Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Ogos 09, 2018

Beri peluang PH laksana agenda Islam

Beri peluang PH laksana agenda Islam

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com

SHAH ALAM - Masyarakat Islam di negara ini perlu memberi peluang kepada kerajaan PH untuk melaksanakan agenda Islam, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Menurut anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, beliau yakin kerajaan PH sememangnya komited memelihara Islam di samping memberi kebebasan kepada agama lain untuk diamalkan.

“Itu sebenarnya pendekatan yang baik agar umat Islam di Malaysia khususnya mendapat kefahaman jelas tentang Islam sebagai sistem kehidupan kita. Dalam masa sama, orang bukan Islam berasa selesa berada dalam pemerintahan negara yang meletakkan Islam sebagai landasan,” katanya kepada Sinar Harian.“Kalau kita tengok ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan dengan ulama dan cendekiawan Islam baru-baru ini, beliau berulang kali sebut mahukan kerajaan Malaysia ini bersandarkan al-Quran dan hadis sahih. Beliau bukan sekadar minta pandangan dan idea ulama, tetapi juga sumbangan tenaga untuk pastikan Malaysia berada di landasan tepat.

Mengulas mengenai kenyataan ‘menjaga agama lain’ atau hifzuddin oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengundang kontroversi, Nik Omar berkata, kenyataan itu perlu dilihat dalam konteks sebenar.
“Beliau berucap selama satu jam tetapi hanya seminit daripada ucapannya mengundang pertikaian. Masyarakat perlu ambil sumber sahih setiap kenyataan dibuat menteri agar kita dapat hadam sebaiknya.

“Kalau kita tidak setuju, kita boleh nyatakan pandangan tapi tak boleh hukum ucapan itu. Kita kena yakin tidaklah seorang menteri agama itu bertujuan melalui ucapannya untuk menolak agama atau memberi tafsiran yang menggambarkan pandangan bertentangan dengan agama,” katanya.
Menurut beliau, kekeliruan yang timbul tidak perlu dipanjangkan sebaliknya boleh diselesaikan secara dialog dan perbincangan.

“Ada yang kata Hifzuddin khusus kepada Islam, tetapi ada juga ulama dan cendekiawan Islam berpandangan kita turut jaga agama-agama lain. Namun, jaga bukan bererti kita beri sokongan untuk agama lain disebarkan.

“Tetapi dalam kerangka Perlembagaan kita beri ruang kepada penganut agama lain untuk laksanakan ibadah cara mereka. Itu yang dimaksudkan menteri agama kita,” katanya.

sh

Picture

29 ulasan:

  1. Itu mung yang kata, apa pulak kata DAP yang mendominasi PH? Berani ke dengan DAP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulur sudah hilang..mrk semua bertukar jadi maknyah...hehehehee

      Mrk iktiraf lgbt...tak ada sekor beruk PANxxx mahupun pgayR berani menyalak.
      Anak perempuan ketua penipu pon berdiri teguh di belakang mrk....hehehehehe

      Ketua penipu nie pon satu...janji2 semasa kempen belum setel dah tergila2 nak bina keta nasional ke3.BANGANG!!!!
      Ada bnyk yg rakyat perlukan..ada bnyk negeri yg msh lagi mundur tapi BAPAK SEGALA TOLol sibuk nak keta ke3.BANGANG!!!!!!
      Hehehehehehe....

      Padam
  2. DAP dominasi PH celah mana macai fakenews? Komposisi 4 + 1 parti bagi MP PH pun macai fakenews buat fakenews. Buat fakenews kena bijak sikit macai. Kalau tipu bab nombor, statistik, akaun Amanah, duit tunai, money trail semua ada dokumen dan fakta kes. Bukan main komen sampah macam macai fakenews. Sampah-sarap punya macai. HAHAHA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagitau dengan pemimpin mung, kalu betul nak laksana agenda Islam bukan cakap je tapi kena move on, pertamanya tolong tutup semua kedai judi nombor ekor kat negeri masing-masing, kalau ini pun tak mampu bertindak tak payah sembang la pasal agenda Islam. Kuasa dah ada ditangan nak tunggu apa lagi? Ke takut DAP?


      Padam
    2. Gelojoh mung nak Agenda Islam. Mung sebenarnya promosi Agenda Islam atau mung nak perli Tok Guru Hadi Marang? Mung cuba ikut cara Tok Guru bawa RUU355.

      Dari 2015 sampai bubar Parlimen Tok Guru Hadi Marang berjaya baca RUU355 tanpa bahas dan tanpa undi sehabuk. Patut jadikan panduan kaedah Ulama macam Tok Guru Hadi Marang.

      3 tahun non stop baca RUU tanpa bahas dan tanpa undi. Inilah Agenda Islam gaya Tok Guru Marang.

      Padam
    3. Dulu salahkan BN, sekarang dah ada kuasa cai, bukan saja 355 tapi hudud pun boleh buat kalau nak buat, tutup dulu premis judi dinegeri-negeri PH kalau betul bawa Islam.....kalau tak mampu nak buat ni toksah bercakap pasal agenda Islam, buang masa je cai.


      Padam
    4. Premis judi terbesar di Asia Tenggara dalam negeri Be eNd boh. Kasino Genting.

      Mung kena kabor MB Kelantan dan MB Terengganu buat memorandum kepada MB Pahang supaya Kasino Genting dihapuskan.

      Jiran dan adik-beradik takkan nak maroh-maroh. Abang main judi adik belajar agama. Apa masalah kalau adik hentam abang?

      Padam
    5. Tak perlu sembang la cai, sebenarnya mung hanya macai yang tiada kuasa, pemimpin mung yang ada kuasa pun tak berani nak tutup premis judi dan pusat-pusat maksiat di Selangor dan Penang disebabkan malu alah dengan DAP, kafir DAP lagi berkuasa dari pemimpin Islam PH, mereka lebih takut pada DAP jika dibandingkan dengan Allah SWT, Nauzubillah.

      Padam
    6. Hahaha. Macai fakenews dalam Islam ada keutamaan didulukan. Yang premis judi terbesar di Genting macai tutup mata. Premis judi kecilan jadi sasaran?

      Lepas tu salah DAP. Sampah. Carilah momok lain. Zaman dah berubah. Momok DAP Melayu sudah tidak lagi takut.

      Padam
  3. Perusahaan industri kereta akan ada perubahan menjelang 2025 macai fakenews. Masa itu penduduk dunia sudah 8 billion. Kenderaan sudah jadi keperluan dan ada pasaran dalam dan luar negara.

    Rancangan jangka panjang kenderaan bermotor yang ada sekarang akan diambil alih oleh kenderaan hibrid atau elektrik. Matlamat nak kurang bergantung kepada petroleum dan kurang hasil karbon. Malangnya, orang macam mung, Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Donald Trump mana tahu semua ini. Jenis manusia yang suka jahanamkan masa depan negara!

    Kalau orang macam Tun M aku percaya memikir prospek negara maju daripada segi perindustrian. Bukan setakat fikir nak jadi negara maju dengan cara jadi negara berpendapatan tinggi semata-mata. Yang penting orang Melayu yang jadi perintis projek jangan jadi tamak dan bangsat macam Kleptokrat Sial.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksana dulu agenda Islam, tahun 2025 harapnya kita sudah bernaung dibawah syariat Islam bukan kereta yang didahulukan.

      Padam
    2. Agenda Islam wajib mula di Kelantan atau Terengganu. Sebabnya? Hampir 80% penduduk ialah Melayu beragama Islam. Ulama pula yang duduk di pusat tadbir. Takkan nak guna alasan lama lagi? Ulama kena mula buat kerja dan sokong agenda Islam. Bukan cari royalti dahulu tau.

      Enakmen Kanun Jenayah Syariah EKJS yang telah diluluskan dengan tangisan teresak-esak Datok Alwi dan janji letak jawatan Mat Yaakob. Juga di Terengganu sudah diluluskan masa zaman Hadi Awang lagi. Bila lagi Kerajaan Negeri nak kuatkuasakan? Berat nanang kalau ulama tak jalan undang-undang Islam.

      Padam
    3. Bukan saja Terengganu dan Kelantan tapi kepada semua umat yang mengaku Islam, terutama yang jadi pemimpin, mereka terikat dengan amanah sebagai pemimpin. Mung macai yang hanya tahu kutuk ulama, pemimpin mung dok berani nak kutuk ulama tapi mung berani sebab mung macai je....hehehehe



      Padam
    4. Eh.eh. Siap doh letak gelaran Tok Guru pun mung kabor aku kutuk ulama? Mung ning biol doh kut.

      Cuba komen sikit penguatkuasaan syariah di negeri Pas ning. Bila gok nok mula? Ulamok belaka doh hok berjujok dalam tu. Ko ada hok Ulamok liberal? Ulamok DAP? Guana gaya berat nanang Ulamok tak kuatkuasa EKJS?

      Padam
    5. Dari awal PAS perintah Terengganu dan Kelantan semua premis judi dan maksiat terlebih dahulu dihapuskan, PAS hanya tunggu kemenangan Putrajaya baru boleh untuk melaksanakan EKJS, bukan macam barua-barua DAP, bila PH dah dapat Putrajaya amanah sebagai pemimpin Islam dilupakan sebab dah jadi barua kepada kafir DAP.

      Padam
    6. Kahkahkah! Alasan mung. EKJS bukan hanya judi dan tempat maksiat. Nak agenda Islam tapi kandungan EKJS pun main hentam keromo.

      Agenda Islam mung sudah boleh dilaksanakan tetapi tinggal selangkah dua sahaja. Mengapa semua Ulama dan pemimpin Pas sudah tidak ghairah lagi?

      Jawapannya hudud hanya umpan politik bagi orang Pas. Tidak lebih daripada itu.

      Kalau royalti tak sampai sebulan menang sudah bertenggek 3 pemimpin Pas di Pejabat Putrajaya!

      Padam
  4. Selain menegur golongan LGBT, marilah bersama kita juga menegur golongan yang menggalakkan PEDOFILIA. Pedo perkataan Latin bermaksud kanak-kanak (umur bawah 13 tahun) dan filia ialah cinta, sayang.

    Ramai juga yang bertaraf ulama dan pemikir yang bersetuju dan menyokong tindakan golongan PEDOFILIA malah menyanjung perbuatan mereka sebagai sunnah Nabi SAW. Takkanlah ulama dan ustaz tak dapat beza sunnah Nabi dan tindakan songsang PEDOFILIA? Nasihat LGBT bersama PEDOFILIA sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. LGBT adalah folongan yang melawan firrah manusia dan dilaknat oleh Allah SWT.

      Perkahwinan dibawah umur diizinkan oleh Islam dan ianya tertakluk kepada wali kepada gadis tersebut, wali lah yang berhak menentukannya bukan kita.


      Padam
    2. Betul juga serah kepada wali. Wali yang bertanggungjawab takkan nak kahwinkan anak perempuannya yang berumur 11 tahun dengan lelaki berumur 41 yang sudah ada 2 isteri dan tanggungan lain? Apa tujuan utama pernikahan bukan untuk menyambung zuriat? Apa risiko dan cabaran berumahtangga yang sudah didedahkan kepada anak? Dibenarkan dan digalakkan dua perkara berbeza. Kanak-kanak dilindungi bukan dieksploitasi Pedofilia.

      Padam
    3. Kalu mung sebagai wali mung setuju anok mung kahwin muda? Memang dok setuju kan? begitu juga dengan walk-wali yang lain....semuanya terletak pada kewarasan wali.

      LGBT adalah perbuatan terkutuk, perlu dibenteras supaya tidak memudharatkan generasi akan datang.

      Mung LGBT ke?

      Padam
    4. Mung pulok? Pedofilia ke LGBT? Napok gaya komen Pedofilia dah mung ni. Molek mung kabor ke sedara mara mung moga boleh berubat.

      Padam
    5. Perkahwinan dibawah umur dibenarkan oleh Islam, aku sebagai umat Islam hanya patuh pada ajaran Islam, aku tiada kuasa nak halang para wali yang nak nikahkan anak gadis mereka.

      LGBT adalah perbuatan terkutuk, kalau mung salah seorang dari mereka elok la mung bertaubat sementara nyawa dikandung badan.

      Padam
  5. LGE bongkar 18 billion refund GST dialih keluar daripada Akaun Amanah dan digunakan dalam Akaun Disatukan sebagai hasil Kerajaan. Wang refund GST 18b selama 2 tahun belum dikembalikan kepada peniaga. LGE dakwa Kerajaan Be eNd merompak peniaga.

    Zahid Komedi berpendapat duit refund 18b tidak dicuri. Tetapi masuk di dalam Bajet Tambahan dan digunapakai untuk tujuan lain. Sesudah 2 tahun ini pengakuan jujur pemimpin terdahulu.

    KJ bertindak berani melapor polis kehilangan refund GST 18b dengan mendakwa bekas Menteri Kewangan dan pegawai Kementerian Kewangan.

    YB Pas belum beri komen apa-apa sebab masih serang isu LGBT dan isu pengkhianat negara.

    Siapa yang bawa ajaran Islam sebenarnya sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul bawa ajaran Islam bongkar dan siasat juga kes forex, perwaja, pkfz, terowong bawah laut, dan banyak lagi scandal yang membabitkan pemimpin PH. Pulangkan semunyaa kepada rakyat apa yang telah disamun...


      Padam
  6. Standard jawapan pemimpin Be eNd apabila dibongkarkan salahlaku seleweng mereka. Salahkan pegawai kerajaan dan salahkan jabatan Kerajaan. Duit GST yang hilang tiada seorang pemimpin yang mahu bertanggungjawab? Semua cabut lari dan tidak tahu.

    Dalam Dewan bukan main sokong GST tapi duit GST hilang mereka tidak peduli. Harapkan KJ seorang yang buat laporan polis dan SPRM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa KJ buat laporan pada polis dan sprm?

      Padam
  7. Kebangangan apakah yang dialami MP Kleptokrat Malaysia? Duit GST hilang daripada akaun Amanah, mereka sibuk salahkan peniaga, pegawai kastam, pegawai kewangan sebab tipu claim. Nampak gaya GST langsung tidak berkesan, menyusahkan Rakyat, membebankan peniaga tetapi menguntungkan Kleptokrat Malaysia.

    Kalau bukan merompak duit sudah hilang siapa yang ambil? Perompak atau Pemimpin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Madey atau DAP yang ambil.....

      Padam
  8. Sebab ini la kenapa Nik Omar dipinggirkan, kalau nak jawatan di Jabatan Perdana Menteri jangan sekali-kali bercakap pasal Islam, apatah lagi nak laksanakan syariat Islam. Simpan saja agenda Islam tu dibawah karpet macam Mujahid, baru boleh jawatan yang diidamkan, kena jadi barua dulu la....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...