Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 25, 2012

Najib dicabar ambil tindakan terhadap Muhyiddin - isu 13 Mei

KUALA LUMPUR 25 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar mengambil tindakan terhadap Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan beliau menghasut rakyat konon tragedi 13 Mei berulang jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum ke 13.

Justeru, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Najib memberi jaminan peralihan kuasa berjalan lancar jika Umno BN tumbang pada pilihan raya kali ini.

“Sudah empat hari Najib membisu dan gagal bertindak terhadap kenyataan Timbalannya, (Muhyiddin) yang menggesa ‘anak muda bersatu memastikan negara stabil dan aman bagi mengelak tragedi 13 Mei 1969 berulang’,” katanya dalam kenyataan.

Pada 20 Julai lalu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur semasa berucap di Sepanggar, Sabah mengulas kenyataan Muhyiddin itu dan hanya tiga pemimpin BN memberi respon, namun Najib masih membisu.

“Walaupun ucapan saya direspon Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ahli Parlimen Umno Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang berjanji peralihan kuasa adalah aman, namun ia tidak cukup selagi Najib membisu kerana beliau pernah berkata ‘biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putrajaya tetap dipertahankan’,” katanya.

Menurut Kit Siang, sikap membisu Najib mengesahkan lagi Presiden Umno itu adalah ‘demokrat palsu’ sebagaimana didedah seorang penulis antarabangsa Jun lalu.

Anugerah itu menjadikan Najib sebaris bekas Presiden Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak.

Ciri utama Demokrat Palsu ialah ‘Pimpinan ini menganjurkan pilihan raya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjara musuh politiknya’.

Umum mengetahui musuh politik Najib adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Anwar dilepas dan dibebaskan mahkamah BN kerana didapati tidak bersalah pada 9 Januari lalu bagi kes Fitnah II, namun keputusan itu dirayu pentadbiran Najib baru-baru ini dalam keadaan Parlimen bakal dibubar bila-bila masa./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...