Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong bantahan orang Islam terhadap filem Innocence of Muslims
yang secara terang-terangan menghina Nabi Muhammad s.a.w tetapi tidak
setuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan melalui
demonstrasi yang melampau sehingga merosakkan harta benda dan
kehilangan nyawa.
Setiausaha Agungnya, Moeis Basri berkata, PGSM
sebagai sebuah pertubuhan yang menaungi semua peguam syarie, melahirkan
rasa kecewa dengan penerbitan filem tersebut yang tidak sensitif kepada
orang Islam di seluruh dunia.
"PGSM bersetuju dan menyokong
bantahan yang telah dibuat oleh banyak pihak terutama oleh orang Islam
di seluruh dunia berkenaan filem tersebut.
"PGSM
menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama berganding bahu mengadakan
bantahan terhadap filem tersebut, dengan mengetepikan ideologi politik
masing-masing, kerana isu ini adalah isu umat Islam keseluruhannya,"
katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tegasnya, PGSM tidak
bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang melahirkan bantahan
melalui demonstrasi secara melampau sehingga melibatkan kerosakan harta
benda dan kehilangan nyawa.
"Tindakan sebegini boleh mengundang
persepsi yang lebih negatif kepada agama Islam itu sendiri yang sebelum
ini sering dikaitkan dengan keganasan," tegas Moeis.
Sehubungan
itu, katanya, PGSM menyeru umat Islam supaya berhati-hati sekiranya
ingin mengadakan demonstrasi bantahan terhadap filem berkenaan agar
tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang bertujuan "supaya kita
bertindak agresif lalu memberi imej buruk kepada agama Islam".
"PGSM
menganjurkan agar umat Islam bertindak lebih rasional dan intelektual
dalam isu ini dengan memberi gambaran yang baik terhadap Rasulullah dan
agama Islam kepada golongan bukan Islam sebagaimana anjuran daripada
agama Islam sendiri untuk menyeru atau berdakwah dengan cara berhikmah
dan contoh yang baik," tambahnya./MalaysiaKini
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...