Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Januari 29, 2018

Tinggal parti, jangan tinggal kawan, pesan Yb Mahfuz Omar

Tinggal parti, jangan tinggal kawan, pesan Mahfuz
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Anggota parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutama yang baru berhijrah dari parti lama ke parti baru dalam PH dinasihatkan meneruskan persahabatan dengan kawan-kawan lama sebagaimana biasa.
“Tinggal parti, jangan tinggal kawan,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sesi Dialog Kedai Kopi di hadapan masjid Kebakat, Tumpat pagi tadi.
Menurutnya. dalam proses demokrasi seramai mungkin kawan diperlukan untuk membantu kemenangan dalam pilihan raya.
Mahfuz Omar bersama penduduk tempatan dalam sesi program Dialog Kedai Kopi di hadapan masjid Kebakat, Tumpat pagi tadi.
“Saya sendiri begitu lama bertahan dalam Pas walaupun sudah pasti saya tidak akan undi parti itu jika ia terus berada di luar PH.
“Saya satu-satunya ahli parlimen Pas yang hadir sama di majlis penubuhan PH dan pendirian saya sejak itu hanya untuk PH.
“Saya terus-menerus menyatakan dalam ceramah saya bahawa ahli Pas boleh terus jadi ahli parti itu tetapi bila tiba pilihan raya mereka mesti undi PH jika benar mahu menjatuhkan kerajaan zalim Barisan Nasional (BN).
Sebab itu katanyam jangan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang dulunya kita bersahabat atas niat dan tujuan yang sama untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang memihak kepada rakyat dan bersikap adil.
Mahfuz mengisytiharkan keluar Pas pada tengah malam 31 Disember tahun lalu selepas 34 tahun menyertai parti itu.
Sehingga ini beliau belum mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti politik.
Turut hadir di majlis itu adalalah Setiausaha Jentera Pilihan Raya PH Kelantan, Khir Zahari Abdul Ghani, Ketua AMANAH Tumpat Wan Johari Wan Omar dan Ketua bahagian Bersatu Tumpat, Datuk Nordin Salleh.
mdl
Picture

5 ulasan:

  1. Nak tinggalkan parti macamana Mahfuz Bean oooiiii, semua kawan-kawan yang hebat-hebat ada dalam parti tak tinggalkan parti, yang tinggalkan parti ni individu yang kecewa yang tak dapat jawatan, takkan nak tinggalkan kawan yang hebat-hebat lepas ikut kawan yang kena cucuk hidung lantas jadi barua, takkan nak berkawan dengan barua pulak dan membaruakan diri sendiri, cerdik ke bodoh Mahfuz ni?......kehkehkehkehkeh

    BalasPadam
  2. Sekadar nak jatuhkan BN tetapi dasar tetap sama buat iaitu berpolitik berideologi akal beracuan penajajah/Dap berfahaman Sekular,Kapitalis,Sosialis,Libralisasi dan lain-lain serta bersekongkol dengan mereka-mereka yang menolak islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jatuhkan lawan ttp masih kena klepet oleh mahdey..buat apa!!!??
      Korang tengoklah betapa kuku besinya mahdey menerkam sekor2 bekas musuhnya dlm haprak sampai tak ada yg berani bersuara.Dulu masa jd lawan bukan main lagi cakap tp skrg dah sah tak bertulur...hehehe
      Paling2 pon demi menjaga maruah diri mrk mengatakan mahdey dah bertobat utk tidak dibebani asas perjuangan tapi hakikatnya takut dgn mahdey wlpun sekadar memberi pdpt.
      Dgr2 kabar..mahdey msh sukar menerima anwar dan begitu juga sebaliknya.
      Jadi siapa yg dpt pegang tulur dapigs akan berkuasa dlm haprak.Dgn kata lain...siapa yg berkuasa dari segi kewangan dlm haprak akan dpt membeli sokongan.Tak heran akan berlaku tikam menikam di kalangan pemimpin haprak suatu hari nanti.Kpd pengikut pgayR..legasi anwar akan lenyap dlm haprak....hehehe

      Padam
  3. Dia cuba utk kekal dlm sbg kuda trojan dapigs tapi gagal memgubah prinsip yg jitu di kalangan ahli pas.
    Maka kena berdiri di platform haprak utk teruskan hidup.Alang2 abg mat sabun dpt dedak yg bnyk...join jer lah PANxxx tu.Takyah jual2 mahal pulak.Sekurang2nya bertambah ahli dan kerusi PANxxx nanti...hehehe

    BalasPadam
  4. Tinggal parti jangan tinggal kawan ujar mahfuz..

    Jom tinggal pan tinggal dap tinggal pkr tinggal ppbm dan jangan tinggal tglks dan tglge..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...