Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Januari 25, 2018

Tertubuhnya Parti Kita (PH) Hari Ini Adalah Kerana AMANAH - Yb Khalid Samad

AMANAH

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com

Kata-kata yang dikeluarkan Tun M, seperti diatas, masih saya kedengaran hingga ke hari ini. Dan ianya menjadi di antara kebanggaan semua ahli AMANAH walaupun dikatakan sebaliknya oleh golongan yang tidak memahami.

Ada yang cuba mendakwa bahawa agihan itu bukti bahawa AMANAH diakui lemah dan tidak berpengaruh. Sedangkan agihan itu bukannya berdasarkan siapa kuat dan siapa lebih berpengaruh. Ianya berdasarkan strategi kemenangan atau “a winning strategy” yang dipersetujui bersama. Ianya juga berdasarkan usaha kerjasama di mana kita tidak melihat masing-masing sebagai lawan dan saingan tetapi kawan dan rakan yang berkerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama. Mungkin ianya sukar difahami oleh sesetengah pihak, tetapi inilah yang dinamakan kerjasama.

Oleh itu, tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa pendekatan kerjasama yang jujur adalah trademark pimpinan yang menubuhkan AMANAH. Ini kerana kami faham betapa pentingnya ia dan telah cuba memperjuangkannya sejak dahulu lagi.

Ianya bermula pada tahun 1990 apabila wujudnya Semangat 46 dan ada yang mengkritik almarhum TGNA kerana mengadakan kerjasama dengan ‘parti nyamuk’, kami yang sekarang bersama AMANAH inilah di antara yang membela almarhum.

Pada 1998 pula, apabila DSAI dipecat dan almarhum Ust Fadhil pergi ke rumah DSAI, beliau terus dikutuk. Golongan yang sekarang ini bersama AMNAH jugalah di antara mereka yang membela dan mempertahankan almarhum pada ketika itu.

Pada 1999 apabila DSAI tubuhkan ADIL dan ingin bertanding, ramai pimpinan PAS kata jangan diberi mereka kerusi-kerusi ‘tradisi’ PAS! Almarhum Ust Fadhil dan Almarhum TGNA menyerahkan sebahagian juga dan oleh itu dikutuk oleh sebahagian ahli. Kami berdiri bersama mereka. Sehinggakan Dr. Hatta digelar ‘pengkhianat’ kerana dituduh menjual kerusi-kerusi PAS!

Pada 2008 sebelum tertubuhnya PR, apabila 5 negeri dimenangi Barisan Alternatif dengan bantuan DAP, dan pimpinan tertentu menimbangkan kemungkinan menubuhkan kerajaan di Selangor dan Perak bersama BN, pimpinan yang bersama AMANAH sekarang ini jugalah yang membantahnya. Mungkin jika tidak kerana bantahan itu, Pakatan Rakyat tidak mampu dibentuk sama sekali! Sekiranya PAS membentuk kerajaan di Selangor dan Perak bersama BN, adakah mungkin Keadilan dan DAP akan berdiam-diri dan membentuk PR bersama PAS? Sudah pasti tidak!

Maka tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat itu juga dimungkinkan oleh mereka yang merupakan pimpinan AMANAH pada hari ini. Maka hari ini mereka juga menjadi sebahagian dari penyebab yang memungkinkan terbentuknya Pakatan Harapan.

Pada ketika krisis MB Selangor apabila ADUN-ADUN PAS diminta tandatangan SD menyokong TSKI supaya kekal sebagai MB, sedangkan Keadilan dan DAP bersetuju untuk beliau digantikan dengan DSWA, dua ADUN PAS menolak! Kedua-dua mereka sekarang bersama AMANAH.

Siapa boleh nafikan bahawa sekiranya mereka berdua tidak bertindak sedemikian rupa, Selangor kini mungkin di bawah kerajaan gabungan PAS-UMNO?

Dan atas sebab itu didoakan doa laknat ke atas mereka oleh pimpinan PAS secara terbuka semasa Muktamar 2014 di Johor! Kerana melawan arahan songsang Presiden untuk khinati PR Selangor demi membela TSKI. Boleh dibayangkan perasaan pimpinan-pimpinan ini semasa didengari isi kandungan doa tersebut? Parti Islam yang sepatutnya berpaksikan ukhuwwah atau persaudaraan dan kasih sayang telah begitu terpesong sehingga sanggup melaknat Timbalan Presidennya sendiri! 

Seorang wartawan berbangsa Cina datang bertanya saya, “Waah you all like this ke? Beza pandangan sikit pun sudah panggil Tuhan melaknat?”. Saya jawab, apa mahu buat, ada yang rasa Tuhan itu dia sahaja yang punya.

Dan oleh kerana PAS tidak lagi ingin mewujudkan kerjasama mantap antaranya dengan parti-parti pembangkang lain, kecuali di bawah dominasinya, maka akhirnya mereka ini dijatuhkan di Muktamar PAS pada 2015 melalui ‘cai’ dewan ulama. Sesudah Muktamar itu maka proses pembinasaan Pakatan Rakyat dimulakan.

Selepas hanya beberapa bulan maka ditubuhkan AMANAH oleh golongan yang dijatuhkan ini, bukan untuk kepentingan diri, tetapi supaya politik gabungan antara parti politik pembangkang dapat ditubuhkan dan BN tetap mampu dijatuhkan. Hasil usaha ini maka Pakatan Harapan ditubuhkan yang dianggotai Keadilan, DAP dan AMANAH. Walaupun usaha ini ditentang oleh sebahagian yang bersama yang masih mengharapkan PAS, kami terus istiqamah dengan perjuangan membina dan memantapkan PH.

Apabila Tun Mahathir menubuhkan PPBM dan ingin menyertainya, AMANAH dengan penuh yakin dan berwawasan jelas mengalu-alukannya. Dan apabila Tun Mahathir ingin diangkat sebagai Pengerusi PH, AMANAH turut menyokong sambil disambut oleh Timbalan Presiden AMANAH yang berkata “only diamond can cut diamond”.

Maka apabila Tun Mahathir berkata di Konvensyen tersebut, “tertubuhnya parti kita hari ini adalah kerana AMANAH..”, saya tidaklah hairan seperti sesetengah pihak. Ini kerana sejak dari zaman PAS lagi, pimpinan yang bersama AMANAH inilah juga yang berusaha membina hubungan antara parti-parti pembangkang supaya satu gabungan yang kuat dan mantap dapat dihasilkan. Kata-kata Tun, sepertimana kata-kata DSWA semasa berucap di Konvensyen AMANAH di Kedah, merupakan pengiktirafan terhadap jasa pimpinan AMANAH ini dalam usaha membina gabungan parti pembangkang yang kuat di arena politik Malaysia.

Ramai yang berwawasan dengan wawasan seperti yang dimiliki AMANAH. Maka di atas kesedaran itu maka AMANAH sanggup berkorban supaya wawasan itu tercapai dan menjadi realiti atau kenyataan. Kami juga menyeru semua pihak yang mempunyai wawasan yang sama agar turut berjuang bersama kami. Semoga AMANAH terus dikenali sebagai sebuah parti jujur yang berteraskan perpaduan serta kerjasama demi menentang kezaliman dan membebaskan rakyat dari kezaliman Kleptokrasi.

WaLlahu 'Alam 
KHALID ABD SAMAD

Picture

5 ulasan:

  1. Hairan..kenapa PANxxx asyik guna individu yg telah tiada?
    Sementara mahdey dan anwar dipjgkan umur eloklah pihak haprak mengadakan majlis khas ttg isu liwat anwar.
    Sama ada anwar sah seorg peliwat atau mahdey mmg seorg pembohong dan kaki fitnah.
    Pepatah dah kata..siakap senohong gelama ikan duri.Bercakap bohong lama2 mencuri...hehehe

    BalasPadam
  2. Apabila puak-puak HIPOKRIT berkata-kata makin terserlah lah KEHIPOKRITAN mereka....dah dapat dedak beratus juta dari Madey terus jadi lembu yang dicucuk hidung....kahkahkahkah....bila lah agaknya mereka ni nak sedar?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dgr cerita org dlm...biar dicucuk hidung asalkan dpt merasa dedak dpd org kaya si tua klepet mahdey...hehehe
      Bersusah payah memerangi org tua tu suatu ketika dulu dan apa salahnya berkongsi kekayaan yg dirompaknya selama 22tahun.Itu kata mrk..hehehe
      Bila masa lagi...betul tak!!

      Jadi jgn haraplah mrk nak sedar...sandiwara jer lebih
      Dgn kata lain...prinsip tolak tepi asalkan masyuukkk....hehehe

      Padam
  3. YB Khalid you said it all. Perfect score. Triple strike. Macai now meroyan lagi. Pity them. Hv no comment at all.. Just waiting for the D - Day! #Vote4PH



    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita rekaan akibat rasa bersalah meninggalkan jamaah dan langgar baiah..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...