Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 24, 2012

Hipokrit, MoU bukti Umno jalin hubungan dengan komunis

KUALA LUMPUR 23 Julai: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menempelak sikap hipokrit pemimpin Umno BN yang tidak mengaku menjalinkan hubungan dengan komunis.
Ahli Parlimen Batu itu berkata, Umno BN terang-terangan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China (CPC) pada Oktober tahun lalu.

“Saya nasihatkan supaya pemimpin Umno BN tidak hipokrit dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid bercanggah dengan laporan Umno Online yang menyatakan pemeteraian MoU bertujuan mengeratkan hubungan kedua-dua parti.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula berkata, salah satu kandungan dalam MoU itu ialah penukaran pegawai parti untuk mempelajari pelaksanaan program kedua-dua parti.
Adnan berkata, dalam perjanjian itu, Umno dan CPC bersetuju untuk meningkatkan hubungan sosioekonomi antara China dan Malaysia.

Malah beliau turut membezakan antara fahaman komunis dahulu dan komunis yang terdapat di China sekarang.
Mengulas isu itu, Tian berkata, kedua-dua fahaman komunis tersebut tidak berbeza kerana mengamalkan dasar yang sama.

“Tetapi dasar komunis kini sudah berubah. Komunis sekarang lebih terbuka dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan banyak negara luar. Ia berlaku disebabkan peredaran dunia.
“Justeru Malaysia bebas menjalinkan diplomatik dengan mana-mana fahaman termasuk komunis. Saya tidak hipokrit dalam isu ini dan tidak pertikai hubungan antara Umno dan CPC.

“Tapi saya persoalkan mengapa Umno menuduh Pakatan (Rakyat) diresapi fahaman komunis kononnya pada era penjajahan. Fahaman itu tidak relevan. Kalau fahaman itu masih ada, bermakna komunis di China sekarang juga menganuti fahaman yang sama,” katanya.

Menurut Tian, Umno kini kehabisan modal untuk menakut-nakutkan rakyat hingga menggunakan isu komunis untuk menyemai kebencian rakyat terhadap Pakatan./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...