Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, April 30, 2013

Allah Tunjukkan, 3 Perkara Ajaib, Berlaku Di Pilihanraya Kelantan..

3 Perkara ajaib berlaku dalam kempen piihan raya Kelantan..

Satu: Bekas Presiden UMNO Kempen BN Guna Parti Bunga. Macam Pelarian!  

(Gambar atas) Tun Mahathir sekarang ini berada di Rumah Che Johan untuk berkempen kepada Mursyidur Am Tuan Haji Ibrahim Ali, Presiden Parti Bunga. Kesian UMNO Kelantan terpaksa menumpang Parti Bunga untuk berkempen di Pasir Mas.

Paling kesian tak ramai yang hadir dan yang hadir pun lebih kepada nak makan bukan nak dengar 'latah orang tua'. Kita akan lihat bagaimana Tun Mahathir membantu menghancurkan UMNO!


Tak pernah begini berlaku dalam sejarah. Cuma Mahathir tumpang parti PAS lawan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman PM pertama Malaysia dulu, semasa dia dipecat dari UMO ada la.

Dua: Zaman sekarang, ada manusia bercakap dengan semut?

Berita ini, 'UMNO Kuala Krai ceramah kepada semut dan pasir!
 

Kesian kepada penceramah UMNO Dun Guchil, Parlimen Kuala Krai kerana terpaksa bercemah untuk pasir dan semut itu jika ada. Dato Nik Sapea ni yang sembur Tun Mahathir punya angkara!!


Tiga: Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib

.
Klik untuk besarkan gambar

Berguni-guni poster BN belum lagi tamat PRU-13 telah dibuang dibelakang rumah orang kuat UMNO di Pasir Puteh ditempat pembakaran sampah. Kebanyakkan poster dan banner adalah bergambar PM Dato Seri Najib Razak. Menurut sumber perkara ini berlaku kerana ada perbalahan antara orang muda dan orang tua UMNO di situ dan 'cah keting' berlaku sangat ketara.


APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH HJ NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!! SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuh padat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan.

Nak buat baja pun tak boleh, takut mati pokok. Buat racun mungkin boleh, kerana dosa banyak!!
Itulah 3 perkara ajaib yang Allah SWT tunjukkan  kepada rakyat Malaysia. Mungkin banyak lagi, jom kita korek-korek lagi.
 

Nurul kena kerja 2 kali ganda, kata papa Anwar

Diibaratkan umpama mentimun melawan durian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya anak perempuannya Nurul Izzah berhadapan dengan pertarungan sukar dengan menteri penuh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

NONE"Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya," kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Anwar yang juga bapanya mendakwa, dengan segala dana dan jentera kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan digunakan untuk membantu menteri yang secara peribadinya memang sudah kaya.

Bagaimanapun, beliau percaya anak sulungnya itu bersedia dengan cabaran mempertahankan kerusi itu atas sikap realistik dan kerja kerasnya.

Sebagai penyandang anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berdepan dengan Raja Nong Chik yang juga menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar.

Malaysiakini

Isnin, April 29, 2013

Pakatan kuasai hampir separuh kerusi sasaran di johor

Dalam suasana kempen yang hanya berbaki enam hari lagi, Pakatan Rakyat Johor dipercayai telahpun bertapak kukuh di hampir separuh daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di Johor dan kini bergerak dengan lebih agresif di enam lagi kawasan.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan masih perlu memastikan 10 kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak berada di tangannya untuk membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan di Putrajaya.

Lima kerusi di Johor tersebut adalah Gelang Patah, Bakri, Kluang, Kulai dan Segamat, yang mengandungi antara 46 hingga 56 peratus majoriti pengundi Cina.

Selain Bakri, yang dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum 2008, empat kerusi lain menunjukkan ciri-ciri sama:
  • Peratusan pengundi Cina tinggi
  • Jumlah penduduk bandar kelas pertengahan yang besar
  • Kehadiran yang ramai di ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu
  • Ditandingi pemimpin utama parti dengan kekuatan jentera yang besar
Formula Pakatan untuk memenangi kawasan ini adalah dengan meningkatkan sokongan Cina kepada lebih 75 peratus dan mengekalkan sokongan 25 hingga 30 peratus dari kalangan pengundi Melayu.

Sekiranya trend yang ditunjukkan ini berterusan sehingga akhir tempoh kempen, MCA mungkin akan tewas di tiga kerusi – Kulai, Bakri dan Kluang – daripada tujuh kerusi yang ditandinginya.

DAP pula mungkin menjadi parti pembangkang paling besar di Johor dengan empat kerusi parlimen diikuti PKR dengan satu kerusi.

Malaysiakini

Siaran langsung Jelajah Pakatan Harapan Rakyat bersama Anwar Ibrahim

PERMATANG PAUH 29 APRIL: Program Jelajah Pakatan Harapan Rakyat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Parlimen Permatang Pauh malam ini, boleh dikuti secara langsung.

JMR_Penang_24Apr
Ketua Umum KEADILAN itu dijadual berucap di Tapak Pasar Malam Ampang Jajar, Permatang Pauh antara jam 10 malam hingga 12 tengah malam.

Selain itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan calon Dewan Undangan Negeri N10 Seberang Jaya, Dr Afiff Bahardin turut menyampaikan pidato.

Bagaimanapun, proses siaran langsung bergantung kepada situasi semasa termasuk persediaan teknikal khususnya kelajuan internet dan sebagainya.
Untuk tonton, sila KLIK INI (livestream)

KeadilanDaily

'Kami tambah yakin ke Putrajaya' - Anwar Ibrahim

SETIAWANGSA - Di sebalik tersebarnya dakwaan kononnya perpecahan sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR), Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perikatan itu akan menggantikan Umno-Barisan Nasional di Putrajaya, 6 Mei ini.

Bahkan menurut Anwar, keyakinan sama turut dinyatakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada beliau.

"Dulu tahun 2008, mereka kata PKR dikatakan berpecah, kalau menang pun mungkin di Permatang Pauh. Itu pun 50-50. Makin dekat pilihan raya, 60-40," ujar Anwar.

"Tapi saudara, Insya-ALLAH, kali ini kita tawan Putrajaya. Kita yakin.

"Tok guru beritahu saya, kali ini betul doh kita tawan Putrajaya," katanya ketika menyampaikan ceramah di Taman Keramat Wangsa di sini, malam tadi diringi tepukan ribuan yang hadir.

Walaupun hujan renyai, para hadirin tidak berganjak menantikan ketibaan Anwar.

Anwar yang tiba kira-kira jam 11.40 malam menyampaikan ucapan kira-kira 20 minit kepada penduduk di sini.

Sambil melahirkan harapan agar pengundi Parlimen Setiawangsa mengundi calon PKR untuk berkhidmat di kawasan ini, Anwar mahu rakyat berfikir sejenak dan membuat keputusan bijak.

"Calon di Setiawangsa ini bantu saya secara sukarela daripada tahun 2007.

"Dia memang tak petah berkata-kata tapi dia kerja," ujar Anwar.

Calon PR bagi kerusi Parlimen Setiawangsa ialah Ibrahim Yaacub. Beliau merupakan anak kepada bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Menurut Anwar, beliau yakin Ibrahim boleh memberi khidmat terbaik di kawasan itu.

Anwar dalam ucapannya turut menyentuh hasil siri jelajahnya di Sabah dan Sarawak.

"Sabah dan Sarawak akan cipta sejarah pada pilihan raya kali ini," ujar Anwar yakin.

SinarHarianOnline

Panas!!! Umno tayang video lucah kepada wanita, kanak-kanak

KUALA LUMPUR 28 APRIL: Umno BN semakin hilang akal apabila menayangkan video lucah secara terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.
Berdasarkan rakaman di laman You Tube, video lucah itu ditayangkan dalam satu program ceramah BN yang dipercayai diadakan di sebuah negeri di pantai timur.
Porno Umno
Program ceramah itu dimulakan dengan ucapan yang menghentam pucuk pimpinan Pas, sebelum rakaman klip video seks itu ditayang kepada orang ramai.
Ekoran dibuat secara terbuka, tayangan rakaman lucah itu disaksikan pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak yang berada di situ.

Difahamkan, video fitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ditayang secara terbuka oleh Umno BN di beberapa negeri, khususnya di Johor.
Mengulas perkara itu, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, BN kini semakin terdesak hingga sanggup menjalankan kempen kotor dengan menayangkan video fitnah dan lucah kepada orang ramai.
Lucah
“Ini adalah kempen jijik dan kotor dilakukan oleh BN dengan menayangkan video lucah di khalayak ramai. Memiliki video lucah sahaja sudah jadi kesalahan, apatah lagi menayangkan di tempat awam.
“Kempen sebegini hanya akan menikam BN. Rakyat sudah meluat dengan aktiviti mereka yang lucah. Rakyat mahu mendengar tentang idea dan polisi yang ditawarkan. Mereka kini sudah bijak untuk menilai kepimpinan Umno BN,” katanya.

Menurutnya, tindakan sedemikian bukan hanya mengelirukan, bahkan merosakkan pemikiran masyarakat terutama generasi muda dengan gejala yang tidak sihat.
Selain tayangan lucah secara terbuka, Umno kini semakin giat menyebarkan VCD yang mengandungi rakaman lucah yang diedar kepada orang ramai sebagai bahan kempen mereka.

Baru-baru ini, seorang pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, di Pandan, Kuala Lumpur mengadu VCD seks berkenaan diedar secara senyap dari rumah ke rumah.
Hingga kini, tiada tindakan dilaporkan telah diambil oleh polis bagi menghalang kegiatan jenayah dan tidak bermoral itu.

Mengikut undang-undang, menyimpan, memiliki, memuat-turun, mengedar dan menayangkan bahan lucah adalah salah di bawah Seksyen 922 Kanun Keseksaan, Seksyen 5 (1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002, Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) (a) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Multimedia 1998 Seksyen 231.

KeadilanDaily

Ahad, April 28, 2013

TG Nik Aziz yakin rakyat pilih kerajaan pusat baru 5 Mei


Nik Aziz
Nik Abdul Aziz berucap pada ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di Putrajaya malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
PUTRAJAYA - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Barisan Nasional (BN) akan dikuburkan selama-lamanya pada 5 Mei ini dengan kerajaan baru dibentuk pada keesokan hari.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dengan angin kebangkitan rakyat negara ini yang mahukan perubahan dalam atmosfera politik akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai peneraju kepimpinan negara dan menolak kerajaan sekarang.

“(Pada) 5 Mei rakyat akan mengundi, keyakinan saya mereka memilih kerajaan yang berlandaskan syariat Islam.

“6 Mei seluruh negara akan merayakannya dengan tertubuhnya negara Islam sebenar. Gelombang Islam akan hapuskan nilai-nilai sekular,” katanya ketika menyampai ceramah perdana bertajuk ‘Pas For All’ di sini malam tadi.

Hadir sama, calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Md Nor Mohd; Yang Dipertua Pas Putrajaya, Nazir Zakaria dan calon Pas Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami.

Dalam perkembangan sama menurutnya, PR akan menerapkan konsep cara hidup Islam sepenuhnya dalam setiap aspek kehidupan.

“Islam datang dari ALLAH SWT, kita (manusia) hanya menumpang di dunia ALLAH. Tibalah masanya kita amalkan sebuah negara mengikut acuan seperti yang disyariatkan.

“Saya yakin Putrajaya ini bakal dirampas dan kita bersama-sama menobatkan Datuk Husam Musa sebagai Ahli Parlimen Pas di sini,” katanya.

Sementara itu, di Pentas Treler Negara Berkebajikan yang sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya BN terus memerintah negara fitnah akan menjadi santapan rakyat setiap hari.

“Sebelum menjelang tarikh 5 Mei, Umno-BN telah rencanakan 1,001 fitnah jahat sebagai momokan pilihan raya.

“Terkini blogger Milo Suam mendedahkan proses undi awal penjawat awam tidak seperti dijadualkan berlangsung pada 30 April telah didakwa tetapi Papagomo yang memihak kepada mereka dibiarkan bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pauh,” katanya.

Mengulas perkara sama Nurul Izzah berkata, tanpa Pemantau Pilihan Raya (Paca) tidak mustahil BN akan merampas keputusan pilihan raya.

“Diingatkan undi setiap rakyat adalah penting untuk masa depan negara kerana pilihan raya kali ini terpenting buat kita.

“Kita perlu kuat menahan fitnah dan tohmahan menjelang tarikh 5 Mei kerana semua itu akan kita kuburkan pada hari berikutnya,” katanya.

SinarHarianOnline

Sabtu, April 27, 2013

Pakatan boleh menang hingga 122 kerusi Parlimen - Datuk Husam Musa


Husam Musa
Datuk Husam Musa
 
PUTRAJAYA - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperolehi tambahan lima kerusi Parlimen berbanding 118 yang dijangkakan sebelum ini, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian apabila mendapat 'berita' berdasarkan pada perkembangan semasa menjelang hari pengundian 5 Mei.

"Sebelum ini 118 kerusi di seluruh negara, saya tak suka main dengan angka.

"...tetapi kita baru dapat maklumat dari 'sebelah sana', kita akan dapat 122 kerusi pada pilihan raya ini," kata beliau kepada 5,000 hadirin yang mendengar ceramahnya, di sini, malam tadi.
Ceramah itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mengulas lanjut, Husam yang juga calon Putrajaya dan Dun Salur berkata rakyat tidak perlu takut kepada pemimpin Umno dalam usaha mereka melahirkan sokongan kepada PR pada PRU kali ini.

Katanya, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin sama ada mengekalkan atau menjatuhkannya.

"...Tengku Adnan lagi takut pada kita (rakyat), fasal kita ramai.

"Kuasa ada pada kita, kita akan jatuhkannya pada 5 Mei nanti, kenapa nak takut?," kata Husam yang mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Husam turut menekankan mengenai manifesto PR termasuk isu tol, minyak dan sebagainya.

Husam juga mengulangi janjinya kepada warga Putrajaya untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada di kawasan tersebut jika diberi mandat pada PRU13.
 
SinarHarianOnline

UMCEDEL - Pengundi Atas Pagar Penentu Keputusan PRU-13B

Hasil kajian Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang terbaru mendapati, perbezaan sokongan pengundi di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, kedua-duanya mencatatkan tidak kurang daripada 40 peratus sokongan rakyat. 

Pengarah UMCEDEL, Professor Dr Mohamad Redzuan Othman berkata walaupun perbezaan di antara kedua-dua parti hanya lima peratus namun beliau enggan mendedahkan angka peratusan sokongan yang dimaksudkan itu. 

Link kat sini :
1. http://www.mobtv.my/current_affairs-3233.html
2. http://www.mobtv.my/current_affairs-3234.html

 

Lautan 10,000 rakyat berhujan di Miri ikuti ceramah Anwar Ibrahim

MIRI 27 APRIL: Lebih 10,000 penduduk Miri, Sarawak yang dahagakan perubahan sanggup berhujan bagi mengikuti ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
2
Mujur, penganjur sudah menjangka keadaan cuaca dan mengedar baju hujan biru muda kepada penyokong sebaik sahaja hujan sehingga kelihatan seperti tasik biru di tengah-tengah Bandar Miri.
Ketua KEADILAN Cabang Baram, Arison Ngau sendiri kagum dengan sokongan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan sepanjang penglibatannya dalam organisasi parti.
1
“Sokongan rakyat sangat baik. Mereka teruja mahu jumpa dan dengar ucapan Anwar. Sebab itu, mereka sanggup berhujan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ketua Kelab Penyokng PAS Miri, Dr Teo Kian Leong pula menyifatkan sokongan penduduk setempat kepada Pakatan merentasi sempadan kaum, agama dan budaya.
“Keadaan Miri sangat unik kerana toleransi di kalangan penyokong berbilang suku dan puak tapi menolak politik perkauman yang dibawa Umno BN,” katanya.
Malah, beliau sendiri satu-satunya Setiausaha PAS Sarawak yang bukan beragama Islam.
3
Miri didiami populasi kaum rencam merangkumi Melayu, Cina, dan masyarakat peribumi yang mana pribumi terbahagi kepada beberapa puluh pecahan lain termasuk Iban, Kelabit, Kedayan dan sebagainya.
Namun, demi semangat kebangkitan, orang Iban dengan tatu dan subang di hidung, tidak kekok memakai baju hijau menyokong calon Islam atau lelaki Melayu berkopiah berbaju gambar calon Cina dari Pakatan.
Untuk tonton sebahagian rakaman, KLIK INI.

KeadilanDaily

Anwar Ibrahim paling layak jadi PM - Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi

LEMBAH PANTAI 26 APRIL: Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat petang ini baharu sahaja melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.
surat terbuka
Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.
Program itu dianjurkan calon KEADILAN Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.

Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Berikut petikan kandungan surat Yusuf Al Qaradawi:
“Sesungguhnya saya sendiri perpandangan bahawa Anwar Ibrahim, berdasarkan sejarah dan pengalamannya, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan ketua kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia.

Sheik-Yusuf-Qaradawi
Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini. Paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara pada marhalah yang cukup penting ini, bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya pada semua sudut. Inilah perkara yang kalian sudah sepakati sepanjang masa yang lalu.”
Nik 2
Sebelum pelancaran itu, Nik Aziz menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya dan menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Malam ini beliau akan menyampaikan ceramah di Shah Alam.(Kenyataan ini dikeluarkan parti KEADILAN)

KeadilanDaily

Jumaat, April 26, 2013

Panas!!! PR dakwa Umno 'beli' bilik gerakan


Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim 
 
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mendakwa satu gerakan besar-besaran dilakukan Umno Selangor untuk membeli bilik gerakan Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu selain cubaan Barisan Nasional (BN) menabur wang kepada pengundi sewaktu berkempen.
Menurutnya, beliau menyeru rakyat di negeri ini membuat laporan dan memberi maklumat jika terdapat mana-mana calon, ejen mahupun penggerak parti politik menawarkan wang tunai ketika berkempen.

“Mereka boleh lapor kepada saya, SPR atau polis. Saya berharap Transparency International memantau isu ini supaya pilihan raya dijalankan secara adil dan bebas," katanya ketika sidang media di dewan Kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7, di sini semalam.
Sementara itu, beliau berkata, PR menyahut cabaran Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak untuk membentangkan kad laporan kecemerlangan pentadbiran negeri sepanjang lima tahun ini.
“Kita akan bentangkan kad laporan di Klang 1 Mei nanti sempena siri jelajah manifesto yang disertai Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.

“Kita alu-alukan kehadiran BN untuk menyaksikan pembentangan ini termasuk calon-calon menteri besar BN,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mempertikaikan niat sebenar Najib melancarkan kempen Sayangi Selangor.
“Jika beliau menyayangi Selangor beliau patut hormati semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan yang mana kerajaan negeri dibenarkan mentadbir tanpa kongkongan dari kerajaan pusat.

“Kenyataan Najib jika BN dapat menakluki Selangor beliau sendiri akan pantau pentadbiran MB Selangor menunjukkan beliau tidak mempercayai calon MB Umno,” katanya.

SinarHarianOnline

Khamis, April 25, 2013

Pengundi mahu Anwar jadi PM - kajian

KUALA LUMPUR 25 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih popular dan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Demikian menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ke atas 1,407 responden dari kalangan pengundi pelbagai latar belakang.

20080310anwar_ibrahim
Menurut kajian tersebut, 49 peratus memilih Anwar sebagai PM berbanding Datuk Seri Najib Razak yang hanya mendapat 39 peratus, manakala 12 peratus lagi tidak pasti.
“Peningkatan populariti Anwar boleh dikatakan sebab pengaruh internet di kalangan anak muda.
“Seperti yang kita tahu, Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya medium tersebut kerana tidak mendapat liputan yang baik dari media arus perdana,” kata Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.

“Jelajah Merdeka Rakyat dan kempen bergerak juga membantu peningkatan populariti Anwar,” katanya lagi.
Kajian itu dibuat bermula sejak hari pembubaran Parlimen 3 April 2013 sehingga 20 April lalu.
Selain itu, Anwar turut mengatasi Najib dari segi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam dengan mendapat 47 peratus berbanding Najib 38 peratus, selebihnya tidak pasti.

Kecenderungan kedua-dua pemimpin itu turut dinilai melalui kewibawaan mereka membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Hasilnya, 40 peratus bersetuju Anwar lebih berwibawa berbanding Najib, yang haya memperoleh 35 peratus.
Turut disentuh, kajian mengenai perdebatan Anwar dan Najib yang menunjukkan 63 peratus menuntut debat tersebut dijalankan, dan hanya 10 peratus tidak mahu, manakala 19 peratus tidak pasti.

KeadilanDaily

PRU13 - Undi Dalam Islam & Kewajipan Memilih Pemimpin

PRU13 - Fight For Putrajaya: PRU 13 akan berlangsung pada 5 Mei 2013.

Tarikh keramat yang akan menentukan pimpinan yang akan menerajui Malaysia menjadi sebuah negara dan bangsa berjaya. 

Bersama Dr Zulkifli Hassan,Pensyarah kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Islam,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi melihat persoalan undi dalam Islam dan sejauh mana ulama mampu menjadi pemimpin dalam landskap politik Malaysia.

Boleh Tonton sini : http://www.mobtv.my/talkshow-3212.html 

 

Anwar Ibrahim tetap akan bersara jika Pakatan Rakyat tewas

Anwar tetap akan bersara jika Pakatan tewas

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.

Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.

Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu.


Malaysiakini

Admin : Mari rakyat beri sokongan yang kuat dan padu pada 5.5.13 kepada PAKATAN RAKYAT
UNDILAH PAS, PKR DAN DAP.....


Rabu, April 24, 2013

Soalan 'HOT' kepada Ustaz Azhar Idrus.... Panas!!


Q- kenapa ustaz tak masuk bertanding jadi calon? mesti ustaz menang besar kalau bertanding di Pekan :D

UAI-soalan mu ni cari baloh ning..dengor molek,dlm nk buat sesuatu benda,kena ada minat..kite dok minat jadi calon ni kite minat cakap buwi (beri) kuliah je pasal hok ni hok kite reti..kalu kite jd yb kang,baru nok kuliah org panggil suh smayang jenazoh ade org mati..kalu panggil kenduri kawen sedak jugok..hihi tapi kite pandai cakap je mengajok orang ramai supaya pilih kepimpinan hok yg menjalankn melaksanakan perintah agama..macam di Selangor,kite buleh buwi kuliah di mana2 masjid,bebas..nu Masjid Shah Alam atas 13k, bawoh 20k tu pun dok muat..bersyukurlah majlis2 ilmu makin banyok dan makin ramai org minat majlis ilmu..di Penang,ketua DAP kata "uai,u pilih saja mana tempat u mau bagi ceramah" kan sedap dengor tu..jadi lepas 6 Mei ni kalau Selangor dirampas balik memang kite dokleh doh nak buwi ceramoh kuliah di masjid2 lagi..jadi buatlah pilihan yg bijok demi syariat Islam terlaksana di bumi ni pasal ni Bumi Allah,kite bina masjid rumah Allah jadi kite kena guna sebaiknya..

UAI-Masjid Bandar Jengka Pusat
via: Koleksi Printscreen Ustaz Azhar Idrus.


Admin : Sungguh mulia Ulama kesayangan admin dan rakyat malaysia.... Tidak meminta-minta untuk jawatan dan merendah diri... 
Pas Negeri Terengganu kerugian besar kerana tidak mencalonkan UAI pada PRU13 ini... Kalau lah UAI di calonkan di mana-mana DUN.... sudah pasti 1 DUN dalam tangan.... Ini sebagai pendapat admin x ada kena mengena dengan orang lain...

SPR didesak perjelas undi pos polis dikeluarkan awal - Presiden KEADILAN

PETALING JAYA 24 APRIL: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengedarkan kertas undi pos lebih awal iaitu semalam kepada anggota polis.

Beliau mempertikai tindakan SPR, berikutan pengundian awal hanya akan dijalankan pada 30 April, seminggu dari hari ini.
“Kita ingin penjelasan SPR, apakah kertas undi pos yang dikeluarkan hanya untuk pengundi pos anggota polis, atau pengundi pos luar negara?

“Jika (SPR keluarkan) untuk semua undi pos, kenapa (hanya) diedarkan kepada pihak polis (sahaja) semalam?” kata Wan Azizah pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Difahamkan, 6,000 undi pos dikeluarkan semalam dan beliau menuntut SPR memberi penjelasan berikutan sumber rasmi polis di laman webnya mengesahkan menerima undi pos untuk anggota dan pasangan anggota.

“Kita khuatir ada jurang masa sehingga ke tempoh mengira undi. Bagaimana undi itu disimpan? Siapa yang boleh pastikan undi pos terkawal?” soal Wan Azizah.
Beliau merujuk keadaannya sendiri pada 2004 apabila diberi jaminan SPR bahawa kertas undi pos di Parlimen Permatang Pauh yang disimpan di Maktab Perguruan Tuanku Bainun diawasi dengan kamera litar tertutup (CCTV).
“Kemudian kami difahamkan
Kertas undi pos yang diterima awal polis dipercayai melibatkan Parlimen Setiawangsa yang ditandingi calon KEADILAN, Ibrahim Yaacob.
Kertas undi pos yang diterima awal polis dipercayai melibatkan Parlimen Setiawangsa yang ditandingi calon KEADILAN, Ibrahim Yaacob.
mera CCTV tersebut tidak mempunyai filem. Pengawasan kotak-kotak undi ini mesti diberitahu kepada pihak-pihak yang bertanding. Apa jaminan keselamatan?” soal Wan Azizah lagi. “Kita mahu penjelasan SPR. PRU 13 adalah pilihan raya yang penting,” tegasnya.

KeadilanDaily

Isu tindih kerusi PKR-Pas selesai, PSM masih runding - Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim 
 
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu pertindihan enam kerusi membabitkan PKR-Pas telah selesai manakala satu kerusi ditandingi Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih dalam perbincangan.

Beliau berkata, Pas akan mengekalkan tiga kerusi Dun di Terengganu iaitu di Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera manakala PKR akan mengekalkan calonnya di kerusi Parlimen Labuan.

"PKR juga akan mengekalkan calon di kerusi Dun Sungai Acheh (Pulau Pinang) dan Panti (Johor).

"Bagi kerusi Dun Kota Damansara di Selangor, di mana calon PSM akan bertanding di bawah logo PKR masih lagi dalam perbincangan dan saya yakin Pakatan Rakyat (PR) akan dapat selesaikan perkara ini segera," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Mengulas perkara sama, Anwar berkata, berikutan kata putus yang telah dicapai di antara PKR dan Pas, kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan PR menarik balik nama calon-calon yang telah diturunkan itu.

Sehubungan dengan itu katanya, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengeluarkan surat membatalkan watikah calon-calon PKR untuk tiga kerusi yang telah diserahkan kepada Pas.

“Saya bersyukur atas kebijaksaan kepimpinaan Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausahanya, Datuk Mustafa Ali serta kepimpinan PKR berjaya menyelesaikan isu yang dipersetujui di peringkat negeri dan pusat.

“Malah keputusan ini turut dipersetujui oleh Majlis Pimpinan PR tetapi kami masih memerlukan satu atau dua hari lagi untuk meneruskan rundingan dan beberapa penjelasan diperlukan dari semua pihak,” katanya lagi.
 
Ketika ditanya mengenai masa depan calon PKR yang namanya dimansuhkan, Anwar berkata, di kawasan yang ditandingi Pas di Terengganu, PKR pusat akan mengarahkan jentera dan calon PKR untuk bersama-sama dengan Pas untuk mengumumkan bahawa mereka bukan lagi menjadi calon.

“Secara tidak langsung mereka akan menyeru pengundi untuk menyokong Pas,” katanya.

Menyentuh mengenai pertindihan kerusi di antara PKR dan PSM, Anwar menjelaskan, perkara itu sedang dirundingkan.

Katanya, bagi kerusi Dun Kota Damansara dan Parlimen Sungai Siput akan menggunakan lambang PKR tapi calon PSM.

Jelasnya lagi, perkara itu sudah dibincangkan PKR bersama pimpinan PSM secara panjang lebar dan muafakat dalam PR sebelum ini.

“Jadi saya fikir semangat itu akan cuba kita pertahankan tetapi masih ada beberapa pertimbangan dan kebimbangan Pas yang disuarakan juga harus dileraikan secara baik serta rundingan.

“PSM sewajarnya menghargai kenyataan ini walaupun bukan mudah untuk PKR melepaskan kedua-dua kerusi Parlimen dan Dun itu kerana ia telah memakan banyak usaha dan pengorbanan oleh pihak PKR untuk berhadapan dengan parti komponen dalam PR sendiri,” katanya.

Ujar Anwar, sehingga sekarang Pas tidak bersetuju dengan PSM terutamanya perkara yang berkaitan dengan perbezaan di antara parti itu dengan PSM.

SinarHarianOnline

Selasa, April 23, 2013

PR sudah ada calon PM, kata Mahfuz


Mahfuz Omar
Mahfuz pada sidang media di Alor Setar hari ini.
 
ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan calon yang layak menjadi perdana menteri jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sungguhpun begitu, ia masih tidak dapat diumumkan kepada orang ramai buat masa ini.

Beliau berkata, individu yang layak menyandang jawatan itu mestilah seorang yang berintegriti, amanah, kaum Melayu dan beragama Islam.

“Kalau soal menteri, tidak kiralah dia Islam atau tidak, masih boleh Jadi menteri. Tapi atas dasarnya perdana menteri mestilah daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

“Itu terpulang kepada PR untuk melantik siapa. Kita dalam PR sudah tetapkan siapa orangnya, tapi tidak boleh bagi tahu lagi," katanya pada sidang media di pejabat Pas kawasan Pokok Sena hari ini.

Menurutnya, walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) sering buat spekulasi bermacam-macam mengenai calon itu tetapi PR sudah ada keputusan sendiri.

Mahfuz berkata, pemimpin Umno dan BN semakin ‘meroyan’ dan serabut untuk berteka-teki siapa calon pilihan PR untuk menjadi perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sebelum ini mereka kata DAP nak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, Pas pula yang tidak mahu Anwar. Sekarang ini dia kata DAP dan Pas sepakat untuk lantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri pula.

“Pada saya, kadang-kadang keserabutan pemimpin Umno dan BN dalam berhadapan dengan situasi kebangkitan rakyat ini semakin menjadi-jadi. Insya-ALLAH, kita akan melihat siapa yang jadi perdana menteri selepas PRU13,” katanya.

Ditanya sama ada beliau adalah antara calon yang layak mengisi jawatan itu, Mahfuz mengiyakannya.

“Saya antara calonnya sebab tanding Parlimen. Sebelum ini orang kata saya nak jadi MB (Menteri Besar). Macam mana saya nak jadi MB, saya tanding Parlimen. Saya hanya layak untuk jadi calon PM. Saya juga layak untuk jadi calon menteri,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP membuat perjanjian sulit untuk mengangkat Hadi sebagai PM jika mereka dibenar menggunakan logo Pas pada PRU13.

Bagaimanapun, perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui Anwar yang sedang mengira hari untuk menjadi perdana menteri ketujuh jika PR menang PRU13.

SinarHarianOnline

Admin : Umno sudah jadi gila kah kah kah kah..... Hanya Allah saja tetapkan PM baru dlm pakatan rakyat nanti....... Tunggu... lagi 13 hari lagi.....

Panass!!! KM Sarawak baru jika Pakatan ambil alih Putrajaya'


'KM S'wak baru jika Pakatan ambil alih Putrajaya'

Sarawak mungkin mendapat ketua menteri baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dapat menyiasat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan tidak akan dihalang oleh kerajaan persekutuan.

“Pada masa itu (apabila kerajaan membentuk kerajaan), undang-undang akan dapat dijalankan dan (SPRM) akan dapat mencari bukti (berhubung dakwaan rasuah melibatkan Taib),” katanya semasa kempen sehari di Sibu, Sarawak.

Beliau yakin, bukti berhubung pelbagai dakwaan rasuah yang didakwa melibatkan ketua menteri itu pasti wujud.

“Tapi sekarang agensi penguatkuasa takut pada dia,” katanya lagi.

Taib masih kekal sebagai ketua menteri walau selepas pilihan raya umum 5 Mei memandangkan pilihan raya negeri hanya akan dijalankan pada 2016.

MalaysiaKini

Anwar Ibrahim Bagi Amaran Kepada BOSS TV3 Penipu!!


 Anwar ancam humban bos TV3 ke penjara

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi".

"Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak.

TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian dan New Straits Times.

Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram.

MalaysiaKini

Isnin, April 22, 2013

Penjelasan DS Anwar Ibrahim Isu N21 DUN Sg Acheh (video)

Ini penjelasan yang harus diberi perhatian, bagaimana Pemuda PAS P.Pinang ingkar arahan kepimpinan PAS Pusat

Mat Taib dijangka sertai kempen bersama Anwar Ibrahim

Mat Taib dijangka sertai kempen bersama Anwar

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini.

Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.

MalaysiaKini

Anwar Ibrahim ulangi janji turun harga minyak jika menang PRU13 ini.


BOTA - Pembangkang berjanji akan menurunkan harga minyak dalam dua hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini perkara utama yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika rakyat memberi mandat terajui kerajaan pusat.

"(Pada) 5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita angkat sumpah dan 7 Mei, minyak akan turun seluruh negara," katanya ketika memberi ceramah di Teluk Sena di sini, malam tadi.

Anwar yang juga calon Permatang Pauh berkata, perkara utama seterusnya yang akan dilaksanakan pembangkang selepas berjaya menawan Putrajaya ialah mengubah konsep kebebasan media RTM, Utusan dan TV3 kerana dianggap sudah terlalu banyak menabur fitnah ke atas pembangkang.

"Ini soal nilai dan akhlak yang perlu diubah. Mesti ada wajah baru dalam pentadbiran. Sekarang ni TV3 tak minat nak interview saya. Tapi bila kita menang nanti, TV3 nak datang interview, saya suruh depa (mereka) duduk belakang," katanya.

SinarHarianOnline

Ahad, April 21, 2013

Anwar Ibrahim pertahan Chegubard tanding di Sg Acheh


NIBONG TEBAL -  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan Pas.

Katanya pertembungan calon PKR dan Pas di kerusi Dun itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.

"Bagi kita (tempoh) dua tiga hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, dekat sini malam tadi.

Dun Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calonBarisan Nasional (BN) Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari Pas.

Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan Dun berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad.

SinarHarianOnline

Sabtu, April 20, 2013

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh


Assalamualaikum WBT,

Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.

Sepengetahuan umum, che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 kerana PKR serah kerusi parlimen Labuan untuk ditandingi oleh PAS.

Ternyata che’GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah perdindihan telah pun selesai.

Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008… Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!

Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.

Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…

Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua che’GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che’GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che’GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.

Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che’GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.

InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che’GuBard yang menjadi calon pilihan. che’GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che’GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.

Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.

Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-naik perancang.

Sekian pengamatan saya 20 April 2013…

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

Jumaat, April 19, 2013

Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP : Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan


Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini. Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman. Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan. Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya. Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina. Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah. Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah. Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah. Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All. Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam. Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar. Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru. Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M

Panas!!! Pakatan Rakyat menang, harga petrol RON95 turun 40 sen


AMPANG 19 APRIL: Harga minyak petrol RON95 akan diturunkan dari RM1.90 kepada RM1.50 apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

Demikian diberitahu Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang menyifatkan penurunan itu akan menambahkan pendapatan rakyat apabila tidak perlu berbelanja tinggi untuk membeli bahan bakar tersebut.

"Kita (Pakatan) apabila menang ke Putrajaya akan menurunkan harga petrol anggaran sebanyak 25 peratus daripada RM1.90 ke RM1.50.

"Kalau kita turunkan harga minyak serta merta, semua kos yang lain akan turun dan serta merta harga barang juga akan turun," katanya di depan 200 tetamu pada Majlis Dialog Forum Ekonomi Rakyat di Hotel De Palma di sini malam tadi.

Sebelum ini, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Pakatan untuk menurunkan harga minyak pada 7 Mei jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan baru selepas PRU 13.

Hadir sama sebagai panel bergandingan dengan Rafizi, Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen dan moderatornya Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Rafizi berkata, tol juga turut akan dihapuskan bagi menyelesaikan bebanan taraf hidup rakyat, bukannya menjanjikan dengan barangan 1Malaysia yang tidak berkualiti.

"Janji kita untuk batalkan tol. Ia akan membantu menambahkan poket rakyat dan dalam masa sama boleh kurangkan kos kehidupan kerana barangan lain tidak akan naik harga dengan pemansuhan tol.

"Tapi apabila masalah ini sampai kepada Najib (Razak), dia akan tanya isterinya, Rosmah Mansor. Rosmah kata kalau rakyat tak boleh beli barang mahal, jadi dia beli barang murah.

"Jadi Najib dapat idea baru. Oleh kerana harga barang mahal, dia panggil kroni untuk buat barang jenama 1Malaysia," kata calon Pandan itu.

Rafizi berkata, memperkenalkan produk 1Malaysia umpama Najib menghina rakyat golongan pertengahan dan miskin dengan menawarkan barangan tidak berkualiti supaya berpadanan dengan taraf hidup mereka.

"Sebab itu Najib masa lancar Manifesto BN dia cakap kalau you tak boleh beli barang yang ok, you beli barang 1Malaysia. Dia tak faham apabila dia sebut macam itu, bermakna dia menghina rakyat.

"Kita tidak minta barang tak berkualiti, kita mahu barang berkualiti. Jadi Najib anggap you miskin, you makan barang tak ada standard. Orang yang undi BN akan mati awal sebab tak cukup zat kalau ikut dia," ujar Rafizi disambut ketawa hadirin.


KeadilanDaily

Tindakan Najib burukkan PR usaha terdesak menjelang 5 Mei - Anwar Ibrahim


SHAH ALAM – Usaha terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mencetuskan ketakutan di kalangan pelaburan dan komuniti perniagaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa sebagai tindakan terdesak dan tidak wajar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amaran tersebut dikemukakan Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN), melalui wawancara bersama Bloomberg baru-baru ini dengan mendakwa bahawa saham Malaysia dan mata wang ringgit akan jatuh mendadak dan akan mengakibatkan malapetaka bagi negara ini.

“Adalah tidak patut bagi Najib menggunakan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sementara untuk membuat kenyataan-kenyataan seperti itu bagi menaikkan kemarahan orang awam dan pasaran.

“Beliau sepatutnya berhenti bertindak seperti kanak-kanak dan mula bertindak sebagai pemimpin kerana tidak lama lagi PR bakal menguasai negara ini selepas pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PR percaya bahawa panggilan perubahan ke arah Malaysia yang baru semakin kuat dan lebih baik mewakili kebangkitan rakyat yang akan berlaku melalui peti undi.

katanya, ini adalah satu proses yang benar-benar selaras dengan amalan demokrasi berperlembagaan.

Sehubungan itu, dakwa Anwar lagi, usaha Najib untuk menghubungkan proses tersebut dengan Arab Spring atau revolusi sepenuhnya tersasar dan jelas berniat jahat serta bertujuan mengelirukan rakyat.

“Walau apa pun keperluan mendesak untuk pembaharuan menyeluruh untuk kelangsungan asas ekonomi, ekonomi Malaysia boleh menyerap sebarang kejutan ekonomi atau kewangan jangka pendek yang mungkin disebabkan oleh apa-apa reaksi spontan kepada perubahan kerajaan.

"Risiko terhadap ekonomi dan kewangan kini lebih mengukukuhan pasaran jangka panjang dan kestabilan yang terhad,” jelasnya.

Sebaliknya, katanya lagi, perubahan adalah penting dalam usaha untuk meningkatkan daya saing global Malaysia jangka panjang dan untuk melonjakkan potensi jangka panjang pertumbuhan ekonomi Malaysia di luar enam peratus.

“Kami ingin mengingatkan semua pihak tentang pentingnya menghormati suara dan pilihan rakyat pada setiap masa,' katanya.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan baru di bawah PKR dan rakan-rakan gabungan PR yang akan memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar, mengurangkan kebimbangan terhadap apa-apa bentuk yang tidak menentu dan ketidakstabilan serta memulihkan keyakinan di kalangan orang ramai, pelabur dan pemegang kepentingan lain.

Katanya, kerajaan persekutuan yang baru akan memastikan kejelasan dasar konsisten serta menentukan keutamaan inisiatif dasar untuk jangka pendek, sederhana dan panjang.

Ujar beliau, langkah ini diambil untuk mencari keseimbangan antara keperluan untuk terus meliberalisasikan ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara kompetitif untuk perniagaan berkembang maju dan bersungguh-sungguh mempertahankan hak serta kepentingan golongan miskin, terpinggir dan kurang bernasib baik

SinarHarianOnline

Terbaik!!!! Saham air bagi rakyat antara janji manifesto PR Selangor


Manifesto PR Selangor
Manifesto PR Selangor
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) Selangor berikrar untuk terus melindungi hak rakyat negeri itu dengan membuka peluang kepada rakyat Selangor memiliki saham air Selangor.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebagai matlamat supaya rakyat Selangor terus mendapatkan air bersih pada harga yang berpatutan perancangan tersebut bakal dilaksanakan menerusi penstrukturan semula industri air.

"Apabila penstrukturan semula syarikat-syarikat industri air berjaya maka seluruh rakyat Selangor akan berpeluang memegang saham-saham yang dikeluarkan oleh syarikat air milik Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna hak air dipegang secara amanah oleh Kerajaan Negeri bagi pihak rakyat," katanya ketika membentangkan Manifesto PR Selangor, di sini malam tadi.

Menurut Khalid, rakyat Selangor adalah pemiliki sebenar air di negeri itu.

Malah katanya lagi, manifesto PR berkaitan air ini diyakinan tidak mampu ditiru oleh Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, manifesto PR Selangor yang bertemakan Meneruskan Kecemerlangan itu turut menggariskan empat komitmen iaitu Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat, Persaudaraan Rakyat Menerusi Aktiviti Keagamaan dan Kebudayaan serta Kerajaan Rakyat.

Sementara itu, PR Selangor turut berikrar melalui manifestonya untuk memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri yang bertujuan merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik yang bermutu serta menguruskan projek-projek perumahan lain yang mengutamakan tahap kemampuan rakyat untuk membeli.

Selain itu, ujar Khalid, PR Selangor juga akan menambah perumahan mampu sewa di bandar-bandar raya dan bandar-bandar bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah persendirian.
Lebih menarik, melalui komitmen Persaudaraan Rakyat Menerusi Aktiviti Keagamaan dan Kebudayaan serta Kerajaan Rakyat, PR Selangor turut menawarkan wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.

SinarHarianOnline

Khamis, April 18, 2013

Sabotaj dari Ros... DAP guna logo PAS dan PKR untuk PilihanRaya 13 ini...


RoS tidak iktiraf pemilihan, DAP dilema
 
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
SHAH ALAM - DAP kini dihimpit dilema ekoran surat Pendaftar Pertubuhan (RoS) dihantar hari ini, yang memaklumkan bahawa agensi itu tdak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.

Sebagai langkah awal parti telah mengambil keputusan untuk menggunakan logo rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu Pas bagi kerusi di Semenanjung Malaysia, manakala logo PKR bagi Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), namun parti itu masih tidak yakin dan mahu surat rasmi dikeluarkan SPR sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.

Menurutnya, tindakan RoS merupakan satu sabotaj terbesar yang pernah dialami DAP sejak mula aktif dalam dunia politik negara.

Beliau berkata, keputusan DAP untuk menggunakan logo Pas dan PKR adalah untuk mengelakkan parti itu, terpaksa bertanding atas tiket bebas kerana lambang roket tidak boleh digunakan pada hari penamaan calon.

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU13.

"Kita telah mendapat persetujuan Pas dan PKR untuk menggunakan logo mereka, ini adalah satu contoh kekuatan PR, kerana ada
rakan yang boleh membantu ketika kita susah," katanya pada sidang media di ibu negara, hari ini.
Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, penyokong DAP perlu tenang dalam menghadapi isu ini kerana sejak 48 tahun DAP diwujudkan, beliau tidak pernah melihat taktik sebegini digunakan dua hari sebelum hari penamaan calon.

Ketika ditanya adakah penyokong parti akan keliru jika DAP guna logo DAP terutama di kawasan majoriti bukan Islam, beliau berkata, isu sama ada pengundi keliru akan diketahui pada hari pengundi itu nanti.

"Peti undi itu sendiri akan menjadi saksi, saya yakin kami tetap akan menang," katanya.

Mustafa berkata, dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju DAP menggunakan logo Pas dalam PRU13.

"Kedua-duanya berkata tiada masalah bagi Pas, kita akan bantu rakan dalam PR," katanya.

Saifuddin pula berkata, DAP merupakan sekutu penting dalam PR kerana mempunyai pengaruh kuat dan penyokong yang ramai.

"Jika isu ini berlaku, kita akan menghadapi pelbagai masalah termasuk isu logistik, yang mana melibatkan calon dari pendalaman Sabah dan Sarawak yang perlu berulang-alik ke Semenanjung untuk mendapatkan watikah dan sebagainya," katanya.

Difahamkan, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.
RoS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Walau bagaimanapun, SPR menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.

SinarHarianOnline

Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh

SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini.

chegubard3
Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah.

Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut.

Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi.

KeadilanDaily

Wajib terima calon dipilih demi parti - TGNA


Nik Aziz
Nik Aziz menyampaikan sumbangan armalah kepada salah seorang penerima di Kompleks Purnama semalam.
 
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan ahlinya, sama ada yang disenaraikan dan tidak tersenarai, menerima keputusan yang dibuat pimpinan parti bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz berkata, keputusan dibuat berdasarkan perbincangan, maka nama-nama calon tersenarai dipilih berdasarkan sifat kepimpinan dan pelbagai sudut yang dikenal pasti.

“Jadi ambo (saya) harap keputusan yang dibuat perlulah diterima dengan sebaiknya.

“Jangan timbul cakap-cakap belakang kerana bila keputusan sudah ditetapkan wajib terima, sama ada setuju atau sebaliknya,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada armalah dan anak yatim di kompleks Purnama, Pengkalan
Chepa, semalam.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan kepada lebih 100 armalah dan anak yatim yang menerima bantuan di sekitar Pengkalan Chepa di sini.

Nik Aziz turut menyarankan agar rakyat dapat membuat pilihan yang tepat untuk menentukan pimpinan yang bakal mentadbir kerajaan di negeri ini.

“Kita (Pas) laksanakan segala undang-undang dan pentadbiran di Kelantan mengikut lunas dalam ajaran Islam.

“Berbanding Umno yang menjalankan dasar pentadbiran mereka mengikut orang barat. Jadi sebagai umat Islam adakah kita ingin mengamalkan mengikut pentadbiran seumpama itu sedangkan kita boleh melaksanakan kerajaan berdasarkan ajaran Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut mengumumkan hari pengundian PRU13 pada 5 Mei ini sebagai cuti peristiwa untuk negeri ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan dan pandangan daripada semua ahli mesyuarat kerajaan negeri yang bersidang kelmarin.

“Tujuan utama cuti ini untuk rakyat Kelantan keluar mengundi dengan tenang, semuanya boleh keluar mengundi, kita undi untuk membentuk kerajaan Islam,” katanya.

Beliau mengharapkan agar rakyat Kelantan menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin untuk keluar mengundi dan memilih kerajaan yang menuju ke arah kebaikan dunia dan akhirat.

SinarHarianOnline

Panas!! Warga facebook perlekeh Najib

KUALA LUMPUR 17 APRIL: Sempena perdebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Seri Najib Razak yang dijadual berlangsung malam ini, pengguna di laman facebook Ketua Umum KEADILAN dilihat meragui serta memperlekeh keberanian Perdana Menteri untuk hadir.
Kira-kira 8,000 pengguna menyukai foto Anwar yang ditandakan ‘HADIR’ manakala foto Najib pula diletakkan tanda soal.
fb
Grafik tersebut dipapar dalam facebook Anwar pada semalam.
Salah seorang pengguna, Tam Sem Hoong yang mengulas foto tersebut menulis, “Najib pun tak berani debat dengan Rosmah (Mansor), macam mana nak debat dengan Anwar”.

Tok Ayah Li pula menulis, “Najib mana berani…Cakap berdegar-degar kat TV. Ajak debat takut…”.
Seorang lagi pengguna, Zaidi Mahat mengulas, “Penakut.. Mana berani dia datang…Macam inikah sikap ketua BN? Nahaslah rakyat kalau pilih pengecut jadi pemimpin. Kalau perang dia lari dulu…Hampeh!”, demikian antara komen yang disusuli 600 ulasan lain.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Anwar mengesahkan kehadiran melalui jadual dan laman facebooknya Isnin lalu yang bertulis ‘Saya akan hadir’, dan status tersebut mendapat 5,277 jumlah ‘LIKE’.
Terbaru, kira-kira jam 6.55 minit petang ini, Anwar sekali lagi mengulangi pemberitahuan akan hadir ke program itu.

“Malam ini selepas acara di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, saya akan ke Desa Pinggiran Putra dekat Putrajaya – ceramah bersama TG Nik Aziz, Dato’ Husam dan sdr Borhan Aman Syah,” tulis Anwar di facebook.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, Najib masih belum memberi sebarang kata putus, malah beliau dilaporkan akan menghadiri program pelancaran manifesto BN di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Dalam perkembangan sama, Bersih dilaporkan akan membuat satu kejutan kepada hadirin jika Najib atau wakilnya gagal hadir.

“Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu ‘kejutan’ buat hadirin pada forum malam ini,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah dipetik. – NS

KeadilanDaily

Rabu, April 17, 2013

Deklarasi Ulamak dan Guru-guru Pondok Negeri Kelantan (video)

Deklarasi Ulamak dan Guru-guru Pondok Negeri Kelantan yang dibacakan oleh Ust Syairazi Tuan Guru Hj Atiqullah, Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Negeri Kelantan di Ijtimak Ulamak dan Guru-guru Pondok Negeri Kelantan pada 3 Jamadil Akhir 1434 H bersamaan 14 April 2013.

Ramachandran syukur doa TG Nik Aziz termakbul

 
KUALA KUBU BHARU - “Syukur doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat) termakbul,” itu ungkapan penghargaan dan terima kasih calon Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran ketika ditanya perasannya dipilih sebagai calon pada PRU13.

Ramachandran berkata, Mursyidul Am Pas itu pernah mengatakan padanya pada pertemuan di sebuah program di Kuantan, pada 1997 bahawa beliau akan menjadi calon suatu hari nanti.

Menurutnya, kata-kata Nik Aziz itu dianggap doa dan beliau bersyukur kerana akhirnya termakbul.

“Saya ingat lagi 16 tahun lalu tuan guru katakan saya akan jadi calon suatu hari nanti.

“Hari ini (semalam) saya benar-benar sudah menjadi calon mewakili PKR yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” katanya yang ditemui ketika mengunjungi Pasar Malam Serendah bersama calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar.

Turut sama, Pengerusi Jentera PKR Parlimen Hulu Selangor, Md Yusof Sarman.

Ramachandran berkata, sebagai wakil PKR, beliau juga berterima kasih kepada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meletakkan kepercayaan kepadanya bagi mewakili parti pada PRU kali ini.

Menurutnya, sokongan daripada calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar juga diterima sehingga nama beliau diangkat sebagai calon di kerusi Dun Batang Kali.

“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini.

“Pastinya, amanah ini akan kami galas bersama bagi memastikan bukan saja Dun, malah Parlimen Hulu Selangor akan kita rampas,” katanya.

Ramachandran berkata, beliau sedar sebagai calon baru sokongan ahli dan barisan jentera sangat diperlukan.

"Oleh itu, bagi merealisasikan impian PR ke Putrajaya seluruh ahli parti perlu bersatu untuk memastikan BN dapat ditumbangkan," katanya.

SinarHarianOnline

BN tumbang Melayu makin kukuh - pakar Perlembagaan


KUALA LUMPUR: Kedudukan orang Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam dan Raja-raja Melayu akan terus kekal kukuh kerana perlembagaan telah memahat mati semua peruntukan yang berkenaan.

Jika Pakatan perolehi majoriti dua pertiga sebanyak 148 kerusi sekalipun, ia hanya di Dewan Rakyat.

Tetapi Dewan Negara majoritinya masih senator lantikan Umno-BN yang dengan sendirinya tidak membolehkan sebarang pindaan Perlembagaan kerana syarat majoriti dua pertiga itu di kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Ia juga memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan perlembagaan itu.

Sebab itu, tidak timbul soal Pakatan meminda atau memansuh peruntukan-peruntukan berkenaan bahkan Pakatan bakal mengukuhkannya lagi.

Inilah ulasan pakar undang-undang perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) yang bakal disiarkan Harakah dalam edisi Jumaatnya.

HarakahDaily