SHAH ALAM, 19 MEI: Dyana Sofya Mohd Daud yang bertanding pada Pilihan
Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan atas tiket DAP, tidak timbul soal
‘gigit tangan’ kerana tindakan kerajaan membina universiti bertujuan
untuk melahirkan masyarakat berguna kepada negara.
Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
berpendapat penyertaan bekas graduan Universiti Teknologi Mara
(UiTM),berkata merupakan pilihannya sendiri dan tidak menjadi satu
masalah besar sekiranya mempunyai perbezaan pendapat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah disifatkan tidak masuk akal.
“Kenyataan pemimpin itu tidak masuk akal saya. Apakah apabila kita
masuk ke universiti awam, maka kita tidak boleh berbeza pandangan
politik dengan kerajaan yang memerintah?
“Selepas tamat pengajian, jikapun mereka tidak menyokong kerajaan
yang memerintah, kita tetap perlu rasa bersyukur kerana pendidikan yang
mereka terima membolehkan mereka membuat pilihan dan terlibat aktif
dalam politik,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.
Shamsul
Anuar dilaporkan berkata “Dyana Sofya mendapat didikan di UiTM sebuah
institusi yang lahir hasil daripada Dasar Ekonomi Baru dan diperjuangkan
Umno, malangnya beliau bukan saja tidak bersyukur malah mengigit pula
tangan yang memberi beliau peluang belajar dan sebagainya sebelum ini”
Jelas Mohammad Agus kerajaan sepatutnya mengubah pendekatan untuk
memahami aspirasi mahasiswa supaya kembali menyokong mereka dan bukannya
mengeluarkan kenyataan yang ‘pelik-pelik’.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam satu
kenyataan lain berkata, Dyana Sofea bakal menjadi ketakutan baru kepada
Umno sekiranya beliau menang dan diangkat menjadi Ahli Parlimen paling
muda dalam sejarah negara.
“Beliau dilabel sebagai pengkhianat dan teruk diserang. Kelak dia
akan teguh bersama pendiriannya dan akan bangkit melawan serta ‘mengaum’
seperti harimau,” kata beliau lagi.
Dalam PRK Teluk Intan, yang akan berlangsung pada 31 Mei ini, Dyana akan menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Pada PRU13, Siew Keong tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.
PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan wakil rakyatnya Seah, 48,
meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), 1 Mei lepas.
sk
Tunku dan Tun Razak sekolah mana dan tuntut Merdeka
BalasPadam