Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, September 27, 2012

Berita Baik Untuk Polis Malaysia!!! Wajib Baca!!!

Reformasikan PDRM, anggota dinaik gaji untuk banteras jenayah

KUALA LUMPUR 28 Sept: Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi terhadap Polis Diraja Malaysia bagi mengangkat tahap profesionalisme mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia dibuat melalui penyelarasan semula sumber manusia, pembanterasan jenayah, menaikkan imbuhan dan teknologi dan Komunikasi.
Katanya, seramai 105,929 anggota polis tahun lalu mewakili nisbah seorang bagi setiap 270 penduduk (1:270) yang melangkaui nisbah yang disyor Interpol iaitu 1:250.

“Kementerian Dalam Negeri umum hasrat meningkatkan kekuatan kepada 150,000 pegawai menjelang 2015 dengan membawa kepada nisbah 1:190.
“Ini pula jauh melampaui jumlah yang disyor Interpol,” kata Ketua Pembangkang itu ketika membentangkan Belanjawan Pakatan 2013, hari ini.

Justeru, Anwar berkata jumlah keanggotaan polis tidak perlu ditambah, sebaliknya menyelaraskan semula tugas mereka.
Katanya, bilangan polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) lebih rendah berbanding Cawangan Khas (SB) yang tertumpu kepada pemantauan politik pembangkang.

“Bila kita jadi kerajaan, Umno BN tak perlu bimbang kerana jumlah polis yang pantau mereka, sangat minimum,” katanya, disambut tepukan.
Anwar berkata, Pakatan juga bercadang menaikkan gaji dan elaun anggota polis dalam usaha mengurangkan rasuah di kalangan mereka.

Katanya, Pakatan mencadangkan gaji polis dinaik 15 peratus pada 2013 dengan tambahan peruntukan RM754 juta.
Dari aspek komunikasi, Anwar berkata, polis perlu mempertingkat komunikasi dengan orang awam dengan melapor perangkaan jenayah kepada media secara bulanan.

“Kita tidak terpukau dengan statistik jenayah yang dikeluarkan kerajaan Umno BN kerana umumnya masyarakat menganggap jenayah meningkat.
“Kita cadangkan usaha untuk meningkatkan komunikasi dan keyakinan orang awam. Polis perlu laporkan kejayaan mereka dalam memerangi jenayah,” katanya./KeadilanDaily

BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

2 ulasan:

  1. noh omar guna kuasa menteri untuk beri projek kepada adik beliau. berkenaan projek benih padi sedangkan projek tersebut telah dibincang dan rundingan kerjasama dengan pihak GLC Sime Darby

    BalasPadam
  2. Pru13 Pr Perintah....hidup hidup hidup PR

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...