Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Januari 23, 2018

Pengundi lihat Pakatan Harapan mahu jadi kerajaan bukan hanya pembangkang

Pengundi lihat Pakatan Harapan mahu jadi kerajaan bukan hanya pembangkang
Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan (gambar atas) berpendapat pengundi dapat melihat kesediaan Pakatan Harapan untuk menggantikan kerajaan Umno-BN di Putrajaya apabila mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ujarnya, pemilihan Tun Mahathir untuk jawatan itu bukti blok pembangkang tersebut tidak lagi sekadar mahu menjadi pembangkang semata-mata.
“Mahathir bersama Pakatan Harapan dan kata apa yang kita katakan. Mahathir bersama kita di jalan raya. Apa salahnya? Itu yang kita mahu.
“Mahathir juga telah menerima Anwar Ibrahim. Apa salahnya? Itu yang kita nak. Mahathir juga nak beri royalti Kelantan. Itu yang kita mahu. Kenapa kita nak tolak?
“Saya yakin InsyaAllah pengundi akan lihat Pakatan Harapan yang ada pada hari ini betul-betul nak jadi kerajaan bukan lagi jadi pembangkang,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam Forum ‘Adakah Mahathir Solusi Terbaik Untuk Kelantan & Malaysia?’ anjuran Aktivis Kelantan (AK03) di Dewan Seminar Alfah Wira Avenue, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu.
Menurutnya, sikap melabelkan Mahathir sama jahat dengan Najib Razak hanya lebih menguntungkan rejim Umno-BN untuk terus berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kalau kata Mahathir jahat, Najib jahat, yang menang adalah Najib. Sampai bila kita nak duduk bawah BN?
“Kalau kita masih kata Mahathir jahat, saya kira Malaysia akan sampai bila-bila di bawah BN. Itulah yang paling teruk sekali,” ujarnya.
Hazmi berkata keputusan memilih Tun Mahathir untuk kembali ke jawatan yang pernah disandang tokoh berkenaan selama 22 tahun itu berkait dengan faktor sokongan segmen pengundi tegar Umno sebelum ini.
“Saya yakin pengundi akan menyokong kalau kita letak Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri. Bukan nak kata nama lain tidak layak tapi sebelum ini nak minta ‘orang Umno’ undi pembangkang, satu perkara yang sangat payah,” luahnya.
Mengulas kebimbangan kononnya Tun Mahathir akan kembali kepada urus tadbir yang pincang, beliau berkata kepimpinan perdana menteri turut disertai dengan barisan kabinet.
“Ini bermakna kalau kita tidak yakin dengan Tun Mahathir, jangan bimbang. Dalam Pakatan Harapan masih ada lagi wira seperti Tuan Haji Mohamad Sabu yang merupakan Presiden AMANAH yang juga Timbalan Presiden Pas satu ketika dulu.
“Dalam itu juga, ada Khalid Samad (Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional) dan ramai lagi. Yang paling penting kita kalahkan Umno terlebih dahulu.
“Paling penting kita lihat sekali dalam hidup kita ini Umno-BN itu kalah,” bidasnya dalam forum yang juga dihadiri Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gubard.
Bangkit lawan
Menganggap pihak yang mengungkit kembali ‘dosa-dosa’ Tun Mahathir sebelum ini sebagai “disibukkan dengan perkara-perkara tidak perlu”, Hazmi bertegas beliau sendiri akan bangkit melawan tokoh tersebut jika tidak seperti diharapkan.
“Kalau Tun Mahathir tak sama, saya pun akan bangkit lawan dia. Kalau dia jadi perdana menteri esok, dia tak keluarkan Anwar Ibrahim, dia berlaku zalim, kita lawan balik. Sifat kita adalah melawan,” katanya.
Beliau berpendapat bukan saat untuk terus menggali kesalahan atau bernostalgia melawan Mahathir ketika era Reformasi dahulu sebaliknya paling penting melihat pada tawaran Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.
“Paling penting bagi saya bukanlah siapa perdana menteri. Yang lebih penting Najib Tun Razak dan Umno-BN bukan lagi sebuah kerajaan selepas pilihan raya ini.
“Tun Mahathir bukan sekadar solusi tetapi Pakatan Harapan yang menjadi solusi kerana kalau kita lihat tawaran-tawaran Pakatan Harapan bukanlah cadangan atau suara Tun Mahathir semata-mata,” jelas Hazmi lagi.
Turut hadir dalam forum yang dimoderatorkan Pengerusi PSM Kelantan, Khairul Nizam Abd Ghani itu adalah Setiausaha Penerangan Bersatu, Deen Qassim dan Ketua Serikandi Keadilan Kota Bharu, Aina Sayuti.
mdl
Picture

11 ulasan:

  1. Pas dah tak perlu bekerja keras lagi sejak tun dijadikan calon PM..

    BalasPadam
  2. Dan anwar akan digelar sebagai peliwat negara sehingga akhir hayatnya tanpa penjelasan wlpun mrk dah sekawan....
    Sekawan lembu...hehehe

    BalasPadam
  3. Hazmi Hassan, kau bercakap untuk diri kau saja bukan mewakili pengundi, amat malang kepada pengundi yang memilih Haprak sebagai kerajaan....

    Haprak ganti BN....sama je...2X5... penyamun, perompak dan perasuah

    BalasPadam
  4. Yang penting sistem dua parti yang membantu memacu negara maju dapat dilaksanakan. Abaikan parti ke tiga ke empat dan seterusnya yang hanya memecah undi untuk BE END Kleptokrat sial. Perlu lebih pencerahan tentang polisi dan dasar daripada melayan kerenah parti kecil macam parti dalam PIGS. Biarkan mereka dengan angan-angan Mat Jenin Hadi Awang dan 40 kerusi nak jadi PM. Ahli Pas akan sedar sendiri bila calon Pas kalah dan kerusi Parlimen mereka melayang. Ini balasan pengkhianatan mereka sendiri terhadap perjuangan Rakyat. PH perlu tumpu perancangan dan pencerahan polisi dan dasar yang ditawarkan supaya pengundi dapat beza Kleptokrat sial dan Penyelamat handal. Tinggalkan mereka yang bakal kalah.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Pjg si mat jenin nie menulis.Meroyan sgt ker nak menang pru14...hehehe
      Setel dulu status anwar tu sementara si tua klepet tu msh hidup...hehehe
      Fitnah mahdey ker atau sah peliwat..

      Padam
    2. Tak perlu mereka berdua mengaku salah menuduh liwat atau mengaku salah m e - - - - -..

      Rakyat dah tahu kesah sebenar.. mereka akan buat keputusan nanti samada nak pilih pm sediada atau calon pm atau pun bakal pm sebenar..

      Padam
    3. Kehkehkeh...penerangan yang rasional bukan meroyan. Rakyat tak mungkin pilih kleptokrat sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor. Ibarat minta pencuri jaga rumah sendiri jika masih pilih kkeptokrat sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor. Jika pilih anjing yang mereka bela lagi teruk. Dengan tuan rumah pun kena gigit anjing sebab berkecuali. Yang sakit meroyan kronik sebab Tun M dan DSAI dah kembali bersama memimpin PH, biarkanlah. Kalau stress memang kena sakit meroyan. Kena beza jenis komen meroyan dengan komen hujah bernas dan berisi. Kehkehkeh... Ayuh.. Selamatkan MARA dan Felda hakmilik orang Melayu daripada kleptokrat sial Najib Tun Razak!



      Padam
    4. Tak perlu meroyan.. jika org melayu tak nak pilih sistem islam itu hak mereka.. namun dari segi moralnya tak kan nak pilih pemimpin dan sistem yg dah terbukti gagal membela islam sebelum ini.. ini termasuklah sistem yg sekarang juga..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...