengan nama-nama lelaki (yang ditunjukkan oleh “Bin”) dan India dengan nama-nama lelaki (ditunjukkan oleh “A/L”) telah diklasifikasikan sebagai wanita dan sebaliknya.

“Siasatan menyeluruh kes-kes ini akan menunjukkan jika kesilapan-kesilapan ini adalah hasil daripada kesilapan kemasukan data SPR sendiri atau jika mereka berasal dari pangkalan data JPN,” kata Ambiga.
Justeru Bersih menyeru SPR menjalankan siasatan rapi untuk mengenalpasti kelemahan yang disebut di dalam buku tersebut.

Ambiga turut mengulagi desakan supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan jika beliau gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan suruhanjaya tersebut./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Isu air: Rakyat Selangor mesti bersatu...

Aspan Alias, 28 Jul 2012
Isu bekalan air terawat menjadi isu dan modal ‘desperado’ UMNO untuk menawan kembali Selangor, negeri terkaya negara ini oleh BN dalam pilihanraya yang akan datang. Isu ketidakmampuan Syabas untuk merawat air dengan ‘capacity’ secukupnya menjadi umpan bagi BN untuk merendahkan kredibiliti kerajaan pimpinan TS Khalid Ibrahim dengan satu ‘ultimate’ iaitu untuk mendapatkan kembali Selangor di bawah tadbiran BN dan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
Kerajaan Pusat telah mengugut rakyat Selangor yang negeri itu akan kekurangan air dalam tahun 2014 dan akan menghadapi kekeringan air yang paling buruk dalam sejarah negara, kononnya. Kita memahami apa tujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyebelahi Syabas walaupun Syabas telah menyeleweng daripada asas dan matlamat penubuhannya.

Sekarang kerajaan Selangor sedang mendesak supaya Tan Sri Razali Ismail dan Ketua Eksekutifnya untuk meletakkan jawatan kerana mereka adalah bertanggungjawab di atas segala kelemahan yang ada pada syarikat Syabas ini. Razali yang sedang dibayar sebanyak RM5.1 juta gaji setahun harus meletakkan jawatan kerana dengan perletakan jawatan mereka ini sahaja Selangor akan membelanja peruntukan sebanyak RM225 juta untuk mitigasi 2 bagi meningkatkan kecekapan dan kapasiti untuk merawat air bersih untuk Selangor dan Wilayah yang berhampiran.

Kerajaan Persekutuan sedang menyebelahi Syabas bukan kerana apa tetapi semata-mata kerana politik BN untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor. Tidak ada siapa yang menahan Putrajaya untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor asalkan sahaja pengambilalihan itu dilakukan dengan sistem demokrasi dan semangatnya yang tulen.

Tetapi Putrajaya memilih untuk mengambil alih secara kotor kerana dengan cara ini sahaja mereka beranggapan sebagai cara yang ada untuk menumbangkan kerajaan Selangor yang sedang berhempas pulas untuk membersihkan kekotoran yang dilakukan oleh BN semasa memerintah negeri itu selama lima dekad yang lalu. UMNO terlalu sibuk untuk mengambil alih kerajaan yang telah disalahtadbir selama lima dekad. Apa yang anehnya orang-orang yang telah merosakkan UMNO dan kerajaan Selangor dahulu pula yang sibuk untuk kembali memerintah.

Dalam konteks ini kerajaan Selangor wajar mengambil alih Syabas yang di belakangnya adalah ‘warlord-warlord’ UMNO yang mahu mengambil kesempatan dengan pembekalan air ke Selangor. Sebab dan alasan bagi Selangor mengambil alih Syabas ini mempunyai asas yang amat kukuh. Syabas telah melanggar banyak klausa-klausa dalam perjanjian dengan kerajaan negeri Selangor.

Konsesi ini sepatutnya boleh dibatalkan begitu sahaja dan Selangor mengambil alih Syabas tanpa ragu-ragu lagi. Syabas telah tidak menghormati perjanjian untuk mendapatkan bekalan paip dari sumber tempatan tetapi sebaliknya meng’import’nya dari Indonesia dan jumlah harga bekalan itu hampir mencecah RM400 juta. Syabas juga telah membelanjakan wang sejumlah lebih dari RM50 juta berbanding dengan jumlah RM23 juta sebagaimana dalam perjanjian itu.

Mengikut perjanjian kontrak-kontrak sepatutnya diberikan melalui tender terbuka tetapi Syabas telah memberikan kerja-kerja kontrak itu melalui rundingan terus dan jumlahnya lebih dari setengah billion ringgit.

Justeru usaha kerajaan Selangor untuk mengambil alih Syabas itu adalah wajar dan mengikut lunas-lunas undang-undang semata-mata untuk menjamin kestabilan pembekalan air bersih yang secukupnya menjelang tahun 2015 nanti. Tetapi kerajaan dan pemimpin-pemimpin persekutuan memilih untuk memihak kepada Syabas semata-mata kerana mahukan ‘mileage’ politik dan sanggup menjadikan rakyat Selangor sebagai mangsa kerakusan mereka.

Sekarang Syabas dan Kerajaan Persekutuan sendiri memberikan gambaran yang bercanggah-canggah di antara satu dengan yang lain. Muhyiddin berkata tidak perlu dilakukan catuan air bagi negeri Selangor sedangkan Syabas telah memberikan pandangan yang catuan air itu perlu dilakukan sekarang.

Saya tidak mahu menulis tentang isu ini dengan panjang tetapi memadai untuk mengingati rakyat Selangor dan yang lain-lain supaya menolak sahaja kerajaan BN Persekutuan sekarang ini kerana kerajaan BN lebih mementingkan kerakusan kuasa mereka daripada memberikan tumpuan untuk melestarikan kehidupan rakyat khususnya rakyat negeri Selangor semata-mata kerana hendak berkuasa di negeri ini.

BN telah memerintah Selangor selama lima puluh tahun sebelum rakyat Selangor memindahkan kuasa kerajaan itu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lalu dan nyata tindakan rakyat Selangor itu adalah tepat dan betul. Rakyat Selangor mesti kekal dengan kerajaan PR yang ada pada hari ini untuk membetulkan dan membersihkan kerja-kerja kotor BN selama lima puluh tahun memerintah Selangor sebelum ini.

Saya ucapkan syabas kepada TS Khalid Ibrahim kerana kesabaran beliau menghadapi cabaran-cabaran yang dilakukan terhadap kerajaan pimpinan beliau oleh UMNO dan BN yang sudah boleh dikategorikan sebagai makhluk perosak itu.

Ramai mempunyai keyakinan yang beberapa baki kerusi yang masih dipegang oleh BN di Selangor itu akan jatuh ke tangan PR dalam pilihanraya yang akan datang ini. Rakyat Selangor wajar membantu usaha semua rakyat negara ini yang ingin mengubah dan menganjak pimpinan di Putrajaya sekarang ini dengan pimpinan yang lebih bertanggungjawab.

Kerajaan Selangor wajar menggunakan Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) dengan mengambil alih Syabas dari cengkaman kroni BN yang telah digunakan untuk mengugut rakyat Selangor untuk pilihanraya yang akan datang ini. Semua pihak wajar bersatu untuk menolak cengkaman yang sedang dilakukan oleh Putrajaya terhadap negeri Selangor kerana politik 'desperado' mereka (BN).

Saya berharap TS Khalid bersama-sama barisan pimpinan PR Selangor hari ini  menolak dan mengenepikan niat jahat BN itu jauh-jauh semata-mata untuk kelestarian kehidupan rakyat Selangor yang beliau pimpin. Saya yakin TS Khalid mampu untuk mengendalikan isu ini dengan baik dan berjaya.

Jatuhnya BN di Putrajaya maka akan hilanglah tekanan terhadap rakyat keseluruhannya, khususnya rakyat Selangor. Percayalah. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Kawan rapat Najib akan sertai PAS?

KUALA LUMPUR: PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila kawan rapat Presiden Umno, Najib Tun Razak akan mengisytiharkan menyertai parti itu.

Penulis blog politik, Mohd Sayuti Omar menyatakan perkara itu di dalam blognya http://www.msomelayu.blogspot.com/


Berikut adalah tulisan beliau.

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengisytihar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum./HarakahDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Jumaat, Julai 27, 2012

Panas!!!!!!!!!!!!!!! MP BN jemput Anwar ke pelancaran SRF

Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

NONEPergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).
Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.

"Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.
Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.

"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya./MalaysiaKini

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

DSAI Akan Umum Formula Turun Harga Kereta

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yakin rombakan struktur cukai bagi memastikan harga kereta lebih murah, tidak akan membebankan kewangan negara jika segala keborosan perbelanjaan luar perancangan Perdana Menteri dihentikan.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang membidas reaksi awal pimpinan Umno-Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai struktur cukai kereta ini.

"Anggaran PKR menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalam RM8 bilion.

"Manakala semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaannya menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini," jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Menurutnya, perbelanjaan di luar perancangan termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim beli undi sepanjang jelajah janji ditepati dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini.

"Jika jumlah ini (RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru iaitu sebanyak RM2.2 bilion, jumlah sewang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk beli undi adalah RM5.77 bilion.

"Sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil jawatan Perdana Menteri, perbelanjaan pengurusan dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri naik secara mendadak," tambahnya.

Rafizi menyatakan, perbelanjaan pengurusan telah melonjak RM1.4 bilion sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RM4.6 bilion dan bagi keseluruhan jika disekalikan dengan perbelanjaan di luar perancangan berjumlah RM11.8 bilion.

"Sebab itu kita ia tidak membebankan negara jika rombakan cukai dilakukan.

"PKR juga telah membincangkan mekanisma rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapuskan cukai eksais kelak digantikan dengan sumber pendapatan terbaru," kata beliau lagi.

Menurutnya, mekanisma ini akan diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu hadapan setelah beliau pulang dari mengerjakan umrah./HarakahDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Berita Panas!!!! Polis diberi taklimat sebelum belasah orang ramai - Wartawan

KUALA LUMPUR 26 Julai: Panel siasatan Pendengaran Awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini diberitahu, sekumpulan polis berkumpul di hadapan Dataran Merdeka untuk mendengar taklimat sebelum diarahkan memukul orang ramai pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Saksi ke 16, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, berkata, taklimat diberikan beberapa pegawai polis berpangkat Assistan Superintenden (ASP) dan salah seorang daripada mereka dikenali sebagai  ASP Karthik.

Wartawan akhbar The Sun itu berkata, sebaik sahaja habis mendengar taklimat, polis berpecah membentuk kumpulan kecil dan memukul peserta  yang memakai baju Bersih.

“Pada ketika itu, saya melihat polis berlari ke arah seorang warga emas yang memakai baju Bersih dan terus memukulnya,” katanya depan tiga panel siasatan yang dipengerusikan Naib Pengerusi Suhakam, Datuk Lake Tee dan dibantu Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Menurutnya, pada kejadian jam 6.30 petang itu, beberapa peserta cuba merakam gambar keganasan polis tetapi dihalang dan diarah memadamkannya.

Radzi berkata, selepas keadaan menjadi kelam kabut, beliau berundur ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Katanya, ketika sedang duduk berehat, sekumpulan tujuh anggota polis menerpa ke arah beliau dan memukulnya.

“Saya jerit dan beritahu kepada polis saya adalah wartawan tetapi mereka tidak mengendahkannya. Selepas beberapa minit, barulah mereka berhenti memukul saya,” cerita Radzi.
Selepas dibelasah, polis melarikan diri dan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur oleh paramedik./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Khamis, Julai 26, 2012

Marah!!!!!! 14 tahun Utusan fitnah saya, inikah kebebasan media? – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 26 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan media yang dimaksudkan Umno BN adalah akhbar yang dikuasai mereka bebas memfitnah parti Pembangkang setiap hari.
“Mereka (Umno BN) hentam, maki dan fitnah kita setiap hari, inikah dinamakan kebebasan media? ” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan tidak menyekat kebebasan media di negara ini dan sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan media memainkan peranan dalam proses demokrasi.

Anwar berkata demikian di hadapan 3,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, 19 Julai lalu.

Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, berikutan fitnah melampau Umno BN, beliau memutuskan menyaman akhbar kawalan parti itu, Utusan Malaysia.
“Peguam Utusan Malaysia kata ini bukan fitnah, ini hanya keterangan. Utusan tiada maksud nak memfitah..Utusan tak pernah kata Anwar menyokong homoseksual.

“Saya kata sudah 14 tahun Utusan fitnah saya. Tidak ada langsung nilai akhlak yang baik untuk menjaga maruah orang.
“Langsung tiada perasaan untuk menolak makan duit haram tetapi memilih untuk menipu dan memfitnah setiap hari.

“Apa yang tidak fitnah? Kata saya ajen Israel,  Kristian kemudian Hindu…(hubungan) dengan lelaki, perempuan. Lepas ni dengan ‘lembu’ pula. Saya memilih untuk saman sebab sudah keterlaluan,” katanya.
Anwar hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 18 Julai lalu sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.

Tindakan itu ekoran akhbar tunggangan Umno itu mengatakan beliau menghalalkan homoseksual dalam terbitannya 17 Januari lalu.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah mendukung hubungan sejenis tetapi tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana dianggap zalim.

“Bila ditanya BBC, selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat apa pendapat kamu tentang hubungan sejenis? Saya jawab, sebagai orang Islam dan saya percaya orang bukan Islam di negara kita menerima kemuliaan institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

“Kita tidak mendukung hubungan sejenis. Cuma saya tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana zalim. Tak ‘bocor’ dan tiada saksi pun dia boleh dakwa. Tapi tafsiran Umno dan Utusan Malaysia saya menyokong homoseksual,” katanya./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

PRU13 DSAI Akan Menang!!!

Faktor Anwar pengaruhi PRU13
KUALA LUMPUR - Faktor Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan mempengaruhi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Ahli Panel, Prof Dr Teo Kok Seong berkata, ia adalah kerana undi orang Cina terhadap Anwar merupakan 'undi harapan' yang kononnya boleh membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

Katanya, ini kerana ada pihak yang menawarkan harapan kepada mereka.

Ahli Panel Zainon Ahmad tidak menafikan faktor Anwar mempengaruhi corak PRU13 akan datang.

“Anwar akan menang, tetapi tidak menang secara majoriti,” katanya./SinarHarian


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Rabu, Julai 25, 2012

Berita Panas!!!! 'BN mungkin hilang separuh daripada kerusi Sabah'

BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang penganalisis politik dari negeri itu.

NONEPensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut.

Pembangkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan, katanya.

"Saya tidak fikir deposit tetap itu akan kekal" katanya lagi yang merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN.

Beliau bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara./MalaysiaKini


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 

Najib dicabar ambil tindakan terhadap Muhyiddin - isu 13 Mei

KUALA LUMPUR 25 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan terhadap Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan beliau menghasut rakyat konon tragedi 13 Mei berulang jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum ke 13.

Justeru, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Najib memberi jaminan peralihan kuasa berjalan lancar jika Umno BN tumbang pada pilihan raya kali ini.

“Sudah empat hari Najib membisu dan gagal bertindak terhadap kenyataan Timbalannya, (Muhyiddin) yang menggesa ‘anak muda bersatu memastikan negara stabil dan aman bagi mengelak tragedi 13 Mei 1969 berulang’,” katanya dalam kenyataan.

Pada 20 Julai lalu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur semasa berucap di Sepanggar, Sabah mengulas kenyataan Muhyiddin itu dan hanya tiga pemimpin BN memberi respon, namun Najib masih membisu.

“Walaupun ucapan saya direspon Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Umno Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang berjanji peralihan kuasa adalah aman, namun ia tidak cukup selagi Najib membisu kerana beliau pernah berkata ‘biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putrajaya tetap dipertahankan’,” katanya.

Menurut Kit Siang, sikap membisu Najib mengesahkan lagi Presiden Umno itu adalah ‘demokrat palsu’ sebagaimana didedah seorang penulis antarabangsa Jun lalu.

Anugerah itu menjadikan Najib sebaris bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak.

Ciri utama Demokrat Palsu ialah ‘Pimpinan ini menganjurkan pilihan raya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjara musuh politiknya’.

Umum mengetahui musuh politik Najib adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Anwar dilepas dan dibebaskan mahkamah BN kerana didapati tidak bersalah pada 9 Januari lalu bagi kes Fitnah II, namun keputusan itu dirayu pentadbiran Najib baru-baru ini dalam keadaan Parlimen bakal dibubar bila-bila masa./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Mahkamah buktikan Hishammuddin bercanggah – Pak Samad

KUALA LUMPUR 24 Julai: Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan Bersih membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri bahawa pertubuhan itu adalah ‘haram’.

“Alhamdulillah, kerana (mahkamah) memihak kepada Bersih. Kami ingin ingatkan orang ramai bahawa proses perundangan ini sememangnya tidak sepatutnya dijalankan kerana ia buang masa, tenaga dan dana awam.

“Proses ini mengakibatkan orang ramai khuatir untuk menyokong Bersih, orang ramai juga harus ingat bahawa kerajaan masih menggambarkan Bersih sebagai kotor,” katanya mengulas tindakan Perdana Menteri yang menakut-nakutkan rakyat berkenaan kouta haji ke Mekah.

Pak Samad berkata, sejak dari awal lagi wujud percanggahan tindakan Hishammuddin Hussein yang membenarkan Bersih, tetapi mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai haram.

“Kami ingin ingatkan kepada semua bahawa Hakim (Datuk) Rohana Yusof telahpun melihatkan percanggahan dengan pihak berkuasa semasa perbicaraan lepas, di mana beliau bertanya mengapa kerajaan melayan permintaan Bersih untuk menganjurkan perhimpunan tetapi isytihar haram,” katanya ketika ditemui selepas itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi memutuskan Bersih 2.0 sah di sisi undang-undang.

Keputusan itu dibacakan Rohana, Hakim Mahkamah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas,  dalam kamarnya.

Hadir sama mengikuti prosiding kehakiman, Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Dr Haris Ibrahim, serta penyokong lebih kurang 20 orang./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 

Selasa, Julai 24, 2012

Pembahagian kerusi Pakatan Rakyat 95% selesai

KUALA LUMPUR 24 Julai: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk pilihan raya umum ke 13 telah 95 peratus selesai.

“Kalau ada negeri belum selesai pembahagian kerusi, ia tetap dianggap belum selesai. Tapi, kalau Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, hari ini juga pembahagian kerusi Pakatan selesai,” kata Mustafa.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil parti DAP dan KEADILAN.

Antara yang hadir termasuk Naib Presiden KEADLAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

“Kita tak umum sekarang. Sampai masa kita akan beritahu. Ada calon baru, ada muka lama. Tapi, boleh kata 95 peratus pembahagian kerusi selesai,” katanya./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 

Pakatan Janji Harga Kereta Murah Jika Menang Ke Putrajaya..


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli

Harga kereta munasabah antara janji manifesto PRU13 PR
PETALING JAYA - PKR berjanji menjadikan harga kereta yang tidak membebankan rakyat sebagai manifesto dalam Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, dasar automotif Umno-Barisan Nasional (BN) dilihat banyak memberi tekanan kepada rakyat dengan mengenakan cukai-cukai yang tidak munasabah.

Menurutnya, harga kereta yang menjadi beban rakyat akan dijadikan intipati manifesto PR supaya kos pembiayaannya dikurangkan.

"Harga kereta yang menggunakan dasar automatif BN-Umno ini memang menjadi beban kepada rakyat.

"Sepatutnya harga kereta yang perlu ditanggung oleh rakyat hanyalah harga kereta bukan ada cukai yang berkali ganda," katanya pada sidang media pagi ini.

Rafizi berkata, PR berjanji beban harga kereta ini akan dijadikan perkara pertama untuk diberi perhatian pihaknya menang PRU13.

"Kita berjanji rakyat tak akan tanggung beban dari harga kereta yang sangat tinggi akibat daripada cukai-cukai yang dikenakan.

"Kita sudah bincang dalam PKR dan dalam PR telah dibincangkan di peringkat tertinggi, dan itu diserahkan kepada pemimpin PR untuk laksanakannya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan Keadilan, Sim Tze Tzin berkata, generasi muda boleh menghantar atau mencadangkan sebarang idea baru untuk dimasukkan  dalam manifesto PR.

"Kita minta mereka yang ada idea baru, yang boleh dijadikan salah satu bahagian dalam manifesto melalui e-mel kepada kami," katanya./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 

Hipokrit, MoU bukti Umno jalin hubungan dengan komunis

KUALA LUMPUR 23 Julai: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menempelak sikap hipokrit pemimpin Umno BN yang tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan komunis.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, Umno BN terang-terangan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China (CPC) pada Oktober tahun lalu.

“Saya nasihatkan supaya pemimpin Umno BN tidak hipokrit dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid bercanggah dengan laporan Umno Online yang menyatakan pemeteraian MoU bertujuan mengeratkan hubungan kedua-dua parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata, salah satu kandungan dalam MoU itu ialah penukaran pegawai parti untuk mempelajari pelaksanaan program kedua-dua parti.
Adnan berkata, dalam perjanjian itu, Umno dan CPC bersetuju untuk meningkatkan hubungan sosioekonomi antara China dan Malaysia.

Malah beliau turut membezakan antara fahaman komunis dahulu dan komunis yang terdapat di China sekarang.
Mengulas isu itu, Tian berkata, kedua-dua fahaman komunis tersebut tidak berbeza kerana mengamalkan dasar yang sama.

“Tetapi dasar komunis kini sudah berubah. Komunis sekarang lebih terbuka dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan banyak negara luar. Ia berlaku disebabkan peredaran dunia.
“Justeru Malaysia bebas menjalinkan diplomatik dengan mana-mana fahaman termasuk komunis. Saya tidak hipokrit dalam isu ini dan tidak pertikai hubungan antara Umno dan CPC.

“Tapi saya persoalkan mengapa Umno menuduh Pakatan (Rakyat) diresapi fahaman komunis kononnya pada era penjajahan. Fahaman itu tidak relevan. Kalau fahaman itu masih ada, bermakna komunis di China sekarang juga menganuti fahaman yang sama,” katanya.

Menurut Tian, Umno kini kehabisan modal untuk menakut-nakutkan rakyat hingga menggunakan isu komunis untuk menyemai kebencian rakyat terhadap Pakatan./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Awas!!!! Pengundi Hantu dan Warga Asing!!!!!

NGO rancang 'tangkapan awam' dalam pilihan raya

NGO pro-Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan "agen tempatan" yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.

"SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen seluruh negara," kata NGO itu.

Menurut kenyataan kumpulan itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai.

"Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.

Resolusi diperoleh hasil rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

DAP: Umno yang ada kaitan komunis, bukan kami

Setiausaha agung DAP Lim Gua Eng menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai hubungan dengan elemen komunis – tidak seperti Umno yang menjalankan usaha seperti itu.

Katanya, tindakan sebaliknya perlu dijalankan ke atas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kerana menubuhkan sekretariat tetap dengan Liga Pemuda Komunis China.

khairy jamaluddin bn youth volunteers 240612"Bukankah sepatutnya Khairy Jamaluddin ditangkap dan didakwa kerana ingin memulihkan komunisme dengan menubuhkan sekretariat tetap pada 12 Oktober 2009 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pemuda Barisan Nasional dan Liga Pemuda Komunis China (CYL)?

"Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin telah berkata bahawa sekretariat tetap itu akan membolehkan program-program dua hala yang berterusan untuk mengeratkan hubungan antara dua entiti tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Berbanding dengan dakwaan susupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemuda Umno adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin," katanya.

Beliau mengulas dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang pegawai Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, Mohd Sofian Md Makinuddin bahawa pengganas Jemaah Islamiah dan komunis masing-masing telah menyusup ke dalam PAS dan DAP.
Lim berkata Mohd Sofian dan pegawai tinggi Cawangan Khas yang lain perlu meletak jawatan kerana gagal bertindak ke atas Khairy kerana membuat hubungan dengan CYL dan bukannya "mencari bayang-bayang komunis" dalam DAP.

Malah, Cawangan Khas PDRM juga tidak menentang tindakan Malaysia membuat hubungan diplomatik dengan China dan rejim Marxis seperti Cuba.

Katanya lagi, tiada pemimpin DAP yang ditahan bawah ISA sebelum ini yang dikaitkan denga komunis.
Menteri perlu berani

"Adalah jelas bahawa cubaan untuk mengaitkan DAP dengan komunis ini adalah satu muslihat politik pilihan raya untuk menakutkan orang Melayu untuk menyokong Umno dan BN," katanya.

Tambahnya, Cawangan Khas sepatutnya telah mengubungi pemimpin tertinggi DAP untuk membuktikan bukti bahawa komunis telah menyusup ke dalam parti itu.

"Dengan memilih untuk membuat pengumuman awam tanpa terlebih dahulu memaklumkan pucuk pimpinan DAP, Mohd Sofian dan Cawangan Khas berkelakuan tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

"Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," katanya.

Tambahnya lagi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein perlu menunjukkan keberanian dengan mengarahkan Cawangan Khas menunjukkan bukti dakwaan berkenaan.

"Jika Hishamuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno," katanya./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!