'KM S'wak baru jika Pakatan ambil alih Putrajaya'
Sarawak mungkin mendapat ketua menteri baru sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran Putrajaya, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dapat menyiasat Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan tidak akan dihalang oleh kerajaan persekutuan.
“Pada masa itu (apabila kerajaan membentuk kerajaan), undang-undang akan dapat dijalankan dan (SPRM) akan dapat mencari bukti (berhubung dakwaan rasuah melibatkan Taib),” katanya semasa kempen sehari di Sibu, Sarawak.
Beliau yakin, bukti berhubung pelbagai dakwaan rasuah yang didakwa melibatkan ketua menteri itu pasti wujud.
“Tapi sekarang agensi penguatkuasa takut pada dia,” katanya lagi.
Taib masih kekal sebagai ketua menteri walau selepas pilihan raya umum 5 Mei memandangkan pilihan raya negeri hanya akan dijalankan pada 2016.
MalaysiaKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...