MIRI 27 APRIL: Lebih 10,000 penduduk Miri, Sarawak yang dahagakan
perubahan sanggup berhujan bagi mengikuti ceramah Datuk Seri Anwar
Ibrahim malam tadi.
Mujur,
penganjur sudah menjangka keadaan cuaca dan mengedar baju hujan biru
muda kepada penyokong sebaik sahaja hujan sehingga kelihatan seperti
tasik biru di tengah-tengah Bandar Miri.
Ketua KEADILAN Cabang Baram, Arison Ngau sendiri kagum dengan
sokongan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan sepanjang penglibatannya
dalam organisasi parti.
“Sokongan
rakyat sangat baik. Mereka teruja mahu jumpa dan dengar ucapan Anwar.
Sebab itu, mereka sanggup berhujan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Ketua Kelab Penyokng PAS Miri, Dr Teo Kian Leong pula menyifatkan
sokongan penduduk setempat kepada Pakatan merentasi sempadan kaum, agama
dan budaya.
“Keadaan Miri sangat unik kerana toleransi di kalangan penyokong
berbilang suku dan puak tapi menolak politik perkauman yang dibawa Umno
BN,” katanya.
Malah, beliau sendiri satu-satunya Setiausaha PAS Sarawak yang bukan beragama Islam.
Miri
didiami populasi kaum rencam merangkumi Melayu, Cina, dan masyarakat
peribumi yang mana pribumi terbahagi kepada beberapa puluh pecahan lain
termasuk Iban, Kelabit, Kedayan dan sebagainya.
Namun, demi semangat kebangkitan, orang Iban dengan tatu dan subang
di hidung, tidak kekok memakai baju hijau menyokong calon Islam atau
lelaki Melayu berkopiah berbaju gambar calon Cina dari Pakatan.
Untuk tonton sebahagian rakaman, KLIK INI.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...