KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Istanbul ekoran mengalami masalah kesihatan.
Dalam
satu mesej kepada Harakahdaily, setiausaha politiknya, Dr Ahmad
Shamsuri Mokhtar yang turut bersama beliau berkata, Ustaz Hadi dibawa
dengan ambulan kira-kira jam 8.45 malam tadi waktu Malaysia.
Difahamkan, Ustaz Hadi kini dirawat di sebuah hospital universiti di Medipol Universitesi Hastansi, Istanbul.
Sementara itu, dalam satu lagi mesej, anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengesahkan perkara itu.
"Beliau (Ustaz Hadi) dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.
"Mohon
doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin
ummah," katanya yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.
hd
Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Sabtu, Mei 31, 2014
[ PRK Teluk Intan ] Ribuan banjiri ceramah kemuncak DAP Malam Tadi
Menjelang hari mengundi esok, ribuan hadirin membanjiri ceramah kemuncak DAP yang diadakan di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan.
Kira-kira 10,000 orang membanjiri dataran tersebut untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat, sehingga melimpah ke jalan utama dan ada juga menonton dari laluan jalan kaki rumah kedai berhampiran.
Jumlah hadirin bertambah ramai dengan lebih ramai pemimpin kanan DAP datang kemudian pada waktu malam, termasuk calon Dyana Sofya Mohd Daud.
MP DAP Seremban, Anthony Loke menggesa orang ramai untuk meminta semua rakan mereka yang merupakan pengundi di Teluk Intan supaya balik mengundi esok.
Mengundi bermula pada pukul 8 pagi esok di 37 daerah mengundi bagi lebih 60,000 pengundi.
Kesesakan lalulintas lebih 1km berlaku di sepanjang Jalan Changkot Jong menandakan bahawa pengundi luar kawasan dalam perjalanan pulang ke Teluk Intan.
mk
Jumaat, Mei 30, 2014
Dakwah kepada mualaf perlu berterusan [ TG Nik Aziz ]
KOTA BHARU: Program dakwah kepada golongan mualaf hendaklah dilakukan secara berterusan bagi memantapkan kefahaman mereka terhadap Islam.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang sering berlaku mereka hanya diislamkan sahaja tanpa ada tindakan susulan.
“Akibat kelalaian kita, bukan hanya di Sabah atau di mana sahaja perkara seperti itu sentiasa berlaku.
“Untuk itu saya berharap selepas mengislamkan orang bukan Islam, perlu diadakan kelas-kelas agama bagi membolehkan mereka memahami Islam lebih mendalam,” ujarnya ketika menerima kunjungan bekas vokali kumpulan Nasyid Raihan, Nazri Johani di Institut Pemikiran Tok Guru semalam.
Nazri berkunjung ke Kelantan bagi mencari dana untuk membina Al-Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut mengalu-alukan usaha dilakukan Nazri bagi membantu umat Islam di Sabah bagi menjaga aqidah saudara-saudara kita.
Nazri ketika ditemui berkata, pihaknya memerlukan dana sehingga RM10 juta bagi menyiapkan pembinaan pusat tahfiz tersebut.
Bagaimanapun katanya sebanyak RM1 juta diperlukan untuk menyiapkan bangunan asas yang akan disiapkan lebih awal.
“Alhamdulillah syukur banyak-banyak setakat ini masyarakat Kelantan adalah penyumbang yang paling tinggi bagi membolehkan pembinaan dijalankan,” ujarnya.
Mereka yang berminat ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Al-Tahfiz Bayu Syahadah Resources melalui CIMB Bank 12300000833109 atau Bank Islam 12038010098575.
Sementara itu jam 10.30 pagi Nazri akan bersama peminatnya di Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati selepas kuliah mingguan pagi Jumaat.
hd
[ Gempak!! ] Pegawai (SPRM) merupakan suspek kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock
Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan suspek utama dalam kes kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dan dengan itu keterangan mereka perlu dilayani dengan berhati-hati.
Peguam Gobind Singh, mewakili keluarga Beng Hock, berhujah keterangan saksi-saksi bebas semasa inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam mendedahkan pegawai-pegawai SPRM tidak
bercakap benar.
Beliau mendakwa terdapat keterangan bahawa pegawai berkenaan telah menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati pada 16 Julai 2009.
Hujahnya Mahkamah Koroner tidak sepatutnya mengggunakan standard bukti lebih tinggi untuk mencapai keputusan terbuka dalam kes Beng Hock.
"Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman," katanya di hadapan penel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Dua lagi anggota panel ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.
Gobind Singh berhujah Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan keputusan terbuka inkues itu, gagal mengambil kira bahawa inkues itu lebih kepada usaha mencari fakta dalam memastikan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Beng Hock.
Sementara itu, pihak pendakwa raya, diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajudin dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas, berhujah keterangan oleh empat pakar, termasuk
pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis, semasa inkues itu mendapati kecederaan dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh.
Nadia Hanim berkata hanya pakar dipanggil oleh perayu (abang Beng Hock, Teoh Meng Kee), pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand tidak bersetuju dengan pandangan itu
dengan merumuskan bahawa 80 peratus adalah homisid (pembunuhan) dan 20 peratus bunuh diri dengan kecederaan pada leher Beng Hock mungkin akibat jerutan.
Katanya Dr Pornthip lebih banyak bergantung kepada gambar diambil sebelum bedah siasat pertama dan pakar patologi itu tidak pernah hadir semasa autopsi dilakukan.
"Beliau membuat spekulasi dan tidak konsisten semasa memberikan pandangannya, terutama tentang kecederaan di leher Beng Hock," katanya.
Beliau berkata Dr Pornthip juga tidak pernah pergi ke tempat kejadian.
Hakim Mohamad Ariff memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis mereka dalam dua minggu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk menyampaikan
penghakimannya.
Meng Kee memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari 2010 yang memberikan keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh
diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian itu.
Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai 2009.
Selepas Mahkamah Koroner memberikan keputusan terbuka itu, Meng Kee memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan itu disemak semula. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan itu pada 1 Disember 2011.
Meng Kee memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 2 Februari 2013 untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
mk
Khamis, Mei 29, 2014
[ Kajian PRK ] DAP Akan Menang di Teluk Intan, Undi Melayu Bertambah.
Satu tinjauan dijalankan oleh sebuah universit swasta tempatan menunjukkan DAP akan berjaya menarik lebih banyak sokongan Melayu melalui calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.
Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan.
Tinjauan tersebut menunjukkan jangkaan bahawa Dyana Sofya akan meraih 28.3 peratus undi Melayu, manakala calon BN akan mendapat 58.75 peratus, dengan lapan peratus lagi masih belum membuat keputusan.
"Ia merupakan peningkatan sebanyak antara lima hingga enam peratus (berbanding pilihan raya umum) daripada kira-kira 20,000 pengundi," kata pengasas pusat kajian itu, Ngerng Miang Hong.
Sementara iut, sebanyak 43 peratus daripada pengundi India dijangka memilih Dyana, manakala 44 peratus lagi lebih berminat pada calon BN Datuk Mah Siew Keong, dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan.
Hasil berkenaan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 400 orang responden yang terlibat. Para responden tersebut hanya terdiri daripada pengundi Melayu dan India di Teluk Intan, yang ditinjau antara 24 hingga 26 Mei lalu.
Ngerng berkata, satu kajian kumpulan tumpuan untuk pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum ke-13, dengan kira-kira 75 peratus memilih DAP.
Katanya, tinjauan itu menunjukkan jangkaan bahawa DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi sekiranya 70 peratus keluar mengundi pada 31 Mei.
Jangkaan itu jauh berbeza berbanding majoriti 7,313 undi yang diperolehi pada 2008, dengan 80.4 peratus jumlah keluar mengundi.
Tinjauan itu menyatakan jangkaan sekurang-kurangnya 69 peratus akan keluar mengundi pada 31 Mei.
mk
[ Salah Guna Kuasa ] PAS mahu Bank Rakyat jawab isu pinjaman RM40j
PAS menuntut Bank Rakyat menjelaskan mengenai dakwaan campur tangan politik dalam isu pembayaran balik pinjaman sebanyak RM40 juta oleh seorang usahawan permaidani.
Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata Bank Rakyat dan kerajaan Malaysia perlu menjelaskan alasan dalam meluluskan pinjaman dan juga pembayaran balik tanpa faedah untuk pinjaman tersebut.
"Kita minta penjelasan dari bank adakah penstrukturan semula pinjaman ini kerana peminjam gagal bayar? Kalau gagal bayar kenapa tidak ada tindakan undang-undang kepada peminjam?
"Kenapa perlu perbincangan di pejabat menteri dengan untuk bayar semula hutang?
"Apa kelebihan dan keistimewaan beliau? Dia pemegang syer atau ahli koperasi?," soal Mahfuz dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Mahu SPRM siasat
Mahfuz juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara menyiasat tadbir urus Bank Rakyat kerana bimbang isu tersebut melibatkan skandal lebih besar.
"Walaupun (Bank Rakyat dikawal) bawah Kementerian Pengguna dan bawah Akta Korperasi tapi Bank Negara masih ada tanggungjawab.
"Bank Negara harus lihat penstrukturan semula pinjaman hutang ini," katanya.
Menurut Mahfuz , kelulusan pinjaman itu juga seolah-olah mengkhianati pemegang saham bank berkenaan yang rata-ratanya terdiri dari rakyat biasa.
Katanya, sebanyak dua juta syer Bank Rakyat dimiliki oleh 945,522 individu dan 2,019 koperasi peladang dan petani.
"Saya juga minta mesyuarat agung luar biasa oleh pemegang syer untuk bincang skandal campur tangan menteri ini.
"Kerajaan patut lihat (perkara ini) dengan serius kerana libatkan kepentingan majoriti rakyat marhaen dalam koperasi," kata beliau.
Kontrak tak disambung
Portal The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan kenyataan seorang bekas pengerusi Bank Rakyat yang mendakwa Menteri Kabinet Datuk Seri Hasan Malek campur tangan dalam kelulusan pinjaman asal sebanyak RM32 juta kepada seorang usahawan permaidani.
Bekas pengerusi bank tersebut, Tan Sri Sabbaruddin Cik juga dilaporkan mendakwa bank tersebut meluluskan tempoh bayaran selama 10 tahun tanpa sebarang faedah.
Beliau mendakwa, lembaga pengarah Bank Rakyat pada awalnya menolak tawaran tersebut, namun terpaksa bersetuju akibat campur tangan politik.
Menurut laporan itu, kontrak Sabbaruddin tidak disambung selepas April tahun ini ekoran bantahan ke atas keputusan tersebut.
mk
[ PANAS!! ] BN kalah PRU14 kata Bekas Setiausaha Agung Umno
Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabbaruddin Chik membayangkan Datuk Seri Najib Razak akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya tiada sokongan pengundi muda.
Sabaruddin berkata, generasi muda tidak lagi bodoh dan keputusan lebih buruk akan menimpa Umno dan Barisan Nasional (BN) sekiranya tiada perubahan dalam pentadbiran Najib.
"Pilihan raya umum seterusnya, saya takut kalau kita tidak buat sesuatu, kita akan terima lebih banyak azab.
"Orang muda, tidak banyak, banyak generasi Y ini tidak bersama dengan kita," kata Sabbaruddin dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu (PRU13) lalu sebagai paling teruk, Sabaruddin tidak menolak dalam pilihan raya akan datang BN akan hilang setengah kerusi di Parlimen yang mereka miliki ketika ini.
"Kalau tidak ada perubahan yang serius, kita akan hilang setengah, sekarang dua pertiga," katanya yang pernah memegang jawatan setiausaha agung Umno pada 1996.
Sabaruddin berkata, isu rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran antara faktor utama penolakan generasi muda.
"Rasuah, ketirisan dan ketelusan perlu ditekankan," katanya.
Pentadbiran Najib tercalar dengan beberapa isu ketirisan, beberapa laporan Ketua Audit Negara beberapa tahun kebelakangan ini mencerminkan ketempangan dalam pentadbiran beliau.
Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2013 baru-baru ini juga tidak mencerminkan imej transformasi, apabila beberapa kontroversi ketirisan didedahkan dalam laporan tersebut.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga terpaksa memanggil lima kementerian untuk memberi keterangan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 Bagi Siri Pertama.
Usaha Najib untuk memulihkan imej bersih pentadbirannya menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada 2009 juga tidak berjaya.
Namun, laporan yang dikeluarkan Transparency International-Malaysia (TI-M) bagi 2013 menunjukkan Malaysia hanya memperbaiki kedudukan satu anak tangga, naik daripada kedudukan 54 ke 53 berbanding 2012.
Kedudukan tersebut tidak berjalan seiring dengan transformasi yang dilaungkan oleh perdana menteri.
Mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri walaupun prestasinya lebih buruk jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabbaruddin berkata Najib bernasib baik.
"Najib bernasib baik kerana ambil alih daripada Pak Lah, jika beliau ambil alih daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) pasti dia pun kena letak jawatan.
"Najib bernasib baik, tapi beliau tidak boleh bergantung dengan nasib," katanya.
Abdullah terpaksa melepaskan jawatannya pada 2009 susulan tekanan daripada perdana menteri paling lama berkhidmat itu dan pemimpin Umno lain akibat keputusan buruk pilihan raya umum pada 2008.
Walaupun prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah, beliau masih terselamat kerana tiada desakan untuk menurunkannya daripada tampuk kuasa walaupun pada awalnya desas-desus mengatakan ada usaha sedemikian.
Sabbaruddin berkata, tindakan mendesak Abdullah meletak jawatan tersebut sebagai tidak wajar dilakukan.
"Sepatutnya, Pak Lah dahulu tidak disuruh pun letak jawatan.
"Pak Lah tidak bernasib baik sebab ambil alih daripada Dr Mahathir kerana ketika itu beliau masih sangat kuat," katanya.
Sabbaruddin berkata, ketiadaan tokoh dan penganti yang berkemampuan dalam Umno juga punca tiada sesiapa yang berani mendesak Najib daripada meletak jawatan.
"Najib kurang tapi tiada sesiapa yang suruh beliau undur.
"Bukan selesa atau tiada yang mahu Najib diganti, tapi orang Umno takut kalau dia dipaksa pergi siapa hendak ganti beliau," katanya.
Genap setahun PRU13 pada 5 Mei lalu, pentadbiran Najib dilihat lemah dan tidak berfungsi dengan sepenuhnya, pengkritik dan pemerhati politik negara berkata ia berpunca daripada keputusan pilihan raya tersebut.
Najib mendapat mandat pertamanya secara rasmi selepas memenangi 133 kerusi Parlimen daripada 222 jumlah kerusi keseluruhan, namun keputusan itu masih buruk kerana BN hilang undi popular buat kali pertama.
Najib juga ketika ini bergelut dengan tekanan dan bahang kemelut melibatkan isu kaum dan agama yang masih tiada penghujung.
Kewujudan kumpulan ekstremis seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menurut pengkritik berpunca daripada kelemahan yang datang daripada pentadbiran Najib sendiri. – 29 Mei, 204.
tmi
Rabu, Mei 28, 2014
[ PRK Teluk Intan ] SPR TIDAK AMANAH..
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) hari ini mengkritik sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap kenyataan menteri dalam negeri beberapa hari lalu sewaktu berkempen kepada anggota RELA di Teluk Intan.
Menurut BERSIH, kenyataan Datuk Seri Zahid Hamidi yang mendakwa beliau tahu mana-mana anggota RELA yang tidak turun mengundi dan menggesa mereka agar mengundi calon BN adalah satu kesalahan berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya.
"Pelanggaran undang-undang secara terang benderang begini tidak boleh berterusan.
"Pihak berkuasa yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah sudah tidak mengendahkan seruan rakyat supaya menjalankan tugas mereka.
"Yang paling teruk sekali antara mereka SPR, telah mengurangkan peranannya kepada sekadar pemerhati sahaja, di mana jenayah seperti ini dilakukan tanpa segan.
"SPR mempunyai tugas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menegakkan integriti pilihan raya tetapi seperti yang lazimnya tidak memenuhi amanah ini," kata Naib Pengerusi BERSIH, Datuk Dr Toh Kin Woon (atas).
Beliau berkata demikian pada sidang media BERSIH di Teluk Intan, tengah hari ini.
Bekas anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Wong Chin Huat berkata SPR tidak boleh berpihak kepada Zahid apabila ia melibatkan kesalahan pilihan raya.
"SPR tak boleh selamatkan Zahid (dengan) kata (kenyataan Zahid berupa) nasihat dan Zahid tak boleh kata ia bergurau kerana kalau dia bergurau dengan sesuatu yang bersifat jenayah, dia perlu letak jawatan sebagai menteri," katanya.
Anggota jawatankuasa BERSIH termasuk pengerusinya, Maria Chin Abdullah akan membuat laporan polis berhubung kenyataan Zahid itu di IPD Hilir Perak, petang ini.
Subsidi pengangkutan tiada masalah
Sementara itu, Maria (bawah) berkata organisasi itu tidak bersetuju dengan pengangkutan percuma untuk mengangkut pengundi dengan syarat mengundi calon-calon tertentu pada pilihan raya.
"Pengangkutan percuma angkut pengundi kita tak setuju.
"Kalau pengangkutan disubsidikan kita tak ada masalah, ada peruntukan untuk perkara itu dalam undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas perkhidmatan bas yang disediakan DAP untuk mengangkut pengundi dari Selangor dan Kuala Lumpur serta menghantar pengundi dari Singapura pulang ke negara itu.
mk
PEMIMPIN PR DENGAN PEMIMPIN UMNO/BN [ SAKSIKAN PERBEZAANNYA ]
KUALA LUMPUR 27 MEI: Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim
piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keprihatinan Abdul Khalid ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih mendekati panda berbanding rakyat.
Sehingga kini, Najib tidak sekalipun menyatakan simpatinya terhadap penderitaan lima beradik ini apatah lagi mengunjungi mereka, tetapi lebih menyayangi dua ekor panda yang dilawatinya di Zoo Negara semalam.
Tidak seperti Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menziarahi kelima-lima beradik tersebut pada hari ini yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.
Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.
“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya, seperti dilapor SelangorKini.
Terdahulu, Abdul Khalid hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.
Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.
“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.
Selepas hampir sejam bersama anak-anak itu, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.
Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.
Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain, 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, maut dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.
Jenazah suami isteri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.
kd

Selasa, Mei 27, 2014
[ Pengundi Teluk Intan ] Bodoh!! jika masih Mengundi BN, kata Anwar
Selepas segala kritikan yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut.
"Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu.
"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang ramai.
"Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya.
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan berdepan dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong Sabtu ini bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan susulan kematian Seah Leoh Peng pada 1 Mei lalu.
Anwar malam tadi memuji Dyana Sofya sebagai seorang belia dan berpengalaman berkerja bersama Lim Kit Siang yang disifatkan sebagai pemimpin yang tidak pernah penat.
"Dyana masih muda, sekiranya dia melakukan salah, kita boleh mengajar dia, Kit Siang ada, beliau melatih sendiri Dyana dalam politik ini.
"Adakah anda fikir senang bekerja dengan Kit Siang, Beliau tidak tahu makna penat, tidak tahu untuk tidur saya juga tidak tahu apa yang beliau amalkan, mungkin tablet ginseng atau Tongkat Ali," kata Anwar.
Pada masa yang sama, Anwar juga menyelar BN ekoran politik bikini yang dimainkan bagi menentang Dyana Sofya selain menjadi mangsa samseng, sexism, dan laman sosial kempen sejak daripada pengumuman beliau.
"Bercakap mengenai pendidikan polisi BN, apa yang anda mahu lakukan untuk penduduk Teluk Intan, adalah harga barangan berpatutan, sebaliknya mereka tanya: apa warna lipstik, apa jenama bikini yang kamu pakai.
"Politik Umno BN biarpun Islam tetapi anda tidak boleh menipu menghina orang. Ini adalah politik 'xiao ren' menghina," katanya.
Selain itu, Anwar juga keliru apabila Gerakan masih menuntut undi daripada pengundi di Teluk Intan memandangkan prestasi di Pulau Pinang.
"Adakah Gerakan masih lagi wujud? Saya keliru, rakyat di Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan Gerakan jadi mengapa mereka masih ada di Teluk Intan," katanya.
Mah yang juga Presiden Gerakan menang di kerusi Parlimen Teluk Intan sebanyak dua kali pada 1999 dan 2004, bagaimanapun kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 kepada DAP iaitu M Manogaran dan Seah 2013.
Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi termasuk 410 pengundi awal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa pengundian awal pada 27 Mei dan tarikh mengundi adalah pada 31 Mei ini. – 27 Mei, 2014.
tmi
[ PRK Teluk Intan ] Dyana simbol pembaharuan politik Malaysia kata Anwar Ibrahim
TELUK INTAN 27 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
percaya pemilihan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud di Pilihan Raya
Kecil (PRK) Teluk Intan mampu merubah era politik Malaysia.
Katanya, pencalonan Dyana sekaligus menolak tuduhan Umno bahawa DAP adalah parti berasaskan kaum Cina semata-mata.
“Walaupun saya tidak mengenali Dyana secara dekat, saya bangga dan gembira kerana saya percaya dengan pilihan DAP.
“Graduan dari UiTM ini pandai dalam pengajiannya. Beliau juga berani kerana baru dua minggu jadi calon dah kena hentam dengan Umno.
“Kita betul-betul menghargai pengorbanan beliau dan sehingga hari ini beliau masih bertahan,” kata Anwar di hadapan 7,000 rakyat pada Ceramah Perdana di Jalan Selat, Kampung Terenganu, Durian Sebatang, Ahad lalu.
Menurut Anwar, pencalonan Dyana antara langkah strategi Pakatan Rakyat untuk menarik anak muda supaya bergiat aktif dalam politik serta memecahkan tembok perkauman.
“Jika kemenangan di Teluk Intan milik kita, Dyana adalah simbol pembaharuan dalam dunia politik dan kemenangan ini adalah masa depan kita semua,” katanya.
“Baik PAS, DAP atau KEADILAN, penting untuk kita buktikan pada semua bangsa tak kira Cina, Melayu, India – kita sama-sama bangkit untuk pertahan hak rakyat masing-masing tanpa mengira kaum.
“Kita mahu ramai suara anak muda di Parlimen dan inilah semangat untuk mereka,” kata Anwar lagi.

[ TERBONGKAR!! ] LAGI SALAH GUNA KUASA KERAJAAN UMNO NAJIB/ROSMAH
KUALA LUMPUR 26 MEI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
perlu menyiasat dakwaan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabaruddin
Chik mengenai campurtangan seorang menteri bagi membolehkan pinjaman
RM32 juta tanpa faedah diberikan kepada seorang individu.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tuduhan itu amat serius dan SPRM perlu menyiasat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sekiranya melakukan salahguna kuasa.
Katanya, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berdiam diri memandangkan individu berkenaan turut dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan.
“Ini tuduhan yang besar, Najib tak boleh berdiam sahaja, kena siasat dengan segera. Sabaruddin ni bekas menteri kerajaan, dia dah dedahkan bahawa individu tersebut ada kaitan dengan kerajaan.
“SPRM perlu siasat Hasan Malek dan ambil tindakan dengan segera jika benar dia salah guna kuasa. Isu ini menunjukkan kronisme dalam Umno itu sendiri,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Pada 26 Mei lalu, Sabaruddin mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara pinjaman bernilai RM40 juta oleh individu yang rapat dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Sabaruddin memberitahu, individu tersebut menggunakan jaringan politiknya untuk melangsaikan baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta tanpa faedah.
Memetik laporan The Malaysian Insider, Sabaruddin mendedahkan Hasan mengadakan pertemuan dengan individu tersebut di luar pengetahuan Bank Rakyat pada Januari lalu.
Beliau memberitahu Lembaga Pengarah Bank Rakyat untuk menolak penyelesaian mudah bagi menyelesaikan baki pinjaman tersebut dengan tempoh bayaran 10 tahun melalui 120 keping cek “post dated”.
Selepas keputusan itu, Hasan didakwa tidak berpuas hati dan enggan menandatangani surat untuk menyambung khidmat Sabaruddin sebagai pengerusi Bank Rakyat.
Justeru Surendran mendesak SPRM menyiasat semua pihak yang terlibat bagi mengetahui sekiranya wujud campurtangan politik dalam keputusan bank berkenaan.

Isnin, Mei 26, 2014
Presiden PAS, Anwar Ibrahim di Teluk Intan hari ini [ PRK ]
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan berada di Teluk Intan hari ini bagi membantu kempen calon Pakatan Rakyat dari DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
Selain beliau, beberapa lagi pimpinan uatama PAS termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan Ketua Peneranagn PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar juga akan berkampung di situ.
Mereka dijangka menyertai ceramah kelompok serta perogram Hi-Tea bersama masyarakah untuk sesi petang manakala kemuncak pada ceramah perdana di Batak Rabit malam ini.
Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beada di Teluk Intan sejak petang semalam.
Anwar pada amalm ini akan berseramah di perkarangan rumah kedai di Taman Desa Aman, Changkat Jong.
hd
[ Umno Celaka ] Hina Umno bukan hina Melayu, kata Anwar
Tindakan menghina Umno tidak bermakna menghina masyarakat Melayu-Islam secara keseluruhannya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, walaupun menghargai pejuang Umno terdahulu tetapi beliau tidak mengiktiraf pemimpin Melayu yang merompak tanah rakyat sendiri sebagai pejuang bangsa.
"Apa pula Umno (itu) Melayu. Umno, Umnolah. Melayu, Melayulah.
"Saudara jadi perampas harta Melayu tetapi diangkat jadi pejuang Melayu," katanya kepada pemberita di majlis persandingan anak perempuannya di Dataran Saujana Prima di Kajang hari ini.
Katanya, tindakan pemimpin Umno menyokong kumpulan Pemuda Umno menyerang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang juga dianggap tidak wajar walaupun wakil DAP menghina Umno.
"Kalau itu jadi ukuran, sudah berapa kali kita harus serang Parlimen Malaysia kerana bersikap biadap (terhadap Pakatan Rakyat)," katanya.
Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Umno berhak menegur DAP tetapi tidak menyokong tindakan biadap pemuda parti itu menyerang sidang DUN seperti samseng.
Mengulas tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong tindakan Pemuda, Anwar berkata pihak berkuasa perlu bersikap adil dan tidak terus membiarkan Umno bersikap kebal daripada undang-undang.
Katanya, insiden itu tidak wajar disamakan dengan pergaduhan sesama ahli parlimen di Taiwan kerana sidang DUN Pulau Pinang diserang daripada pihak luar.
"Saya nak tengok sejauh mana tindakan diambil terhadap samseng Umno.
"Kita dibaling batu tetapi tiada tindakan. Apa ingat Pakatan tiada harga? Kami yang kuli ini semua ini tiada harga?
"Pemimpin bangsawan kamu pelihara cium tangan dia walaupun dia penjenayah," katanya.
Akhbar Mingguan Malaysia dalam kolum 'Awang Selamat' menyifatkan tindakan menghina Umno boleh dianggap sebagai menghina Islam dan Melayu kerana parti itu dinaungi ramai orang Melayu dan Islam.
"Jangan salahkan pihak lain jika berlaku tindak balas. Ekstremisme mengundang ekstremisme," kata Awang Selamat yang menganggap DAP parti paling rasis.
Katanya, insiden itu membuktikan DAP membawa standard mangkuk tandas ke dalam Dewan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer pada Selasa lalu mengeluarkan perkataan 'Umno celaka' semasa perbahasan sidang DUN Pulau Pinang, sekaligus mencetuskan kemarahan dan beberapa siri protes Umno terhadap DAP.
Tidak berpuas hati dengan Rayer, sekumpulan 60 pemuda mengganggu persidangan apabila menceroboh masuk DUN pada Rabu lalu, menyebabkan 12 orang ditahan polis namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
Di Kuala Lumpur, kira-kira 50 Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membawa sepanduk mengadakan protes dihadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew mengugut untuk membakar bangunan dan merosakkan papan tanda DAP.
Manakala di Pahang, insiden baling telur dilakukan kumpulan Pemuda Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membawa bendera negeri dan menyerang pejabat DAP di Kuantan pada Jumaat lalu.
Zahid turut menyokong tindakan ganas itu apabila menyifatkannya sebagai satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membiarkan ahlinya menghina Umno. -- 25 Mei, 2014.
tmi
[ Anwar Ibrahim ] Kenapa kenyataan Rayers jadi isu kepada Umno?
KAJANG – Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikai tindakan Umno menjadikan isu terhadap kenyataan Adun DAP (Seri Delima) RSN Rayer yang mengeluarkan perkataan kesat dalam Sidang Dun Pulau Pinang, Selasa lalu.
Menurutnya, andai kenyataan itu disifatkan bermasalah, Rayer sepatutnya ditegur di dalam sidang itu dengan membawa usul bukan dengan cara menyerang dan mengugut.
“Mengapa kenyataan Rayers menjadi masalah kepada Umno? Kalau ya pun masalah, tegurlah. Bawa usul. Jangan bawa cara tindakan biadab.
“Ini nak cuba pertahankan serangan terhadap Dun kerana satu kenyataan. Kalau itu jadi ukuran, berapa kali kita harus serang Parlimen kerana sikap dan kenyataan biadab pimpinan Umno dan menteri? Tapi kita tak boleh lakukan begitu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis meraikan perkahwinan anak perempuannya, di sini.
Beliau juga menyebut mahu menanti tindakan pihak berkuasa terhadap serangan tersebut.
“Saya nak tengok sejauh mana tindakan diambil. Tapi saya yakin... saya sendiri berpengalaman, baling batu pada bas ketika saya berkempen, apa tindakan? Tidak ada,” katanya.
Malah Anwar mengingatkan pemimpin Umno bahawa dirinya sendiri telah dihina sejak berpuluh tahun lamanya.
“Cara menyerang ini cara biadab. Menggunakan samseng untuk mengugut orang. Saya tidak anggap tindakan menyerbu Dun ini ringan.
“Mainkan sentimen ‘sebab’. Oh sebab orang maki saya, adakah saya terajang orang Umno itu? Tak boleh.
“Kita mesti hormat proses undang-undang. Menteri dalam negeri selain daripada polis harus mengambil tindakan. Menjamin keselamatan rakyat tak kira sama ada kawan atau musuh politik,” katanya.
sh
Ahad, Mei 25, 2014
Halangan hudud akan berakhir [ TGNA ]
KOTA BHARU - Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin halangan terhadap pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan akan berakhir sedikit demi sedikit tidak lama lagi.
Menurutnya, apabila ikhtiar manusia terhadap sesuatu perkara itu sampai pada kemuncak, ALLAH SWT akan memberikan jalan keluar untuk mendapatkan penyelesaian.
“Masalah hudud masalah terakhir, tak ada dah (selepas ini), hudud tetap berjalan tanpa ada halangan, Nabi Muhammad hidup tak ada perkara yang jadi halangan, ada sahaja jalan penyelesaian,” katanya ketika berucap sempena penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan di sini, semalam.
Hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Nik Abdul Aziz berkata, situasi semasa jelas menggambarkan halangan dihadapi Pas Kelantan dalam usaha melaksanakan hudud berjaya diselesaikan walaupun tidak secara menyeluruh.
“Sekarang ramai dalam kalangan masyarakat Cina minat mengetahui hudud. Jika Umno tak mahu tak apa, tak boleh buat apa, halangan dari kanan, cari jalan ke kiri, sebaliknya,” katanya.
sh
Sabtu, Mei 24, 2014
[ Anwar Ibrahim ] Jangan takut pada 'samseng' masuk DUN
Pimpinan Pakatan Rakyat hadir bersama
malam semalam untuk kemuncak kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit
Gelugor yang bakal tamat malam ini.
Kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri dewan dan persekitaran kolej Han
Chiang menyambut dan bersorak bagaikan pesta setiap kali pimpinan
tertinggi Pakatan tiba.
Ketika calon Bukit Gelugor Ramlarpal Singh tiba pada jam 9 malam, sorakan "Ramkarpal! Ramkarpal!” bergema di dalam dewan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut menerima sambutan sama
dengan hadirin menyorak nama beliau apabila beliau tiba pada jam 9:43
malam.
Sorakan "Reformasi!" mengiringi kibaran bendera DAP, PKR dan PAS ketika
Ketua Pembangkang Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada jam 9:50
malam dengan tangan dalam anduh akibat kemalangan yang dihadapi beliau
minggu lalu.
Ketika ketua pembangkang memulakan ucapannya, hadirin berengsot dan
bersesak ke hadapan dewan untuk melihat lebih jelas kelibat Ahli
Parlimen Permatang Pauh itu.
Anwar
seperti biasa berucap dengan tegas dan garang memberitahu rakyat Pulau
Pinang untuk tidak takut dengan sekumpulan kecil samseng yang merempuh
dan menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu.
"Umno makin terdesak dan kurang isu - kerana itu mereka ada samseng.
Adakah anda takut dengan 20 samseng yang masuk dalam dewan? Jangan takut
kepada mereka!
"Politik mereka (Umno) kotor tetapi kita mesti terus melawan mereka.
Beritahu samseng Melayu itu yang lawan mereka bukan dengan Cina sahaja.
Lawan mereka seluruh rakyat Malaysia," kata beliau disambut sorakan dan
tepukan gemuruh hadirin.
Anwar turut memberi jaminan kepada Guan Eng betapa beliau akan berdiri
dengan setiausaha agung DAP itu sehingga isu pencerobohan DUN selesai.
Beliau turut mempersoalkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang seolah berdiam diri dalam isu ini.
"Mana Zahid? Mengapa tak buat kerja?
"Kalau BN tak boleh memastikan keselamatan negara dan mempertahankan
perpaduan dalam negara ini, tolong letak jawatan !" tegas beliau.
mk
[ Power!! ] Demi semangat juang, Anwar tetap berceramah dengan tangan berbalut
BUKIT GELUGOR 24 MEI: “Walaupun tangan kanan masih berbalut dan
cedera, sedikit pun tidak mencederakan semangat juang saya untuk
berkempen bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) Bukit Gelugor, Ram Karpal menang dengan majoriti lebih besar,”
demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut tepukan gemuruh lebih
1,000 hadirin pada Ceramah Mega Perdana beliau malam tadi.
Anwar juga sedikitpun tidak kekok kerana terpaksa memegang mikrofon dan bersalaman dengan hadirin menggunakan tangan kiri akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan kecil 13 Mei lalu.
Sebelum itu, ketibaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Air Itam pada 9.30 malam diiring dengan bendera Pakatan Rakyat mulai pintu masuk sekolah hingga ke dewan yang penuh sesak menanti kehadiran beliau dan pimpinan Pakatan.
Anwar dalam ucapannya menyeru pengundi Parlimen Bukit Gelugor supaya tidak memandang enteng PRK ini kerana menurutnya, dengan kemenangan majoriti lebih besar mampu memberi mesej sebenar kepada kemenangan PRK di Teluk Intan 31 Mei nanti.
“Ram Karpal mesti menang bermaruah dalam PRK Bukit Gelugor 25 Mei ini bagi memberi mesej kepada Umno BN, bahawa rakyat tetap menolak kepimpinan ala samseng yang boleh menimbulkan konflik merbahaya dalam negara.
“Menang bermaruah di Bukit Gelugor akan memberi isyarat sebenar kepada penolakan BN di Teluk Intan dan juga seluruh negara,” katanya.
Turut berucap, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Penasihat DAP, Lim Kit Siang, calon DAP, Ram Karpal dan beberapa pimpinan lain.
Ram Karpal akan menentang tiga calon iaitu Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari Bebas bagi merebut kerusi Parlimen tersebut esok.
21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal.
Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.
PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Perak pada 17 April lalu.
Karpal menang dengan majoriti lebih 42,000 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Jumaat, Mei 23, 2014
[ PANAS!! ] POLIS MALAYSIA KENA SAMAN KERANA SALAH GUNA KUASA..
KUALA LUMPUR 23 MEI: Lima peguam hari ini menang kes saman ke atas polis berikutan penahanan tidak sah pada 2009.
Keputusan itu dibacakan Hakim John Louis O Hara di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Mereka adalah Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar, Puspawati Rosman, Syhaini Safwan dan Ravinder Singh Dhaliwall.
Mereka ditahan polis ketika berada berdekatan Balai Polis Brickfields bagi mewakili 14 orang yang ditangkap semasa candlelight vigil diadakan di hadapan balai tersebut.
Semua mereka ditangkap ketika menjalankan tugas dan terpaksa tidur di dalam lokap semalaman.
Mahkamah memerintahkan mereka dibayar gantirugi am RM15,000, gantirugi teruk dan teladan RM60,000 tiap seorang.
Keseluruhan kos untuk kelima-lima mereka adalah RM375,000. Peguam mewakili mereka adalah R Sivarasa.

[ TERKINI!! ] BUKTI NAJIB RAZAK LEMAH..
Tindakan anggota Pemuda Umno yang mengancam untuk membakar pejabat DAP
semalam didakwa mencerminkan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib
Razak.
Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, aksi keganasan itu menjadi peringatan tegas terhadap politik Umno dan kelemahan Najib yang gagal menunaikan janji-janji pembaharuan.
“Saya tuntut beliau sebagai pengerusi BN, sebagai pemimpin Umno untuk menjawab.
"Kita perlu tahu apa pandangannya terhadap apa yang berlaku semalam.
“Sebagai pemimpin, beliau mesti pikul tanggungjawab penuh terhadap apa yang berlaku,” tambahnya.
Pengerusi DAP Tan Kok Wai pula turut menyalahkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ekoran insiden itu.
“Bukan hanya Khairy, tetapi seluruh Umno, (dan) presiden Umno sendiri.
“Sebabnya, insiden sebegini bukan kami pertama, Pemuda Umno berlagak macam samseng dalam banyak acara,” katanya. [Baca berita penuh]
Semalam, sekumpulan anggota Pemuda Umno mengadakan bantahan di ibu pejabat DAP di Jalan Pudu kerana tidak puas hati dengan tindakan seorang anggota DUN Pulau Pinang daripada parti itu yang menggelar pemimpin Umno celaka.
Selain ungkapan menghinanya, sebuah papan tanda besar DAP juga ditumbangkan.
Sebelum itu, dalam bantahan di DUN Pulau Pinang, sekumpulan peserta perhimpunan menceroboh DUN, memaksa usul tergempar diadakan dan ketua pembangkang negeri daripada Umno kemudiannya memohon maaf.
Sementara itu, Setiausaha Pemuda DAP Tan Hong Pin (kiri) berkata, pencerobohan terhadap DUN dan perhimpunan di depan pejabat DAP semalam melanggar prinsip dan amalan demokrasi serta Akta Perhimpunan Aman 2013.
“Kami akui bahawa setiap warganegara mempunyai hak bersuara dan hak berhimpun seperti mana yang kami senantiasa perjuangkan.
“Bagaimanapun kami berpendapat bahawa setiap hak ini ada asas dan batasnya,” katanya yang juga ADUN Mengkibol.

Khamis, Mei 22, 2014
[ Gila Kerajaan BN ] RM3 juta setahun bayar panda, pembaziran Malaysia keterlaluan
KUALA LUMPUR 21 MEI: Ketibaan pasangan panda China yang dipinjamkan
kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun tidak dialu-alukan kerana ia
merupakan satu lagi bukti pembaziran keterlaluan kerajaan.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.
“Keputusan membawa Panda yang kononnya atas dasar setiakawan serta pinjaman ini tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, ia tak lebih sekadar hiburan,” katanya ketika dihubungi.
Dengan kehadiran kedua-dua ekor panda itu, bermakna Malaysia untuk tempoh 10 tahun, perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.
Dianggarkan Malaysia akan menangung beban kos sebanyak RM70 juta sepanjang tempoh sedekad itu.
Perkara itu dilaporkan sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.
Dilaporkan, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.
Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
“Kita sangat pelik mengapa kerajaan sanggup membazirkan puluhan juta ringgit hanya untuk meminjam pasangan panda ini dari China,” kata Yahya.
Pasangan panda berkenaan tiba di terminal MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi dan ia diterbangkan dengan penerbangan khas dari China dengan menggunakan pesawat yang dihiasi gambar panda.
Sekiranya kedua-dua panda itu membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh dua tahun sahaja.

[ PRK Teluk Intan ] SPR RANCANG PENIPUAN...PANAS!!
KUALA LUMPUR 21 MEI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat mempunyai
agenda lain di sebalik keengganannya untuk mengiktiraf Borang 14
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Ejen calon kepada Dyana Sofya, Howard Lee Chuan How dipetik berkata, perkara itu dimaklumkan pihak SPR dalam satu taklimat kepada ejen calon kelmarin dengan menyatakan mereka tidak mahu mengesahkan borang 14 tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pinji itu berkata, tindakan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana borang 14 penting untuk mengisi keputusan PRK selepas pengiraan dibuat ke atas setiap undi.
“Borang 14 adalah penyata pengundian selepas pengiraan undi. Selepas pengiraan, jumlah undian perlu dicatit ke dalamnya. Contohnya jika DAP dapat 200 undi dan BN 100 undi, ia perlu dicatit, ejen kemudian akan mendapat satu salinan.
“Jadi jika borang kepada ejen calon tidak disahkan, tentunya akan timbul keraguan mengenai keputusan pengiraan,” katanya dipetik Roketkini.
Menurut Lee Chuan, SPR juga memaklumkan, setiap keputusan rasmi adalah berdasarkan salinan yang berada di tangan mereka.
“Pegawai SPR itu turut mengatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja.
“Mengapa tidak mahu perakui Borang 14? Apakah mereka mempunyai agenda lain,” soalnya seperti dipetik lidah rasmi parti itu.

Rabu, Mei 21, 2014
[ BERITA PANAS!! ] AHLI UMNO BUAT KERJA GILA DAN BODOH!!!!
Seorang wakil rakyat BN hari ini menyokong pembentangan usul mengutuk tindakan menceroboh ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, walaupun ia membabitkan pemimpin Pemuda Umno dalam kejadian itu.
Shahedan Ayoob Hussein (BN- Teluk Bahang) adalah antara 10 ADUN
yang menyokong pembentangan usul tergempar itu.
Bercakap kepada Malaysiakini kemudiannya, Shahedan berkata beliau mengambil keputusan untuk menyokong usul itu kerana mencetuskan insiden itu dalam Dewan adalah salah.
Beliau berkata tindakan kira-kira 10 orang dalam kejadian itu adalah tidak wajar walaupun kenyataan ADUN Seri Delima, RSN Rayer mengatakan "Umno celaka" adalah "menyakitkan" hati orang Melayu. [VIDEO]
Menurutnya, BN mahu mengemukakan usul tindakan tatatertib Rayer
tetapi "tidak mempunyai jumlah yang mencukupi".
Walaupun beliau menyokong pembentangan usul itu, Shahedan dan sembilan lagi ADUN BN berkecuali daripada mengundi.
Seramai 25 Pakatan Rakyat mengundi menyokong usul itu yang dibentangkan oleh exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow.
Pendemo masuk DUN, cuba panjat meja speaker
Speaker kesal insiden rempuh ke dalam DUN
mk
“Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip” [ Buku kartun ]
Buku baru Zunar dedah konspirasi terhadap Anwar
KUALA LUMPUR 21 MEI: Kartunis Zunar tampil dengan buku kartun baru berbentuk pendedahan yang menyorot konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari kali pertama di era Mahathir hinggalah ke era Najib.Dengan judul “Komplot Penjarakan Anwar – Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip”, dia mengkartunkan dan mengkritik keras tingkah laku tokoh-tokoh politik, hakim-hakim, tukang sumpah, polis dan Peguam Negara.
“Semua mereka melakonkan sebuah skrip besar memfitnah serta menzalimi Anwar semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah tuan-tuan politik untuk terus mengekalkan kuasa. Tuduhan liwat adalah adegan utama lakonan jijik mereka,” kata Zunar kepada Keadilan Daily.
“Semua espisod yang disampaikan dalam buku ini ini bukan kerana sosok Anwar sebagai individu.
“Anwar adalah simbol mangsa kezaliman dan fitnah penguasa. Tetapi dalam melaksanakan skrip konspirasi, penguasa telah mengeheret institusi kehakiman, kepolisian, Peguam Negara, institusi agama dan lain-lain sehingga semua institusi di Malaysia telah hancur. Kesannya akan menimpa semua kita. Kerana itu isu dalam buku ini adalah isu rakyat,” kata kartunis itu lagi.
Menurut kartunis kontroversi itu lagi, buku ini diterbit bukan atas tujuan untuk mendapat keuntungan, sebaliknya atas tanggungjawab sebagai manusia untuk menyampaikan kebenaran memandangkan media kartun adalah cara berkesan.
Pelancaran 23 Mei
“Bakat melukis yang dianugerah Tuhan kepada saya bukanlah kelebihan, tetapi adalah sebuah tanggungjawab. Kerana itu saya harus menggunakan karya-karya saya untuk menyampaikan fakta kepada orang ramai terutama yang cuba disembunyikan oleh kerajaan seperti dalam kes Anwar.
“Kerana itu, buku ini hanya dijual dengan harga RM10 dengan tujuan agar ramai mampu memiliki dan menyebarnya,” tegas beliau.
Buku setebal 52 muka surat ini diterbitkan dalam dua versi – Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Pelancarannya akan dilakukan oleh YB Nurul Izzah, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said pada 23 Mei ini, di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Sila klik di sini untuk maklumat lengkap.
Buku ini tidak akan dijual di kedai kerana tekanan pihak berkuasa, namun pembelian secara online boleh dibuat di sini untuk BM dan di sini untuk Inggeris.
Pembelian dan maklumat juga boleh dibuat melalui nombor telefon: 03 9221 1045.
kd
[ PRK Teluk Intan ] Umno Sebenarnya digelarkan sebagai "bapa pengkhianat"
MP DAP Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz berkata golongan pemimpin Umno tidak layak menggelarkan golongan Melayu yang menyertai DAP sebagai pengkhianat.
Beliau memberi alasan, perbuatan pengkhianatan itu sendiri merupakan tindakan yang sinonim dengan Umno, yang digelarkan sebagai "bapa pengkhianat".
MP Raub itu berkata, golongan yang mengkritik DAP itu juga berfikiran cetek apabila membangkitkan mengenai keanggotaan orang Melayu dalam parti tersebut.
"Inilah pemikiran orang Melayu peringkat kampung. Bila tiada Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis. Tapi dia tidak beri Melayu masuk DAP.
"Bila Melayu masuk DAP, dia akan kata, Melayu itu perhiasan dan pengkhianat bangsa," kata bekas ADUN Umno itu lagi dalam tulisan di blog sakmongkol.blogspot.com.
Kenyataan itu timbul selepas ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan memberi peringatan kepada calon DAP untuk pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud agar tidak menjadi pengkhianat.
Seorang lagi pemimpin Wanita Umno, Jahara Hamid yang juga ketua pembangkang DUN Pulau Pinang mengumpamakan Dyana sebagai "kacang lupakan kulit".
Mengulas lanjut, Ariff Sabri bekata, keputusan DAP mencalonkan Dyana Sofya itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang Melayu, sama seperti strategi Umno.
"Hiasan atau tidak, memang objektif DAP ialah meningkatkan keyakinan orang Melayu. Sama seperti Umno letak (calon dari) MCA, MIC dan Gerakan – semua itu perhiasan untuk Umno untuk tujuan yang sama – memancing pengundi bangsa bukan Melayu.
"Kenapa ianya boleh dilakukan oleh Umno tapi tidak boleh dilakukan oleh parti DAP? Ianya bukan suatu jenayah," katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan mengaitkan Umno dengan pengkhianatan, beliau seterusnya membangkitkan isu tanah rizab Melayu, saham bumiputera dan juga kenaikan tarif elektrik.
"Mengenai bab pengkhianat ini orang Umno memang cukup handal. Sebab mereka pengkhianat bangsa Melayu yang paling besar," katanya.
mk
Selasa, Mei 20, 2014
[ BERITA PANAS!! ] LAGI DESAKAN SUPAYA NAJIB LETAK JAWATAN BERKAITAN ISU MH370..
Isu kehilangan pesawat MH370 dan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan berhubung insiden itu, kontroversi Raja Bomoh dan dakwaan perkauman mencetuskan kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pagi tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dari Seri Delima, RSN Rayer (gambar) mencetuskan kekecohan terhadap kelab penyokong Barisan Nasional (BN) apabila membangkitkan isu kehilangan pesawat dan menggesa Najib meletakkan jawatan ekoran kenyataan bercanggah yang dikeluarkannya.
"Terdapat kenyataan bercanggah dikeluarkan PM seperti beliau tidak berkata pesawat terhempas namun tamat di Lautan Hindi," kata Rayer, dan menambah meskipun dengan teknologi canggih, pesawat itu masih gagal dikesan.
Beliau berkata, pentadbiran Najib kini dipersoalkan dan beliau harus melepaskan jawatan. Rayer mengambil contoh perdana menteri Korea Selatan Chung Hong-won yang melepaskan jawatan selepas kritikan terhadap kerajaannya berhubung kemalangan feri yang meragut 300 nyawa.
Pesawat Malaysia Airlines MH370 membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang pada 8 Mac ketika berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Datuk Shah Headan Ayoob Shah (BN-Teluk Bahang) membalasnya, dengan berkata isu kehilangan pesawat merupakan masalah antarabangsa dan tiada negara terlibat dalam misi carian berupaya menemui apa-apa kesan pesawat.
"Adakah ini bermakna kesemua presiden dan perdana menteri negara itu juga perlu letak jawatan?" soalnya.
Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) mendesak Rayer menggugurkan isu itu kerana ia masih menyakitkan buat keluarga dan kembali kepada topik perdebatan mereka berkenaan ucapan Yang di-Pertua negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas.
Gesaan Speaker Datuk Law Choo Kiang juga tidak diendahkan Rayer sebaliknya meneruskan ucapannya berkenaan MH370. Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) turut mendesak Rayer untuk tidak menimbulkan spekulasi berhubung isu itu.
"Saya tidak menyalahkan Najib tetapi mendesaknya meletakkan jawatan untuk menunjukkan rasa bertanggungjawab bagi meyakinkan rakyat," katanya, dan menambah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut berkata seseorang sedang menyembunyikan sesuatu.
Farid kemudiannya turut bertanya adakah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut meletakkan jawatan ekoran tragedi bot naga yang menyebabkan kematian lima pelajar dan guru pada 2010 dan Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh) bertanya jika Lim perlu meletak jawatan kerana gagal menangani isu alam sekitar di Bukit Relau yang dibersihkan secara haram oleh pemilik tanah.
Sebelum itu, Rayer turut menimbulkan kemarahan BN apabila mendakwa Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zin dijemput ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengadakan ritual mencari pesawat itu.
Menggelarkan bomoh itu sebagai "Bomoh Bujang Lapuk" sempena filem Tan Sri P. Ramlee, dan "Bomoh Sepak Buaya" sempena kenyataan Ibrahim "sepak macam buaya" kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, itu memalukan negara.
Jahara turut mengkritik Rayer, dan berkata beliau seharusnya bertindak seperti ketua kelab penyokong, bukan "ketua temberang."
Pihak berkuasa lapangan terbang dan Putrajaya menafikan mempunyai kaitan dengan Ibrahim.
Situasi itu menghangatkan Law dan kemudiannya mengarahkan Rayer supaya berhenti dengan berkata: "Isu MH370 tamat sekarang."
Rayer kemudian menukar subjek kepada menyelar Putrajaya terhadap isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebelum menyelar Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menghina calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud dengan kenyataan "boneka".
Rayer menggekar Shahrizat sebagai "pencuri lembu" merujuk kepada skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Beliau turut mengejutkan Dewan apabila berkata Dyana lebih cantik dari Shahrizat.
Jahara kemudiannga mengarahkan beliau untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang menghina Dewan, dan mencabarnya mengeluarkan kenyataan serupa di luar Dewan terhadap Shahrizat.
"Berhenti bercakap isu remeh, kembali kepada isu pokok dan membahaskan kenyataan Yang di-Pertua demi kebaikan rakyat," katanya.
Drama itu bagaimanapun berteursan apabila Rayer menuduh Umno rasis, bersempena perhimpunan 18 Januari lalu di Seberang Jaya, apabila mereka didakwa berkata menimbulkan isu 13 Mei.
Himpunan yang dianjurkan membantah Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon kerana flash mob 'I Love Kangkung' yang dikatakan menghina Najib menyaksikan beberapa pemimpin Umno dan ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengeluarkan kenyataan pedas.
"Celaka Umno mengugut rakyat. Berani mereka kata macam ini?" katanya.
Shariful Azhar Othman (BN-Bertam) bangun dan menyeru Dewan menggunakan Peraturan 46(13) bagi menghentikan Rayer.
Rayer kemudiannya berkata beliau akan menggugurkan perkataan celaka namun enggan menarik balik kenyatannya.
Beliau kemudian menuduh Umno dan BN menyebabkan ketegangan kaum dan memastikan insiden 13 Mei tidak berulang adalah dengan menyingkirkan BN dari kerajaan. – 20 Mei, 2014.
tmi
[ Isu MH370 ] KWSP menjelaskan Tiada bon diterbit bagi MAS
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa ia tidak pernah menerbitkan atau melanggan bon untuk membiayai Malaysia Airlines (MAS) seperti yang dilaporkan oleh media.
"Akta KWSP 1991 tidak mebenarkan KWSP menerbitkan bon," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
KWSP juga berkata, bentuk pembiayaan terakhir yang disediakannya bagi syarikat penerbangan nasional itu adalah pada tahun 1994, yang dibayar sepenuhnya pada 2004.
Satu laporan minggu lepas menyebut KWSP menyuntik wang ke dalam MAS kerana syarikat penerbangan itu menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh kehilangan Pesawat MH370.
sh
Berita Kaitan : http://suararakyatbangkit.blogspot.com/2014/05/mp-umno-cadangkan-mas-di-kepada-pelabur.html
[ PRK ] Program Ceramah Perdana bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Telok Intan
Program Ceramah Perdana bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Telok Intan, Isnin 26hb 2014
1) 8.00pm – Perkarangan Bilik Gerakan KEADILAN, Bandar Baru, Pasir Bedamar.
2) 9.00pm – Batu 4, Selaba, Changkat Jong.
(*Jumaat 23hb malam di Bukit Gelugor. Akan dimaklumkan tempat nanti)
PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
[ Isu MH370 ] MAS bakal jadi PKFZ KAH???
KUALA LUMPUR 19 MEI: Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail
bimbang kerajaan akan menerbitkan bon bagi menyusun semula hutang dan
kerugian yang ditanggung syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines
(MAS).
Katanya, keadaan ini sama sepertimana berlaku dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila projek itu mengalami kerugian berbilion ringgit.
Menurut Azan, kenyataan menteri pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan membantu MAS, membayangkan usaha untuk menswastakan syarikat penerbangan negara itu.
“Biasanya apabila berlakunya penswastaan akan ada penyusunan, ada pihak yang membeli dan mendapat komisen (penswastaan). Apabila PKFZ nak diswastakan, bon jangka panjang dikeluarkan dan dijamin oleh kerajaan bernilai berbilion.
“Saya bimbang jika MAS akan ikut langkah PKFZ di mana kerajaan jadi penjamin dan akhirnya menanggung kerugian,” katanya menambah keadaan sama turut berlaku kepada Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.
Katanya, dalam muka surat enam, buku belanjawan 2012 yang dibentangkan di parlimen, menyatakan jumlah bon jaminan dan hutang jangka panjang yang dijamin kerajaan mencecah RM421 bilion dan angka itu dijangka semakin meningkat.
MAS pada 15 Mei lalu melaporkan kerugian RM442 juta untuk suku pertama 2014, hampir sekali ganda berbanding jumlah kerugian pada suku pertama tahun lalu, selepas pertambahan kos operasi hampir RM195 juta.
Sebelum ini, MAS mencatatkan kerugian RM1.174 bilion sepanjang 2013, iaitu hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kerugian RM433 juta dicatatkannya pada 2012.
Menurut Azan, MAS sepatutnya meneliti kaedah jangka panjang seperti mewujudkan kerjasama dengan syarikat penerbangan serantau, bagi memperkukuh kedudukannya tanpa terus menswastakannya.
Malah katanya, bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman sebelum ini turut mencadangkan MAS mengkaji pelan perniagaannya terlebih dahulu, sebelum syarikat itu diswastakan.
Tambah beliau, MAS memiliki aset berharga bukan sahaja dari segi aset penerbangan malah aset bernilai tinggi seperti hartanah, bangunan dan sebagainya.

Isnin, Mei 19, 2014
[ Terbaik!! ] Prof Dr Agus Sekolahkan Ahli Parlimen Umno..
SHAH ALAM, 19 MEI: Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan atas tiket DAP, tidak timbul soal
‘gigit tangan’ kerana tindakan kerajaan membina universiti bertujuan
untuk melahirkan masyarakat berguna kepada negara.
Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat penyertaan bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM),berkata merupakan pilihannya sendiri dan tidak menjadi satu masalah besar sekiranya mempunyai perbezaan pendapat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah disifatkan tidak masuk akal.
“Kenyataan pemimpin itu tidak masuk akal saya. Apakah apabila kita masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan politik dengan kerajaan yang memerintah?
“Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang mereka terima membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif dalam politik,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Shamsul Anuar dilaporkan berkata “Dyana Sofya mendapat didikan di UiTM sebuah institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula tangan yang memberi beliau peluang belajar dan sebagainya sebelum ini”
Jelas Mohammad Agus kerajaan sepatutnya mengubah pendekatan untuk memahami aspirasi mahasiswa supaya kembali menyokong mereka dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang ‘pelik-pelik’.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam satu kenyataan lain berkata, Dyana Sofea bakal menjadi ketakutan baru kepada Umno sekiranya beliau menang dan diangkat menjadi Ahli Parlimen paling muda dalam sejarah negara.
“Beliau dilabel sebagai pengkhianat dan teruk diserang. Kelak dia akan teguh bersama pendiriannya dan akan bangkit melawan serta ‘mengaum’ seperti harimau,” kata beliau lagi.
Dalam PRK Teluk Intan, yang akan berlangsung pada 31 Mei ini, Dyana akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Pada PRU13, Siew Keong tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.
PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), 1 Mei lepas.
sk

[ TERKINI!! ] Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kembali ke rahmatullah
KUALA LUMPUR: Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kembali ke rahmatullah kerana komplikasi darah tinggi dan buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras 12.05 tengah hari ini.
Menurut menantu keempat Allahyarham, Mahazan Hashim, ketika ini jenazah masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan mengeluarkan jenazah.
Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, sementara nmenanti kepulangan seorang anaknya yang menuntut di Mesir.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disempurnakan dan disolatkan pada jam 2.30 petang ini, di Surau Al-Mustakimah, Bandar Tun Razak, dan seterusnya dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya. di Tanjung Bidara.
Allahyarham sebelum ini hampir sebulan menerima rawatan di HUKM ekoran komplikasi penyakit yang dihidapinya.
Pada Khamis lalu, keadaan Allahyarham semakin merosot apabila doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam badan Allahyarham dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Sejak Khamis lalu, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak-anaknya.
Allahyarham meninggalkan dua orang balu, Maya Sulaiman dan Aziah Saad, serta 13 orang anak.
hd