iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Hari ini Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan) dan sekumpulan Buskers Orang Kurang Upaya (OKU) bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan susulan alat muzik mereka dirampas penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga tular di media sosial.
Susulan itu Khalid Samad telah berbesar hati untuk bertemu dengan sekumpulan buskers untuk mendengar sendiri permasalahan yang berlaku.
Sekumpulan Buskers OKU itu hadir di Pejabat DBKL dan Khalid telah mendengar aduan dan luahan hati mereka.
“Saya akan cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan nasib mereka terbela,” ujar Khalid dalam kenyataannya hari ini.
Pertemuan itu turut dihadiri Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez.
Freddie dalam kenyataan pada Ahad lalu, dipetik berkata, komitmen menteri wilayah yang baru itu diyakini dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan penuh muhibah.
“Karyawan melahirkan kesyukuran dan amat kagum dengan perhatian yang diberikan oleh menteri yang begitu mengambil berat perihal ini sehingga sanggup meluangkan masa bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung perkara ini.
“Komitmen daripada menteri untuk turun berjumpa ini satu rahmat kepada semua penghibur jalanan.
“Ini kerana beliau sudi untuk mendengar sendiri penjelasan segala permasalahan yang timbul dan pastinya akan diselesaikan dengan penuh muhibah,” katanya dalam satu kenyataan dipetik.
Baru-baru ini tular di media sosial tindakan penguatkuasa DBKL menyita alat muzik kumpulan ‘buskers’ OKU itu hingga mencetuskan cemuhan pengguna media sosial.
Berikutan itu, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam menyatakan kesediaannya bertemu dengan kumpulan terbabit selepas Hari Raya Aidiladha bagi mencari jalan penyelesaian.
mdl
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...