Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Januari 31, 2018

Gendang PRU14 Pakatan Harapan bermula di Johor

Gendang PRU14 Pakatan Harapan bermula di Johor
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kehadiran orang ramai pada program ‘100 Hari Menuju Putrajaya’ yang dianjurkan Pakatan Harapan (PH) Johor telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan masyarakat setempat.
Kehadiran orang ramai yang dianggarkan seramai hampir 2000 orang telah membanjiri Jalan Penjaja 3 (tapak lokasi program) seawal 8:30 malam
Menurut Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam ucapannya pada program tersebut, program ini adalah sebagai satu simbolik kepada menggerakkan jentera ke arah Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) yang akan datang.
“Ini adalah seruan atau ketukan permulaan gendang peperangan yang berlaku di negeri Johor ini dan gelombang ini akan terus menyala sehingga PH berjaya menakluki Putrajaya.
“Gelombang ini akan disemarakkan lagi dengan kehadiran Datuk  Seri Anwar Ibrahim yang akan dibebaskan pada Jun yang akan datang,” ujarnya.
Aminolhuda Hassan ketika berucap di hadapan lebih kurang 2,000 rakyat di Jalan Penjaja 3, Johor Bahru semalam,
Dalam pada yang sama, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor Aminolhuda Haji Hassan berkata, kehadiran orang ramai adalah satu isyarat kepada Umno-BN mengenai gelombang perubahan rakyat.
“Saya yakin Kerajaan Negeri Johor yang dipimpin oleh UmnoBN pastinya dalam kebimbangan dengan gelombang yang berlaku ini kerana bagi mereka selama ini rakyat tidak pernah menampilkan sikap mereka.
“Rakyat mulai sedar dengan kerosakkan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional dan mereka sekarang sudah menjadi berani untuk menunjukkan sikap mereka.
“Kami merasa yakin yang mana akan berlaku perubahan dalam PRU 14 terutamanya di negeri Johor ini. Saya merasa lebih bersemangat dengan kehadiran malam ini dan kami (PH) akan terus berusaha untuk memperjuangkan nasib rakyat,” kata Aminolhuda dalam ucapannya.
Program itu juga turut menampilkan semula tokoh ulung dari DAP, Lim Kit Siang dengan gimik ‘Selamat Pulang Semula’ bagi membantu menaikkan semula momentum khususnya pada masyarakat cina.
mdl
Picture

Selasa, Januari 30, 2018

Tindakan Pas berhibur di WTG satu provokasi, kata peguam

Tindakan Pas berhibur di WTG satu provokasi, kata peguam
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Tindakan Pas mengadakan program hiburan di Wisma Tok Guru, Salor malam tadi dianggap sebagai melanggar atau tidak mematuhi perintah injunksi oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu 8 Januari lalu.
Salah seorang peguam yang mewakili Datuk Husam Musa dalam perbicaraan itu, Mohd Murtadza Mokhtar berkata tindakan itu boleh dikira satu provokasi.
Malam tadi Pas salor dengan kerjasama urusetia penerangan negeri menganjurkan Malam Hiburan Alternatif di situ.
“Sebaik saya menerima maklumat orang ramai ada sebaran poster program itu, satu surat peringatan telah dihantar kepada peguam mereka tentang pelanggaran ini.
“Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa kesan dari penganjuran berkenaan di hartanah berpertikaian adalah melanggar atau tidak mematuhi perintah injunksi Erinford oleh Mahkamah,” katanya.
Sementara itu ketua AMANAH kawasan Kubang Kerian Haji Fauzi Muhammad yang membuat laporan polis mengenai penganjuran itu berkata adalah jelas tindakan itu satu provokasi.
‘Saya dapat tahu program itu hanya melalui poster yang ditampal di serata tempat acara hiburan itu.
“Sedangkan pihak Datuk Husam sebagai pengendali sah premis premis itu tidak mendapat sebarang makluman,” katanya.
Keputusan mahkamah 9 Januari lalu menerima permohonan injunksi Erinford Datuk Husam yang memberikan beliau status quo untuk mengurus premis itu sehingga kes mengenainya selesai.
Pihak defendan, iaitu tuan tanah yang baru dilarang melakukan kacau, ganggu, menceroboh atau sebarang bentuk provokasi lain.
mdl
Picture

Isnin, Januari 29, 2018

Tinggal parti, jangan tinggal kawan, pesan Yb Mahfuz Omar

Tinggal parti, jangan tinggal kawan, pesan Mahfuz
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Anggota parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutama yang baru berhijrah dari parti lama ke parti baru dalam PH dinasihatkan meneruskan persahabatan dengan kawan-kawan lama sebagaimana biasa.
“Tinggal parti, jangan tinggal kawan,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sesi Dialog Kedai Kopi di hadapan masjid Kebakat, Tumpat pagi tadi.
Menurutnya. dalam proses demokrasi seramai mungkin kawan diperlukan untuk membantu kemenangan dalam pilihan raya.
Mahfuz Omar bersama penduduk tempatan dalam sesi program Dialog Kedai Kopi di hadapan masjid Kebakat, Tumpat pagi tadi.
“Saya sendiri begitu lama bertahan dalam Pas walaupun sudah pasti saya tidak akan undi parti itu jika ia terus berada di luar PH.
“Saya satu-satunya ahli parlimen Pas yang hadir sama di majlis penubuhan PH dan pendirian saya sejak itu hanya untuk PH.
“Saya terus-menerus menyatakan dalam ceramah saya bahawa ahli Pas boleh terus jadi ahli parti itu tetapi bila tiba pilihan raya mereka mesti undi PH jika benar mahu menjatuhkan kerajaan zalim Barisan Nasional (BN).
Sebab itu katanyam jangan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang dulunya kita bersahabat atas niat dan tujuan yang sama untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang memihak kepada rakyat dan bersikap adil.
Mahfuz mengisytiharkan keluar Pas pada tengah malam 31 Disember tahun lalu selepas 34 tahun menyertai parti itu.
Sehingga ini beliau belum mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Turut hadir di majlis itu adalalah Setiausaha Jentera Pilihan Raya PH Kelantan, Khir Zahari Abdul Ghani, Ketua AMANAH Tumpat Wan Johari Wan Omar dan Ketua bahagian Bersatu Tumpat, Datuk Nordin Salleh.
mdl
Picture

Sabtu, Januari 27, 2018

Presiden AMANAH diraikan di masjid bulan sebaik tiba di Pasir Mas

Presiden AMANAH diraikan di masjid bulan sebaik tiba di Pasir Mas
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang tiba di Kelantan petang semalam disambut di masjid bulan yang selama ini menjadi markas Pas.
Beliau turut merasmikan bilik operasi pusat daerah mengundi (PDM) Kubang Bemban dalam Dun Pengkalan Pasir.
Pengerusi AMANAH Pasir Mas Che Rahim Che Daud yang menyampaikan ucapan aluan di majlis itu berkata, kini bangunan itu bertukar menjadi bilik operasi AMANAH dan Pakatan Harapan (PH).
“Bangunan sebelah masjid bulan ini diberi kebenaran untuk dijadikan bilik operasi PDM oleh pemiliknya,” katanya.
Mohamad dalam ucapannya menyatakan keyakinan PH akan menang dalam PRU 14.
“Pagi tadi ada perjumpaan pimpinan PH diketuai Tun Mahathir dengan duta-duta negara Kesatuan Eropah (EU).
“Jelas kepercayaan mereka akan berlaku perubahan kerajaan dalam pilihan raya ini.
“Kita hanya minta supaya mereka memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya menjalankan pilihan raya dengan adil,” katanya.
Presiden AMANAH itu dijadualkan berada di Kelantan selama tiga hari.
Malam tadi beliau merasmikan bilik operasi pilihan raya (BOP) PH Dun Pengkalan Pasir manakala hari ini dijadual merasmikan bilik operasi pilihan raya PH Dun Air Lanas.
Presiden AMANAH merasmikan BOP PDM Kubang Bemban di Dun Pengkalan Pasir.
mdl
Picture

Jumaat, Januari 26, 2018

Pulau Pinang umum RM4.11 juta elaun untuk 1,157 pegawai masjid

Pulau Pinang umum RM4.11 juta elaun untuk 1,157 pegawai masjid
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pemberian elaun bulanan kepada 1,157 pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun tahun ini.
Insentif yang dianggarkan berjumlah hampir RM4.11 juta itu menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng bakal memberi manfaat kepada 406 imam, 365 bilal dan 386 siak.
“70 peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya kepada pemberita di Komtar.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, masing-masing imam, bilal dan siak akan menerima elaun sebanyak RM850, RM324 dan RM360 sebulan.
Beliau tidak menolak kemungkinan pemberian itu akan dipolitikkan pihak pembangkang di negeri itu yang sering memainkan sentimen perkauman sempit.
“Apabila Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan hal ehwal pembangunan Islam sebanyak 84 peratus, kita diserang sebagai ‘anti-Cina’, ‘angkat undi Cina tapi bantu orang Melayu’.
“Permainan perkauman ini tidak harus diteruskan, kerajaan negeri perlu bantu semua orang tanpa mengira apa fahaman pun, latar belakang bangsa atau agama,” tegasnya.
Pentadbiran Pakatan Harapan di Pulau Pinang sering ditohmah bersifat perkauman hanya kerana menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Untuk rekod, peruntukan hal ehwal Islam dari tahun 2008 sehingga kini dianggarkan sebanyak RM457.05 juta, meningkat 84 peratus berbanding tempoh sama pemerintahan Umno-BN.
Ekoran itu, pentadbiran negeri yang diterajui DAP di negeri itu sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti anti-Cina oleh parti-parti majoriti Cina dalam BN dan anti-Melayu oleh Umno dan Pas.
Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng dilaporkan media pada 7 Feb tahun lalu mendakwa kerajaan negeri diterajui DAP mengambil undi Cina semasa pilihan raya tetapi hanya menjaga orang Melayu selepas menang.
Manakala Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 19 Dis lalu mendakwa pembelaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera akan terhakis jika DAP terus memerintah negeri.
mdl
Picture

Khamis, Januari 25, 2018

Tertubuhnya Parti Kita (PH) Hari Ini Adalah Kerana AMANAH - Yb Khalid Samad

AMANAH

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com

Kata-kata yang dikeluarkan Tun M, seperti diatas, masih saya kedengaran hingga ke hari ini. Dan ianya menjadi di antara kebanggaan semua ahli AMANAH walaupun dikatakan sebaliknya oleh golongan yang tidak memahami.

Ada yang cuba mendakwa bahawa agihan itu bukti bahawa AMANAH diakui lemah dan tidak berpengaruh. Sedangkan agihan itu bukannya berdasarkan siapa kuat dan siapa lebih berpengaruh. Ianya berdasarkan strategi kemenangan atau “a winning strategy” yang dipersetujui bersama. Ianya juga berdasarkan usaha kerjasama di mana kita tidak melihat masing-masing sebagai lawan dan saingan tetapi kawan dan rakan yang berkerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama. Mungkin ianya sukar difahami oleh sesetengah pihak, tetapi inilah yang dinamakan kerjasama.

Oleh itu, tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa pendekatan kerjasama yang jujur adalah trademark pimpinan yang menubuhkan AMANAH. Ini kerana kami faham betapa pentingnya ia dan telah cuba memperjuangkannya sejak dahulu lagi.

Ianya bermula pada tahun 1990 apabila wujudnya Semangat 46 dan ada yang mengkritik almarhum TGNA kerana mengadakan kerjasama dengan ‘parti nyamuk’, kami yang sekarang bersama AMANAH inilah di antara yang membela almarhum.

Pada 1998 pula, apabila DSAI dipecat dan almarhum Ust Fadhil pergi ke rumah DSAI, beliau terus dikutuk. Golongan yang sekarang ini bersama AMNAH jugalah di antara mereka yang membela dan mempertahankan almarhum pada ketika itu.

Pada 1999 apabila DSAI tubuhkan ADIL dan ingin bertanding, ramai pimpinan PAS kata jangan diberi mereka kerusi-kerusi ‘tradisi’ PAS! Almarhum Ust Fadhil dan Almarhum TGNA menyerahkan sebahagian juga dan oleh itu dikutuk oleh sebahagian ahli. Kami berdiri bersama mereka. Sehinggakan Dr. Hatta digelar ‘pengkhianat’ kerana dituduh menjual kerusi-kerusi PAS!

Pada 2008 sebelum tertubuhnya PR, apabila 5 negeri dimenangi Barisan Alternatif dengan bantuan DAP, dan pimpinan tertentu menimbangkan kemungkinan menubuhkan kerajaan di Selangor dan Perak bersama BN, pimpinan yang bersama AMANAH sekarang ini jugalah yang membantahnya. Mungkin jika tidak kerana bantahan itu, Pakatan Rakyat tidak mampu dibentuk sama sekali! Sekiranya PAS membentuk kerajaan di Selangor dan Perak bersama BN, adakah mungkin Keadilan dan DAP akan berdiam-diri dan membentuk PR bersama PAS? Sudah pasti tidak!

Maka tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat itu juga dimungkinkan oleh mereka yang merupakan pimpinan AMANAH pada hari ini. Maka hari ini mereka juga menjadi sebahagian dari penyebab yang memungkinkan terbentuknya Pakatan Harapan.

Pada ketika krisis MB Selangor apabila ADUN-ADUN PAS diminta tandatangan SD menyokong TSKI supaya kekal sebagai MB, sedangkan Keadilan dan DAP bersetuju untuk beliau digantikan dengan DSWA, dua ADUN PAS menolak! Kedua-dua mereka sekarang bersama AMANAH.

Siapa boleh nafikan bahawa sekiranya mereka berdua tidak bertindak sedemikian rupa, Selangor kini mungkin di bawah kerajaan gabungan PAS-UMNO?

Dan atas sebab itu didoakan doa laknat ke atas mereka oleh pimpinan PAS secara terbuka semasa Muktamar 2014 di Johor! Kerana melawan arahan songsang Presiden untuk khinati PR Selangor demi membela TSKI. Boleh dibayangkan perasaan pimpinan-pimpinan ini semasa didengari isi kandungan doa tersebut? Parti Islam yang sepatutnya berpaksikan ukhuwwah atau persaudaraan dan kasih sayang telah begitu terpesong sehingga sanggup melaknat Timbalan Presidennya sendiri! 

Seorang wartawan berbangsa Cina datang bertanya saya, “Waah you all like this ke? Beza pandangan sikit pun sudah panggil Tuhan melaknat?”. Saya jawab, apa mahu buat, ada yang rasa Tuhan itu dia sahaja yang punya.

Dan oleh kerana PAS tidak lagi ingin mewujudkan kerjasama mantap antaranya dengan parti-parti pembangkang lain, kecuali di bawah dominasinya, maka akhirnya mereka ini dijatuhkan di Muktamar PAS pada 2015 melalui ‘cai’ dewan ulama. Sesudah Muktamar itu maka proses pembinasaan Pakatan Rakyat dimulakan.

Selepas hanya beberapa bulan maka ditubuhkan AMANAH oleh golongan yang dijatuhkan ini, bukan untuk kepentingan diri, tetapi supaya politik gabungan antara parti politik pembangkang dapat ditubuhkan dan BN tetap mampu dijatuhkan. Hasil usaha ini maka Pakatan Harapan ditubuhkan yang dianggotai Keadilan, DAP dan AMANAH. Walaupun usaha ini ditentang oleh sebahagian yang bersama yang masih mengharapkan PAS, kami terus istiqamah dengan perjuangan membina dan memantapkan PH.

Apabila Tun Mahathir menubuhkan PPBM dan ingin menyertainya, AMANAH dengan penuh yakin dan berwawasan jelas mengalu-alukannya. Dan apabila Tun Mahathir ingin diangkat sebagai Pengerusi PH, AMANAH turut menyokong sambil disambut oleh Timbalan Presiden AMANAH yang berkata “only diamond can cut diamond”.

Maka apabila Tun Mahathir berkata di Konvensyen tersebut, “tertubuhnya parti kita hari ini adalah kerana AMANAH..”, saya tidaklah hairan seperti sesetengah pihak. Ini kerana sejak dari zaman PAS lagi, pimpinan yang bersama AMANAH inilah juga yang berusaha membina hubungan antara parti-parti pembangkang supaya satu gabungan yang kuat dan mantap dapat dihasilkan. Kata-kata Tun, sepertimana kata-kata DSWA semasa berucap di Konvensyen AMANAH di Kedah, merupakan pengiktirafan terhadap jasa pimpinan AMANAH ini dalam usaha membina gabungan parti pembangkang yang kuat di arena politik Malaysia.

Ramai yang berwawasan dengan wawasan seperti yang dimiliki AMANAH. Maka di atas kesedaran itu maka AMANAH sanggup berkorban supaya wawasan itu tercapai dan menjadi realiti atau kenyataan. Kami juga menyeru semua pihak yang mempunyai wawasan yang sama agar turut berjuang bersama kami. Semoga AMANAH terus dikenali sebagai sebuah parti jujur yang berteraskan perpaduan serta kerjasama demi menentang kezaliman dan membebaskan rakyat dari kezaliman Kleptokrasi.

WaLlahu 'Alam 
KHALID ABD SAMAD

Picture

Rabu, Januari 24, 2018

Anwar Ibrahim ingatkan media tidak ulang sebar fitnah

Anwar ingatkan media tidak ulang sebar fitnah
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan media khususnya TV3 yang berdepan saman fitnah bahawa adalah tanggungjawab mereka mencari kebenaran dan tidak mengulangi atau menyebarkan fitnah atau membantu orang lain berbuat demikian.
Anwar selaku plaintif berkata demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa pemeriksaan balas oleh peguam Sistem Televisyen (M) Bhd atau TV3, TH Liew.
Beliau bersetuju dengan peguam itu bahawa dakwaan bekas calon BN Permatang Mazlan Ismail yang mengaitkan dirinya dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan Pejabat Peguam Negara adalah bersifat kepentingan awam.
Namun, beliau berkata media perlu melaporkan dengan jujur.
Anwar, 70, berkata dalam kes ini, TV3 ataupun Utusan Malaysia yang dimiliki oleh Umno tidak menghubungi beliau.
“Sekiranya TV3 bertindak dengan niat baik, mengapa tidak menghubungi saya untuk mengesahkannya. Jelas ada niat jahat
“Media harus bertanggung jawab dalam mencari kebenaran dan tidak mengulangi atau menyebarkan fitnah atau membantu orang lain menyebarkan fitnah.”katanya seperti dipetik Malaysiakini hari ini.
Pada 15 Oktober 2015, Anwar memfailkan saman itu dengan menamakan Mazlan, TV3 dan Utusan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga atas dakwaan memfitnah beliau dengan mengaitkannya terlibat dengan rasuah membabitkan badan kehakiman dan pejabat peguam negara.
Ketua Umum Pakatan Harapan itu berkata, beliau mengetahui isi kandungan surat berkenaan selepas disiarkan menerusi Buletin Utama pada 2 Ogos 2013 dan di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Ogos 2013.
TV3 dalam laporannya pada 2 Ogos 2013 memetik Mazlan mendakwa menerima 6000 salinan surat misteri yang mendakwa bahawa Anwar dan Karpal Singh menyuap badan kehakiman dan pendakwa raya.
Mazlan, bekas ketua pemuda negeri PAS yang kemudian menyertai BN dan bertanding menentang Anwar pada pilihan raya umum ke-13 di Permatang Pauh mengadakan sidang akhbar mengenai perkara berkenaan tetapi tidak membuat dakwaan tersebut. Walau bagaimanapun, salinan surat misteri itu disiarkan di TV3 dan Utusan.
Peguam Utusan, Azhar Arman Ali juga menyoal Anwar sama ada akhbar itu menerbitkan tuduhan bahawa RM50 juta digunakan untuk membayar badan kehakiman dan bekas pemimpin pembangkang itu menjawab bahawa dia mendapat maklumat daripada Karpal yang Utusan dan TV3 melaporkannya.
Bagaimanapun apabila artikel yang dipersoalkan bertarikh 3 Ogos 2013 ditunjukkan, Anwar bersetuju bahawa angka yang dipetik dalam laporan polisnya dan Karpal bukannya dari artikel Utusan.
Apabila Azhar mencadangkan kepada Anwar bahawa Utusan cuba mengesahkan berita itu dengannya, pemimpin PKR itu menafikannya.
Anwar juga tidak bersetuju bahawa laporan itu digambarkan dengan tepat.
Perbicaraan bersambung pada Khamis ini dengan Anwar disoal semula oleh peguamnya, Sangeet Kaur Deo di hadapan Hakim Datuk Faizah Jamaluddin.
mdl
Picture

Selasa, Januari 23, 2018

Pengundi lihat Pakatan Harapan mahu jadi kerajaan bukan hanya pembangkang

Pengundi lihat Pakatan Harapan mahu jadi kerajaan bukan hanya pembangkang
Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan (gambar atas) berpendapat pengundi dapat melihat kesediaan Pakatan Harapan untuk menggantikan kerajaan Umno-BN di Putrajaya apabila mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ujarnya, pemilihan Tun Mahathir untuk jawatan itu bukti blok pembangkang tersebut tidak lagi sekadar mahu menjadi pembangkang semata-mata.
“Mahathir bersama Pakatan Harapan dan kata apa yang kita katakan. Mahathir bersama kita di jalan raya. Apa salahnya? Itu yang kita mahu.
“Mahathir juga telah menerima Anwar Ibrahim. Apa salahnya? Itu yang kita nak. Mahathir juga nak beri royalti Kelantan. Itu yang kita mahu. Kenapa kita nak tolak?
“Saya yakin InsyaAllah pengundi akan lihat Pakatan Harapan yang ada pada hari ini betul-betul nak jadi kerajaan bukan lagi jadi pembangkang,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam Forum ‘Adakah Mahathir Solusi Terbaik Untuk Kelantan & Malaysia?’ anjuran Aktivis Kelantan (AK03) di Dewan Seminar Alfah Wira Avenue, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.
Menurutnya, sikap melabelkan Mahathir sama jahat dengan Najib Razak hanya lebih menguntungkan rejim Umno-BN untuk terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kalau kata Mahathir jahat, Najib jahat, yang menang adalah Najib. Sampai bila kita nak duduk bawah BN?
“Kalau kita masih kata Mahathir jahat, saya kira Malaysia akan sampai bila-bila di bawah BN. Itulah yang paling teruk sekali,” ujarnya.
Hazmi berkata keputusan memilih Tun Mahathir untuk kembali ke jawatan yang pernah disandang tokoh berkenaan selama 22 tahun itu berkait dengan faktor sokongan segmen pengundi tegar Umno sebelum ini.
“Saya yakin pengundi akan menyokong kalau kita letak Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Bukan nak kata nama lain tidak layak tapi sebelum ini nak minta ‘orang Umno’ undi pembangkang, satu perkara yang sangat payah,” luahnya.
Mengulas kebimbangan kononnya Tun Mahathir akan kembali kepada urus tadbir yang pincang, beliau berkata kepimpinan perdana menteri turut disertai dengan barisan kabinet.
“Ini bermakna kalau kita tidak yakin dengan Tun Mahathir, jangan bimbang. Dalam Pakatan Harapan masih ada lagi wira seperti Tuan Haji Mohamad Sabu yang merupakan Presiden AMANAH yang juga Timbalan Presiden Pas satu ketika dulu.
“Dalam itu juga, ada Khalid Samad (Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional) dan ramai lagi. Yang paling penting kita kalahkan Umno terlebih dahulu.
“Paling penting kita lihat sekali dalam hidup kita ini Umno-BN itu kalah,” bidasnya dalam forum yang juga dihadiri Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gubard.
Bangkit lawan
Menganggap pihak yang mengungkit kembali ‘dosa-dosa’ Tun Mahathir sebelum ini sebagai “disibukkan dengan perkara-perkara tidak perlu”, Hazmi bertegas beliau sendiri akan bangkit melawan tokoh tersebut jika tidak seperti diharapkan.
“Kalau Tun Mahathir tak sama, saya pun akan bangkit lawan dia. Kalau dia jadi perdana menteri esok, dia tak keluarkan Anwar Ibrahim, dia berlaku zalim, kita lawan balik. Sifat kita adalah melawan,” katanya.
Beliau berpendapat bukan saat untuk terus menggali kesalahan atau bernostalgia melawan Mahathir ketika era Reformasi dahulu sebaliknya paling penting melihat pada tawaran Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.
“Paling penting bagi saya bukanlah siapa perdana menteri. Yang lebih penting Najib Tun Razak dan Umno-BN bukan lagi sebuah kerajaan selepas pilihan raya ini.
“Tun Mahathir bukan sekadar solusi tetapi Pakatan Harapan yang menjadi solusi kerana kalau kita lihat tawaran-tawaran Pakatan Harapan bukanlah cadangan atau suara Tun Mahathir semata-mata,” jelas Hazmi lagi.
Turut hadir dalam forum yang dimoderatorkan Pengerusi PSM Kelantan, Khairul Nizam Abd Ghani itu adalah Setiausaha Penerangan Bersatu, Deen Qassim dan Ketua Serikandi Keadilan Kota Bharu, Aina Sayuti.
mdl
Picture

Sabtu, Januari 20, 2018

Umum Tun Mahathir sebagai calon PM lenyapkan tuduhan Umno

Umum Mahathir sebagai calon PM lenyapkan tuduhan Umno
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Keputusan Pakatan Harapan mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri melenyapkan tuduhan Umno yang menggembar-gemburkan kononnya Lim Kit Siang dan DAP yang akan menguasai negara jika BN kalah pilihan raya.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, pengumuman pada Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, 7 Januari lalu itu penting bagi berdepan dengan politik persepsi rekaan Umno yang selama ini menakutkan sebahagian besar pengundi Melayu untuk melakukan perubahan kerajaan.
“Selepas berbincang dan berbincang, maka kita bersetuju kalau Pakatan Harapan menang dan ambil alih Malaysia, perdana menteri kita adalah Tun Mahathir, timbalannya adalah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan kita umum terus PM kelapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pengumuman itu cukup penting kerana Umno berkempen sebelum ini, Shahrizat (Ketua Wanita Umno) dengan suara kuat, teriak tangis kata pilihan raya akan datang, sama ada nak pilih Najib atau Lim Kit Siang.
“Mereka letakkan, kalau Umno kalah, Kit Siang jadi perdana menteri. Jangan main-main. Politik bukan statistik. Politik adalah persepsi,” tegasnya dalam Ceramah Pakatan Harapan Tapah semalam.
Mohamad yang sudah 40 tahun bergiat dalam politik itu berkata, tanggapan negatif mengaitkan Melayu akan kehilangan kuasa politik jika BN kecundang wujud dalam semua lapisan sosial masyarakat berkenaan.
“Persepsi inilah yang ditanam begitu lama menyebabkan orang Melayu dan pegawai kerajaan tidak berani buat perubahan.
“Bukan setakat orang kampung, para profesor, intelektual Melayu pun ada berfikiran begitu kalau BN kalah, Lim Kit Siang jadi perdana menteri.
“Mereka yang mula-mula cipta cerita, pupuk sebab poltik akhirnya mereka sendiri percaya. Mereka tahu Najib menyeleweng.
“Tapi kalau Umno jatuh, Cina perintah Malaysia, apa nak jadi pada Melayu. Hal-hal ini berlegar di kursus BTN (Biro Tata Negara) tetapi dengan pengumuman Tun M, diam tuduhan itu. Tak dengar dah suara (tuduhan) itu,” ujarnya.
Sehubungan itu, Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan berkata, pada masa ini segenap lapisan rakyat yakin jika Umno-BN diganti dengan Pakatan Harapan berbeza menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
“Pembangkang sebelum ini tidak pernah boleh namakan calon perdana menteri. Tahun 2013 dulu, ada tiga calon perdana menteri – Haji Hadi, Ku Li dan Anwar Ibrahim. Keliru tak rakyat?
“Sekarang sudah tidak keliru. Inilah penyelesaian yang kita buat. Manifesto pun sudah siap. Maka, mula timbul keyakinan rakyat.
“Mana-mana saya pergi – kedai gunting rambut, lapangan terbang, restoran – orang ramai sudah mula ucap tahniah. Nak lintas sempadan melawat sebelah Thailand, polis nampak saya, suruh saya turun sebab nak ‘selfie’. Keyakinan sudah timbul.
“Dia (orang Melayu) mahu Melayu terus menjadi pemimpin dan kita buktikan Tun Mahathir akan jadi perdana menteri.
“Orang Cina tiada masalah. Guan Eng pun tidak tuntut nak jadi perdana menteri tapi Umno yang mencipta cerita itu,” tambahnya lagi.
mdl
Picture

Jumaat, Januari 19, 2018

PANAS!! : 40 atau 04?

40 atau 04?
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Apabila Pas menyasarkan untuk menang hanya 40 kerusi Parlimen saja dalam PRU14 akan datang, apa yang nyata parti itu benar-benar tidak mahu menjadi kerajaan.
Dengan jumlah kerusi Parlimen ada sebanyak 222, matlamat kemenangan cuma 40 menunjukkan Pas telah memperdaya para penyokongnya untuk melaksanakan pemerintahan Islam melalui perjuangannya.
Sebaliknya, Pas hanya mahu menjadi “king maker” atau kuasa penentu yang sebenarnya belum pun tentu dapat dicapainya.
Barangkali hanya Pas satu-satunya parti politik dalam dunia ini yang bertanding dalam pilihan raya hanya untuk menjadi “king maker” dan kemudian berharap dapat minta apa saja melalui kedudukan itu.
Itu pun jika kemenangan 40 kerusi yang dihajati dapat dicapai. Tetapi, bagaimana jika sasaran yang mahu digapai gagal dicapai?
Apa akan jadi kepada Pas selepas itu?
Apa pula alasan dan hujah Pas untuk terus mewajarkan perjuangannya?
Pas dalam keadaannya sekarang adalah parti Melayu Islam yang lebih kurang sama saja tarafnya dengan Umno, Bersatu atau AMANAH.
Di antara ketiga-tiga parti itu, Umno kini mempunyai 88 kerusi Parlimen dalam kawasan majoriti Melayu yang dimenanginya dalam PRU 2013 yang lalu.
Pas pula menang 21 kerusi Parlimen dalam PRU 2013 dan tujuh daripadanya sudah menyertai AMANAH dan PKR. Bermakna Pas hanya tinggal 14 kerusi Parlimen saja lagi sekarang ini.
Jika Pas mahu menang 40 kerusi, sasaran mereka tentunya ialah 88 kerusi yang sekarang dipegang oleh Umno.
Kerusi PKR, DAP atau Sabah dan Sarawak tidak relevan sama-sekali untuk ditawan oleh Pas.
Dengan Pas hanya ingin menjadi “king maker” dan dalam masa yang sama tidak berhasrat menjadi kerajaan, berapakah kerusi milik Umno yang dapat dirampasnya?
Bolehkah 20 atau 30 kerusi yang sekarang ditangan Umno dirampas oleh Pas?
Jika hanya satu atau dua kerusi Umno saja yang dapat ditawannya, bagaimana matlamat 40 itu mahu dicapai?
Dalam masa yang sama, oleh kerana Pas bermusuh dengan DAP dan orang Cina, parti itu bukan saja tidak lagi mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, malah beberapa kerusi pengundi campuran yang dimenanginya dulu juga pasti akan terlepas daripada genggaman.
Daripada 14 yang ada sekarang, berapa kerusi yang masih boleh dipertahankannya?
Adakah Bukit Gantang dan Temerloh misalnya, masih mampu dipertahankan oleh Pas?
Tolak campur bahagi darab, meskipun Pas tetap berdegar-degar dengan matlamat 40 kerusi, hakikatnya berapakah jumlah realistik yang mampu dimenangi Pas berdasarkan sikap dan pendirian parti itu sekarang ini?
Tidak mustahilkah akhirnya hanya 4 kerusi saja yang akan dimenangi Pas dalam PRU 14 akan datang?
Nak jadi apa Pas dengan 4 kerusi itu?
mdl
Picture

Khamis, Januari 18, 2018

Calon PM Pakatan Harapan pengaruhi ringgit - Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM)



Langkah Pakatan Harapan (PH) mengumumkan calon perdana menteri dilihat turut mempengaruhi trend pengukuhan nilai tukaran mata wang ringgit, kata penganalisis ekonomi.
Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, keadaan itu dapat dilihat sebelum ini bahawa keyakinan pelabur terhadap ringgit agak goyah.
“Ini tidak boleh dinafikan. Ada tanggapan keberanian Pakatan Harapan mengumumkan calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri menggembirakan pelabur asing.
“Kita boleh jangka jika Pakatan Harapan menang, pelabur akan lebih berminat melabur di Malaysia.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
“Bermakna pelaburan asing langsung ke Malaysia dijangka melonjak. Reaksi awal pelabur asing memang begitu, mereka gembira dengan pengumuman itu,” katanya seperti dilapor SelangorKini.
Beliau berkata, pengalaman panjang calon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi persepsi positif di mata masyarakat perdagangan terhadap masa depan ekonomi negara.
Pada masa sama, Rosli berkata, peningkatan nilai ringgit turut dipengaruhi faktor lain seperti harga minyak di pasaran antarabangsa, hutang negara, pertumbuhan eksport dan kawalan import.
Sejak penghujung 2017, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri PH mula menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati politik negara sehingga menjadi tajuk berita beberapa media tempatan dan antarabangsa.
Seiring dengan perkembangan politik itu, aliran nilai ringgit turut bergerak positif sehingga pada 5 Januari lalu nilai ringgit mencecah RM3.99 bagi satu dolar AS.
Aliran positif itu terus kekal apabila pada 7 Januari, Pakatan pada Konvensyen Pakatan Harapan 2018 secara rasmi menamakan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ketujuh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula calon Timbalan Perdana Menteri.
mdl
Picture

Rabu, Januari 17, 2018

Hot!! : Bekas pimpinan Pemuda Umno seru warga Felda undi PH

Bekas pimpinan Pemuda Umno seru warga Felda undi PH
Warga Felda yang sebelum ini dikenali banyak memberi kemenangan kepada Umno-BN diseru supaya bangkit melakukan perubahan besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Bekas pimpinan Umno di Parlimen Tampin selama 18 tahun, Azman Abdullah (gambar) berkata, perubahan tersebut penting bagi mengelak rakyat menanggung lebih banyak masalah berkaitan kenaikan melambung kos sara hidup.
Menurut Ketua Cawangan Bersatu Dun Gemas yang ditubuhkan sejak akhir tahun lalu itu, Umno yang pada masa ini dikepalai Datuk Seri Mohad Najib Razak sudah tidak relevan lagi kepada rakyat.
“Di Jelai, ini kubu Umno. 70 peratus pengundinya daripada Umno. Mohon makcik-pakcik, pimpinan Umno bahawa kita perlu membuat suatu perubahan kerana parti Umno tidak relevan lagi untuk memperjuangkan rakyat.
“Jika kasih dan sayangkan Umno, maka kita perlu mengundi Pakatan Harapan pada PRU-14 ini. Percayalah, kalau kita masih mengundi BN masa akan datang, 6 peratus (kadar cukai GST) akan meningkat.
“(Kerajaan) sudah tiada sumber lagi maka (pendapatan) diambil daripada rakyat sendiri melalui kenaikan GST,” jelasnya dalam ceramah umum anjuran AMANAH Tampin di Felda Jelai 4, Gemas, semalam.
Untuk rekod, Felda Jelai di Gemas terletak dalam Parlimen Tampin yang kemudiannya baru-baru ini diagih kepada AMANAH untuk ditandingi pada PRU-14 selain Jelebu.
Sementara itu, PPBM diperuntukkan kerusi Kuala Pilah dan Jempol manakala PKR mendapat Parlimen Teluk Kemang dan Rembau. Dua kawasan lagi iaitu Seremban dan Rasah akan ditandingi DAP.
Pada PRU-13, Tampin dimenangi BN apabila menewaskan Pas dengan majoriti 11,162 undi selain turut menawan Jelebu dengan majoriti 7,101 undi.
Azman, 45, turut menyifatkan Najib hanya menggunakan Umno untuk menyelamatkan kedudukan diri sendiri dengan mengimbas reaksi penolakan Umno akar umbi terhadap suami Datin Seri Rosmah Mansor itu sejak tiga tahun lalu.
“Dulu kita masuk Umno untuk memperjuangkan Melayu. Ketika Pemuda Umno Bahagian Tampin dulu memperjuangkan kepentingan rakyat, GST pula dilaksanakan pada 2015 selain timbulnya pelbagai kes Najib.
“Maka pada persidangan Umno 2015, akar umbi mengusulkan Najib bertanggungjawab dengan mengundur diri sebagai perdana menteri pada waktu itu.
“Pada 2016 pula, Ketua Pemuda Umno Bahagian Tampin telah berucap di depan Presiden sendiri yang bercakap tentang kesusahan peneroka Felda,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada perubahan yang sewajarnya berlaku sebaliknya harga pasaran getah terus menjunam.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
“Kos hidup makin naik. Sudah tidak boleh buat apa. Lubang terlalu banyak. Tiada apa boleh mahu ditimbus lagi,” tambah bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Ulu Ladang itu lagi.
mdl
Picture