Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Ogos 08, 2018

Insentif KWSP surirumah minggu hadapan

Insentif KWSP surirumah minggu hadapan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Seramai 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih bakal menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula minggu depan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi menjayakan fasa pertama skim dikenali Program Sukarela Insentif SURI (SURI) itu.
Katanya, Suri yang dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
“Fasa pertama bermula 15 Ogos ini dengan kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.
“Bagi fasa kedua, sumbangan kerajaan akan meningkat kepada RM50 dengan RM10 daripadanya akan disumbangkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Fasa ini dijangka bermula tahun depan.
“Fasa ketiga insentif SURI adalah di mana dua peratus sumbangan KWSP suami akan dimasukkan ke akaun isteri dengan pelancaran fasa ini dijangka pada awal 2020, namun beberapa pindaan perlu dilakukan terhadap akta berkaitan,” katanya lapor Mymetro.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2018 (ISSC2018) di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sumbangan minimum RM5 oleh pencarum adalah wajib sebagai komitmen memupuk budaya menyimpan.
“Kerajaan sentiasa komited mengiktiraf dan menjaga kebajikan wanita terutama mereka yang amat memerlukan perhatian dan diharap inisiatif ini berupaya menambahbaik kedudukan kewangan wanita di negara ini,” katanya.
Sementara itu, Shahril Ridza berkata, KWSP dan Perkeso akan menjalankan kajian menyeluruh untuk melancarkan lagi pelaksanaan SURI menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan bank tempatan.
“Buat masa ini, mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.
“Kita faham mungkin terdapat kekangan untuk membuka akaun KWSP, sebab itu kita akan mengkaji cara terbaik untuk memudahkan mereka,” katanya.
mdl

Picture

4 ulasan:

  1. Tahniah kak jah...hehehe

    Jangan jadi spt ketua penipu dah lah...
    Hidup hanya utk kelangsungan bisnes anak..waris..proksi dan kroni.

    Mmg lawak juga dgn keupayaan tok ketua penipu tu utk survive dlm politik tanah air.Drpd ancaman akan dipenjarakan oleh seteru dan kini rakan dan kini semua yg pernah berkata sebegitu kini melutut di kakinya....hehehehehe

    Projek yg dulu dikatakannya mggadai tanah dan menjual maruah negara kpd negara china kini diteruskan dan dipuji melambung oleh mb, km serta pak2 menteri haprak dlm persekutuan.
    Hebat...bukan main hebat mengata dan memfitnah dan kini mrk pula mengagungkan projek2 tersebut....hehehehe
    Dasar penyamun tarbus mmg begitu...
    Kencingkan rakyat dan kenyangkan anak..waris..proksi dan kroni...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Para pemimpin PH dah mahir dengan u turn, cuma pengikut dan penyokong saja yang belum mahir, u turn berpusing-pusing sampai pening lalat akhirnya hancing dihujani air kencing para pemimpin mereka...kahkahkahkah

      #PakatanHancing

      Padam
    2. patutnya suami lah kena tanggung isteri. suami gak yang komen tak nak potong caruman bagi kat isteri. kalau isteri punya diberi kat suami mesti suami yang bangkang tu sokong.

      Padam
    3. Memang tanggungjawab suami bagi makan, pakaian serta keperluan harian untuk isteri dan anak-anak, selain dari itu bukan lagi tanggungjawab suami, abaikan saja.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...