Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Mei 28, 2014

PEMIMPIN PR DENGAN PEMIMPIN UMNO/BN [ SAKSIKAN PERBEZAANNYA ]

KUALA LUMPUR 27 MEI: Kisah duka lima beradik yang bergelar yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Keprihatinan Abdul Khalid ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih mendekati panda berbanding rakyat.

panda NajibSehingga kini, Najib tidak sekalipun menyatakan simpatinya terhadap penderitaan lima beradik ini apatah lagi mengunjungi mereka, tetapi lebih menyayangi dua ekor panda yang dilawatinya di Zoo Negara semalam.

Tidak seperti Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang menziarahi kelima-lima beradik tersebut pada hari ini yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.

Abdul Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi cerita bersama kelima-lima anak itu.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.

MB lawat anak yatim“Tumpuan kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,” katanya, seperti dilapor SelangorKini.

Terdahulu, Abdul Khalid hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.

Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.

“Atuk juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling kecil berusia tiga tahun.

Selepas hampir sejam bersama anak-anak itu, Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.

Kelima-lima anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri berkenaan.

Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain, 46 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, maut dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.

Jenazah suami isteri itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak.

kd

3 ulasan:

  1. cerianya Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Bin Tun Ab Razak bermain dengan panda...tau ke Perdana Menteri ini ada manusia miskin tak makan di Malaysia, ada anak tak ke sekolah, ada janda dan balu yang menderita, Perdana Menteri ini sibuk nak jaga panda yang kos jagaannya berpuloh2 juta RM...inilah Perdana Menteri yang memalukan bangsa Malaysia disebabkan tindakan yang `weird`..tak guna punya PM...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malang nya ramai orang me-LAYU yang masih menyentai dan menyokong "AYAH" dan "IBU" angkat PANDA(i) dan puak puak mereka. Saya percaya bahawa kebanyakan mereka tidak terjumpa ayat 113 dari surah Hud. Kalau terjumpa pun mereka akan buat tak tau. Tambahan kalau mereka kerap memakan coklat "CADBURY".
      "Ya ALLAH berikan lah kesedaran kepada mereka yang lupa akan diri mereka yang kebanyakan nya masih bertaraf NGO(Noreh Getah Orang). Ya ALLAH, timbul kan lah satu kesedaran buat mereka yang termakan dakyah geng songkok tinggi,(GST). Ya Allah mereka lupa bahawa sekiranya di laksanakan nanti kehidupan seharian mereka akan menjadi sukar. Ya Allah, berikan lah petunjuk, taufiq dan hidayah kepa mereka ini. Amin, amin, amia Ya Rabbal Alamin"

      Padam
  2. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...