Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri
pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri
Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).
Pergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).
Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.
Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.
"Dia
telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan
Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan
diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.
Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.
Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.
"Ini
adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka
sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk
menjatuhkan BN di Sabah," katanya./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...