Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, April 20, 2013

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh


Assalamualaikum WBT,

Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.

Sepengetahuan umum, che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 kerana PKR serah kerusi parlimen Labuan untuk ditandingi oleh PAS.

Ternyata che’GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah perdindihan telah pun selesai.

Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008… Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!

Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.

Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…

Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua che’GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che’GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che’GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.

Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che’GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.

InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che’GuBard yang menjadi calon pilihan. che’GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che’GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.

Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.

Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-naik perancang.

Sekian pengamatan saya 20 April 2013…

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

13 ulasan:

  1. Saya peyokong TEGAR PAS sepanjang saya tau sejak dari saya layak mengundi pada tahun lapan 80an lagi PAS tak akan menang melawan AMENO nih kalau tak dapat sokongan dari kawan2 dari parti tertentu contoh awal 90an PAS menang banyak dgn bantuan semangat 46 banyak sampai boleh perintah negeri, itu pun kelantan saja negeri2 lain tak ada.PAS bertahan apabila krisis ameno dan anuarlah sokongan terhadap PAS nampak macam melonjak sikit dan dapat sama2 merampas beberapa negeri lagi kalau tidak jangan haraplah.Bagi yang tau sejarah rasanya insiden seperti disungai acheh ini tak akan terjadi.Saya teringat apabila membaca blog ABU NAWAS ada menyebut barua dalam PAS ni yang dok menyamar untuk membuat huruhara ni,rasanya ni lah manusia yang tak tau sejarah atau memang inilah saja peluang yang boleh dilakukan. Mana mungkin terjadi hal yang macam ini kalau semua dah bersetuju teruma peringkat tertinggi,SAAD MAN buat apa,hang pun kalau bukan kerana SOKONGAN PKR dengan hang2 pun nakaih.Apa salah bagi kat che Bad tu dia pun bukan nak sangat.tapi ataih sifat dia seorang pejuang yang sejati setakat ni apa salahnya.Kalau bagi kat hangpa puak2 PAS ni pun belum tentu menang tau.Apa punya bangang PAS kawasan ni.Demi untuk mempertahankan pakatan rakyat dia sanggup pecah kepala lebam muka dihentak polis tapi mangkok pemuda ni tak pernah pulak dengaq nama dia tiba mai PRU ni nama ni pulak teluaq,keluaq tak apa tapi jadi haramjadah ustaz ke apa pelaq nih?Geram betui aku tak pikiaq orang bawah teruk buat kegheja tiba kalah kerana hangpa tak boleh tolak ansur.Dajai berkandaq sungguh puak nih .Saya sebagai ahli dan peyokong tegar PAS KEDAH menyeru dan merayu kepada pimpinan PAS peringkat tertinggi SUPAYA TENGOK BETUI2 PUAK2 YANG TAK PERNAH SAKIT DALAM PERJUANGAN NIH entah2 ejen Blok 4 puterajaya.Kalau nak sahih kena minta bantuan ABU NAWAS KOT2 DIA BOLEH BANTU.

    BalasPadam
  2. Macam ni nak tawan Puterajaya,tu tak masuk sabah serawak lagi yang dok belaga sama gu.baik bagi free aje kat ameno/BN tu tak payah dok lawan2lagi dah buat penat pi dengaq ceramah sana ceramah sini tengah dok semangat nak bagi sokongan ,tengok2 jadi macam pelaq .Apa punya manusia tamak sampai tak tentu hala semua nak sapu ingat kalau dapat kuasa lebih teruuuuuuuuuuuuuuuk lagi dari AMENO KEAPA.

    BalasPadam
  3. bengong betul...satu family aku penyokong pas dari dlu..mak bapak aku bt kerja dari aku kecik tnpa ada jawatan apa2..ape nie bila dh ada sokongan sikit dh kalot nk jawatan...x reti politik ker?kdg2 sesetengah pas2 kawasan dan bahagian2 nie bebal2 jgk...msih lg berfikran lama..tok guru yg pimpin kita pn dh cerdik berpolitik la bingai....!!same2 kwn pn nk bt mcmtue..eee geram plak aku..x hargai penyokong2 bwh2 lgsung....!!nk tunjuk kuasa?bebal.!

    BalasPadam
  4. BUKAN KAT SG ACHEH saja kat tganu pun nak sapu semua

    BalasPadam
  5. kalau betul penyokong tegar PAS, kenapa marah sangat, kan ke chegu bard itu org luar, kita ambil lah anak tenpatan, tak kira lah PAS atau PKR. PKR pun mesti faham, kalau ada jentera p/raya sendiri ok le, ini tumpang jentera PAS, tak malu ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat sabah sarawak pas tumpang jentera pr yg lain

      Padam
  6. Jika Majlis Presiden sudah putuskan begitu, mengapa ahli PAS tentang? Jika benar, ahli-ahli PAS tertentu perlu dipecat. Tetapi, apa hal pula di Kuantan Pahang? Semua kerusi bandar Kuantan dibolot oleh PKR? DAP kata PKR tamak.

    BalasPadam
  7. Pakat la elok2 jangan dok berebut tempat"Taat kepada ketua"...matlamat ke Putra Jaya mesti diutamakan, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendomg berciciran.

    penyokong PR

    BalasPadam
  8. saya amt kecewa dengan berlakunya pertembungan antara pas dan pkr kata pakatan rakyat tapi berbalah sesama sendiri macam mana nak kalah b end. yang menjadi mangsa penyokong pakatan rakyat bincanglah baik2 yg mana satu harus beralah,beralah bukan bererti kalah takbir......

    BalasPadam
  9. Kronologi Sejarah Sg Acheh :-

    PRU09 (1995) – DAP
    PRU10 (1999) – PAS
    PRU11 (2004) – PAS
    PRU12 (2008) – PKR – dengan persetujuan/janji menukar suka sama suka DUN Sg Bakap berdasarkan surat pada 5 November 2007, yg akhirnya PAS dikhianati. Hal yang sama berlaku kepada Dun Pinang Tunggal dan Teluk Bahang, yg PAS juga dikhianati.

    PRU13 (2013) – PAS – menuntut kembali kerusi Sg Acheh, memandangkan Sg Bakap sudah dimenangi oleh PKR.

    Pesuruhjaya PAS P.Pinang mengumumkan terlebih dahulu kerusi Sg Acheh milik PAS setelah mendapat keputusan drpd perundingan di peringkat pakatan Pusat pada 10 Mac 2013 (laporan 11 Mac 2013), sebelum PKR mengumumkan terus calon pada 16 April 2013, sedangkan Pesuruhjaya PAS P.Pinang pada 11 April 2013 mengumumkan akan mengumumkan Calon PAS Negeri pada 17 April 2013.

    Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, amat kecewa dengan tindakan Calon PKR Sg Acheh yang sengaja memburukkan PAS P.Pinang dan menuduh tanpa bukti.

    BalasPadam
  10. Kaduk dah Naik Junjung.. Parti Kelirukan Rakyat..

    BalasPadam
  11. klu masuk tiga penjuru nampaknya boleh kat tuk mud la..satu lawan satu pun penat..ni kan plak tiga penjuru...saya setuju satu lawan satu...saya cukup terkilan bila che gu bard d letakan di dun bukan parlimen..pelik cukup pelik ..seorg yg lantang dan berkarisma seperti che gu bard bertanding dun,apakah pkr tak nampak kelebihan insan seperti che gu bard ini...bagi saya dato mansor elok pertahan penanti,che gu bard parlimen nibong tebal,yusni mat piah sungai acheh..tapi nakbuat cam na nasi dah jadik bubur..tengok jer la keputusan 5 hb nanti....nak salah sapa pun dah tak guna seduit..benda terpaksa dilalui walau pun pahit...

    BalasPadam
  12. bagi kat bn menang jer biaq padan muka depa. tu pun ada hati nak tawan putra jaya. PIIIIIIIRAAAAAHHHHHHH!!!!!!!!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...