PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yakin rombakan struktur
cukai bagi memastikan harga kereta lebih murah, tidak akan membebankan
kewangan negara jika segala keborosan perbelanjaan luar perancangan
Perdana Menteri dihentikan.
Perkara
itu dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang membidas reaksi
awal pimpinan Umno-Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan
untuk membiayai struktur cukai kereta ini.
"Anggaran PKR menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalam RM8 bilion.
"Manakala
semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana
Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaannya menunjukkan jumlahnya
jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini,"
jelasnya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Menurutnya,
perbelanjaan di luar perancangan termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia
(RM2.6 bilion), Bantuan Kembali ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta),
Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim beli undi
sepanjang jelajah janji ditepati dianggarkan mencecah RM180 juta setakat
ini.
"Jika jumlah ini (RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman
bonus terbaru iaitu sebanyak RM2.2 bilion, jumlah sewang-wenangnya
digunakan oleh Perdana Menteri untuk beli undi adalah RM5.77 bilion.
"Sejak
Datuk Seri Najib Razak mengambil jawatan Perdana Menteri, perbelanjaan
pengurusan dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri naik secara
mendadak," tambahnya.
Rafizi menyatakan, perbelanjaan pengurusan
telah melonjak RM1.4 bilion sementara perbelanjaan pembangunan meningkat
sebanyak RM4.6 bilion dan bagi keseluruhan jika disekalikan dengan
perbelanjaan di luar perancangan berjumlah RM11.8 bilion.
"Sebab itu kita ia tidak membebankan negara jika rombakan cukai dilakukan.
"PKR
juga telah membincangkan mekanisma rombakan struktur cukai secara
terperinci untuk memastikan penghapuskan cukai eksais kelak digantikan
dengan sumber pendapatan terbaru," kata beliau lagi.
Menurutnya,
mekanisma ini akan diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim minggu hadapan setelah beliau pulang dari mengerjakan umrah./HarakahDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...