Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, September 29, 2012

Bajet 2013 tidak bawa manusia takwa kepada Allah -TGNA


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, masih bernada sama tidak membawa manusia pada ketaqwaan pada Allah.

Menurutnya, kerajaan masih ‘menggula-gulakan’ rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa pada Allah.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily di kediamannya di Pulau Melaka pagi tadi untuk mengulas belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Sambungnya, ketika meneliti pembentangan belanjawan oleh Najib Tun Razak, langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.

Tuan Guru seterusnya berkata, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada Allah.

“Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.

“Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Katanya, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.

Beliau turut mengambil contoh sejarah Rasulullah s.a w  bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.

Tambah Tuan Guru lagi, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen, Dun, ianya tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.

“Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam, bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya berhubung kemungkinan besar harga gula tidak akan naik memandangkan kerajaan telah mengurangkan harga subsidi sebanyak 20 sen sekilogram./HarakahDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

WOOOII Najib Mari Kita Debat... Kalau kamu Tu Anak Jantan... Kalau Tidak??

Anwar cabar Najib debat Belanjawan 2013

KUALA LUMPUR 28 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai Belanjawan 2013 yang dibentang hari ini.
“Kalau kamu sanggup untuk kritik, maka kamu perlu sanggup untuk berdebat. Tapi kamu tak sanggup untuk respons cabaran. Kamu (Najib) tidak datang ucapan saya (di Dewan Rakyat) pada Isnin jam 11.30 pagi, tapi saya sanggup duduk dengar kritikan.

“Separuh dari ucapan (penggulungan) Najib kritik Pakatan Rakyat. Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, jelas Anwar, belanjawan kali ini tidak meletakkan keutamaan kepada rakyat terbanyak melainkan insentif kepada kroni dan golongan atasan.

“Insentif untuk Tun Razak Exchange (TRX), itu insentif kewangan untuk orang kaya. Tak disentuh tentang IPP (Penjana Tenaga Bebas). Harga gula disentuh, tetapi monopoli gula tak disentuh.
“Perubahan struktur tidak dilakukan.. ini masalah besar. PTPTN diminta untuk bayar balik, tetapi hutang (kroni) berbilion tak disentuh. Tidak ada tindakan dan cadangan (dalam Belanjawan),” tegasnya.

Sementara itu, katanya, tidak ada yang baru dalam belanjawan dibentangkan untuk manfaat golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan seperti Skim Rumah Pertamaku.
Mengulas lanjut kata Anwar, syarikat perumahan negara sepatutnya menjadi institusi yang meletakkan kebajikan rakyat lebih utama dari keuntungan.

“Kalau bermotif untung seperti sekarang, tak mungkin berhasil. Mesti ada badan kerajaan yang tak semesetinya rugi besar, tapi mesti menjana projek yang boleh memenuhi permintaan rakyat.
“Sebab itu saya ajak Najib debat tentang belanjawan, tentang isu pentadbiran,” tegas Anwar./KeadilanDaily

Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!

Jumaat, September 28, 2012

Najib perlu tumpu kebajikan rakyat, henti kepentingan kroni – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 28 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Bajet 2013 BN yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang ini perlu menghentikan pengagihan kekayaan kepada kepentingan keluarga dan kroni, sebaliknya mengambil kira seluruh kebajikan rakyat.

Katanya, kerajaan perlu mengutamakan perkara ini bagi menjimatkan perbelajaan negara supaya ia dapat diagih untuk rakyat.
“Pakatan Rakyat telah bentangkan belanjawan kami. Kita harap Najib belajar untuk meneliti belanjawan Pakatan supaya tidak ada pembaziran rasuah tetapi mengamalkan tadbir urus yang baik,” katanya semalam.

Pada pembentangan belanjawan BN di Parlimen hari ini, Najib dijangka mengumumkan banyak ‘gula-gula’ pilihan raya kepada rakyat sebagai langkah cepat untuk menarik sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, bajet sedemikian tidak akan mapan dan tidak meningkatkan tanggungjawab fiskal kerana isu-isu tadbir urus dan kebertanggungjawaban tidak ditangani.
“Selagi anda tidak bertanggungjawab, pembaziran dan rasuah tidak ditangani, bajet anda tidak boleh dilihat sebagai boleh dipercayai,” kata Anwar dipetik The Malaysian Insider.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan rangka kerja asas Bajet 2013 adalah untuk memastikan perbelanjaan cekap dan mencegah kebocoran, sebelum memutuskan untuk melancarkan langkah-langkah yang bermanfaat kepada rakyat.
“Saya mahu bajet bertanggungjawab, yang serius menangani isu-isu melibatkan orang ramai.

“Apabila anda menganggap ini kerangka utama, secara semula jadi, isu-isu pembasmian kemiskinan datang bersama-sama kerana terdapat banyak pembaziran pada masa ini.

“Anda mesti melihat isu-isu melibatkan golongan miskin, perumahan awam adalah isu utama dan tentu saja isu harga di mana terdapat monopoli ke atas harga barangan keperluan seperti gula dan beras,” kata Anwar lagi.

Dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan Anwar Rabu lalu, Pakatan menggariskan rancangan untuk menurunkan harga kereta dengan mengurangkan duti eksais, menyediakan pendidikan percuma dan mengetepikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selain itu, turut ditekankan, reformasi dan ketelusan GLC, membina daya saing ekonomi, mengangkat martabat wanita, hasil minyak untuk negeri, reformasi membanteras jenayah dan perumahan untuk rakyat./KeadilanDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah!!!!!!! Rakyat Perlu Tahu....

Edyes Samm

Kenyataan Media
28 September 2012

Penipuan Pilihanraya Semakin Parah - SAMM Desak Bubarkan SPR Sebelum Bubar Parlimen

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim Barisan Nasional.

Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu dengan JPN;

1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;

(Baca seterusnya di sini - http://edyesdotcom.blogspot.com/2012/09/penipuan-pilihanraya-semakin-parah-samm.html

  Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Khamis, September 27, 2012

Kerajaan UmnoBN nak tipu Rakyat!! Hati- Hati!!!

Audit selepas belanjawan ada agenda tersembunyi- Azmin

KUALA LUMPUR 27 Sept: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas Belanjawan 2013 seolah-olah mempunyai agenda tersirat.

“Kita tidak tahu sama ada belanja kerajaan berhemah atau tidak. LKAN adalah asas untuk perbahasan dan memeriksa belanja kerajaan pada tahun lalu.
“Perkara ini tidak pernah berlaku, seperti ada agenda tersembunyi. Kerajaan mesti ingat yang akhirnya menanggung (belanja) ialah (wang) rakyat,” tegas Azmin yang menyifatkannya ia di luar tradisi Dewan Rakyat selama ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin berkata laporan audit negara akan dibentang seminggu selepas Belanjawan 2013.
Lazimnya, laporan audit dibentang bersama belanjawan, namun amalan itu ditangguh sejak tahun lalu, hingga dikritik Pakatan Rakyat.

Azmin turut menjangkakan Belanjawan 2013 akan lebih menumpukan kepada agihan ‘one-off” tunai atau skim tertentu, bukannya melalui dasar ekonomi yang memberi manfaat jangka panjang.
“Apakah akan meningkatkan pelaburan, atau memberi lebih banyak peluang kerjaya? Dasar fiskal ‘one-off’ tidak menjamin ekonomi negara secara keseluruhan, melainkan bersifat sogokan.

“Kalau begitu, nampaknya Najib hanya bentang belanjawan untuk pilihan raya. Hanya imbuhan untuk dapat sokongan politik.
“Belanjawan yang dibentang mestilah bertanggungjawab kerana setiap ringgit dan sen yang dbelanja adalah duit rakyat,” tegasnya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dalam sidang media itu beliau berkata, kerajaan perlu memfokus usaha mengurangkan belanjawan defisit yang berlarutan sejak 14 tahun dan isu kadar hutang negara yang mencecah RM1 trilion.
“Dalam keadaan ekonomi sekarang, secara realistik memang takkan dapat belanjawan berimbang. Jadi fokus kita ialah keupayaan untuk turunkan belanja defisit. Negara harus bersiap sedia. (Isu) Ini yang harus ditangani.

“Jangan ada pemborosan dalam belanja, ‘kickback’ (rasuah) dan sebagainya. Berbanding Pakatan Rakyat, fokus kita tertumpu kepada kelompok yang benar-benar memerlukan. Penyelesaian bukan melalui agihan kekayaan khazanah negara mengikut kaum,” jelasnya.

Ditanya sekiranya kerajaan menciplak idea Belanjawan 2013 oleh Pakatan Rakyat, Azmin berkata pembangkang bersikap terbuka asalkan ia memberi kebaikan kepada rakyat.
“Selagi ia beri kebaikan kepada rakyat, saya bersikap terbuka,’” katanya./KeadilanDaily

Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!

Berita Baik Untuk Polis Malaysia!!! Wajib Baca!!!

Reformasikan PDRM, anggota dinaik gaji untuk banteras jenayah

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi terhadap Polis Diraja Malaysia bagi mengangkat tahap profesionalisme mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia dibuat melalui penyelarasan semula sumber manusia, pembanterasan jenayah, menaikkan imbuhan dan teknologi dan Komunikasi.
Katanya, seramai 105,929 anggota polis tahun lalu mewakili nisbah seorang bagi setiap 270 penduduk (1:270) yang melangkaui nisbah yang disyor Interpol iaitu 1:250.

“Kementerian Dalam Negeri umum hasrat meningkatkan kekuatan kepada 150,000 pegawai menjelang 2015 dengan membawa kepada nisbah 1:190.
“Ini pula jauh melampaui jumlah yang disyor Interpol,” kata Ketua Pembangkang itu ketika membentangkan Belanjawan Pakatan 2013, hari ini.

Justeru, Anwar berkata jumlah keanggotaan polis tidak perlu ditambah, sebaliknya menyelaraskan semula tugas mereka.
Katanya, bilangan polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lebih rendah berbanding Cawangan Khas (SB) yang tertumpu kepada pemantauan politik pembangkang.

“Bila kita jadi kerajaan, Umno BN tak perlu bimbang kerana jumlah polis yang pantau mereka, sangat minimum,” katanya, disambut tepukan.
Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaikkan gaji dan elaun anggota polis dalam usaha mengurangkan rasuah di kalangan mereka.

Katanya, Pakatan mencadangkan gaji polis dinaik 15 peratus pada 2013 dengan tambahan peruntukan RM754 juta.
Dari aspek komunikasi, Anwar berkata, polis perlu mempertingkat komunikasi dengan orang awam dengan melapor perangkaan jenayah kepada media secara bulanan.

“Kita tidak terpukau dengan statistik jenayah yang dikeluarkan kerajaan Umno BN kerana umumnya masyarakat menganggap jenayah meningkat.
“Kita cadangkan usaha untuk meningkatkan komunikasi dan keyakinan orang awam. Polis perlu laporkan kejayaan mereka dalam memerangi jenayah,” katanya./KeadilanDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

Belanjawan PR terbaik untuk Sabah, Sarawak - Datuk Seri Lajim Ukin


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Lajim Ukin melihat belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang dibentangkan memberi satu impak yang amat besar kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Malah menurut beliau, perancangan Pakatan Rakyat yang ingin membina lebuhraya Pan-Borneo (Pan-Borneo Highway) amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.

Pakatan Rakyat melalui belanjawan bertemakan 'Ekonomi Rakyat Negara Berkat' yang dibentangkan semalam meletakkan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo serta penambahbaikan rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat melihat kemudahan jalanraya di Sabah dan Sarawak amat jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung Malaysia.

Di mana rakgkaian jalan di Semenanjung mencapai 35,735 km menjelang 2009, manakala gabungan jalan di Sabah dan Sarawak hanya 10,171 km.

Menurut Lajim lagi, kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelum ini telah menjanjikan pembinaan lebuhraya tersebut namun sehingga kini belum ada sebarang tanda mahupun isyarat yang mereka ingin laksanakan.

"Sabah dan Sarawak adalah sebuah negeri yang kaya dan merupakan pengeluar minyak dan sumber hasil bumi yang amat banyak.

"Namun apa yang rakyat di sana dapat, malah tidak ada satu pun pembangunan mega dilakukan terutamanya pembinaan lebuhraya yang menghubungkan ke dua-dua buah negeri," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Beaufort.

Beliau yang cukup yakin dengan apa yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat kerana agenda yang dibawa adalah untuk memastikan dan memberi keutamaan kepada rakyat terutamanya rakyat Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan rakyat di Semenanjung.

"Jadi harapan saya agar rakyat Sabah dan Sarawak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat jika ingin melihat pembangunan serta kehidupan mereka berubah pada masa yang akan datang.

"Atas dasar itulah saya dan kawan-kawan meletak jawatan serta meninggalkan Barisan Nasional adalah semata-mata untuk berjuang demi kesejahteraan rakyat di sana," sambung beliau lagi.

Lajim yang ketika ditanya pengalaman beliau sewaktu berada di dalam Barisan Nasional dengan apa yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya dalam urusan belanjawan.

"Bagi Barisan Nasional mereka memang bentang bajet seperti biasa dengan mengumumkan peruntukan untuk kebaikan rakyat tapi pada masa yang sama kita boleh nampak rakyat Sabah dan Sarawak yang miskin semakin miskin manakala yang kaya terus mengaut kekayaan.

"Saya tidak mempunya satu harapan yang tinggi kepada kerajaan Barisan Nasional tetapi dengan adanya pendekatan Pakatan Rakyat, saya yakin bahawa apa yang akan dilaksanakan di negeri-negeri tersebut memberi impak yang besar kepada kedua-dua negeri, apatah lagi dengan pemberian 20 peratus royalti minyak," kata beliau lagi

Beliau yang yakin dengan peruntukan 20 peratus royalti minyak itu bukan sahaja pembangunan di Sabah dan Sarawak dapat ditingkatkan malah rakyat negeri itu akan keluar dari garis kemiskinan.

Pakatan Rakyat selain daripada perancangan pembinaan lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching dan Kota Kinabalu itu turut akan memperluaskan dan menaiktaraf rangkaian landasan keretapi di Sabah dan Sarawak yang kini terdiri hanya pada 134 km sahaja.

Pakatan Rakyat berpendapat dengan terlaksananya pembinaan lebuhraya dan juga naiktaraf landasan keretapi itu, pembangunan di Sabah dan Sarawak akan setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia./HarakahDaily

  Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

72% kajian sokong debat Anwar-Najib

KUALA LUMPUR 26 September: Hasrat mahasiswa untuk menyaksikan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak wajar dihormati dan dipenuhi, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Katanya, debat adalah sebaik-baik tradisi dalam negara demokrasi kerana pemimpin boleh bertukar pandangan dalam usaha menyuburkan sistem itu.
“Mahasiswa merupakan golongan yang telah dididik dengan pelbagai kemahiran dan cara berfikir yang lebih tinggi, justeru mereka memilih medan intelektual untuk berlawan, bukan dengan politik ganas,” jelas Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.


Kajian yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu debat antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan.
Manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.

Selain itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012.
Hasil kajian turut menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang berbanding kajian yang dibuat pada awal tahun ini.

Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.
Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.
Namun, hingga kini, Najib terus mengelak.

“Golongan muda mahu pemimpin mereka berdebat, tetapi pemimpin pula menolak dengan pelbagai alasan dangkal dan remeh, malulah…,” kata Muhammad Nur sinis./KeadilanDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

Orang Cina Dah Tak takut Hukum Hudud...

42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.

Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.

"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.

Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.

Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.

Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama./MalaysiaKini

Selasa, September 25, 2012

Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) Berjaya Bahas Isu filem anti-Islam Di Parlimen

Parlimen bahas isu filem anti-Islam

Prosiding parlimen akan digantung sebentar pada jam 4.30 petang ini bagi membolehkan Dewan Rakyat membincangkan filem Innocence of Muslims yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Timbalan speaker Ronald Kiandee berkata, selepas mempertimbangkan usul yang dicadangkan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), beliau mendapati perkara itu penting dan melibatkan kepentingan awam.

Ronald menggunakan kuasa bawah Peraturan Tetap 18(3) dengan menggantung prosiding dan memberikan 30 minit kepada dewan untuk membahaskan reaksi parlimen terhadap filem yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia itu./MalaysiaKini

Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!

Panas!!! BN hancur di Sarawak....

Anggota tuntut SUPP keluar dari BN

Hampir semua anggota jawatankuasa pusat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menuntut parti itu keluar daripada BN negeri untuk menghentikan 'dibuli' oleh anggota komponen yang lain.

NONE"Tiada komen," kata presidennya Datuk Seri Peter Chin ketika diminta mengesahkan tuntutan yang difahamkan disuarakan dalam mesyuarat di ibu pejabatnya semalam.

Beliau juga dikatakan mendapat kritikan hebat terhadap dakwaan kepimpinan 'lemah' dan kurang tindakan terhadap puak tidak puas hati dalam parti yang diketuai oleh Wong Soon Koh yang mengetuai bahagian Sibu.

"Mereka boleh kata saya presiden yang lemah. Itu pandangan mereka," kata Chin ketika ditanya.

Anggota jawatankuasa SUPP yang enggan dinamakan mendakwa, parti itu "dizalimi, diabaikan atau diketepikan" oleh BN negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sejak Chin dipilih sebagai presiden Disember lalu./MalaysiaKini

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

Saya Tidak Berahsia, Benarkan Gambar Naik Jet Disiar, Kata Anwar



KUALA LUMPUR 24 SEPT : Tiada rahsia menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan gambar menaiki jet eksekutif bersama pemimpin Pakatan Rakyat(PR) dipaparkan dalam media sosial masing-masing, kata Ketua Umum PKR itu di parlimen hari ini.

Malah Anwar menyifatkan ia adalah satu percubaan Umno-BN memperbesarkan isu itu dan menakutkan ahli korporat lain untuk tidak membantu PR.
Anwar menjelaskan keperluan menaiki jet terbabit untuk ke Labuan kerana keadaan terdesak disebabkan tiada penerbangan pada petang itu.

“Oleh kerana saya menghadapi masalah, saya dihubungi oleh seorang kawan untuk membenarkan saya menaiki jet itu.
“Beliau hanya seorang kawan bukannya penyokong PR dan beliau tidak berminat dengan mana-mana kontrak di negeri Selangor,” katanya.
Tambahnya, sekiranya mana-mana pihak masih tidak berpuas hati, boleh menyemak rekod pemilik yang terdapat di Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA).

Sebelum ini, Anwar dilaporkan menaiki jet eksekutif bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang lain dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September lalu untuk menyambut perayaan Hari Malaysia./Selangorku

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!    

Tun Mahathir Sudah Lupa Dahhh......

Mahathir takutkan Melayu tapi bayar Zionis, pinjam Bank Dunia

KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.
“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.

“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.

Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.
Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.

“Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,” katanya.

Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan.

Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.
George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997.

Bagaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN./KeadilanDaily

 Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Ahad, September 23, 2012

Ini Rupanya Rakyat Sarawak Miskin.....

Taib monopoli ekonomi punca kemiskinan di Sarawak

SARAWAK 22 Sept: Monopoli ekonomi Sarawak oleh keluarga dan kroni Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud punca jurang miskin-kaya semakin melebar di negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari.

“Semua projek infrastruktur awam termasuk pembinaan jalan raya, bangunan kerajaan dan hasil bumi dimonopoli kelompok sama, iaitu kroni dan keluarga Taib Mahmud.
“Yang menghairankan kerana Sarawak negeri paling banyak menerima pelaburan. Tapi, masih ramai rakyat Sarawak terpaksa berhijrah ke Semenanjng untuk mencari kerja,” katanya kepada Suara Keadilan.
Statiistik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyatakan pelaburan masuk ke negeri  itu sehingga November 2011 berjumlah RM8.162 bilion, iaitu yang tertinggi di Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, RM7.7 bilion iaitu hampir 95 peratus diperolehi menerusi projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

Namun limpahan pelaburan tidak sampai kepada rakyat kerana ‘terputus ditengah jalan’ oleh anugerah kontrak dan galian hasil bumi kepada kroni Taib Mahmud.
“Hampir di setiap bahagian di Sarawak mengalami masalah kemiskinan dan kekurangan infrastruktur. Sebagai contoh, di kawasan Batang Ai tiada bekalan elektrik, sedangkan di Batang Ai terdapat empangan penjana elektrik.
“Perjalanan antara satu rumah panjang dengan yang lain terpaksa menggunakan bot ,yang kadang kala memakan masa sehingga 9 jam. Jalan Raya tidak ada.
“Begitu juga dengan kawasan luar bandar sepertii di Sadong, Batang Lupar, Kapit dan lain-lain. Ini kawasan pertanian yang penduduknya berpendapatan rendah.

“Agensi kerajaan negeri langsung tak berperanan. Wakil rakyat jarang turun padang. Tidak ada usaha pengembangan ekonomi yang tersusun,” jelas Nazib.

Tambahnya, dasar gaji minima RM800 sebulan bersamaan RM3.85 sejam oleh kerajaan pusat tidak adil untuk rakyat Sarawak kerana barangan keperluan harian di negeri itu lebih mahal dari Semenanjung.
“Tapi gaji pekerja, termasuk buruh kerajaan sangat rendah. Saya pernah berjumpa tukang kebun DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) yang berpendapatan RM550 sebulan. Tak cukup untuk sebuah keluarga.

“Pelancongan pula tak lagi jadi industri utama di Sarawak. Kalau dulu ramai pelancong Eropah datang untuk melihat hutan, gua dan Taman Negara di Sarawak, sekarang tidak lagi. Balak habis disapu. Bandar yang bergantung kepada sumber ini malap, mati.

“Kemudian, apabila tidak ada kerja, jenayah meningkat sekaligus memberi impak sosial yang negatif. Ini yang sedang berlaku di Sarawak,” jelasnya./KeadilanDaily

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!   

Pergolakan Umno Perlis faktor kemenangan Pakatan- AMK

KUALA LUMPUR 22 Sept: Pergolakan dalam kepimpinan Umno Perlis akan menjadi faktor utama kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perlis, Ammar Ghazali.

Beliau diminta mengulas perpecahan dalam Umno di negeri itu ekoran perebutan kuasa antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan Datuk Seri Shahidan Kassim.
“Perbalahan itu bukan lagi rahsia, umum sudah tahu, dan ia akan menjadi faktor utama kekalahan Umno di Perlis,” kata Ammar ketika dihubungi.

Pergolakan antara kedua regu itu bermula selepas PRU 2008 apabila Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak 1990 digantikan dengan Mohd Isa.
Kedua-dua kumpulan berkenaan dikatakan kini sedang mndapatkan restu Datuk Seri Najib Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam PRU akan datang.

Mohd Isa disokong dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan pula dikatakan mendapat sokongan Ketua Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.

Mengulas lanjut, Ammar berkata Pakatan Rakyat khususnya di Perlis meletakkan calon yang ternyata lebih berwibawa berbanding calon BN.
“Banyak isu yang timbul di negeri ini gagal diselesaikan pemimpin Umno. Program anjuran Pakatan juga mendapat sambutan, dan BN semakin ditolak rakyat,” jelas Ammar./KeadilanDaily

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Ketua Barua Umno!! SPR Penipu Besar - Datuk Saifuddin Nasution Ismail

PKR kata pengerusi SPR penipu besar

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PKR hari ini memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof “penipu besar” kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor.


Saifuddin: ”Laporan kita adalah tepat.” — Foto fail
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR.
 “Dia (Abdul Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat,” kata ahli parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.
Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.

Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini.
“Gambar itu telah diubah,” kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya.


Abdul Aziz: “Gambar itu telah diubah.” — Foto fail
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut.
 Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya.

“Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar,” kata Saifuddin. “Saya tunjuk gambar ini.
“Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah.
“Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal,” kata Saifuddin lagi.

Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang.

Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.

Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang./TheMalaysiaInsider

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!  

Umno/BN Sabah Sarawak Tertekan!!

Star: Perisytiharan Kuching buat BN tertekan

Komponen BN Sabah dan Sarawak harus mengkaji semula kedudukan dalam gabungan itu jika Pusat tidak menaikkan bayaran hasil minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, gesa Parti Reformasi Negeri (Star).

NONE"Sekiranya Umno/BN tidak menaikkan hasil minyak tersebut kepada 20 peratus, maka parti-parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak seharusnya mengkaji semula kedudukan mereka dan menarik diri daripada BN demi masa depan rakyat," kata Pengerusi Star Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan (atas).

Menurutnya lagi, BN yang kini tertekan perlu lebih serius berbuat demikian setelah 'Perisytiharan Kuching' diumumkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.

"Dengan memberi kredit kepada apa yang sepatutnya, Deklarasi Kucing merupakan langkah betul yang pertama oleh Pakatan, dan ia akan memberi tekanan kepada Umno dan BN untuk membuat tindakan susulan.

september 16 sarawak and sabah independence"Ini mungkin suatu petanda yang baik bagi negeri-negeri di Borneo jika adanya susulan oleh Pakatan dan Umno/BN, demi memulihkan kedudukan Sabah dan Sarawak," kata Jeffrey dalam kenyataan semalam.

Perisytiharan tujuh perkara itu antara lain menegaskan, royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus selain mengembalikan autonomi kedua-dua negeri itu.

Jeffrey berkata, pendapatan sampingan itu sekiranya digunakan dengan betul akan menyumbang kepada kesejahteraan penduduk Sabah dan Sarawak.

Jeffrey juga berkata, pemimpin Pakatan dan BN perlu mengkaji secara mendalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perjanjian Minyak yang ditandatangani pada tahun 1976 untuk tujuan itu./MalaysiaKini

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Fatwa Baru BN, Panas!!! Politik wang bukan rasuah

Soi Lek: Politik wang bukan rasuah

Politik wang bukan rasuah, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEAntara contoh politik wang, kata Chua, membelikan barangan kepada orang ramai menjelang tahun baru, yang tidak boleh disamakan dengan rasuah.

Chua memberikan jawapan mengejutkan itu ketika ditanya pemberita dalam majlis makan malam di Ipoh pada Selasa, lapor Oriental Daily News hari ini.

Chua, memetik aduan yang diterima, pada mulanya mendakwa terdapat "timbalan menteri wanita" terlibat dengan politik wang, tetapi kemudian menjelaskan kenyataan dibuat secara umum dan tidak merujuk kepada individu tertentu.

Heng Seai Kie (atas) yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat satu-satunya timbalan menteri wanita daripada MCA. Beliau menafikan dakwaan itu./MalaysiaKini

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!  

Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok - TGNA

Harakahdaily, 20 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.

Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.


“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

“Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!! 

Rabu, September 19, 2012

Panas!!!!! Lagi Pemimpin Sabah Join Keadilan...

Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah sertai KEADILAN

SABAH 19 September: Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu.
“Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya,” katanya kepada Keadilan Daily.

Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN.
Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin dan Datuk Yahya Lampong.

Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin temmpatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan.
Anwar disambut meriah di Labuan
Pengumuman itu dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan.

Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu.
Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13.
“Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri.

“Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu,” katanya.
Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

“Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik.
“Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga,” katanya./KeadilanDaily

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!  

Umno Kalah kerana Tun Mahathir kah kah kah kah......

Terima kasih Tun Mahathir

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 19 Sep 2012
Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.


Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila  Allah mendedahkan kelebihan Adam  kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu’ dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :”Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami “. Allah berfirman kepada Adam :” ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya “. Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :” Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar  Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia,  yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud.  Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu  dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan  segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa  kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping  beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna  memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan  daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu  kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat  dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus.


62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62)


Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208).
Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

Peringatan Untuk Umat Islam!!! PGSM kecam filem hina Nabi, tapi tolak demonstrasi melampau

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong bantahan orang Islam terhadap filem Innocence of Muslims yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak setuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan melalui demonstrasi yang melampau sehingga merosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.

Setiausaha Agungnya, Moeis Basri berkata, PGSM sebagai sebuah pertubuhan yang menaungi semua peguam syarie, melahirkan rasa kecewa dengan penerbitan filem tersebut yang tidak sensitif kepada orang Islam di seluruh dunia.

"PGSM bersetuju dan menyokong bantahan yang telah dibuat oleh banyak pihak terutama oleh orang Islam di seluruh dunia berkenaan filem tersebut.

NONE"PGSM menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu mengadakan bantahan terhadap filem tersebut, dengan mengetepikan ideologi politik masing-masing, kerana isu ini adalah isu umat Islam keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tegasnya, PGSM tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan melalui demonstrasi secara melampau sehingga melibatkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

"Tindakan sebegini boleh mengundang persepsi yang lebih negatif kepada agama Islam itu sendiri yang sebelum ini sering dikaitkan dengan keganasan," tegas Moeis.

Sehubungan itu, katanya, PGSM menyeru umat Islam supaya berhati-hati sekiranya ingin mengadakan demonstrasi bantahan terhadap filem berkenaan agar tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang bertujuan "supaya kita bertindak agresif lalu memberi imej buruk kepada agama Islam".

"PGSM menganjurkan agar umat Islam bertindak lebih rasional dan intelektual dalam isu ini dengan memberi gambaran yang baik terhadap Rasulullah dan agama Islam kepada golongan bukan Islam sebagaimana anjuran daripada agama Islam sendiri untuk menyeru atau berdakwah dengan cara berhikmah dan contoh yang baik," tambahnya./MalaysiaKini

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!! 

Selasa, September 18, 2012

Lawan Tetap Lawan!! - Suaram


Ikrar Suaram: Siasatan Scorpene diteruskan
Siasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan  walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielAnggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya
telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan.

Ketika dihubungi, Cynthia berkata, tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu.

Cynthia juga mengkritik pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd

Katanya, ketika menteri itu membuat pengumuman tersebut, pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal.

Cynthia berkata, bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM./MalaysiaKini

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!! 

Panas!!!!! Polis Malaysia Tewas!!!

Penyokong BERSIH bebas tuduhan perhimpunan haram


Dua puluh satu orang, termasuk wakil rakyat, telah dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram dan tidak mematuhi perintah pegawai polis.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan polis gagal untuk menunjukkan peranan yang dimainkan oleh peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin dalam menyokong BERSIH pada tahun 2008.

NONEMenurut mahkamah, terdapat jurang dalam kes pendakwaan ekoran testimoni saksi-saksi yang tidak konsisten.

"Berikutan ini, tidak perlu untuk memanggil tertuduh untuk membela mereka. Mereka dilepaskan dan dibebaskan daripada semua tuduhan," kata Hakim Hayatul Akmal.

Mereka yang didakwa termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ahli Majlis MBPJ Tiew Way Keng, paderi Katolik Paulino Francesco Miranda serta peguam S Ashok Kandiah.

Yang lain adalah  K Raman, G Ramish, Augustine Gan Liam Tee, Andrew Ng Yew Han, Lim Cheng Inn, Ooi Suan Huah, Ambrose Poh Teik Huat, Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, K Thengaran, Ong Boon Keong, Mohd Fasya Mohd Tajudin, Goh Jin Kiat, Henry Hor @ Henry James Hor, Mohd Khairul Anuar Mohd Jamil and Goh Chien Yee.

kesemua mereka berumur antara 29 dan 66 tahun, dengan majoritinya dari Lembah Kelang dan yang lainnya dari Alor Setar, George Town dan Tampin./MalaysiaKini

Komen : LAWAN TETAP LAWAN.... YANG BENAR PASTI MENANG... 

Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!

CUTI UMUM!! KITA CUTI 16 SEPT DISEBABKAN DS ANWAR IBRAHIM

Semua kena ingat...
kita cuti hari ini disebabkan insan yang bernama Anwar Ibrahim...

Semalam adalah 16 September...
semalam adalah hari ulangahun sambutan Hari Malaysia..
oleh kerana semalam hari ahad,maka automatik hari ini adalah hari cuti umum atau "public holiday"...

Dan semua ini berlaku kerana Anwar Ibrahimlah insan yang mencadangkan supaya pada tarikh 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum...

Aku terpaksa mengambil petikan-petikan dari Utusan Malaysia...
ini kerana ahli UMNO tidak mahu menerima fakta selain dari Utusan Malaysia yang selama ini dijadikan syarat asas untuk mereka melalui ritual pembodohan
otak ketika membacanya...

Baca petikan ini...



Utusan
Anwar yang mencadangkan...
kerana bagi Anwar,beliau tidak mahu rakyat Malaysia menjadi buta sejarah dan menjadi mengsa penipuan sejarah oleh UMNO dan BN...

Maka sejak dari itu...
bermulalah bermacam-macam kritikan terhadap beliau,termasuk dari Pak Lah (PM ketika itu),Najib (TPM ketika itu) dan juga golongan akademik...

Mari kita lihat kenyataan yang agak tegas dari PM UMNO berkenaan cuti pada 16 September...

Utusan

Ok...
Yang dibawah ni lagi best..
sebab kenyataan ini dikeluarkan oleh Najib... (PM kita sekarang,sehinggalah  PRU 13 diadakan nanti)

Mungkin ketika ini Najib tak tahu yang dia akan meniru idea Anwar ini...
itu sebab dia bercakap macam guna hidung...
sesuka kembang sesuka kuncup...

Utusan
Tak cukup dengan ahli politik...
ahli akademik yang konon-kononnya akademik le sangat dan tak campur politik le konon-kononnya pun turut bagi komen...
konon-kononnya cuti 16 September ni tak sesuai ler,itu ler, ini ler...
puuiiihhh!!!

Utusan
Oleh kerana Anwar yang mencadangkan supaya hari bersejarah bagi Malaysia ini dijadikan sebagai cuti umum...
maka semua "membantai" Anwar...
semua kritik Anwar...
seolah-olah cadangan Anwar tu satu dosa besar....

Tetapi bila idea yang sama.. (16 September cuti umum)
idea yang pernah dicampak oleh BN termasuklah Najib digunapakai...
dikutip semula...
dan mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum...
semua yang kritik tadi secara tidak segan silu menyatakan sokongan pulak...

Lihat bagaimana Najib akhirnya jilat ludah dia semula...

Utusan
Aku tak tahu lah...
banyak yang BN dan UMNO kritik cadangan-cadangan dari Pakatan Rakyat...
tetapi banyak jugak yang mereka menirunya tanpa rasa bersalah...

Aku ingat kalaulah Anwar keluarkan kenyataan yang solat maghrib tu 3 raka'at...
(keluar kenyataan bagi sesaja je mengacah UMNO...)
mesti UMNO akan cuba cari jalan untuk tidak bersetuju punya....

Entahlah.... memang dah tiba masanya kita campak puak-puak bongok ni ke Selat Melaka..

Ahad, September 16, 2012

Lagi!!! Pendedahan Umno curi Duit Dana Kebajikan GILA!!!!!!!!!!!!!

Terkini ! Chegu Bard Masih Hidup Setelah Membuat Aduan Dari Bangunan SPRM....

Siapakah yang tergamak 'songlap' 40% daripada dana untuk kebajikan??

Pada (12 September 2012) Chegu Bard telah mendapat satu set dokumen yang membuktikan bahawa bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan sebanyak RM200,000 yang terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’.

Set dokumen ini mengandungi :

Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.
Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan

Minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama pemimpin (antara pemimpin tertinggi Bn) yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

Dilampirkan juga penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.
Beberapa dokumen juga boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri.

Pembayaran komisyen ini juga dalam pengetahuan pihak berkuasa.

Semua dokumen tersebut telah temui di rumah che’GuBard di N.Tebal, P.Pinang. Persoalanya dalam negara ini korupsi sudah amat teruk umpama sel barah yang merosak dalam tubuh. Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat ‘komisyen’ yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya :

Pertubuhan kebajikan mana yang dapat Geran Bantuan RM 500,000 dari PM ?
Siapa pemimpin Bn yang disebut ?
Syarikat mana dan siapa pemilik syarikat tersebut ?
Bukan sahaja pembelian kapal selam tetapi geran bantuan kebajikan juga sudah perlu bayar komisyen. Malaysia sudah terlalu parah nampaknya.Kesemua dokumen tersebut telah dibuat carian dan disahkan salinan dari dokumen asal yang betul, kini hanya memerlukan beberapa carian lagi sebelum pendedahan penuh. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

Sekian

che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

DAP turut kecam filem hina Nabi Muhammad

Lim berkata demokrasi bukanlah lesen untuk mencetuskan persengkatan keagamaan. — Gambar file
KUALAL LUMPUR, 16 Sept — DAP hari ini turut mengecam penerbitan filem anti Islam dan menghina Nabi Muhammad “The Innocence of Muslims”, dan mengingatkan bahawa demokrasi bukanlah “lesen untuk mencetuskan persengkatan keagamaan”.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menegaskan pihaknya turut mengutuk keganasan yang telah berlaku ke atas empat rakyat Amerika termasuk dutanya di Libya, Christopher Stevens, yang terbunuh dalam insiden rusuhan dipercayai mempunyai kaitan dengan filem tersebut.

“DAP mengecam sekeras-kerasnya filem anti-Islam terbaru yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad. Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan.
“Ia juga harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta,” tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.

Beliau turut menambah, DAP menjunjung prinsip kebebasan bersuara dan berkreativiti, namun setiap karya yang dihasilkan perlulah mempunyai tanggungjawab moral ke atas budaya dan kepercayaan mana-mana agama mahupun bangsa.

“Kebebasan berkarya tidak wajar disalahgunakan seperti yang telah berlaku dalam filem ini.
“Isu seperti ini harus menjadi teladan kepada kita bahawa demokrasi dan kebebasan bukanlah lesen untuk kita menggunakan atau memperalatkan bangsa, agama, budaya atau kepercayaan untuk mencetuskan sengketa atau permusuhan,” tambah Ahli Parlimen Bagan ini lagi.

Video kontroversi 14 minit yang didakwa menghina Nabi Muhammad sebagai kaki perempuan, dipercayai dibuat oleh Coptic Christian Mesir dan telah menimbulkan protes seluruh dunia dipercayai telah dimuat naik ke Youtube pada Julai lalu.

Ekoran itu, masyarakat Islam seluruh dunia telah mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan bagi membantah penerbitan video berkenaan yang menghina Nabi Muhammad kerana memaparkan watak baginda sebagai kaki perempuan.

Klip video berkenaan telah pun dikeluarkan dari laman Youtube di beberapa negara termasuk Indonesia dan India kerana dua negara itu mempunyai undang-undang berkenaan perkara tersebut.
Malah, enjin carian video terbesar itu turut menghalang pengguna di Libya dan Mesir daripada mengakses video berkenaan atas alasan “situasi yang sangat sensitif”.

Kerajaan juga telah menggesa Google Malaysia untuk mengeluarkan video tersebut dari laman enjin carian mereka berikutan kemarahan komuniti Muslim di negara ini yang mewakili 60 peratus daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia.

Google Malaysia mengesahkan telah menerima permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dipetik akhbar The Sunday Star hari ini yang melaporkan “Google patuh kepada undang-undang di setiap Negara”.

“Jadi, (kami) akan bertindak berdasarkan rungutan rasmi daripada pihak berkuasa,” kata Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusof dan menambah, rungutan tersebut perlu dibuat dengan “menyatakan undang-undang yang dilanggar”.
Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim dipetik Bernama sebelum ini berkata adalah menjadi tanggungjawab Youtube untuk membuang video filem itu.

Beliau turut berkata, “membuang video klip berkenaan bukanlah di bawah bidang teknikal kami,” namun menambah SKMM “terikat dengan langkah pencegahan untuk mengambil tindakan menghalang akses kepada video tersebut”.

Lim turut mengingatkan masyarakat Islam di Malaysia agar bantahan yang dibuat dikemukakan dengan cara yang paling baik demi mengelak kejadian-kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.
“Kita yakin bahawa masyarakat Islam di Malaysia sudah cukup matang dan bijak dalam berhadapan dengan tragedi seperti ini,” katanya lagi./TheMalaysiaInsider

Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!