Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Julai 28, 2012

SPR Jahanam Kena Warning!!!!

SPR dituntut tumpu penyelesaian, bukan penjelasan – Bersih
(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 27 Julai: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) membidas buku terbitan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ‘Daftar Pemilih: Isu dan Penjelasan’ kerana tidak menumpukan penyelesaian membersih pilihan raya sebaliknya memilih mempertahankan tindakan suruhanjaya itu.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga berkata, SPR gagal menangani penyelewengan daftar pemilih tetapi dalam buku tersebut, SPR menggambarkan mereka berkuasa menangani kebimbangan yang dibangkitkan Bersih dan kumpulan reformasi pilihan raya.

“Kami mengekalkan usaha SPR membersihkan daftar pemilih. SPR gagal menangani secara terperinci penyelewengan daftar pemilih. Dalam buku tersebut, penipuan pilihan raya ditolak sebagai kesilapan perkeranian,” katanya dalam satu kenyataan.

Ambiga berkata, SPR juga meletakkan tanggungjawab warganegara dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk melaporkan kematian kepada SPR.
Kata beliau, pendekatan SPR itu salah dan sepatutnya suruhanjaya itu perlu menjalankan pemeriksaan berkala terhadap senarai daftar pemilih.

“Jika pengundi berumur lebih 100 tahun, adakah dia masih hidup? SPR mempunyai akses kepada maklumat tempat tinggal pengundi. SPR boleh menghantar pasukan untuk mengesan pengundi tersebut,” katanya.
Dalam isu lain, Ambiga turut membidas kenyataan dalam buku SPR itu kononnya kad pengenalan lelaki yang berakhir nombor genap adalah perkara biasa.

Menurut  Ambiga lagi, SPR sepatutnya proaktif mengenal pasti ketidaksepadanan nombor kad pengenalan dengan jantina.
“Kes ketidaksepadanan jantina diperhatikan dalam pangkalan data SPR sendiri di mana orang Melayu dengan nama-nama lelaki (yang ditunjukkan oleh “Bin”) dan India dengan nama-nama lelaki (ditunjukkan oleh “A/L”) telah diklasifikasikan sebagai wanita dan sebaliknya.

“Siasatan menyeluruh kes-kes ini akan menunjukkan jika kesilapan-kesilapan ini adalah hasil daripada kesilapan kemasukan data SPR sendiri atau jika mereka berasal dari pangkalan data JPN,” kata Ambiga.
Justeru Bersih menyeru SPR menjalankan siasatan rapi untuk mengenalpasti kelemahan yang disebut di dalam buku tersebut.

Ambiga turut mengulagi desakan supaya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meletak jawatan jika beliau gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketelusan suruhanjaya tersebut./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...