Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Januari 30, 2018

Tindakan Pas berhibur di WTG satu provokasi, kata peguam

Tindakan Pas berhibur di WTG satu provokasi, kata peguam
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Tindakan Pas mengadakan program hiburan di Wisma Tok Guru, Salor malam tadi dianggap sebagai melanggar atau tidak mematuhi perintah injunksi oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu 8 Januari lalu.
Salah seorang peguam yang mewakili Datuk Husam Musa dalam perbicaraan itu, Mohd Murtadza Mokhtar berkata tindakan itu boleh dikira satu provokasi.
Malam tadi Pas salor dengan kerjasama urusetia penerangan negeri menganjurkan Malam Hiburan Alternatif di situ.
“Sebaik saya menerima maklumat orang ramai ada sebaran poster program itu, satu surat peringatan telah dihantar kepada peguam mereka tentang pelanggaran ini.
“Sudah dinyatakan dengan jelas bahawa kesan dari penganjuran berkenaan di hartanah berpertikaian adalah melanggar atau tidak mematuhi perintah injunksi Erinford oleh Mahkamah,” katanya.
Sementara itu ketua AMANAH kawasan Kubang Kerian Haji Fauzi Muhammad yang membuat laporan polis mengenai penganjuran itu berkata adalah jelas tindakan itu satu provokasi.
‘Saya dapat tahu program itu hanya melalui poster yang ditampal di serata tempat acara hiburan itu.
“Sedangkan pihak Datuk Husam sebagai pengendali sah premis premis itu tidak mendapat sebarang makluman,” katanya.
Keputusan mahkamah 9 Januari lalu menerima permohonan injunksi Erinford Datuk Husam yang memberikan beliau status quo untuk mengurus premis itu sehingga kes mengenainya selesai.
Pihak defendan, iaitu tuan tanah yang baru dilarang melakukan kacau, ganggu, menceroboh atau sebarang bentuk provokasi lain.
mdl
Picture

3 ulasan:

  1. Sudah2lah tu berlagak konon tak bersalah..

    Takkan tak boleh buat aktiviti di bangunan hasil dari derma ahli pas??

    Bukan duit husam pun.. kecuali dia sapu balak masa jadi exco..

    BalasPadam
  2. Kalau hukum manusia pun parti agama boleh langgar sesuka hati, macam mana agaknya bila nak laksana hukum Allah?




    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu cuma terbaliklah ko cakap tu..

      Kalau baiah (dgn Allah) pun boleh depa langgar sesuka hati apatah lagi kalau hukuman manusia seperti kes perwaja ke bimb ke ipp ke mas ke pkfz ke petronas ke royalti ke dan banyak lagi la..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...