KUALA LUMPUR 26 September: Hasrat mahasiswa untuk menyaksikan debat
antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak wajar
dihormati dan dipenuhi, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur
Manuty.
Katanya, debat adalah sebaik-baik tradisi dalam negara demokrasi
kerana pemimpin boleh bertukar pandangan dalam usaha menyuburkan sistem
itu.
“Mahasiswa merupakan golongan yang telah dididik dengan pelbagai
kemahiran dan cara berfikir yang lebih tinggi, justeru mereka memilih
medan intelektual untuk berlawan, bukan dengan politik ganas,” jelas
Pengerusi KEADILAN Perak itu ketika dihubungi.
Kajian
yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu
debat antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan.
Manakala hanya 17% tidak bersetuju dan 11% tidak pasti.
Selain itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada September 2012.
Hasil kajian turut menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat
meningkat sekarang berbanding kajian yang dibuat pada awal tahun ini.
Pada 17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka
mengenai kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib
terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak
rakyat.
Anwar berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka
kerana perbahasan belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.
Namun, hingga kini, Najib terus mengelak.
“Golongan muda mahu pemimpin mereka berdebat, tetapi pemimpin pula
menolak dengan pelbagai alasan dangkal dan remeh, malulah…,” kata
Muhammad Nur sinis./KeadilanDaily
BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...