KUALA LUMPUR 22 Sept: Pergolakan dalam kepimpinan Umno Perlis akan
menjadi faktor utama kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke 13,
kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Perlis, Ammar Ghazali.
Beliau diminta mengulas perpecahan dalam Umno di negeri itu ekoran
perebutan kuasa antara Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Isa Sabu dan Datuk
Seri Shahidan Kassim.
“Perbalahan itu bukan lagi rahsia, umum sudah tahu, dan ia akan
menjadi faktor utama kekalahan Umno di Perlis,” kata Ammar ketika
dihubungi.
Pergolakan antara kedua regu itu bermula selepas PRU 2008 apabila
Shahidan yang menjadi Menteri Besar sejak 1990 digantikan dengan Mohd
Isa.
Kedua-dua kumpulan berkenaan dikatakan kini sedang mndapatkan restu
Datuk Seri Najib Razak supaya orang mereka dicalonkan bertanding dalam
PRU akan datang.
Mohd Isa disokong dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Radzi Sheikh
Ahmad dan Datuk Azmi Khalid, manakala Shahidan pula dikatakan mendapat
sokongan Ketua Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan
bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh.
Mengulas lanjut, Ammar berkata Pakatan Rakyat khususnya di Perlis
meletakkan calon yang ternyata lebih berwibawa berbanding calon BN.
“Banyak isu yang timbul di negeri ini gagal diselesaikan pemimpin
Umno. Program anjuran Pakatan juga mendapat sambutan, dan BN semakin
ditolak rakyat,” jelas Ammar./KeadilanDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...