iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Menjadikan Islam model Malaysia sebagai ikutan kepada seluruh dunia Islam adalah matlamat kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusuf berkata keupayaan umat Islam di negara ini mempunyai asas yang kukuh untuk diperkasakan bagi menjadi tauladan kepada orang lain.
“Dua hari lepas saya dikunjungi duta besar Turki dan saya menyatakan kepadanya ingin mempelajari dari negara itu tentang pelbagai kejayaan menguruskan hal ehwal Islam.
“Duta itu menolak cadangan saya kerana katanya Turki lah yang patut belajar dari kita.
“Di Turki katanya hampir semua penduduk adalah Muslim sedangkan kita berhadapan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya di majlis dialog bersama menteri di Kota Bharu pada Rabu.
Menurut Dr Mujahid memang wajar umat Islam Malaysia diberi perhatian kerana satu model kita tersendiri jelas berjaya diwujudkan.
“Kita adalah kita, bukan Saudi, bukan Pakistan, bukan Mesir dan bukan Iran,”katanya.
Untuk mengukuhkan kerangka itu kata beliau, pentadbiran baru yang diketuainya akan memperkenalkan “Fiqh Malizi” (Islam Model Malaysia).
“Model ini sama sekali tidak akan mengubah perkara-perkara asas dalam amalan Islam.
“Kita akan terus bersolat, berpuasa, berhaji seperti yang telah ditetapkan tetapi kita mempunyai pendekatan Malaysia berkaitan hubungan dengan non Muslim dan persoalan-persoalan semasa dalam masyarakat.
“Untuk menjayakan misi ini, dua lagi teras iaitu Rahmatan lil ‘alamiin dan Maqasid Syariah akan diguna pakai,” katanya.
Majlis dialog anjuran Prihatin Rakyat Kelantan mendapat sambutan hangat apabila dewan yang memuatkan 200 peserta penuh sesak dan hampir separuh terpaksa berdiri.
Mujahid meluangkan masa hampir dua jam untuk menjawab pelbagai soalan berkaitan kementerian termasuk pendirian kerajaan terhadap golongan LGBT.
mdl
Cukuplah Al-quran dan Sunah/hadis Rasul sebagai panduan seluruh umat islam..dan ulamak pewaris nabi yang soleh membimbing sekalian manusia..
BalasPadamSetuju 100%, jangan abaikan Al Quran dan Al hadis.
PadamDua hari lepas saya dikunjungi duta besar Turki dan saya menyatakan kepadanya ingin mempelajari dari negara itu tentang pelbagai kejayaan menguruskan hal ehwal Islam.
BalasPadam“Duta itu menolak cadangan saya kerana katanya Turki lah yang patut belajar dari kita.
Kahkahkahkah.....belum pun sampai 100 hari pegang Malaysia, Turki yang patut belajar dari kita, berbilang bangsa ni dah lama dah kat Malaysia ni Pak Menteri oooiii, bermakna UMNO/BN la yang mempromosikan Islam sekular kepada dunia bukan PH...lawak-lawak.
PH pulak Islam versi liberal, Islam yang menghalalkan arak dan judi. Kat mana tu Rahmatanlilalamin. Cer bagi pencerahan sikit.
Kahkahkahkahkah
Siapa PM masa tu ya....Najib...tak ada langsung menjadi sebutan negara islam di dunia. Siapa PM yang bertungkus lumus memperjuangkan agenda islam do mata UN dan OIC...sehingga PM sendiri di tembak oleh penganas Serbia. Aku ada bukti bro Tanpa Nama...anak aku berkerja di Bahrin...bila di sebut dari Malaysia...orang arab di Bahrin terus je sebut Tun Mahathir....tak ada pun sebut nama Pak Lah....nama Najib malaun todi. Lu bro Tanpa Nama hanya berani dalam maya...
PadamTak perlu pergi jauh bro selesaikan masalah didepan mata dulu. Tak kira siapa Najib atau Madey, salah tetap salah.
PadamKalau sumbangan kepada dunia Islam takat celah hidung pun tak lepas, begitulah.
PadamTambah lagi kalau pemimpin buat pula skandal besar yang kafir pun tahu salah dan tidak beretika?
Ayuh Membalak Bersama Ulama.
BalasPadamZaid Ibrahim sudah tarik balik saman Hudud Terengganu. EKJS Terengganu sepatutnya boleh dilaksanakan ikut Warta Kerajaan Negeri. Kenapa perlu tunggu nak tawan Putrajaya pula? Menurut Abduk Hadi lagi, Pas sudah lama bawa hudud iaitu sejak 1957. Lama sungguh Ulama Pas bawa Hudud tapi bila kuasa sudah ada gagal kuatkuasa sebagai undang-undang.
BalasPadamMengikut facebook Dewan Ulama Pas.
Akibatnya, walaupun telah diwartakan, enakmen ini tidak dapat dilaksanakan kerana Mahkamah Persekutuan pada 5 November 2003 membenarkan petisyen Datuk Zaid Ibrahim tersebut.
https://www.facebook.com/dewanulamakpas/posts/-hari-ini-dalam-sejarah-pasenakmen-kanun-jenayah-syariah-ii-kelantan-disaman-ole/1129501323781381/
EKJS Kelantan mungkin kena tunggu sebab ada saman daripada ahli Gerakan.
Saman Gerakan terhadap EKJS Kelantan sudah ditolak oleh Mahkamah atas sebab mereka bukan beragama Islam. Maka pelaksanaan EKJS Kelantan tiada lagi halangan.
PadamToksah nak menyibuk usaha orang lain, mereka berusaha walaupun kuasanya terhad.
PadamKuasa dah ditangan PH maka laksanakanlah apa yang telah diamanahkan kepada pemimpin, amanah kepada pemimpin yang beriman tutup dulu premis-premis arak, judi dan maksiat, takkan nak biarkan perkara mungkar yang dilakukan oleh pemimpin BN sebelum ni, kalau itu pun tak mampu apa bezanya BN dengan PH?
Eh.eh. Agenda Islam mung kata usaha semua orang beragama Islam? Apa sudah jadi macai fakenews?
PadamMung nak halang aku mengingatkan Pas supaya laksana hukum Hudud ke? Mung lagi teruk daripada DAP boh! Hahaha.
Mung ingatkan dulu pemimpin mung bukan PAS, suruh mereka tutup dulu premis judi dan maksiat macam yang PAS buat....
PadamAgenda Islam yang belum lagi dikuatkuasakan oleh Kerajaan Pas selepas 2 bulan berkuasa di Terengganu dan Kelantan.
BalasPadam----------------------------------------------------------------------------------------
Kanun ini juga menyediakan peruntukan untuk kesalahan hudud dan hukuman bagi tujuh kesalahan iaitu sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina, liwat, qazaf, syurb (minum arak) dan irtidad (murtad).
Antara hukuman yang diperuntukkan di bawah kanun itu adalah bagi kesalahan mencuri kali pertama, pesalah akan dipotong tangan kanan, kesalahan kali kedua dipotong tangan kiri dan kesalahan kali ketiga pula dipenjara tidak melebihi 15 tahun.
Bagi kesalahan merompak, pesalah boleh dihukum bunuh atau disalib, dihukum bunuh jika mangsa dibunuh tetapi hartanya tidak diambil dan dipotong tangan kanan dan kaki kiri jika harta sahaja diambil.
Kesalahan qazaf pula, pesalah boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali dan minum arak pula, sebatan tidak lebih 80 kali dan tidak kurang 40 kali.
Selain itu, bagi kesalahan zina, pasangan yang berkahwin boleh direjam sehingga mati manakala belum berkahwin boleh disebat 100 kali dan penjara setahun.
Bagi kesalahan murtad pula, mesti bertaubat dalam tempoh tiga hari dan jika enggan, boleh dihukum bunuh.
Adakah RUU355 dapat membantu pelaksanaan EKJS Terengganu dan Kelantan?
-----------------------------------------------------------------------
http://www.sinarharian.com.my/nasional/tujuh-fakta-penting-mengenai-ruu-355-1.562136
6) Tidak memperuntukkan undang-undang hudud.
Akta ini tidak memperuntukkan sebarang undang-undang hudud.
Pilihan untuk menaikkan kadar hukuman kepada kadar yang lebih tinggi adalah terpulang kepada negeri-negeri untuk memastikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang. Akta 355 tidak menyentuh bidang kuasa mahkamah sivil untuk membicarakan kes-kes jenayah di bawah kanun keseksaan.
Agenda Islam atau Agenda Menipu Umat Islam?
Suruh pemimpin mung tutup dulu premis-premis maksiat seperti judi dan arak, baru boleh mung mempertikaikan usaha orang lain, nak berhujah jauh-jauh yang dekat pun terlodeh tak mampu nak perbetulkan.
PadamMung cer citer apa sumbangan pemimpin Pas dan Umno yang ada sekarang untuk Hudud?
PadamCer kabor apa yang sudah mereka buat?
Pemimpin Amanah hok lawyer-lawyer Pas dulu punya usaha mung tahu ke?
Mung layak bawa agenda kutip sampah tepi pantai. Agenda Islam mung dan pemimpin Pas hok ada tidak sekufu sebab jahil.
Sebelum berbicara pasal hudud tutup dulu premis arak dan judi.....
Padamhttp://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/24/tiada-hudud-di-kelantan/
BalasPadamPAS memberi jaminan bahawa parti itu tidak akan melaksanakan hudud di Kelantan jika cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang berjaya.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan akan berpegang kepada hukuman maksimum yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membentangkan usul yang bertujuan mempekasakan kuasa mahkamah syariah.
"Kami tidak melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 di Kelantan.
"Pindaan itu adalah kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.
Hudud dan GST sudah kembali ke rahmatullah dan dikebumikan bersama Umno dan Pas.
Yang terlondeh tu perbetulkan dulu baru boleh berhujah jauh-jauh. Mampu ke tak mampu? Mung setuju ke dok? Ke mung join sekali menjana ekonomi haram mereka? Ke takut dengan DAP?
PadamMung momok DAP untuk anak-anak pun sudah tidak laku. Sekarang macai guna momok gaya perkauman dan agama sudah tidak menjadi.
PadamMomok paling ditakuti Rakyat ialah Umno dan Kleptokrat Sial Najib Tun Razak. Habis duit refund GST 19.4b hilang daripada akaun Amanah!
Siap ada yang mengaku wang itu sudah dimasukkan dalam Bajet Tambahan dan peruntukan lain. Dua tahun tertunggak belum bayar refund peniaga! Siapa yang bongkar dan dedahkan?
Pas? Umno? Arul Kanda? Hahaha.
Mampu ke tak mampu? Ke takut DAP?...
PadamBila agana dipolitikkn ularmak.
BalasPadamPolitik adalah agama, agama adalah politik, kehidupan seharian semuanya tak boleh dipisahkan dari agama masing-masing, kita sebagai umat yang mengaku Islam tidak terlepas dari agama, nak makan agama, nak tidur agama, nak buang air agama, nak nikah agama dan nak berpolitik pun tak boleh lari dari agama, kalau agama tak dipolitikkan apa akan jadi pada politik? Takkan letak agama kat bawah karpet?
PadamAgenda Islam Pas ke laut candat sotong.
BalasPadamAgenda Islam PH dekati dan menyantuni golongan LGBT melalui Menteri Agama Di JPM.
Kalau Agenda Islam candat sotong yang sudah hanyut ke laut jauh lebih baik, maka molek sangatlah pengundi Melayu pilih Pas lagi bawa agama Islam.
Boleh menilai sendiri apa yang dilakukan parti yang bawa perjuangan agama dalam politik Malaysia.
LGBT adalah perbuatan terlarang, bukan kerajaan umno atau ph yang larang tapi larangan ini datang dari Allah SWT, bukan itu saja, kaki judi, kaki mabuk, kaki maksiat mungkin LGBT pun berjudi dan mabuk arak, bermaksiat tak payah cakap la, lawan arus...permulaan cara untuk selesaikan kerosakan akhlak ni senang je....tutup semua premis maksiat seperti arak, judi, kelab-kelab malam dan pub-pub....berani dengan DAP? Ekonomi mereka banyak bergantung pada industri haram ni.
PadamYang menyedihkan Agenda Agama Pas bukan sahaja ke laut. Malah masuk hutan dan tanah adat sambil menari Musang King.
BalasPadamAgenda Islam Orang Asal sudah jadi Agenda Islam Musang King?
Agenda Islam PH bawah karpet, jual agama terlalu murah kerana dedak, negeri pak menteri pun maju kerana hasil dari industri maksiat, berani pak menteri agama menegur pentadbiran kerajaan dinegeri sendiri?
PadamSuruh mereka tutup semua tempat-tempat yang boleh merosakkan akhlak, cukuplah makan hasil dari perkara yang dilarang.
Cakap berkobar-kobar, negeri sendiri pun tak mampu nak perbetulkan, kesian pak menteri.