KUALA LUMPUR 22 NOV: Hakim Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan laporan awal perubatan doktor terhadap Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah ke-2 yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Perbicaraan kes fitnah 2 Ketua Umum PKR itu bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan
Permohonan tersebut ditolak berikutan peguambela tidak dapat mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah untuk memperoleh laporan tersebut.
Menurut hakim, laporan perubatan doktor pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Mohd Razali Ibrahim tidak penting justeru tiada alasan peguambela mendapatkan nota klinikal daripada saksi.
Tambah Zabidin lagi, peguambela boleh memohon laporan tersebut dari mahkamah sekiranya saksi ingin membuat rujukan namun keterangan oral adalah elemen utama perbicaraan dan saksi tidak berhajat untuk membuat rujukan.
Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.
Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.
Karpal tidak berpuas hati keputusan hakim kerana peguambela tidak diberi peluang mendapatkan elemen penting pembelaan.
Turut hadir ke perbicaraan, isteri Datin Seri Wan Azizah, Nurul Izzah, Nurul Nuha dan Saifuddin Nasution.
Hakim akan menyambung perbicaraan jam 12.30pm nanti memberi peluang peguam Karpal Singh ke parlimen.
Laporan lanjut menyusul.
TVSNEWS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...