KUALA LUMPUR 30 Julai: Satu pembentangan khusus akan dibuat Pakatan
Rakyat sebagai penyelesaian konklusif berhubung sistem pengangkutan awam
di seluruh negara.
Pengarah
Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dalam masa Pakatan Rakyat
menawarkan pelupusan duti eksais ke atas kereta, usaha peningkatan
kualiti sistem pengangkutan awam turut diberi perhatian serius.
“Ia memakan belanja besar dan mengambil tempoh panjang untuk
dilaksana iaitu empat hingga lima tahun. Kerajaan sebelum ini
menggunakan alasan menaikkan harga minyak, dan wang itu akan digunakan
bagi menaiktaraf sistem pengangkutan awam.
“Tapi kita tak nampak apa-apa, malahan keadaan makin teruk,” kata
Rafizi sambil menambah, antara cadangan menaiktaraf pengangkutan awam
termasuk rangkaian bas awam yang lebih kerap dan kemas.
“(Malangnya) Kerajaan belanjakan sehingga RM100 bilion untuk membina
MRT (Mass Rapid Transit) yang hanya akan siap pada 2017 atau 2018,”
katanya kepada Keadilan Daily.
Tambah beliau, struktur pelupusan duti eksais ke atas kereta memberi
manfaat besar kepada penduduk di luar Lembah Klang berikutan sistem
pengangkutan awam di Kuala Lumpur sangat kritikal.
“Di Sabah dan Sarawak misalnya, (sistem pengangkutan awam) lebih
teruk. Mereka terpaksa guna 4WD (kenderaan pacuan empat roda).
Pendekatan ini (pelupusan duti eksais kereta) tak menggangu struktur
asas pengangkutan awam.
Jelas Rafizi, melalui skim baru tersebut, secara automatik rakyat
Malaysia yang membayar ansuran bulanan kereta dapat menjimatkan wang
berjumlah RM400 hingga RM500 setiap bulan.
“53 peratus isi rumah di Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000
sebulan. Mereka belanjakan separuh pendapatan bulanan mereka hanya untuk
membayar ansuran kereta.
“Sementara mencari penyelesaian pengangkutan awam, dalam masa sama kita kena selesaikan disposable income (pendapatan boleh guna),” kata Rafizi./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...