Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Januari 19, 2018

PANAS!! : 40 atau 04?

40 atau 04?
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Apabila Pas menyasarkan untuk menang hanya 40 kerusi Parlimen saja dalam PRU14 akan datang, apa yang nyata parti itu benar-benar tidak mahu menjadi kerajaan.
Dengan jumlah kerusi Parlimen ada sebanyak 222, matlamat kemenangan cuma 40 menunjukkan Pas telah memperdaya para penyokongnya untuk melaksanakan pemerintahan Islam melalui perjuangannya.
Sebaliknya, Pas hanya mahu menjadi “king maker” atau kuasa penentu yang sebenarnya belum pun tentu dapat dicapainya.
Barangkali hanya Pas satu-satunya parti politik dalam dunia ini yang bertanding dalam pilihan raya hanya untuk menjadi “king maker” dan kemudian berharap dapat minta apa saja melalui kedudukan itu.
Itu pun jika kemenangan 40 kerusi yang dihajati dapat dicapai. Tetapi, bagaimana jika sasaran yang mahu digapai gagal dicapai?
Apa akan jadi kepada Pas selepas itu?
Apa pula alasan dan hujah Pas untuk terus mewajarkan perjuangannya?
Pas dalam keadaannya sekarang adalah parti Melayu Islam yang lebih kurang sama saja tarafnya dengan Umno, Bersatu atau AMANAH.
Di antara ketiga-tiga parti itu, Umno kini mempunyai 88 kerusi Parlimen dalam kawasan majoriti Melayu yang dimenanginya dalam PRU 2013 yang lalu.
Pas pula menang 21 kerusi Parlimen dalam PRU 2013 dan tujuh daripadanya sudah menyertai AMANAH dan PKR. Bermakna Pas hanya tinggal 14 kerusi Parlimen saja lagi sekarang ini.
Jika Pas mahu menang 40 kerusi, sasaran mereka tentunya ialah 88 kerusi yang sekarang dipegang oleh Umno.
Kerusi PKR, DAP atau Sabah dan Sarawak tidak relevan sama-sekali untuk ditawan oleh Pas.
Dengan Pas hanya ingin menjadi “king maker” dan dalam masa yang sama tidak berhasrat menjadi kerajaan, berapakah kerusi milik Umno yang dapat dirampasnya?
Bolehkah 20 atau 30 kerusi yang sekarang ditangan Umno dirampas oleh Pas?
Jika hanya satu atau dua kerusi Umno saja yang dapat ditawannya, bagaimana matlamat 40 itu mahu dicapai?
Dalam masa yang sama, oleh kerana Pas bermusuh dengan DAP dan orang Cina, parti itu bukan saja tidak lagi mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, malah beberapa kerusi pengundi campuran yang dimenanginya dulu juga pasti akan terlepas daripada genggaman.
Daripada 14 yang ada sekarang, berapa kerusi yang masih boleh dipertahankannya?
Adakah Bukit Gantang dan Temerloh misalnya, masih mampu dipertahankan oleh Pas?
Tolak campur bahagi darab, meskipun Pas tetap berdegar-degar dengan matlamat 40 kerusi, hakikatnya berapakah jumlah realistik yang mampu dimenangi Pas berdasarkan sikap dan pendirian parti itu sekarang ini?
Tidak mustahilkah akhirnya hanya 4 kerusi saja yang akan dimenangi Pas dalam PRU 14 akan datang?
Nak jadi apa Pas dengan 4 kerusi itu?
mdl
Picture

27 ulasan:

  1. Bagus pgayR n parti klepet bergabung jd 1 parti dan menang lbh 100 kerusi klu betul2 nak selamatkan malaysia.
    Kenapa tidak?
    Sebab masing2 ada agenda peribadi...noktah!

    BalasPadam
  2. Admin kena ingat...dgn melantik bapak penyamun sebagai peeM akan memberi undi protes kpd akar umbi tak kesah melayu..cina atau india.
    Dgn rekod kotor mahdey...haprak boleh kalah teruk krn majoriti rakyat dpt membaca sandiwara sebenar mahdey.
    Sblm mahdey melepaskan jwtn dia pernah mencadangkan suatu badan dinamakan majlis presiden bagi memantau keja2 pm dan kabinet slps dia melepaskan jwtn tetapi cdgn tersebut tidak dipersetujui.
    Cdgn tersebut seolah2 pm yg ada adalah pm boneka yg terpaksa menerima arahan dpd dia.
    Ketika itu dia sedar dia telah ditolak majoriti oleh org2 umno/bn dan rakyat.Jadi utk meneruskan cita2...perlu ada satu majlis yg diketuainya sebagai pemegang segala restu dlm pentadbiran demi waris..anak..proksi dan kroni.
    Dgn sedikit demi sedikit penguasaan waris..anak..kroni dan proksi dimansuhkan telah menaikkan kemarahan dan dendam di hati org tua u-Turn tersebut.
    Rakyat dah sedar sandiwara mahdey.Maka pru14 mahdey dan haprak akan dijatuhkan bukan shj oleh bn ttp oleh pas dan pengikut2 haprak yg tertipu dgn prinsip asas perjuangan asal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Admin mana nak kisah bro....golongan LGBT ni ngeri dengan ulamak

      Padam
    2. Ularmak mana takut Tuhan? Tuhan pulak yang jadi takut pada ularmak sebab dia pegang kunci syurga dan neraka. Don't play2 sama ularmak!




      Padam
    3. Statement yang menujukkan betapa jahilnya macai2 Haprak, Islam telah menggariskan ciri-ciri pemimpin yang perlu dipilih, kenapa macai2 Haprak begitu terdesak sehingga melanggar sempadan yang telah ditetapkan oleh agama?

      Padam
    4. Apa yang melanggar sempadan Islam? Nak tanam orang Islam dalam jirat? Keluar Pas gugur iman? Ularmak yang pegang kunci syurga neraka adalah pelampau dalam Islam.




      Padam
    5. Bukan nak tanam dlm jirat tapi sebenarnya nak pastikan kita tidak memilih pemimpin kafir harbi yg bakal di tanam dalam jirat.. itupun susah nak paham ke?

      Padam
  3. Piee apdal memohon rakyat swk dan sabah agar memaafkan mahdey krn tidak mempedulikan mrk selama 22 tahun mahdey jd peeM.
    Nampak sgt sibuk memewahkan waris..anak..kroni dan proksi sampai terlupa negeri2 lain yg kurang menguntungkan konco2 mrk.Rasa2nya tiada nyawa parti klepet di sana.
    Bagaimana pulak negeri2 di pantai timur??Berlainan fahaman politik lalu terkubur segala pembangunan krn benci dan dendam.Nak ker pemimpin sebegini menerajui negara???!!!

    BalasPadam
  4. Pengundi Pas kecewa pimpinan Pas tiada calon PM walaupun masuk PRU14 dengan 130 kerusi. Seperti ramai tahu untuk majoriti mudah menjadi Kerajaan memerlukan 122 kerusi. Agak menyedihkan apabila bertanding lebih 130 kerusi tanpa ada perancangan untuk memilih calon PM? Pengundi Pas mungkin terpaksa membuat undi online untuk membuat pemilihan calon PM.

    Calon PM daripada Pas ialah :

    1. HADI AWANG KAKI PONTENG SIDANG PARLIMEN
    2. DIN AYAM PENYOKONG ISIS
    3. KHALIL MOTOR BESAR
    4. DERIS BUAT SESUATU BUKIT GANTANG
    5. MOKHTAR SENIK FACEBOOK KOTEY CAGU
    6. KHAIRUDIN Q7 BINI NO 2
    7. YDP PADANG SERAI JIRAT CINA TAKFIR
    8. YDP GOMBAK PESTA ONANI
    9. NASARUDIN TONTOWI PAY PER VIEW AL GERMANI
    10. NASARUDIN MAT ISA 200J DEDAK NAJIB
    11. YB ZAILAH DRIVER LORI BANJIR TAK ADA KUNCI
    12. NASARUDIN COPONG PEMBUKA TAHFIZ ROCK ALA AWIE
    13. MAT YAKOB MB HUDUD TAK JADI RESIGN




    Macam mana PAS boleh kata tiada calon PM yang bawa perjuangan Islam?



    BalasPadam
    Balasan
    1. Senarai CHAI di atas adalah khas untuk calon PM Malaysia daripada Pas. Senarai CHAI di atas tidak sah digunakan dalam pemilihan Muktamar. Guna CHAI di atas untuk Muktamar adalah haram daripada hukum syarak. CHAI MUKTAMAR yang baru akan dikeluarkan di laman web rasmi Pas sebagai panduan Islamik. CHAI MUKTAMAR wajib digunakan sebagai ganti al Quran dan Hadis semasa Muktamar Pas. Ahli Pas yang gagal mematuhi arahan adalah kafir dan masuk Neraka Jahannam. Sekian wabillahi taufik wal hidayah. Wassalam.




      Padam
    2. Calon PM bukan keutamaan PAS, Haprak yang dah berbelas tahun berjuang tiada tokoh PM sehingga Madey berjaya memperbodohkan Haprak terus dilantiknya Madey sebagai PM angan-angan, bukan betul pun, apa sudah jadi denga Haprak?

      Padam
    3. Kihkihkih.....bukan begitu cai....yang mengkafirkan orang ialah Madey...bukan PAS...Madey dah mengkafir mufti dan TGHA....PAS terus kehadapan meninggalkan Mat Jenin dengan angan2nya

      Padam
    4. Kemajuan Kelantan bukan keutamaan Pas. Staf Harakah bukan keutamaan Pas. RUU355 bukan keutamaan Pas, Hudud bukan keutamaan Pas. Guru YIK bukan keutamaan Pas. Calon PM bukan keutamaan Pas. Tunjuk kotey dalam Facebook keutamaan Pas?



      Padam
    5. Hah..itulah keutamaan PAS iaitu RUU 355, Hudud, Qias dan Qisas dan perkara2 yang berkaitan dengan tuntutan Islam, agar syiar Islam terpelihara jika PAS jadi king maker, bukan namakan calon PM, itu angan2 je cai.....

      Padam
    6. ttp://politikdterengganu.blogspot.com/2009/05/hadi-hudud-hanya-00001-daripada-hukum_9885.html

      http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1001&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm

      Hudud hanyalah 0.0001% daripada hukum Islam. - fatwa Islamik Hadi Awang semasa menjadi MB Melayu Islam Terengganu sepenggal. Jika Pas dah pegang kuasa pun Hudud tak jalan, keutamaan Pas mesti letak pada tunjuk kotey dalam FB.



      Padam
    7. Lihatlah pas sebagai pembela islam.. walaupun 0.000000001% pun tetap ingin diperjuangkan.. kalau macam ni mmg lah pas tak boleh diharapkn utk bela golong lgbt, atheis, murtad dan sekedudukan..

      Padam
    8. Setuju. Pembela Ustaz Haji Tuan Guru Mokhtar Senik tunjuk kotey saiz kecil 0.0000000001% di FB?



      Padam
    9. Itu gambar edit.. utk memfitnah semata.. alhamdulillah semakin kuat pas difitnah semakin kuat org sokong pas..

      Padam
  5. Kalau x jadi king maker, lobai sotong jadi king mangkok hayun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe jangan jadi king of the cash 100 billion hilang sudah la..

      Padam
  6. Itu adalah sasaran PAS untuk jadi king maker, sama jugak Haprak angan-angan mereka nak ambil putrajaya, kalau PAS tak jadi king maker pun PAS masih lagi seperti biasa malah akan bertambah kuat, apa yang mereka cari hanyalah redha Allah SWT, kalau angan-angan Haprak tak menjadi kenyataan pada pru14 nanti dibimbangi ramai yang akan mati sakit jantung dan diserang histeria kerana terkejut, sebabnya mereka hanya mengejar duniawai tanpa sempadan Islam, PAS seperti biasa kalah atau menang tetap dengan pendirian dan dasarnya, iaitu Islam, TGHA akan seperti biasa terus tetap mengajar keindahan Islam diRusila, sama juga dengan wakil2 rakyat PAS yang lain mereka tetap istiqamah mengajar ilmu agama disurau2 dan masjid2, itulah kehebatan pemimpin PAS yang jauh meninggalkan pemimpin Haprak dan BN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengundi Pas mula faham ruginya Islam apabila mengundi Pas. Nama sahaja Islam, rupanya hanya nak pecah undi tanpa niat memerintah? Busuk sungguh Islam dibuat oleh Pas. Islam jadi rugi apabila jadi bahan jualan parti semata-mata. Akibatnya? Lahir ularmak yang pegang kunci syurga dan neraka untuk undi orang Melayu. Nak menipu sebagai king maker walhal 04 adalah kerusi Parlimen yang logik untuk Pas. Pengundi Melayu Islam takkan tertipu dengan Pas yang nak pecahkan undi Pakatan. Yang akan berlaku ialah undi Pas dan Umno akan berpecah kepada Pakatan Harapan.




      Padam
    2. Persepsi amat mudah, taip je....yang pasti PAS semakin bertambah keahliannya dan bertambah kuat. itulah sebenarnya kegerunan Haprak malah menjadi mimpi ngeri bagi Madey, Haprak dah berjaya dioerbodohkan oleh Madey, nak memperbodohkan PAS macam Haprak Madey tidak terdaya sebab PAS berperisaikan Iman dan Ketakwaan bukan pangkat, kuasa dan dedak...

      Padam
    3. Nasib baiklah masa Zaman Khalifah Ularmak Pas belum lahir lagi. Jika lahir, kerja mereka hanya memecahkan umat Islam sampai tinggal puak mereka sahaja. Akhirnya, puak mereka juga pupus akibat busuk hati dan dendam seperti yang mereka tunjukkan kepada Amanah, DAP, PKR dan Tun M. Anwar yang telah maafkan Tun M pun mereka tak terima sebab sifat busuk hati yang amat sangat. Sekarang, mereka guna pula Islam untuk menutup busuk hati mereka itu, sedangkan perbuatan mereka langsung tiada nas dan hadis yang menyokong. Mereka gunakan Islam sekadar memburukkan musuh politik. Kejinya Umno dan Pas. Kejinya Najib, Rosmah dan Hadi Awang berpolitik cara Islam?




      Padam
    4. Dah lari bwk kerusi yg dicuri lagi mau claimed kata dipecat. cerdik ke pemimpin macam ni?

      Marilah sama2 perjuangkn hudud bukannya perjuangkan hak golongan atheis, lgbt, murtad dan sekedudukan..

      Padam
    5. Hak menunjukkan kotey kecil di Facebook juga wajib diperjuangkan oleh Pas - Tuan Guru Ketua DUP Pahang.



      Padam
    6. Jom dengar suara “abg suka bulu mah” .. sape? Teka.. hahaha.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...