KUALA LUMPUR
24 Julai: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan,
pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk
pilihan raya umum ke 13 telah 95 peratus selesai.
“Kalau
ada negeri belum selesai pembahagian kerusi, ia tetap dianggap belum
selesai. Tapi, kalau Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, hari ini juga pembahagian kerusi Pakatan selesai,” kata Mustafa.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil parti DAP dan KEADILAN.
Antara yang hadir termasuk Naib Presiden KEADLAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
“Kita tak umum sekarang. Sampai masa kita akan beritahu. Ada calon baru, ada muka lama. Tapi, boleh kata 95 peratus pembahagian kerusi selesai,” katanya./KeadilanDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...