Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Ogos 30, 2018

Panas!! 101 ahli Umno-Pas masuk AMANAH di Dun Bintong

Ir Shaharuddin Ismail  (tiga dari kanan) dan  Wan Kharizal Wan Khazim (empat dari kanan) selepas mengumumkan keluar parti sertai AMANAH.- Foto BH online.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Seramai 101 ahli Umno dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bintong mengumumkan keluar parti masing-masing hari ini dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Ir Shaharudin Ismail yang mewakili 30 bekas ahli Umno menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi AMANAH Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim, di Pusat Aktiviti Wang Ulu, semalam, lapor bharian online.
Shaharudin berkata, keputusan beliau bersama ahli Umno lain menyertai AMANAH adalah kecewa dengan pucuk pimpinan Umno yang tidak berubah.
“Pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian masih berlaku politik wang, di peringkat pusat ketika pemilihan pula orang yang sama juga dikekalkan.
“Kita sangkakan orang lain akan terpilih tetapi orang lama kekal bermakna cara masih lama dan tiada perubahan,” katanya.
Ditanya kenapa memilih AMANAH berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar penggal lalu, berkata AMANAH dilihat lebih sederhana berbanding dua parti Pakatan Harapan (PH) itu.
“Bersatu dan PKR mendapat perhatian yang cukup meluas. AMANAH parti yang bersederhana dan ia sesuai dengan kami.
“Saya dan rakan lain menganggap AMANAH adalah parti masa hadapan yang sesuai dengan perjuangan kami,” katanya.
Wan Kharizal Wan Khazim bersama Abdul Rashid.
Turut sama menyerahkan borang keahlian adalah bekas Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Kampung Telok Kacang yang mendakwa mewakili 71 ahli Pas kawasan berkenaan.
Bekas AJK Pas Cawangan Teluk Kacang Abdul Rashid ketika ditemui wakil Media Oren berkata beliau dan ahli Pas yang lain menyertai AMANAH kerana mendakwa pucuk pimpinan Pas hari ini sudah tidak lagi relevan.
“Mereka sudah berubah selepas kepimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz dahulu, “ujarnya.
mdl

Picture

Rabu, Ogos 29, 2018

Khalid Samad akan pastikan nasib Buskers OKU terbela

Khalid akan pastikan nasib Buskers OKU terbela
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Hari ini Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan) dan sekumpulan Buskers Orang Kurang Upaya (OKU) bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan susulan alat muzik mereka dirampas penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga tular di media sosial.
Susulan itu Khalid Samad telah berbesar hati untuk bertemu dengan sekumpulan buskers untuk mendengar sendiri permasalahan yang berlaku.
Sekumpulan Buskers OKU itu hadir di Pejabat DBKL dan Khalid telah mendengar aduan dan luahan hati mereka.
“Saya akan cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan nasib mereka terbela,” ujar Khalid dalam kenyataannya hari ini.
Khalid Samad (dua dari kiri) menerima aduan mengenai permasalahan buskers OKU sambil diperhatikan Freddie Fernandez (kanan).
Pertemuan itu turut dihadiri Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez.
Freddie dalam kenyataan pada Ahad lalu, dipetik berkata, komitmen menteri wilayah yang baru itu diyakini dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan penuh muhibah.
“Karyawan melahirkan kesyukuran dan amat kagum dengan perhatian yang diberikan oleh menteri yang begitu mengambil berat perihal ini sehingga sanggup meluangkan masa bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung perkara ini.
“Komitmen daripada menteri untuk turun berjumpa ini satu rahmat kepada semua penghibur jalanan.
“Ini kerana beliau sudi untuk mendengar sendiri penjelasan segala permasalahan yang timbul dan pastinya akan diselesaikan dengan penuh muhibah,” katanya dalam satu kenyataan dipetik.
Baru-baru ini tular di media sosial tindakan penguatkuasa DBKL menyita alat muzik kumpulan ‘buskers’ OKU itu hingga mencetuskan cemuhan pengguna media sosial.
Berikutan itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaannya bertemu dengan kumpulan terbabit selepas Hari Raya Aidiladha bagi mencari jalan penyelesaian.
mdl

Picture

Selasa, Ogos 28, 2018

Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara

Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara hari ini
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pengerusi Parti Priumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Terengganu Datuk Razali Idris akan bersama-sama beberapa senator baharu Pakatan Harapan dalam majlis angkat sumpah Anggota Dewan Negara hari ini, berdasarkan notis Parlimen.
Menurut notis pejabat media parlimen itu, Razali dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Pada PRU14 lalu, Razali bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu dan tewas kepada calon Umno Datuk Rosol Wahid.
Manakala itu, Naib Presiden AMANAH Husam Musa pula akan mengangkat sumpah pada satu tarikh lain kelak. Difahamkan Husam sedang berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Seramai 12 orang senator baharu akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada hari ini, yang mana 11 orang merupakan wakil Pakatan Harapan (PH) dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
Termasuk Husam, anggota Dewan Negara bakal bertambah menjadi 68 senator dengan dua lagi kerusi masih kosong.
Walaupun dengan pelantikan ini, PH masih belum menguasai majoriti Dewan Negara. Sekarang, terdapat 32 senator yang mewakili BN dan tiga senator Pas daripada 55 senator di Dewan Negara.
mdl

Picture

Isnin, Ogos 27, 2018

Hot!! Umno guna banyak wang bantu Pas, tak percaya tunggu perbicaraan di London

Mohamad Sabu ketika menyampaikan ucapan beliau pada majlis sambutan Jelajah PH 100 hari di Alor Setar semalam.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Selepas pilihan raya umum (PRU) ke 14 baru-baru ini AMANAH telah menerima sokongan yang begitu memberangsangkan apabila begitu banyak penambahan ahli secara mendadak.
Malah ramai yang menyertai AMANAH adalah orang lama dalam Pas kerana mereka sudah tidak yakin setelah parti tersebut mengadakan hubungan intim dengan Umno.
Demikian dinyatakan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu semasa berucap pada majlis Jelajah Malaysia Baru yang diadakan di Dataran Stargate, Alor Setar, semalam.
Beliau juga berkata, terdapat bukti yang menunjukkan Umno telah menggunakan wang yang banyak bagi membantu Pas.
“Jika tidak percaya tunggu sahaja perbicaraan di London pada bulan empat akan datang.
“Pilihan raya kecil (PRK) Dun Seti Setia pun Umno kata kena sokong Pas.
Mohamad Sabu bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir semalam di Alor Setar.
“PRK Dun Balakong MCA yang tanding, tapi Pas minta sokong MCA pula sedangkan parti tersebut adalah BN,” jelasnya lagi.
Tegas Mohamad lagi, Pakatan Harapan (PH) amat optimis tohmahan yang mendakwa kerajaaan PH tidak mempedulikan orang Melayu sudah mulai terhakis.
“Kerajaan PH akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan janji 100 hari sepertimana yang dijanjikan.
“Hapus GST sudah pun tercapai dan menjadi realiti setelah ia dihapuskan.
“Bagi menunaikan janji tersebut kita melantik BN yang juga pembangkang sebagai Pengerusi PAC untuk menegur kerajaan sedia ada sekiranya wujud keraguan dalam tadbir urus wang negara,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, sebagai kerajaan baru, mempertahankan kedaulatan negara dan membela nasib semua rakyat termasuk menjaga kerajaan dan juga menjaga pembangkang adalah kewajipan utama.
“Dalam kerajaan PH kita juga mengisytiharkan harta pada SPRM dan bukannya kepada Perdana Menteri sepertimana yang diamalkan oleh BN dahulu.
Orang ramai yang hadir dalam program di Dataran Seagate, Alor Setar, semalam.
“PM dan TPM pun kena isytihar harta mereka pada SPRM di bawah pentadbiran kerajaan baru PH.
“Lebih serius lagi, apabila Perdana Menteri menyatakan untuk membetulkan keadaan, siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah akan dipecat,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para hadirin.
Hadir sama dalam program jelajah tersebut ialah Tun Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta barisan kepimpinan PH negeri Kedah.
mdl

Picture

Sabtu, Ogos 18, 2018

Hot!! Umno sah kahwin dengan Pas, kata penulis

Umno sah kahwin dengan Pas, kata penulis
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Perarakan calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali pagi ini yang turut disertai ahli dan beberapa orang pemimpin Umno memperlihatkan kerjasama Umno Pas yang semakin nyata, demikian menurut penulis Mohd Sayuti Omar.
“Alhamdulilah, nampakkan kerjasama Umno Pas, Pas Umno sudah makin nyata. Situasi ini menggembirakan saya yang mahu melihat parti itu “bertokol” sepadu mungkin sejak lama dulu,” katanya di Fecbook beliau.
Beliau berkata, gabungan itu sudah lama ditunggu dan diibaratkan sebagai pasangan pengantin yang sesuai dan padan ‘bagaikan pinang dibelah dua’, dan umpama sireh pulang ke gagang.
Bagaimanapun beliau berpandangan dua-dua parti Umno dan Pas tidak bijak kerana mereka bergabung dan mengadakan kerjasama selepas kedua-duanya kalah di dalam PRU14 lalu.
“Alangkah baiknya kalau keadaan ditunjuki hari ini berlaku sebelum PRU, mungkin kerajaan Malaysia kini diungguli Umno dan Pas, dengan wakil daripada Umno jadi perdana menteri manakala wakil daripada Pas jadi timbalan perdana menteri.
“Menutup catatan ini saya hendak menarik kata-kata seorang bekas Adun Pas yang menyifatkan kerjasama kedua parti itu persis “perkahwinan pasangan tua?
“Katanya, perkahwinan itu baik, tetapi sayang ia tidak akan dapat melahirkan zuriat kerana ia berlaku sesudah kedua-duanya, si perempuan putus haid dan lelaki pula sudah mati pucuk.
“Tak apalah, tidak salah dan orang tua-tua juga masih boleh berkahwin sekurang-kurang untuk menghilang sepi bila di rumah, atau mengundang kehangatan di musim bah. Didoakan “perkahwinan” itu akan berkekalan,” ujarnya.
Penamaan calon bagi PRK Dun N.32 Seri Setia yang berlangsung hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dengan calon Pas Dr Halimah Ali.
mdl

Picture

Jumaat, Ogos 17, 2018

Mujahid lancar kempen kebersihan di Mekah

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa melancarkan kempen Program Kebersihan Perdana Masyair di Maktab Land Premium semalam.
Program berkenaan bertujuan bagi memberi galakkan kepada jemaah haji Malaysia supaya menjaga kebersihan dengan mengutip sampah dan bergotong-royong semasa Masyair iaitu ketika di Arafah-Mina-Muzdalifah.
Semasa pelancaran itu juga, turut dihadiri Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik serta Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahmah.
“Insya-Allah sesi gotong-royong bersama jemaah haji akan diadakan selama tiga hari pada setiap pagi iaitu pada jam 8 hingga 9 pagi” katanya dalam tulisan di Facebooknya semalam.
Selain itu juga, Mujahid yang telah berada di Mekah selama empat hari bagi menunaikan ibadah haji sempat meluangkan masa bertemu dan menziarahi jemaah yang ditempatkan di klinik-klinik sekitar tanah suci.
Beliau juga mengadakan pertemuan bersama Duta Malaysia di Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin
“Saya juga berkesempatan menziarahi maktab-maktab, klinik dan pesakit dari Malaysia serta menyantuni jemaah haji,” ujarnya lagi.
mdl

Picture

Khamis, Ogos 16, 2018

2/3 rakyat Malaysia berpuashati dengan kerajaan Pakatan Harapan – kajian Merdeka Center.

2/3 rakyat Malaysia berpuashati dengan kerajaan Pakatan Harapan – kajian Merdeka Center.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Hampir genap 100 hari pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kajian Merdeka Center menunjukkan 2/3 rakyat berpuas hati dengan kerajaan pilihan mereka.
Secara amnya setakat Ogos 2018, tinjuan mendapati 67 peratus berpuas hati dengan prestasi kerajaan, menurun daripada 87 peratus berbanding peringkat awal peralihan kuasa.
Penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan 71 peratus setuju dengan pentadbiran beliau namun jumlah itu menurun dari 83 peratus penerimaan pada Mei pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendahului senarai menteri yang diterima baik oleh rakyat pada kadar 75 peratus.
Ia diikuti Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 64 peratus, kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri (62 peratus) dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (60 peratus).
Kos sara hidup kekal sebagai kebimbangan utama dengan 55 peratus daripada responden tidak berpuas hati dengan cara kerajaan menguruskan aspek itu.
Turut menjadi kerisauan adalah hal berkenaan melindungi hak dan kepentingan Melayu dan Islam, iaitu masing-masing pada 44 peratus dan 45 peratus tidak berpuas hati, seperti lapor Astroawani hari ini.
mdl

Picture

Rabu, Ogos 15, 2018

Pendaftaran i-Suri KWSP bermula hari ini

Pendaftaran i-Suri KWSP bermula hari ini
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pendaftaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat mulai hari ini.
Mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.
Dalam kenyataan hari ini,  KWSP berkata suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profil mereka didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum RM5 setiap bulan ke akaun simpanan persaraan mereka bagi melayakkan menerima insentif kerajaan RM40 setiap bulan yang dimasukkan ke akaun KWSP masing-masing.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish berkata pembukaan pendaftaran i-Suri itu susulan pelancaran Insentif Suri Rumah oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Persidangan Keselamatan Sosial Antarabangsa KWSP 2018, minggu lepas.
Beliau berkata individu yang menepati kelayakan dan membuat pendaftaran i-Suri akan menikmati manfaat sama seperti ahli KWSP iaitu dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya serta bantuan kematian.
Kenyataan itu berkata statistik eKasih menunjukkan 221,890 suri rumah, 98,536 balu dan 28,116 ibu tunggal daripada segmen masyarakat miskin tegar layak menerima insentif kerajaan itu setelah mendaftar untuk i-Suri.
Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-8000 8000.
Penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KSWP boleh didapati dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman sesawang www.kwsp.gov.my serta kunjungi mana-mana cawangan KWSP.
mdl

Picture

Selasa, Ogos 14, 2018

Adun DAP mahu banteras mesin kuda

Adun DAP mahu banteras mesin kuda
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ahli Dewan Negeri (Adun) Perling dari DAP menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk bertindak lebih agresif menutup permis khidmat mesin kuda.
Cheo Yee How berkata, perkara itu perlu dipandang berat kerana pusat yang mengadakan aktiviti mesin kuda tersebut banyak merosakkan sosial masyarakat.
“Saya komited untuk menyarankan kepada pihak kerajaan negeri agar mengambil tindakan kepada permis yang mengadakan khidmat mesin kuda haram tersebut.
“Selain itu, pihak kerajaan harus menyekang operasi judi haram yang lain. Cadangannya adalah dengan menarik lesen dari premis yang mengadakan khidmat sedemikian sebagai hukuman terhadap kegiatan salah mereka.
“Di Johor ratanya terdapat kegiatan mesin kuda yang banyak dan saya menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat tindakan terhadap permis berkenaan,” ujar Cheo.
Cheo yang membawa usul berkenaan di dalam sidang Dewan Negeri (Dun) Johor yang bermula 9 Ogos 2018 yang lalu bertekad untuk bersama dalam menangani masalah gejala sosial ini.
Cheo turut memberitahu kepada pihak media, selain kedai atau permis yang mengadakan kegiatan mesin judi haram, pusat yang mengadakan judi secara talian juga perlu ditangani oleh pihak kerajaan.
“Selain itu judi haram secara dalam talian perlu ditangani oleh pihak kerajaan dan saya juga menyarankan agar pihak kerajaan, PBT dan polis bergabung dalam menangani masalah ini.
“Saranan untuk menghentikan jualan kad prabayar bagi permainan judi dalam talian perlu dibendung oleh pihak kerajaan.
“Lumrah judi haram ini adalah suatu yang tidak boleh dikawal dan kesannya akan membawa kepada jenayah yang lebih besar,” katanya.
mdl

Picture

Isnin, Ogos 13, 2018

Johor tawar pembelian rumah tanpa deposit

Johor tawar pembelian rumah tanpa deposit
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com

Kerajaan Negeri Johor telah menawarkan khidmat pembelian rumah tanpa deposit kepada rakyat di negeri ini.
Hal itu telah dibahaskan oleh Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan dari Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohammad dalam sidang Dewan Negeri (DUN) Johor semalam.
Dalam kenyataan itu, Dzulkefly menyatakan program yang diberi nama Jauhar Prihatin itu akan memberi tawaran kepada rakyat untuk membeli secara sewa beli.
“Program ini menawarkan penyewaan dalam jangka masa dua hingga lima tahun. Penyewaan tersebut akan dikira sebagai wang deposit untuk membeli sesebuah rumah.
“Pembeli akan mengikat perjanjian sewaan dan selepas perjanjian sewaan tersebut selesai, pihak pembeli akan terus menyambung bayaran kepada pihak pemaju untuk membuat bayaran secara belian.
“Pihak kami maklum berkenaan dengan kepayahan untuk seseorang pembeli rumah mengadakan deposit dan pihak kerajaan maklum dengan ketidak mampuan sesetengah pihak yang tidak mampu untuk meminjam di bank maka dari itu pihak kerajaan berusaha membantu rakyat melalui program ini,” ujarnya.
Dalam kenyataan lain, beliau menegaskan bahawa rumah program Jauhar Prihatin tidak boleh disewakan kepada pihak ketiga.
“Rumah Jauhar Prihatin tidak boleh disewakan kepada pihak ketiga. Kerajaan hanya memberikan rumah tersebut kepada pihak pembeli sahaja.
“Tindakan akan diambil bagi mereka yang menyewakan rumah kepada pihak ketiga. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas seperti membatalkan perjanjian atau amaran yang keras,” ujarnya.
mdl

Picture

Ahad, Ogos 12, 2018

Anwar jumpa Tun M bincang perkasa parlimen

Anwar jumpa Tun M bincang perkasa parlimen
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Selepas menunaikan solat Jumaat semalam, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Dalam pertemuan tersebut kedua mereka telah mengadakan perbincangan tentang pelbagai isu.
“Perbincangan melibatkan banyak perkara, antaranya isu-isu politik mutakhir di dalam dan luar negara, selain turut disentuh adalah soal reformasi dan pembaharuan di Parlimen yang ternyata produktif dan positif,” memetik maklumat dalam Facebooknya.
Katanya, beliau turut menegaskan bahawa Parlimen perlu menjadi kuasa imbang yang baik kepada Kabinet dan Eksekutif dan ia mendapat respons yang baik daripada Perdana Menteri.
Pada pertemuan itu Tun Mahathir sempat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Anwar Ibrahim.
mdl

Picture

Sabtu, Ogos 11, 2018

Mufti, tokoh agama sokong tindakan Mujahid

Harussani
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengarahkan potret aktivist Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di festival pameran fotografi ‘Stripes and Strokes’ di George Town, Pulau Pinang diturunkan mendapat sokongan mufti dan tokoh agama negara ini.
Menurut Mufti negeri Perak Tan Sri Harussani zakaria LGBT adalah perbuatan mungkar yang dilaknat dan diharamkan oleh Allah sama ada dilakukan secara terus terang atau sembunyi.
Bahkan katanya, LGBT juga merupakan perbuatan terkutuk yang menyalahi hak kemuliaan seseorang manusia kerana menafikan hak berhubung melalui perkahwinan yang sah dan diiktiraf syarak.
Tambahnya, perbuatan mempromosikan ikon-ikon LGBT di khalayak ramai adalah usaha untuk menggalakkan dan mengiktiraf perbuatan haram tersebut.
“Saya menyokong sepenuhnya tindakan Menteri agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengarahkan potret aktivis LGBT yang dipamerkan di festival pemeran fotografi diturunkan.
“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Menteri Agama kerana berani menyatakan kebenaran dan secara tidak langsung mempertahankan kredibiliti agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menulis di Facebooknya turut menyokong tindakan berani Mujahid itu dan mengucapkan tahniah kepada beliau.
“Bravo Dr Mujahid! Congratulation! May Allah bless and guide you. Alhamdulillah!,” ujarnya di Facebooknya.
Sokongan itu juga turut dinyatakan oleh Presiden Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman di laman Facebooknya dengan menegaskan tindakan Mujahid itu adalah tindakan yang tepat.
“Tahniah dan perlu disokong tanpa mengira parti politik. Ia kelihatan kecil tetapi membawa suatu mesej yang besar dan jelas,” katanya.

Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Tambahnya, hak mereka sebagai individu dan perlakuan secara individu, namun mempromosi gerakan kepada awam, ia memang patut disekat.
“Kita tidak mahu promosi mereka ‘menceroboh’ rumah-rumah masyarakat Malaysia yang bencikan perlakuan LGBT,” ujarnya.
Terdahulu, Mujahid berkata, tindakan menurunkan potret aktivis LGBT kerana hal itu bertujuan promosi di mana bertentangan dengan polisi Pakatan Harapan berhubung isu LGBT.
“Adakah perlu ikon sedemikian? Tiada ikon lain yang boleh ditampilkan. Jadi, jika saya tidak berkata apa-apa mengenainya, kita dilihat seperti mencabar polisi yang kita katakan beberapa kali sebelum ini,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen kelmarin.
Pameran bertemakan patriotisme itu menampilkan aktivis Nisha Ayub dan Pang Khee Teik bergambar bersama Jalur Gemilang dan arahan penurunan potret mereka itu dilaporkan diarahkan oleh kerajaan Persekutuan.
Selain itu, Mujahid berkata, pihaknya menghormati golongan LGBT tetapi tidak bersetuju mempromosi gaya hidup golongan tersebut.
Terdahulu, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Farizan Darus menjelaskan beliau menerima aduan mengenai potret kedua-dua aktivis berkenaan dan telah meminta pihak penganjur GTF menurunkannya.
mdl

Picture

Jumaat, Ogos 10, 2018

PH akan jadikan Islam model Malaysia dicontohi dunia, kata Mujahid

PH akan jadikan Islam model Malaysia dicontohi dunia, kata Mujahid
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menjadikan Islam model Malaysia sebagai ikutan kepada seluruh dunia Islam adalah matlamat kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf berkata keupayaan umat Islam di negara ini mempunyai asas yang kukuh untuk diperkasakan bagi menjadi tauladan kepada orang lain.
“Dua hari lepas saya dikunjungi duta besar Turki dan saya menyatakan kepadanya ingin mempelajari dari negara itu tentang pelbagai kejayaan menguruskan hal ehwal Islam.
“Duta itu menolak cadangan saya kerana katanya Turki lah yang patut belajar dari kita.
“Di Turki katanya hampir semua penduduk adalah Muslim sedangkan kita berhadapan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya di majlis dialog bersama menteri di Kota Bharu pada Rabu.
Menurut Dr Mujahid memang wajar umat Islam Malaysia diberi perhatian kerana satu model kita tersendiri jelas berjaya diwujudkan.
“Kita adalah kita, bukan Saudi, bukan Pakistan, bukan Mesir dan bukan Iran,”katanya.
Untuk mengukuhkan kerangka itu kata beliau, pentadbiran baru yang diketuainya akan memperkenalkan “Fiqh Malizi” (Islam Model Malaysia).
“Model ini sama sekali tidak akan mengubah perkara-perkara asas dalam amalan Islam.
“Kita akan terus bersolat, berpuasa, berhaji seperti yang telah ditetapkan tetapi kita mempunyai pendekatan Malaysia berkaitan hubungan dengan non Muslim dan persoalan-persoalan semasa dalam masyarakat.
“Untuk menjayakan misi ini, dua lagi teras iaitu Rahmatan lil ‘alamiin dan Maqasid Syariah akan diguna pakai,” katanya.
Majlis dialog anjuran Prihatin Rakyat Kelantan mendapat sambutan hangat apabila dewan yang memuatkan 200 peserta penuh sesak dan hampir separuh terpaksa berdiri.
Mujahid meluangkan masa hampir dua jam untuk menjawab pelbagai soalan berkaitan kementerian termasuk pendirian kerajaan terhadap golongan LGBT.
mdl

Picture

Khamis, Ogos 09, 2018

Beri peluang PH laksana agenda Islam

Beri peluang PH laksana agenda Islam

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com

SHAH ALAM - Masyarakat Islam di negara ini perlu memberi peluang kepada kerajaan PH untuk melaksanakan agenda Islam, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Menurut anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, beliau yakin kerajaan PH sememangnya komited memelihara Islam di samping memberi kebebasan kepada agama lain untuk diamalkan.

“Itu sebenarnya pendekatan yang baik agar umat Islam di Malaysia khususnya mendapat kefahaman jelas tentang Islam sebagai sistem kehidupan kita. Dalam masa sama, orang bukan Islam berasa selesa berada dalam pemerintahan negara yang meletakkan Islam sebagai landasan,” katanya kepada Sinar Harian.“Kalau kita tengok ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan dengan ulama dan cendekiawan Islam baru-baru ini, beliau berulang kali sebut mahukan kerajaan Malaysia ini bersandarkan al-Quran dan hadis sahih. Beliau bukan sekadar minta pandangan dan idea ulama, tetapi juga sumbangan tenaga untuk pastikan Malaysia berada di landasan tepat.

Mengulas mengenai kenyataan ‘menjaga agama lain’ atau hifzuddin oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengundang kontroversi, Nik Omar berkata, kenyataan itu perlu dilihat dalam konteks sebenar.
“Beliau berucap selama satu jam tetapi hanya seminit daripada ucapannya mengundang pertikaian. Masyarakat perlu ambil sumber sahih setiap kenyataan dibuat menteri agar kita dapat hadam sebaiknya.

“Kalau kita tidak setuju, kita boleh nyatakan pandangan tapi tak boleh hukum ucapan itu. Kita kena yakin tidaklah seorang menteri agama itu bertujuan melalui ucapannya untuk menolak agama atau memberi tafsiran yang menggambarkan pandangan bertentangan dengan agama,” katanya.
Menurut beliau, kekeliruan yang timbul tidak perlu dipanjangkan sebaliknya boleh diselesaikan secara dialog dan perbincangan.

“Ada yang kata Hifzuddin khusus kepada Islam, tetapi ada juga ulama dan cendekiawan Islam berpandangan kita turut jaga agama-agama lain. Namun, jaga bukan bererti kita beri sokongan untuk agama lain disebarkan.

“Tetapi dalam kerangka Perlembagaan kita beri ruang kepada penganut agama lain untuk laksanakan ibadah cara mereka. Itu yang dimaksudkan menteri agama kita,” katanya.

sh

Picture

Rabu, Ogos 08, 2018

Insentif KWSP surirumah minggu hadapan

Insentif KWSP surirumah minggu hadapan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Seramai 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih bakal menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula minggu depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu.
Katanya, Suri yang dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
“Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.
“Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.
“Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan,” katanya lapor Mymetro.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2018 (ISSC2018) di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sumbangan minimum RM5 oleh pencarum adalah wajib sebagai komitmen memupuk budaya menyimpan.
“Kerajaan sentiasa komited mengiktiraf dan menjaga kebajikan wanita terutama mereka yang amat memerlukan perhatian dan diharap inisiatif ini berupaya menambahbaik kedudukan kewangan wanita di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Shahril Ridza berkata, KWSP dan Perkeso akan menjalankan kajian menyeluruh untuk melancarkan lagi pelaksanaan SURI menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan bank tempatan.
“Buat masa ini, mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.
“Kita faham mungkin terdapat kekangan untuk membuka akaun KWSP, sebab itu kita akan mengkaji cara terbaik untuk memudahkan mereka,” katanya.
mdl

Picture

Selasa, Ogos 07, 2018

Anwar Ibrahim dilantik Penaung Persatuan Alumni Universiti Malaya

Anwar dilantik Penaung Persatuan Alumni Universiti Malaya
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Penaung Persatuan Alumni Universiti Malaya
Dalam satu status dimuat naik di facebook petang ini, dimaklumkan Presiden PKR yang baharu itu amat terharu dengan penghargaan yang diberikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang berkenan menyerahkan watikah perlantikan tersebut kepada beliau.
Penubuhan persatuan tersebut adalah pada sekitar tahun 1980an dan ia mempunyai matlamat yang jelas dalam membentuk sahsiah, semangat kekitaan, selain kebajikan para alumni, dan mengambil bahagian secara efektif dalam wacana-wacana segar yang memberi dampak besar kepada masyarakat.
Anwar Ibrahim juga sempat meluangkan masa berbual panjang dengan beberapa kenalan dan sahabat lama. Terima kasih diucapkan atas penghargaan ini.
Sultan Nazri (kanan) mengatakan sesuatu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas majlis diadakan.
Mdl

Picture