Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, November 30, 2010

Anwar:PR Perlu Jelas Kepada Umum Berkenaan 'Ketuanan Rakyat'


SHAH ALAM 30 NOV : Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat perlu menerangkan dan memberi penjelasan kepada rakyat negeri masing-masing mengenai konsep 'Ketuanan Rakyat' yang diangkat bersama Pakatan Rakyat.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, polemik Umno memutar belitkan kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam mengenai isu meninggalkan ketuanan Melayu.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, segala data dan fakta mengenai kegagalan konsep yang dibawa Umno dapat dilihat.

"Begitu juga dalam isu ini, tanggungjawab utama kerajaan negeri ialah untuk menegaskan pendirian kita mengenai 'ketuanan rakyat ini,' kerana nampaknya polemik atau wacana ketuanan melayu itu juga diputar belitkan oleh kelompok Melayu yang kaya dan rasuah," katanya.

Persidangan sehari itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Resolusi Shah Alam yang dikeluarkan hasil persidangan ini juga membawa kepada hubungan lebih rapat dalam melawan serangan dari kerajaan pusat.

Malah satu badan media antara negeri Pakatan Rakyat bakal ditubuhkan untuk menghakis serangan media Barisan Nasional(BN).

"Negeri-negeri ini adalah kerajaan Pakatan Rakyat, secara rasmi mereka kemukakan ketetapan yang diluluskan kepimpinan Pakatan Rakyat yang menjadi dasar Pakatan Rakyat supaya tak ada usaha khianat dari Umno, pimpinan atau media mereka untuk cuba merosakkan institusi ini sepertimana dilakukan sebelumnya untuk menimbulkan kecurigaan," ujarnya lagi.

Anwar mahukan agar hubungan akrab antara parti dan ahli biasa terjalin di peringkat bawah bagi memastikan tiada ruang kelemahan dapat dieksploitasi BN.

"Saya tidak sangat runsing dengan serangan tapi saya setuju dengan Kit Siang bahawa tiba masa dan ketikanya untuk memastkan muafakat dan keakraban kita dalam parti cukup mantap. Kita tak mungkin dipatahkan dari serangan luar, kita mungkin sedikit lemah dan tergugat kalau kita menimbulkan sedikit syak dan wasangka dari dalaman maka kami kepimpinan mengesyorkan kerjasama dari peringkat negeri," Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

TVSNEWS

Isnin, November 29, 2010

Anwar: Calon Kalah Tidak Dipinggir

PETALING JAYA 28 NOV: Semua calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti, ujar Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya semua mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.

"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kongres PKR di Petaling Jaya.

Menurut Anwar antara yang akan dipanggil ialah calon Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin dan Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.

Anwar berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.

Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Berkenaan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.

Terdahulu dalam ucapan penangguhan, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Azizah turut  mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

TVSNEWS

Ahad, November 28, 2010

Nik Aziz akui Anwar pemimpin anugerah Tuhan

GUA MUSANG, 28 Nov — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyifatkan pemimpin seumpama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menjadi teladan terbaik untuk rakyat dan “dianugerahkan oleh Tuhan.”
“Anwar adalah pemimpin yang dianugerahkan Tuhan kerana sanggup mengharungi pelbagai rintangan hidup,” katanya (gambar).
Semalam, Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam ucapannya pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR, berkata Anwar adalah anugerah Tuhan bagi memimpin rakyat di negara ini.
“Apa yang  tidak pernah dialami  oleh Saudara Anwar? Ditangkap, di  ISAkan, dipukul, disiksa, diaibkan  dan dihumban ke penjara.
“Sejak merdeka, tidak pernah ada  tokoh negara lain yang difitnah,  dihina dan disiksa secara berterusan seperti yang  dialami Saudara Anwar. Namun, beliau tetap gagah dan tabah meneruskan perjuangan bersama  kita,” katanya.
Wan Azizah bertanya apakah rahsia sebenar sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini.
“Jawapan saya adalah Saudara Anwar  Ibrahim adalah seorang insan hebat  yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.
“Jika beliau insan biasa seperti  kita, sudah lama mengundur dan  tenggelam di celah segala cabaran  dan gelora yang berlalu,” kata beliau.
Nik Aziz berkata demikian selepas merasmikan pecah tanah tapak projek Bandar Utama Gua Musang, di sini hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS, yang memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak 1990, tidak pernah menolak pembangunan dan sentiasa memberi keutamaan untuk faedah rakyat.
“Saya masih ingat semasa saya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dahulu ada pelbagai pihak yang menuduh saya macam-macam.
“Antaranya pemerintahan kerajaan PAS bawah pimpinan saya tidak lama kerana tidak mampu melaksanakan projek pembangunan tetapi ketabahan itu berjaya memerintah Kelantan sampai sekarang,” katanya.
Nik Aziz berkata antara usaha pembangunan ialah dengan melaksanakan projek pembinaan rumah Bandar Utama Gua Musang dan beliau yakin pembangunan itu hasil usahasama Kerajaan Negeri, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Syarikat Bandar Utama Gua Musang Sdn Bhd, akan mampu menampung keperluan rumah yang meningkat.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan dalam projek seumpama itu asalkan ia boleh membawa kemajuan serta faedah untuk seluruh rakyat di Kelantan.

MalaysiaInsider

Saya tetap bertahan walaupun terus diserang Umno-BN, kata Anwar

November 28, 2010

Anwar menegaskan bahawa PKR adalah parti perjuangan. — gambar fail
PETALING JAYA, 28 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semalam diberikan kepercayaan agar terus kekal sebagai ketua umumnya berkata, walaupun diserang bertubi-tubi oleh Umno-Barisan Nasiona (BN) akan tetap bertahan bagi memperjuangkan hak rakyat.
“Ramai kawan-kawan tanya sama ada saya rungsing dengan serangan yang dibuat Umno-BN, saya cakap jangan dengar.
“Walau apa pun serangan, saya akan tetap bertahan. Yang penting adalah keyakinan saya terhadap parti,” kata Penasihat PKR itu ketika berucap pada program khas bersama perwakilan Kongres Nasional PKR di sini malam tadi.

Anwar berkata, ahli dan kepimpinan parti perlu yakin terhadap perjuangan sekiranya mahu membawa perubahan.
“Kita kena ada keyakinan, kalau yakin akan perjuangan ini, baru kita boleh maju dengan kuat demi kepentingan dan kebebasan rakyat.

“Semuanya kena bermula dengan keyakinan, ini bukan gimik poltik. Kita perlu buktikan komitmen bahawa kita ini adalah parti yang berbeza,” kata Ketua Pembangkang ini.
Anwar berkata, sesiapa yang mahu menyertai parti itu terlebih dahulu perlu memahami asas perjuangan PKR.
“PKR adalah parti pejuangan, siapa yang nak masuk parti ini perlu faham agenda kita.

“Agenda parti adalah perjuangan dan keadilan yang selama ini menjadi tunggak kita. Kekuatan parti kita berbeza dengan Umno-BN.
“Dalam perjuangan keyakinan itu mesti ada, selama ini kita diserang bertubi-tubi. Kenapa kita diserang? Kerana kita adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan mahu membebaskan rakyat daripada cengkaman kezaliman Umno-BN,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata Umno-BN akan melakukan apa sahaja untuk menghakis keyakinan rakyat terhadap parti itu.
“Umno menggunakan media untuk menyerang kita, kenapa? Kerana mereka mahu menghakis keyakinan kita terhadap parti tapi adakah mereka berjaya? Tidak..

“Bila saya minta seranglah saya sebanyak mungkin mereka tidak berani kerana tiada keyakinan apa yang mereka boleh tunjukkan adalah kuasa.
“Jadi kita perlu yakin terhadap perjuangan parti, kita perlu yakin kepada perubahan untuk tegakkan keadilan untuk rakyat,” katanya.

Malaysiainsider

”Kemerdekaan Yang Sebenar Ialah Rakyat Menjadi …Hakim!”,


Dari Merdeka Review


Meskipun susuk badannya tidak sekuat orang muda, namun pejuang politik yang lanjut usianya masih boleh menyumbang dalam gerakan reformasi dengan hikmah yang dikumpul sepanjang perjuangan hidupnya. Kongres Nasional PKR hari ini diceriakan dengan ucapan Wan Khazim Wan Din, 80, dari Perlis, yang bukan sahaja disambut gelakan ketawa, malah tepukan gemuruh sambil berdiri oleh perwakilan selepas beliau berucap.

Dengan usia yang 80 tahun, Wan Khazim Wan Din (gambar kiri) menegur Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di khalayak ramai. Beliau menoleh ke arah Anwar Ibrahim yang berada di atas pentas, sambil bertanya,”Saudara Anwar Ibrahim, saya ingin memperingatkan sebagai orang tua…”
Wan Khazim Wan Din, “Saudara Anwar pernah jumpa dengan anjing? (Ada) Anjing salak, (saudara) nak salak balik? ”

Soalan ini biarpun dirasai “kasar” sebermulanya, namun disambut dengan gelak ketawa dan sorakan dari atas dan bawah pentas. Malah, Wan Khazim melontarkan soalan kepada perwakilan, seandainya kita menyalak kepada anjing, “Kita jangan jadi…jadi apa? (balas Anjing!)


Sebelum ini, beberapa orang perwakilan yang berucap dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden, menyeru agar perwakilan bangkit mempertahankan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, yang diserang oleh musuh dalam media cetak mahupun di ruang internet.

Kalah pilihan raya bukan kalah dalam perjuangan
Wan Khazim pernah terlibat dalam API (Angkatan Pemuda Insaf), yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Malaya. Beliau secara berseloroh mendakwa rakan seperjuangannya dalam API telah “padam” (meninggal dunia), dan tinggal beliau seorang kini. Malah, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali adalah antara rakan seperjuangannya selepas wadah API diharamkan.

Pejuang politik ini tidak mengakur, kononnya “tidak pernah kalah lima kali bertanding”, kerana untuk Wan Khazim, ayam hanya kalah bila berpadah semasa berlaga. Namun, beliau yang tidak pernah berpadah dari perjuangan menegaskan, “Kalah dalam pilihan raya bukan bermakna kalah dalam perjuangan!”
Wan Khazim mengakui dirinya sudah tua sebermulanya, dan tidak larat untuk berucap dengan semangat yang berkobar-kobar seperti anak muda. Wakil Selangor, Noorhana Anuar yang menjadi pembahas kedua sebelum ini, berapi-api ketika menyampaikan ucapan.

Bagaimanapun, Wan Khazim mengambil kesempatan untuk mencuit anak muda, tanpa menyebut nama bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Mohd Nor. Beliau menyindir orang muda biarpun berdebar-debar ucapannya, “berbakul-bakul sumpahnya”, namun mereka jugalah orang yang cabut dari perjuangan.
Wan Khazim juga membidas UMNO yang “menerima kemerdekaan” dari tangan penjajah Bristish. Untuk Wan Khazim, “Kemerdekaan yang sebenar ialah rakyat menjadi …hakim!”, walaupun perwakilan di bawah pentas menyahut dengan “tuan”.

Sabtu, November 27, 2010

PKR teruskan perjuangan membela rakyat

Harakahdaily   
PETALING JAYA, 27 Nov: Walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru sahaja meraikan ulangtahun ke-12 sejak ditubuhkan pada 4 April 1999, namun usaha membela rakyat diteruskan.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, dalam usia semuda itu juga PKR telahpun mencapai banyak kejayaan yang di luar dari kebiasaan.
Tambahnya, bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, parti itu telah berjaya menawan 5 buah negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam PRU 12 yang lalu.
Dalam usia semuda itu, ujarnya PKR telah bergerak pantas mewarnai iklim politik negara secara drastik.
“Maka itu, usahlah kita gundah dan gulana dengan segala pancaroba. Demi perjuangan menegak keadilan, kita perlu terus melangkah dan mara. Membujur lalu melintang patah.
“Perjuangan membela rakyat perlu terus membara,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan ke-7 di sini, pagi ini.
Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Sesungguhnya, kata beliau di tahap ini, PKR masih berada di peringkat awal dalam kelok pembelajaran (the learning curve), dalam perkembangan menuju kemantapan dan kematangan.
“Apatah lagi khususnya, kita ini adalah sebuah parti politik. Fitrah setiap ‘learning curve’ adalah pengalaman jatuh bangun dan naik turun. Setiap kali jatuh, kita perlu terus bangun, menilai dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya lagi.
Kemudiannya, kata beliau segera terus melangkah kehadapan secara lebih berani dan berkeyakinan, yang dinamakan “sunnanul kaun” atau “the law of nature”.
Beliau menambah, jatuh dan silap dalam mengatur langkah tidak perlu dijadikan kesalan dan menjadi pesimis melulu hingga melupakan hakikat potensi untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Sesungguhnya, perjuangan dan cita-cita kita adalah amat besar. Demi membela nasib rakyat, kita ingin membina budaya baru dalam politik negara,” katanya lagi.
Justeru, ujar beliau reformasi dan perubahan dimulakan dalam diri dahulu di mana martabat setiap ahli diangkat tinggi.
Setiap ahli, katanya diberi peluang sama rata untuk bersuara dan memberikan sumbangan.
“Maka kita secara berani meluluskan dasar Satu Anggota Satu Undi dalam menentukan barisan kepimpinan,” ujarnya.
Menurutnya, tiada suatu parti lain di negara ini dan di Asia Tenggara yang berani melakukannya.
Tambahnya, malah PKR memulakannya di saat pihak musuh begitu fobia dengan demokrasi yang bergerak cergas menyuburkan demokrasi.
Di sebaliknya, kata beliau Umno dan BN tanpa segan silu berterusan merencatkan demokrasi di mana seluruh agensi dan aparatus yang boleh memperkasakan demokrasi telah dikembirikan.
Di samping itu, tambahnya pelbagai akta menyekat kebebasan rakyat terus diwujud dan dilaksanakan.
“Semua ini dilakukan demi mengekalkan jaminan mereka terus berada di tampuk kekuasaan dan meneruskan penindasan dan kezaliman kepada rakyat,” ujarnya.

Jumaat, November 26, 2010

Nurul Izzah Anwar : Siapa Sebenarnya Berbahaya?



Merujuk kepada kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor yang berdasarkan fitnah dan bukan fakta bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan Negara dan juga telah memaksa beliau untuk menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya adalah satu usaha mengelirukan rakyat.

Perihal perpaduan Negara, Dato' Seri Anwar adalah sebenarnya pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa yang telah dikembangkan kepada Pakatan Rakyat yang komited kepada falsafah 'Ketuanan Rakyat' berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada 'Ketuanan UMNO ' yang mengamalkan rasuah politikuntuk memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan UMNO.

Pendekatan Pakatan Rakyat ini telah pun disahkan kemurniannya apabila baru-baru ini UMNO telah menggunakan rasuah politik terbaru dengan membuka keahlian terus ke dalam BN.
Pegangan dan pandangan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. Mungkin DEB mesti ditukarkan namanya kepada DEK, iaitu Dasar Ekonomi Kroni?

Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila Negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah, kelemahan sistem pendidikan yang hanyamampu melahirkan golongan pekerja yang 80 peratus berkelulusan SPM sahaja, ketirisan ekonomi melalui penswastaan dan pemberian konsensi penjanaan kuasa dan lebuhraya tol yang berat sebelah, pembaziran melalui projek-projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan pendapatan rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya.

Dan pendekatan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Ekonomi Baru telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif (affirmative action) berdasarkan keperluan (needs-based) dan bukan perkauman (race-based) seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan.
Oleh demikian, saya amat pelik apabila Ezam yang menjadi pengasas GERAK dan ketika itu cukup bangga menerima gelaran Pejuang Rasuah No.1 telah bertukar nada daripada 'Kotak Rahsia' kepada 'Katak Rasuah' dengan propaganda untuk menjadi pelindung, pejuang dan pencanang amalan rasuah politik BN, rasuah ekonomi DEB dan rasuah kuasa Kehakiman pula.

Oleh itu, siapa sebenarnya berbahaya kepada BN dan siapa sebenarnya berbahaya kepada Negara?

- www.nurulizzah.com
* Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai. 

TVSNEWS

Khamis, November 25, 2010

"Anwar pula ialah kereta kebal terbaik untuk kita"

 
Oleh Nazli Ibrahim (FMT)
PETALING JAYA: "Hentikan kenyataan mengugut nak bersih kuda trojanlah, nak bersih pengkianatlah," demikian kenyataan sinis Chegu Bard berhubung tindak-tanduk beberapa pemimpin yang masih lagi bermain dengan teori ‘kuda trojan’ dalam Parti Keadilan Rakyat.
"Sebagai pemimpin besar memang betul harus membersihkan parti tetapi kenyataan mereka harus diikuti dengan pelaksanaan yang jujur dan penting juga mereka harus bertindak sebagai penyatu dalam parti.
"Dalam perihal ini nampaknya Shamsul jauh lebih baik dari Azmin di mana kenyataan pertama dia selepas minggu terakhir pengundian ada menyeru agar ahli PKR merapatkan saf kembali," ujar Chegu Bard lagi.
Menurut beliau lagi, walaupun pemilihan PKR telah pun berakhir minggu lalu, namun harapan untuk membersihkan parti dari penyelewengan masih ada.
"Harapan untuk membersihkan parti tetap ada.  Tidak mengira samada musim pemilihan atau tidak, berjawatan atau tidak.  Apa yang penting perjuangan diteruskan.  Selagi ada Tuhan selagi itu ada harapan," kata beliau kepada FMT lagi.
Anwar masih terbaik
Disamping itu, beliau mengakui anak-anak muda tidak banyak pilihan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selain menjadikan PKR sebagai landasan perjuangan.
"Kepada anak muda kita tidak punya banyak pilihan untuk menentang BN secara peribadi.  Setakat ini parti ini ialah parti paling progresif untuk perubahan negara.
"Anwar pula ialah kereta kebal terbaik untuk kita berdepan merempuh regim warisan penjajah BN ini. Anwar ada karisma penyatu, setakat ini parti dan Anwar tidak sempurna tetapi masih yang terbaik.
Beliau turut menyeru agar ahli politik muda dalam PKR agar tidak mengamalkan politik naungan sebaliknya bina kekuatan sendiri.
"Anak muda mesti keluar dari kepompong politik naungan, bina kekuatan sendiri dan bersama bangkit merempuh untuk perubahan," kata beliau.

Karpal desak hakim sukarela tarik diri

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

NONEPeguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.

Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.

"Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan,” kata Hanafiah.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.

Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama - Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara.

Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu.

Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam.
Negara sedang dibicarakan
"Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan.

"Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu,” katanya.
NONEKarpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela.

Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul.

"Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya,” katanya.

"Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu,” katanya.

Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.

Kod Etika Hakim

Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.

Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.

NONE"Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan," katanya.

Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.

Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).

“Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim),” kata Karpal semasa menggulung hujahnya.
Karpal mempertikaikan bahawa Anwar tidak akan diberikan perbicaraan yang adil jika hakim itu kekal mendengar kes tersebut.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon untuk hakim itu menarik diri. Permohonan pertama telah ditolak oleh Hakim Mohamad Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Malaysiakini..

Isu APCO : Anwar Tidak Gentar Digantung Parlimen


KUALA LUMPUR 24 NOV : Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar menghadapi kemungkinan digantung dari Parlimen bulan depan kerana mendakwa kerajaan Malaysia menggunakan khidmat firma Apco Worldwide yang ada kaitan dengan Zionis Israel dalam mempromosikan gagasan 1Malaysia.

Anwar, bagaimanapun memberitahu media bahawa beliau masih belum dimaklumkan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung ura-ura beliau akan dikenakan tindakan digantung dari menghadiri sesi dewan Parlimen akan datang.
Anwar pada persidangan parlimen Mac lalu mendakwa kerajaan Malaysia menggunakan khidmat firma Apco Worldwide yang ada kaitan dengan Zionis Israel dalam mempromosikan gagasan 1Malaysia.
Beliau turut mendakwa gagasan 1Malaysia yang diperkenal Najib juga mengikut acuan One Israel.

"Saya tidak dimaklumkan mengenai desas-desus bahawa saya bakal dikenakan tindakan penggantungan enam bulan," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat jadual berskala Pakatan Rakyat di Parlimen petang tadi.
Difahamkan usaha untuk mengenakan tindakan menggantung Anwar dari parlimen sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan adalah sebahagian daripada perancangan jahat Barisan Nasional yang dijangka menggunakan majoriti mereka di parlimen bagi tujuan tersebut.
Anwar dalam pada itu berkata ia adalah juga  usaha untuk membendung kekuatan Pakatan Rakyat berikutan desas desus bahawa pilihanraya umum ke13 bakal dilangsungkan pada tahun depan.

Apabila ditanya adakah beliau bimbang dengan kemungkinan dikenakan tindakan tersebut, Anwar menjawab ,"Mereka (BN) pernah memenjarakannya saya selama enam tahun dan apa ada pada penggantungan selama enam bulan."
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, 8 Jun lalu memanggil beliau bagi mempertahankan dirinya behubung dakwaannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.
Keputusan itu dibuat jawatankuasa itu pada mesyuarat pertama mereka di parlimen pada 17 Mei lalu.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan turut disertai lima anggota jawatankuasa yang lain.
Mereka termasuklah speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee, Ahli Parlimen BN Muar, Razali Ibrahim, Datuk Seri Foong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Nancy Shukri (BN-Batang Saadong).
Selain Karpal, seorang lagi wakil dari Pakatan Rakyat adalah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa Rasiah.

TVSNEWS

Rabu, November 24, 2010

Anwar perolehi laporan protokol perubatan

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan borang laporan protokol perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Borang yang dikenali sebagai 'pro-forma' adalah dokumen standard yang digunakan semasa menangani kes penganiayaan seks. Ia dikatakan mempunyai butiran pemeriksaan perubatan yang dijalankan ke atas pengadu.
"Adalah atas arahan saya borang profoma dibekalkan kepada pihak pembela," kata hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

NONEKatanya, beliau membenarkan permohonan itu kerana dokumen berkenaan sudah dirujuk saksi ketiga pendakwaan - Dr Siew Sheue Feng (kanan) dari Hospital Kuala Lumpur ketika mahkamah berhenti rehat.

Beliau bagaimanapun, menolak permohonan pembelaan supaya saksi itu dikenakan perintah menghina mahkamah atas tindakannya itu.
Namun, peguambela utama, Karpal Singh tidak mahu menyambung prosiding selagi keputusan permohonan menggugurkan hakim tidak diperdengarkan

Hari ini seperti diberitahu Karpal semalam, pihaknya akan mengemukakan permohonan melucutkan Mohamad Zabidin daripada perbicaraan kerana didakwa terus bersikap berat sebelah dan menghalang peguambela mendapatkan nota-nota pemeriksaan doktor ke atas pengadu Saiful Bukhari Azlan.

NONEKarpal berkata beliau membuat permohonan itu atas alasan hakim berkenan telah memberikan tafsiran berlainan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya semalam.
Anwar, dalam affidavit sokongannya mendakwa hakim mengugut untuk menakut-nakutkannya.

Menurut Karpal anak guamnya bimbang mengenai keputusan berat sebelah meskipun Zabidin telah menarik semula kenyataannya.

Hakim: Apa yang anda perkatakan boleh ditakris sebagai hina mahkamah.

Karpal: Isu hina mahkamah tak timbul kerana saya mesti jaga kepentingan anak guam saya.

Hakim: Kes (peguam) Zainur Zakaria adalah jelas.

Karpal: Ugutan hina mahkamah tidak wajar. Anda mesti lihat secara objektif. Untuk mengugut kami pada peringkat ini sebelum memfailkan permohonan tak betul.

NONEHakim: Saya tidak kata 'contempt'.

Karpal: Untuk menakutkan peguam adalah perkara yang serius. Untuk tuduhan 'contempt' juga tak wajar. Kita ada tanggungjawab terhadap anak guam. Ini adalah ugutan hina mahkamah yang Yang Arif mesti tarik balik.

Hakim: Okay, Saya tarik balik.

Karpal: Adalah tidak wajar bagi Yang Arif berkata demikian.

Hakim: Okay! Okay! Ia tak wajar.
Mahkamah kemudiannya terpaksa menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok bagi memberi laluan kepada permohonan peguambela mengugurkan hakim Zabidin.

Malaysiakini..

Selasa, November 23, 2010

Tegang di mahkamah, polis dikerah

Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.

Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.

Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang."

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.

Anggota polis yang berjumlah empat hingga lima orang, termasuk seorang yang berpangkat ASP kemudiannya dikerah bagi mengawal keadaan.
Anwar keluar dari mahkamah masuk beberapa kemudian sambil memberi petunjuk kepasda polis bahawa beliau akan bertenang.

Karpal kemudian berkata pihak pembelaan akan mengemukakan permohonan bagi melucutkan kelayakan hakim membicarakan kes itu kerana Zabidin didakwa gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita akan failkan permohonan pagi esok.”
Tak ingat

Sebelum itu, Karpal bertanya kepada Dr Siew berhubung apa yang diisi dalam borang perubatan.

Nama pesakit - saksi menjawab, "Mohd Saiful Bin Bukhari."

No IC - Dr Siew berkata dia tidak ingat.

Tarikh lahir - sekali lagi doktor itu berkata dia tidak ingat.

Pekerjaan - “pembantu peribadi”

Status - "bujang"

Dr Siew juga berkata dia tidak ingat nombor laporan polis berkenaan.

Karpal kemudian meminta Dr Siew merujuk kepada laporan perubatan. “ Bukankah awak ingin menyegarkan semula ingatan awak berdasarkan nota itu?”

Saksi berkata dia hanya merujuk kepada maklumat dalam laporan perubatan terakhir dan bukan nota perubatan yang asal.

"Saya ada laporan yang lengkap,” katanya.
Pagi tadi, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sekali lagi menolak permohonan pihak peguambela bagi mendapatkan nota perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, mahkamah tidak boleh memaksa dokumen itu dikemukakan.
Keputusan mahkamah agung

Sebelum itu berlaku pertikaman lidah antara peguam utama pihak pembelaan Karpal Singh yang berhujah bahawa hakim gagal memahami Seksyen 45, Akta Keterangan 1950 yang mensyaratkan seseorang pakar perlu mengemukakan semua dokumen bagi menyokong semua hujah yang dikemukakan di mahkamah.
"Ini keputusan Mahkamah Agung.”

Hakim Mohamad Zabidin berkata: "Bagaiaman jika dia (saksi) tidak mahu melihatnya (dokumen)?”
Karpal berkata ini tidak adil dan ini menyukarkan tugas pihak pembelaan dalam melaksanakan tugas mereka.

“Apa yang mungkin Yang Arif catatkan adalah tidak berguna kecuali ia disokong oleh data dan ia tidak berguna dengan tulisan di atas kertas itu.”

anwar karpal 200910 01"Kenapa mesti Yang Arif duduk dan terdedah kepada tidak tentu arah?” soal Karpal.

Katanya, tindakan itu bagi membantu mahkamah mendapatkan gambaran dari sudut sains.

Justeru, menurut Karpal, adalah tidak adil kepada pihak peguambela jika data yang disertakan tidak menyokong kenyataan lisan dan bercanggah dengan sistem perundangan.

"Fungsi pakar (saksi) adalah mengemukakan kepada mahkamah setiap maklumat bagi menyokong keterangan dalam terma sains agar mahkamah tidak tersilap arah," kata Karpal.

Bagaimanapun Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mencelah mengatakan saksi layak menjawab secara lisan selain tiada desakan untuk saksi mengemukakan data.

Katanya tugas pakar patologi HKL, Dr Siew hanya untuk mengambil sampel dan mengenalpasti kecederaan dan bukan mengenalpasti data.


Malaysiakini

Isnin, November 22, 2010

Hakim Nafi Lagi Hak Anwar


KUALA LUMPUR 22 NOV: Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan laporan awal perubatan doktor terhadap Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah ke-2 yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Perbicaraan kes fitnah 2 Ketua Umum PKR itu bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan

Permohonan tersebut ditolak berikutan peguambela tidak dapat mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah untuk memperoleh laporan tersebut.

Menurut hakim,  laporan perubatan doktor pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Mohd Razali Ibrahim tidak penting justeru tiada alasan peguambela mendapatkan nota klinikal daripada saksi.

Tambah Zabidin lagi, peguambela boleh memohon laporan tersebut dari mahkamah sekiranya saksi ingin membuat rujukan namun keterangan oral adalah elemen utama perbicaraan dan saksi tidak berhajat untuk membuat rujukan.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.

Karpal tidak berpuas hati keputusan hakim kerana peguambela tidak diberi peluang mendapatkan elemen penting pembelaan.

Turut hadir ke perbicaraan, isteri Datin Seri Wan Azizah, Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Saifuddin Nasution.

Hakim akan menyambung perbicaraan jam 12.30pm nanti memberi peluang peguam Karpal Singh ke parlimen.

Laporan lanjut menyusul.

TVSNEWS

Ahad, November 21, 2010

Pemilihan PKR Mendapat Sambutan Menggalakkan



SHAH ALAM 21 NOV : Walaupun sering dimomok-momokkan oleh media arus perdana kononnya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penuh dengan kecelaruan, perbalahan dan anggota yang turun mengundi hanya suam-suam kuku, hakikatnya jauh dari fakta sebenar. Timbalan presiden parti itu, Senator Syed Husin Ali berkata, penerimaan anggota parti terhadap proses pemilihan dengan sistem 'satu anggota, satu undi' itu nyata mendapat sambutan menggalakkan sepanjang tempoh pemilihan dan kekecohan yang berlaku disifatkan sebagai "badai sementara". " Hakikat sebenar ialah kita berjaya menarik keluar sampai 70,000 anggota untuk mengundi dan ia satu perkara yang tidak pernah berlaku di Malaysia dengan parti-parti yang lain," kata Syed Husin.

Proses pemilihan PKR yang dijadual berakhir hari ini akan menyaksikan keputusan pemilihan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional tahunan parti itu yang bermula Jumaat depan. Selama lebih kurang sebulan proses pemilihan PKR berlangsung, media kawalan Umno menggambarkan PKR sebagai parti yang berpecahbelah dengan pemimpin bercakaran. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR dicanang oleh media kawalan Umno sebagai rasa tidak puas hati akan umbi terhadap kepimpinan PKR, namun hakikat ialah tindakan Zaid itu tidak mendapat sokongan, termasuk segelintir pemimpin yang mahukan pemilihan itu diatur dengan lebih kemas.

" Kalau kita lihat dari kaca mata yang objektif dan tidak melalui akhbar-akhbar yang memang selama ini mengutuk parti, sebenarnya keadaan kita adalah tenang, pimpinan bekerjasama, pimpinan berbincang dan membuat keputusan," tambah Syed Husin lagi. Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan, Radin Shamsulkamar Radin Shamsuddin ketika ditemubual dalam rancangan Fokus Berita di Tv Selangor hari ini berkata, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi punca kepada permasalahan yang timbul sepanjang tempoh pemilihan. Ujar Radin, pengharapan yang terlalu tinggi dari ahli yang menjangkakan proses pemilihan julung-julung kali diadakan ini akan direalisasikan dengan cukup sempurna, menyumbang kepada berlakunya rasa tidak puas hati.
" Pengharapan anggota itu kepada pemilihan yang kita lakukan adalah sempurna tetapi perlu kita akui, ini cubaan kali pertama. Percubaan yang saya kira berjaya, tetapi kelemahan ada." Tetapi kita perbaiki kelemahan itu dari minggu ke minggu. Jadi kalau minggu lepas kita telah kenal pasti dua tiga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kita baiki dan pada minggu depan ia tidak berlaku lagi," tambah Radin lagi. Tanpa menafikan beberapa masalah wujud sepanjang proses pemilihan,menurut Radin, pemilihan itu sendiri merupakan satu kejayaan besar kepada PKR.Justeru ujarnya, tidak hairanlah kalau seteru politik PKR menggunakan segala jentera yang ada demi menjatuhkan imej PKR di mata rakyat.

" Ia memang menunjukkan kejayaan yang cukup baik daripada segi pelaksanaan demokrasi bagi parti politik. (Oleh itu) kecemburuan itu terlalu tinggi. Umno mungkin tidak dapat hendak melaksanakan,mungkin masalah yang bakal mereka hadapi, kalau lah mereka cuba, saya rasa masalah yang bakal mereka hadapi 10 kali ganda dari apa yang kita hadapi." Jadi secara nyata apa yang menghiasi dada-dada akhbar dan apa yang disiarkan Tv3, RTM, semuanya bohong. Yang baik mereka tidak ambil," ulas Radin lagi.

TVSNEWS

Anwar-Suu Kyi- Angkara 'Tangan Hitam' APCO ?



KUALA LUMPUR 21 NOV : Media arus perdana hari ini memberi liputan meluas kepada rencana seorang penulis barat dengan tajuk Anwar bukan Aung San Suu Kyi.
Tulisan Rachel Motte dalam blog New Ledger  diberikan liputan meluas oleh Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia dan media lain. Namun fakta yang disembunyikan ialah tuduhan-tuduhan melulu di dunia siber  bahawa Motte  adalah penulis upahan APCO.

Ini bukan kali pertama beliau mengecam Anwar atau memuji kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, malah itulah agendanya sebelum ini menerusi  artikel seperti The Reversal of Anwar Ibrahim.    

Semua maklum,  dan  seperti yang sahkan di Parlimen, APCO ialah perunding yang diupah oleh kerajaan pimpinan Najib dengan kos mencecah lebih RM78 juta ringgit,  untuk memulihkan imej Perdana Menteri yang tercalar sekian lama.

Selain mengupah ramai bekas pegawai tertinggi rejim Zionis,  APCO diberikan amanah untuk mengatur liputan media yang memuji Najib dan isteri serta membidas Anwar  dalam usaha untuk memintas sokongan Barat terhadap Ketua Pembangkang itu.

Dalam artikel terbarunya, Motte berbohong  apabila  memberi  gambaran kononnya Anwar membandingkan diri beliau dengan pemimpin pro demoraksi  Aung San Sun Kyi.
 Anwar tidak pernah membandingkan dirinya dengan pengorbanan yang dilalui oleh ikon Myanmar itu.  

Untuk berbuat demikan adalah mengundang "hara kiri"  politik  atau membunuh diri secara politik dan Anwar lebih jauh lebih bijak dan matang dari itu. 
Mesej yang dibawa oleh Anwar ketika lawatan beliau di Australia amat mudah untuk di faham (kecuali mungkin bagi Apco, Motta dan media arus perdana) iaitu :

Dalam mengecam kekejaman di  Myanmar, kerajaan-kerajaan seperti Australia digesa juga turut peka terhadap keadaan sebenar di Malaysia, di mana pencabulan asas-asas demokrasi dan hak asasi rakyat berlaku saban kali.

Anwar berkata apa yang diminta beliau bukanlah campurtangan langsung Australia tetapi sekadar mahukan negara itu terus  memberi perhatian kepada isu-isu sejagat seperti keadilan dan hak asasi. 
Seseorang tidak perlu menjadi pakar hal ehwal Malaysia untuk mengesahkan kebenaran  mesej Anwar.

Kes Teoh Beng Hock, kematian ratusan orang dalam lokap polis, sistem kehakiman yang tidak berwibawa,  rampasan kuasa di Perak yang dihalalkan oleh mahkamah adalah hanya secebis  realiti di Malaysia.

Motte mendakwa  Anwar tidak boleh membandingkan dirinya dengan penahanan Suu Kyi kerana beliau diberi perbicaraan, mempunyai pasukan peguam, akses kepada media tempatan dan antarabangsa serta mempunyai parti politiknya sendiri.

Anehnya hujah Motte ini begitu mirip dengan alasan yang diberi oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ketika Anwar menghadapi perbicaraan konspirasi pertama selepas beliau dipecat daripada  kerajaan pada tahun 1998.

Adalah membazir  masa untuk menghuraikan kewibawaan perbicaraan yang dilalui oleh Anwar ketika itu yang berakhir dengan beliau dipenjarakan selama lapan tahun.
Cukup sekadar  mengingatkan bahawa  perbicaraan itu menjadikan Malaysia bahan ketawa antarabangsa dan adalah detik hitam dalam sejarah perundangan kita.

Tidak ada banyak yang berbeza pada perbicaraan Anwar kali ini. Seperti 1998, masih berlaku pengadu dan Perdana Menteri berjumpa sebelum tuduhan dikenakan terhadap Anwar. 
Tidak apa jika Anwar dinafikan kenyataan polis dan bahan bukti untuk membolehkan beliau membuat pembelaan rapi. Tidak apa jika pengadu dan pendakwaraya menjalin hubungan sulit.
Tidak apa jika laporan awal doktor mengatakan tidak ada bukti pengadu diliwat.

Semua maklumat ini,  dan banyak lagi dilaporkan dalam semua media bebas.  Tentunya fakta-fakta ini ada dalam pengetahuan Motte dan Apco.
Apco dan Motte harus ditanya harga maruah diri mereka.
Cubaan untuk mengelirukan rakyat dengan sengaja menyalah lapor fakta  demi  mencantas seseorang harus dikutuk  sebagai satu bentuk pencabulan jijik terhadap kebebasan media.

TVSNEWS 

Sabtu, November 20, 2010

Karpal kesal tuduhan dan kritikan terhadap Anwar


PULAU PINANG 20 NOV : Pengerusi DAP Karpal Singh menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan menegaskan Pakatan Rakyat bersedia menghadapi sebarang cabaran daripada parti yang bakal ditubuhkan oleh Zaid.

Karpal lahirkan rasa simpati dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim atas tindakan Zaid mengkritik pimpinan PKR bertalu-talu sebelum bertindak keluar dari parti itu.
"Apabila Zaid menyertai PKR (pada 2008), saya ada menyatakan pada Anwar Ibrahim (bahawa) orang ini tidak boleh dipercayai. Ini boleh disahkan oleh Anwar (sendiri)," Karpal memberitahu pemberita di Pulau Pinang.

Karpal berkata tindakan Zaid membuat pelbagai tuduhan dan kritikan terhadap Anwar amat dikesali memandangkan jasa Ketua Pembangkang itu menerima Zaid ke dalam PKR dan memberikan beliau ruang untuk menyerlah.
"Anwar memberi "perlindungan" kepada Zaid ibrahim. Tetapi apa yang dilakukan oleh Zaid Ibrahim (dengan) perkataan-perkataan yang digunakan ke atas Datuk Seri Anwar adalah satu perkara yang tidak boleh dipertahankan", tegas Karpal.

Selain diangkat oleh Anwar untuk menjadi calon Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Zaid turut dipilih menganggotai Biro Politik selain menjadi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. Zaid kemudian menuduh Anwar dan pimpinan PKR lain sebagai kononnya tidak mendokong amalan demokrasi, malah meminta Anwar untuk meninggalkan parti itu.

Karpal berkata Zaid bebas untuk menubuhkan parti baru namun ia tidak sekali-kali akan mengusarkan Pakatan Rakyat.

"Jika Zaid Ibrahim mahu tubuhkan satu parti politik dia boleh, Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dari zaid Ibrahim," kata beliau.
Ketika mengumumkan hasrat menubuhkan parti baru, Zaid tidak menolak kemungkinan parti itu bekerjasama dengan Umno atas isu-isu tertentu.



Sumber : TVSNEWS

Pemimpin Perlu Pendirian Teguh Pikul Amanah Rakyat


Dari Tv Selangor

Pemimpin-pemimpin parti perlu berpendirian teguh memikul amanat rakyat dengan tidak berpaling tadah menghentam benteng demokrasi utuh perjuangan parti tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Anwar membidas sikap pengkhianatan individu yang bertalu-talu menyerang kepimpinan dan perlembagaan PKR dari dalam menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional sebagai platform mengugat fokus keutamaan parti itu.
“Saya tidak boleh terima orang yang menyerang parti berulang kali guna media Umno dan hina sahabat perjuangan termasuk Syed Husin Ali,” tegas beliau.
Dalam ucapan Rapat Umum bersama negeri Selangor di Auditorium MBSA, Shah Alam, beliau tidak mahu memberi komen negatif, Datuk Zaid Ibrahim yang baru mengumumkan keluar parti menjadi subjek keraguan halatuju PKR justeru terus memberi tumpuan kepada prinsip menegakkan keadilan.
“Bukan kerja saya mahu ulas kenyataan Zaid tapi kerja saya hendak mengangkat PR.
“Saya tidak mahu dalam pertarungan ini, kita beri kata-kata kesat kepada beliau (Zaid). Biar sahaja,” kata beliau di hadapan lebih 2000 ahli PKR di negeri Selangor yang memenuhi auditorium itu.
Bertemakan ‘Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman’, Anwar mengakui beliau tidak pernah neutral dalam perjuangan parti dan turut optimis akan berjaya memperoleh keadilan di negara ini melalui rombakan sistem kerangka PKR.
Menyifatkan PKR bukan sebagai parti biasa, ketua pembangkang itu mengingatkan anggota bahawa kewujudan PKR merupakan rentetan kebangkitan golongan kelas bawahan yang menuntut perubahan dan bukan perjuangan untuk dirinya.
“Parti ini bukan parti politi biasa, ini parti kebangkitan rakyat. Saya berani kata, parti ini didukung kelas bawahan. Orang bawahan yang tertindas bangkit menuntut perubahan,” jelas beliau disambut tepukan gemuruh anggota-anggota yang hadir.
Anwar menyeru anggota-anggota PKR bersedia menghadapi perubahan sekiranya mahukan kematangan dan menyelamatkan parti.

Selain itu beliau berkata, pemilihan kepimpinan PKR tidak perlu dijadikan isu kepincangan masalah dalam parti membuka ruang serangan pihak lawan sebaliknya terus mengingatkan fokus menggugurkan kedudukan Umno sebagai kerajaan.
Justeru beliau menyeru pemimpin-pemimpin yang dipilih anggota parti untuk mengangkat daya kepimpinan dalam PKR
“Dalam kepimpinan saya tidak peduli menang, kalah. Buat apa mahu jadi ‘jaguh kampung’. Yang hendak dilawan Umno.
“Kalau pemimpin bersikap macam orang bawah, baik turun bawah dan beri peluang orang buat naik atas untuk berucap,” ujar beliau.
Pemilihan PKR yang hanya tinggal dua hari, Anwar turut menyeru anggota-anggota untuk keluar memilih calon kepimpinan parti itu selain tidak mengiktiraf pemimpin yang menang dengan jumlah undi yang kecil.
Dalam pada itu, Anwar berpendapat Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai ruang untuk menyerang PKR sebaliknya menggandakan usaha mencuri ahli-ahli yang kurang pendirian dalam parti.
Tambahnya lagi, Umno-BN telah lama terputus hubungan dengan kehendak rakyat seraya memberi kepada PKR untuk membuktikan perjuangan telus menuntut demokrasi mutlak di negara ini.
“Mereka (Umno) hanya boleh ganggu dari dalam. kerana itu kita sibuk dengan masalah dalaman.
Anwar mengambil contoh aduan yang diterima berhubung pemilihan pucuk pimpinan PKR di cabang-cabang bukan penghalang parti itu berlaku terus sebaliknya beliau menyatakan keengganan mempertahan kesilapan dalaman parti justeru bertegas mengemukakan bukti dan fakta agar tindakan dapat dilaksanakan.
Anwar menasihati menghentikan masalah dalaman parti sebaik berlangsungnya kongress PKR 27 November nanti. Beliau menyarankan agar Senator Syed Husin Ali terus membantu mengemudi PKR.
Sementara itu, Anwar turut memuji prestasi cemerlang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya mengangkat martabat negeri Selangor memberi keselesaan kepada rakyat dalam pemerintahan selain menyeru agar Pakatan Rakyat mempertahankan kubu kuat parti itu.
“Selangor kubu terpenting PR. Semua orang mahu rampas Selangor, Khir Toyo, Noh Omar. Tapi kita berjaya tangkis serangan,” katanya.
Rapat Umum anjuran PKR negeri Selangor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi mendapat sambutan meriah anggota-anggota parti dan berakhir pada jam 12 malam.

Hadri Yaziz

Jumaat, November 19, 2010

Khamis, November 18, 2010

Sokongan Melayu Bertambah Baik, Nizar Yakin Tawan Perak


SHAH ALAM 18 NOV: Sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Perak menambah keyakinan Datuk Seri Nizar Jamaluddin bahawa negeri itu kembali ditawan pada pilihanraya akan datang.
Ketika ini ujar Nizar yang disingkirkan secara tidak bermoral oleh Umno-Barisan Nasional(BN) menyatakan ketika ini PR mengorak langkah komprehensif mendekati masyarakat Melayu dengan memberi jaminan kedudukan kaum itu tidak akan tergugat sekiranya mengambil alih tampuk kepimpinan negeri itu.
Nizar menyifatkan kegusaran utama kaum majoriti di negeri itu meliputi kepentingan kaum Melayu, agama Islam dan institusi DiRaja yang sering diracuni Umno-BN.
"Pakatan Rakyat tidak menggugat kedudukan orang Melayu, yang kedua Pakatan Rakyat tidak menggugat kedudukan Islam dan yang ketiga PR tidak menggugat institusi DiRaja," tegas Nizar ketika dihubungi TV Selangor.
Menurut beliau ini merupakan tiga perkara pokok yang dimainkan Umno-BN sehingga kini justeru pakatan pembangkang secara agresif menangkis tanggapan buruk yang cuba diterapkan kepada minda rakyat.
Di peringkat kampung, Nizar berkata pendekatan berbeza yang dilaksanakan PR secara langsung memberi peluang pemimpin-pemimpin Pakatan mendengar respon masyarakat justeru memperkasa pendekatan pakatan pembangkang memenangi hati masyarakat Melayu di negeri itu.
"Bahkan sebelum Hari Raya Korban kami edarkan risalah. Kedua kita ada ceramah 'come' forum. Dalam ceramah itu kita berhenti sekejap dan kita suruh orang-orang yang dengar itu naik ke atas pentas, mereka pun boleh ceramah 10 minit," jelas Nizar kepada TV Selangor.
Memetik laporan The Malaysian Insider semalam, Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham yang baru dilantik semula optimis sokongan masyarakat Melayu semakin pulih di Perak setelah meneliti tindakbalas kejadian rampasan kuasa Umno-BN dua tahun lalu.
Selain itu Ngeh turut mengakui kredibiliti  Nizar Jamaluddin berdasarkan merit dan sokongan yang diperolehi daripada rakyat.
Nizar berkata lagi, sokongan parti pakatan pembangkang DAP dan PKR menakjubkan dalam usaha menerap kepercayaan rakyat terhadap pelaksanaan menyeluruh konsep pemerintahan demokrasi mutlak menyingkirkan corak diktator Umno-BN yang melebihi separuh abad. 
Disamping itu, Nizar yakin pendekatan Umno-BN menabur duit kepada rakyat meraih sokongan adalah konsep kuno sebaliknya kepercayaan dan pengalaman merupakan tunjang kepimpinan yang dituntut membela kepentingan rakyat.
"Kita tidak bagi duit tapi kita beri pengalaman tetapi kesan itu memberi makna baik sebab kita terus pergi kepada pengundi.  
"Saya sendiri dengan kepimpinan, kami ada enam tempat di Perak ini yang kebanyakkannya tempat orang Melayu. Kami pergi sebulan dua kali ke kedai-kedai kopi di kampung dan kami bersama-sama penduduk samada gotong-royong atau makan. Itu kita buat hendak mendekati dengan rakyat di kawasan Melayu," jelas beliau lagi.
Menyentuh isu sumber kewangan yang telah digunakan Pakatan Rakyat membiayai kos peguam menentang Umno-Barisan Nasional di mahkamah dua tahun lalu, Nizar berkata kos yang kurang dari RM100 ribu itu tidak membebankan dan telahpun diagihkan kepada setiap parti dalam Pakatan Rakyat.
"Cara kita hendak mengutip dana itu, bahkan sebahagian besar kita sudah bayar kepada peguam-peguam kita. Setengah lagi kita bernasib baik sebab bila kita buat jamuan makan malam khususnya oleh DAP, biasanya meja-meja habis dijual. Jadi itu tidak ada masalah punca dana mahu bayar balik peguam-peguam yang memberikan khidmat," jelas beliau lagi. 
Tambahnya, peguam-peguam yang dilantik tidak menggenakan bayaran penuh sebaliknya hanya kos material sahaja untuk menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Nizar memberi jaminan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri Perak yang dijadualkan bermula 30 November nanti akan memperlihatkan perdebatan profesional ahli-ahli DUN kerajaan dan pembangkang.
Beliau turut menolak kemungkinan tercetus kekecohan seperti yang berlaku dahulu.
"Jadi untuk itu persidangan ini kita akan hormat keputusan mahkamah dan kita akan bersidang secara profesional. Cuma kita mahu tengok Barisan boleh beri masa panjang atau tidak." katanya.
TVSNEWS

Najib Tidak Berpaut Pada Realiti - Dr Muhammad Nur Manuty

SHAH ALAM, 17 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno tidak berpaut kepada realiti apabila mendakwa masyarakat antarabangsa menerima Malaysia sebagai negara Islam contoh. 
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat atau PKR,Dr Muhammad Nur Manuty, berkata dakwaan itu rapuh kerana banyak negara mempertikaikan sistem kehakiman di Malaysia. selain penindasan terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah dan layanan terhadap kaum bukan Islam. 
Manuty menolak tanggapan Najib bahawa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak mempunyai sokongan antarabangsa apabila menegaskan Malaysia masih jauh daripada mencapai status negara Islam contoh.     
"Tetapi bercakap secara 'private' ,  banyak pemimpin dunia termasuk beberapa negara dunia tidak suka dengan perjalanan pentadbiran malaysia dalam konteks tidak adil dengan orang yang tidak diberikan pembelaan oleh mahkamah yang adil, tekanan kepada orang-orang yang tidak sehaluan dgn dasar pemerintah, layanan kpd org bukan islam yang ditahan dan kematian didalam penjara itu tidak islamik serta bercanggah dengan nilai-nilai kemanusian," katanya kepada TV Selangor petang tadi.
Dr Manuty berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan beliau bahawa pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Malaysia tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.
Anwar, dalam satu wawancara dengan wartawan Australia,  menyifatkan Malaysia tidak wajar di terima sebagai sebuah negara Islam Moden kerana pelbagai bentuk kezaliman dilakukan secara terang-terangan oleh pemerintah.
Justeru Dr Manuty,menjelaskan bahawa konsep Islam Moden ini harus difahami dengan jelas kerana tidak semua perkara yang termaktub didalamnya dipersetujui oleh pemimpin Islam seluruh dunia.
"Kita kena faham konsep Islam dan modenity ini ada perkara yang islam tidak sejajar dengannya seperti faham modenisma, jadi maknanya ruang untuk seorang pemimpin macam Anwar bercakap, saya fikir Anwar yang sudah banyak latar belakang kefaham tentang islam...lebih banyak daripada islam dia ada hak hendak cakap sedemikian kerana dia juga mempunyai hubungan yang erat dengan pemimpin dunia apa lagi pemimpin dunia yg faham kedudukan malaysia," tambah beliau lagi.

TVSNEWS

RAPAT UMUM 19 NOV - MEDIA TUDUH, ANWAR JAWAB

Oleh: Mandor
Di sebalik PKR dikatakan berdepan dengan berbagai kemelut yang dibesarkan oleh media haprak, Ketua Umum PKR terus komitmen dengan perjuangan membela rakyat dan tidak melayani sebarang propaganda jahat mereka. Propaganda jahat ini tidak akan mendapat hasil sekiranya semua ahli dan penyokong PKR kenal satu persatu media haprak yang ada di dalam negara kita ini.

Pada 19 November 2010, bermula jam 8 mlm bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam satu Rapat Perdana akan dianjurkan oleh PKR bersama Ketua Umum DS Anwar Ibrahim sebagai pemidato utama.

Kehadiran semua amat dialu-alukan untuk membuktikan kepada Umno bahawa PKR tetap boleh bersatu walaupun menghadapi suasana pemilihan parti tersebut. Mungkin di malam itu nanti DS Anwar akan menghuraikan apakah sebenar yang berlaku di dalam parti ini dan apakah tujuan media haprak tersebut mempromosikan pemilihan parti saban hari dan waktu. Sila hebahkan melalui Face Book atau blog anda. /mandor.blogspot.com

Rabu, November 17, 2010

Saifuddin : Sistem Satu Ahli Satu Undi Untuk Masa Depan PKR

MACHANG 17 NOV : Parti Keadilan Rakyat tidak  akan tunduk kepada kritikan, tuduhan  dan ugutan melulu terhadap pemilihan parti malah  tetap komited untuk menyemarakkan  demokrasi tulen yang memberikan hak mengundi kepada setiap ahli.

Setiausaha Agung PKR  Saifuddin Nasution berkata sistem satu ahli satu undi yang diperkenalkan pada  pemilihan kali ini adalah sejajar dengan matlamat memberikan akar umbi hak menentukan corak kepimpinan parti.

" Bukan sebab hendak sangat PKR dilihat mempunyai kelainan. Tetapi prinsip dan falsafah yang mendorongnya. Kita percaya kepada prinsip memberikan hak dan juga kepada setiap anggota yang sebenarnya boleh dianggap bijak dan mampu berfikir bagi menentukan corak kepimpinan yang mereka hendak amanahkan bagi menerajui kepimpinan parti," kata Saifuddin kepada Tv Selangor, melalui segmen bual bicara, Terus Terang.      

PKR menempa sejarah apabila menjadi parti politik pertama di Malaysia memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung dengan setiap ahli di peringkat cabang berhak  memilih pemimpin peringkat nasional.
Namun pemilihan beberapa cabang tercemar dengan tuduhan proses pengundian tidak telus termasuk  pengiraan kertas undi selain provokasi luar dari bukan ahli parti.

Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim menggunakan dakwaan-dakwaan  itu sebagai alasan untuk tidak meneruskan saingannya sebagai Timbalan Presiden dan bertindak keluar dari parti.

Segala pergolakan itu dilaporkan oleh media arus perdana kawalan Umno-BN  sebagai krisis paling hebat dalam PKR.

Namun Saifuddin berkata  segala tuduhan  mesti ditangani secara tenang dan dinilai dari konteks yang betul.  Tidak ada keperluan untuk parti menekan “butang kecemasan”, tegas beliau. 

" Kita kena ingat sistem pemilihan yang adil adalah satu proses   terbuka yang mengundang segala macam masalah, sama ada reaksi dari orang luar mahupun orang dalam . Itu tidak dapat dielakkan. 

" Reaksi dari orang luar kita anggap sebahagian daripada minat mereka terhadap proses ini. Reaksi daripada orang dalam,  baik yang berupa aduan, komen, kritik, adalah satu lagi perkara yang berlaku secara terbuka.  Kalau mereka salurkan melalui saluran parti, kita akan tangani cara saluran parti. Kalau mereka memilih untuk meletupkannya secara terbuka, kita akan hadapi secara terbuka," tambah Saifuddin lagi.

Saifuddin menegaskan PKR adalah sebuah parti masa depan, lalu harus "berani" membawa perubahan hatta mencuba sesuatu yang baru.

Beliau berkata dengan memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung, PKR memberikan petunjuk jelas bahawa ia adalah sebuah parti untuk  masa depan.

" Politik itu bersifat dinamik. Yang namanya politik itu bukan sesuatu yang berbentuk statik. Mesti ada keberanian untuk mencuba  sesuatu yang baru. Bermula dengan proses penamaan calon biar pun belum pernah dilakukan oleh mana-mana parti,"katanya.

Berbeza dengan parti perkauman seperti Umno dan rakan parti  komponennya dalam Barisan Nasional, PKR  bergerak jauh ke hadapan dengan mendokong suara  rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman agama, kata Saifuddin.

Atas sebab itu,  kira-kira 400,000 ahli PKR di seluruh negara berjaya disatukan di bawah satu bumbung parti dengan komposisi 50 peratus masyarakat berbangsa Melayu, 23 peratus India, 12 peratus cina dan 15 pelbagai etnik dari Sabah Sarawak.

" Kalau hendak dilihat dari rupa wajah politik Malaysia akan datang, cerminannya sudah ada pada parti Keadilan,” kata beliau.  

Namun beliau menegaskan  PKR  yakin, sistem pemilihan sebegitu adalah cara terbaik untuk menzahirkan konsep perjuangan yang dibawa olehnya.

" Saya fikir untuk jangka masa panjangnya, dari sudut falsafah, dari sudut prinsipnya, saya percaya parti Keadilan sedang bergerak pada landasan yang betul untuk memberikan satu rupa dan wajah baru kepada politik negara pada satu masa nanti,"tambahnya lagi.


Sumber : http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/11/saifuddin-sistem-satu-ahli-satu-undi.html

Jangan Sokong Membawa Rebah

Oleh Dr. AB
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali, kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”
QS. al-Hujurat (49) : 9

Saya ingin melahirkan rasa sedih dan kecewa melihat keadaan suasana Pemilihan Parti kali ini. Amatlah mengecewakan apabila kekalutan dan keresahan ini hadir di saat kita semakin menghampiri satu pertarungan besar iaitu Pilihan Raya Umum ke 13.

Saya menyeru agar kita semua ahli dan aktivis Parti untuk kembali fokus dan melihat agenda yang lebih besar yakni melakukan Reformasi untuk negara kita Malaysia. Perjuangan kita yang telah dimangkinkan dengan episod kezaliman ke atas Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan komrade-komrade Reformasi yang saban minggu ditangkap dan dipukul FRU, janganlah dibiar hanyut dek kerana permainan politik dua tiga kerat pemimpin Parti yang hakikatnya telah diangkat kita semua untuk memimpin.

Di saat Parti kita diserang begitu hebat, kenapa mudah kita menurut rentak emosi yang selalunya tidak rasional. Janganlah Parti yang telah kita bina selama lebih 11 tahun ini tergadai hanya kerana perebutan kuasa dua tiga kerat pemimpin. Begitu lama kita berjuang mempertahankan Datuk Seri Ketua Umum, dengan azab yang beliau sendiri lalui tidaklah tertanggung oleh sembarangan manusia, janganlah dibiar akhirnya menjadi sia-sia.

Parti kita memerlukan pemimpin yang punya gagasan. Sejasad pemimpin hebat walau macam mana pun akan temui ajal jua, tetapi yang kekal diwariskan kepada generasi akan datang adalah gagasan. Gagasan yang mampu merubah sistem dan kehidupan masyarakat supaya menjadi lebih baik. Maka pemimpin seperti ini yang perlu kita angkat. Bukannya pemimpin yang berdiri atas kepentingan individu semata-mata, dan sanggup melanggar segala tatasusila politik demi memenuhi nafsu politik masing-masing.

Kita perlu kembali kepada fitrah perjuangan Reformasi yang telah kita juangkan selama ini. Kita berasal dari berbagai latar dan rencam, tidak berjawatan tidak berkedudukan, tiada pangkat mahupun gelaran, sejarah menjadi saksi; atas kesedaran bersama – Menentang Kezaliman dan Menegakkan Keadilan – kita sahut laungan Reformasi yang dilaung Datuk Seri Ketua Umum 12 tahun lalu kerana kita percaya bahawa ada Malaysia yang lebih baik untuk kita wariskan pada anak-anak kita.

Reformasi!

sumber : http://anwaribrahimblog.com/2010/11/15/jangan-sokong-membawa-rebah/ 

Pemilihan AMK: Harapan lawan kebimbangan

Walaupun berkongsi perkataan "reformasi" sebagai slogan kempen masing-masing, persaingan kedua-dua calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Badrul Hisham Shaharin boleh disifatkan sebagai pertembungan antara harapan dan kebimbangan anak muda dalam parti itu.
Shamsul - penyandang kerusi itu - yang menggunakan slogan "Reformasi 3.0" nampaknya obses dengan sasaran "menuju ke Putrajaya" yang kerap dilaungkan pembangkang akhir-akhir ini.

"Terdapat beberapa momen penting dalam penggal akan datang, bukan persoalan tiga tahun (satu penggal) apa boleh kita buat. Momen penting itu adalah pilihan raya umum ke-13 akan datang dan kita sedang menuju ke Putrajaya.

"Justeru itu, anak muda harus diberikan peranan penting dalam pembangunan negara. Kita tuntut dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai pelapis dan rakan kongsi," kata Shamsul, seorang pengamal undang-udang di Kuala Lumpur.
Di satu sisi lagi, pencabarnya Badrul Hisham Shaharin - yang menggunakan slogan "Penerus Perjuangan Reformasi" - pula menjangkakan, di masa depan, laluan AMK dan Pakatan Rakyat tidak semudah yang dijangkakan, malah mungkin lebih genting.

Badrul berkata, beliau mahu memastikan AMK bersedia menghadapi kemungkinan paling serius yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin kembali merengkok dalam penjara.

Menurut Badrul, di tahun-tahun mendatang, negara juga bakal berdepan dengan kesan kejatuhan ekonomi global dan krisis perkauman yang didakwa semakin melebar.
"Semua ini ancaman yang (meyebabkan) perlu kita persiapkan generasi muda untuk berdepan dengan (kemungkinan) itu. Untuk melihat kelompok muda yang agresif, tentu kita melihat kepada AMK.

"(Bila) kita lihat AMK, pada hakikatnya, semua orang tak boleh menafikan, kita sedang pada satu tahap boleh masuk zon merah sekarang ini," kata Badrul, bekas guru yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Dalam perebutan jawatan nombor satu dalam AMK, keputusan terkini menunjukkan Shamsul di depan dengan 3,981 undi meninggalkan Badrul dengan 3,273 undi.

Ini bermakna, walaupun persaingan mereka amat sengit pada minggu pertama dan kedua pemilihan, Shamsul mula menjarakkan kedudukan dengan majoriti 708 undi berbanding hanya seratus undi sebelum ini.

Bagi bagi jawatan timbalan ketua pula, regu Shamsul - Khairul Anuar Ahmad Zainuddin - meninggalkan gandingan Badrul - Chang Lih Kang.

Khairul - kini merupakan ketua AMK Selangor - mendapat 3,908 manakala Chang - ADUN Teja - mendapat 3,054 undi.

Malaysiakini mewawancara Shamsul dan Badrul secara berasingan di Bangsar baru-baru ini.

Berikut sedutan intipati pendapat dan penjelasan kedua-dua calon berhubung perlbagai isu berkaitan sayap kanan PKR itu:
Peluang masing-masing
Shamsul: Peluangnya agak tinggi kerana saya sudah pergi hampir ke seluruh negeri. Dan sokongan, keinginan dan harapan anggota AMK, mereka minta dipimpin (oleh saya) satu penggal lagi. Dan perkara ini dizahirkan secara jelas dan berterus-terang.

Badrul: Setakat ini saya melihat peluang kita begitu cerah kerana anggota di bawah ini memilih bukan berdasarkan sentimen semata-mata tetapi berdasarkan masa depan amk itu sendiri. Cuma yang menjadi kekuatiran saya persoalan jaringan maklumat (untuk turun ke bawah), manipulasi yang ada.
Kegagalan kompromi
Shamsul: Tak ada ruang untuk kita kompromi di peringkat awal. (Jadi) Saya buat keputusan serah pada akar umbi, biar pencalonan jalan dahulu sebelum buat keputusan.

Badrul: Ketika dia (Shamsul) nak membuat pengumumam bertanding naib presiden (sebelumnya), dia jumpa dengan saya dan minta untuk dia disokong. Saya dengan jelas isyarat saya untuk menyatakan sokongan kepada Shamsul sebagai naib presiden.
Langkah pertama sekiranya menang
Shamsul: Saya mahu betulkan persespsi yang dihadapi AMK dalam penggal ini bahawa kita sudah bersedia jadi rakan kongsi negara ini. Ia harus bermula dengan pasukan yang mantap. Saudara lihat apa saya gagaskan, merangkumi kepimpinan daripada pelbagai latar, aktivis pekerja, demonstran, swasta. Ia gambaran kompleksiti majmuk hasrat anak muda.

Badrul: Pertama sekali, selepas kemenangan, saya akui, selepas pemilihan ini ada banyak calar-balar dan sebagainya. Sudah tentu tumpuan saya selepas ini. Seperti mana kenyataan media saya awal ketika mahu bertanding, saya mahu memastikan biduk lalu kiambang bertaut. Kita akan gabung, kita akan garap semua tenaga untuk menguatkan AMK.
Tentang pesaing masing-masing
Shamsul: Daripada ramai orang (dalam AMK) takkan seorang saja, iaitu Badrul Hisham (sebagai calon pengganti)? Perkara itu tidak berlaku kerana kita tidak pernah merancang untuk diasaskan pelan peralihan.

Badrul: Pertama sekali, banyak yang provok saya untuk mengatakan Shamsul Iskandar gagal, Shamsul Iskandar tidak bersungguh-sungguh. Bagi saya tak adil. Berdasarkan latar sejarah itu, latar masa, sumber dan sebagainya, ternyata Shamsul Iskandar telah melakukan yang dia termampu.


Malaysiakini

Isu Demokrasi Australia Tidak Patut Diam Diri- Anwar


CAMBERRA 16 NOV: Dalam satu lawatan ke Australia, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Australia diberi nasihat yang salah untuk tidak menyuarakan isu hak asasi manusia dan demokrasi.

Dalam pertemuan beliau dengan Menteri Luar Australia, Kevin Rudd, Anwar menyuarakan perbezaan komitmen antara sokongan terhadap institusi demokrasi di Indonesia, tetapi komitmen terhadap sokongan kepada Malaysia dalam hal sama adalah lebih rendah.

Ditanyakan berkenaan pendirian Perdana Menteri Australia, Julia Gillard yang enggan memberi komen terbuka mengenai isu hak asasi di Malaysia semasa lawatan beliau baru-baru ini ke Malaysia, Anwar berkata Australia tidak patut takut akan bermusuh dengan negara-negara lain dengan memberikan komen sebegitu.

"Kita tidak patut berdiam diri apabila sesebuah negara itu menghadapi konflik, berbalah sesama sendiri, bertempur dan akhirnya musnah sebelum memberikan bantuan.

"Saya rasa mereka mungkin mengambil langkah yang salah jika meneruskan pendirian sebegini," jelas Anwar ketika ditemubual Radio Australia News.

Kata beliau, isu berkenaan demokrasi, hak asasi manusia dan perlaksanaan undang-undang bukanlah sesuatu yang boleh diketepikan begitu sahaja dan walaupun beliau faham berkenaan perbezaan di dalam hubungan diplomatik antara Australia dan Malaysia tetapi beliau berpendapat Australia patut mempertahankan hak asasi manusia.

"Anda perlu menghargai pada hakikatnya dari reaksi sesetengah pemimpin politik di sini, mereka sentiasa mempunyai satu pandangan yang positif terhadap Australia," katanya lagi.

Beliau seterusnya meneruskan Australia merupakan sebuah negara demokratik yang penting di rantau ini, maka mereka perlu memainkan peranan penting.

"Tetapi saya tidak merasakan begitu selesa apabila mereka berhadapan dengan Malaysia. Maksud saya, apa yang kita harapkan? Kita tidak mengharapkan bantuan berjuta-juta, teapi kita hanya mengharapkan mereka menunjukkan bahawa mereka juga prihatin," kata Anwar.

Anwar menjelaskan beliau menghargai Kevin kerana sanggup meluangkan masanya untuk berjumpa beliau.

"Ia merupakan satu perbincangan yang amat bermakna dengan beberapa isu berkait kedua-dua egara dan juga berkenaan masa-masa sukar yang saya lalui.

"Tetapi saya sentiasa menekankan bahawa mereka patut menegaskan lagi isu ini, isu kebebasan dan hak asasi manusia, yang mana melangkau kes peribadi (saya)," tegas beliau lagi.

TVSNEWS

SELAMAT DATANG KE BLOG AGEN DSAI...

SELAMAT DATANG KE BLOG AGEN DSAI DAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN 17 November 2010 SEMUA.....