Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, April 19, 2013

Panas!!! Pakatan Rakyat menang, harga petrol RON95 turun 40 sen


AMPANG 19 APRIL: Harga minyak petrol RON95 akan diturunkan dari RM1.90 kepada RM1.50 apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

Demikian diberitahu Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang menyifatkan penurunan itu akan menambahkan pendapatan rakyat apabila tidak perlu berbelanja tinggi untuk membeli bahan bakar tersebut.

"Kita (Pakatan) apabila menang ke Putrajaya akan menurunkan harga petrol anggaran sebanyak 25 peratus daripada RM1.90 ke RM1.50.

"Kalau kita turunkan harga minyak serta merta, semua kos yang lain akan turun dan serta merta harga barang juga akan turun," katanya di depan 200 tetamu pada Majlis Dialog Forum Ekonomi Rakyat di Hotel De Palma di sini malam tadi.

Sebelum ini, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen Pakatan untuk menurunkan harga minyak pada 7 Mei jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan baru selepas PRU 13.

Hadir sama sebagai panel bergandingan dengan Rafizi, Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen dan moderatornya Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Rafizi berkata, tol juga turut akan dihapuskan bagi menyelesaikan bebanan taraf hidup rakyat, bukannya menjanjikan dengan barangan 1Malaysia yang tidak berkualiti.

"Janji kita untuk batalkan tol. Ia akan membantu menambahkan poket rakyat dan dalam masa sama boleh kurangkan kos kehidupan kerana barangan lain tidak akan naik harga dengan pemansuhan tol.

"Tapi apabila masalah ini sampai kepada Najib (Razak), dia akan tanya isterinya, Rosmah Mansor. Rosmah kata kalau rakyat tak boleh beli barang mahal, jadi dia beli barang murah.

"Jadi Najib dapat idea baru. Oleh kerana harga barang mahal, dia panggil kroni untuk buat barang jenama 1Malaysia," kata calon Pandan itu.

Rafizi berkata, memperkenalkan produk 1Malaysia umpama Najib menghina rakyat golongan pertengahan dan miskin dengan menawarkan barangan tidak berkualiti supaya berpadanan dengan taraf hidup mereka.

"Sebab itu Najib masa lancar Manifesto BN dia cakap kalau you tak boleh beli barang yang ok, you beli barang 1Malaysia. Dia tak faham apabila dia sebut macam itu, bermakna dia menghina rakyat.

"Kita tidak minta barang tak berkualiti, kita mahu barang berkualiti. Jadi Najib anggap you miskin, you makan barang tak ada standard. Orang yang undi BN akan mati awal sebab tak cukup zat kalau ikut dia," ujar Rafizi disambut ketawa hadirin.


KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...