Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Mei 22, 2014

[ Gila Kerajaan BN ] RM3 juta setahun bayar panda, pembaziran Malaysia keterlaluan

  KUALA LUMPUR 21 MEI: Ketibaan pasangan panda China yang dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun tidak dialu-alukan kerana ia merupakan satu lagi bukti pembaziran keterlaluan kerajaan.

Najib pandaPengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

“Keputusan membawa Panda yang kononnya atas dasar setiakawan serta pinjaman ini tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, ia tak lebih sekadar hiburan,” katanya ketika dihubungi.

Dengan kehadiran kedua-dua ekor panda itu, bermakna Malaysia untuk tempoh 10 tahun, perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan.

Dianggarkan Malaysia akan menangung beban kos sebanyak RM70 juta sepanjang tempoh sedekad itu.

Panda 2Perkara itu dilaporkan sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Dilaporkan, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.
Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.



“Kita sangat pelik mengapa kerajaan sanggup membazirkan puluhan juta ringgit hanya untuk meminjam pasangan panda ini dari China,” kata Yahya.

PandaPasangan panda berkenaan tiba di terminal MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi dan ia diterbangkan dengan penerbangan khas dari China dengan menggunakan pesawat yang dihiasi gambar panda.

Sekiranya kedua-dua panda itu membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh dua tahun sahaja.

kd

1 ulasan:

  1. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Kota: _______________ Malacca
    pekerjaan: _ Pemilik bisnis
    Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

    Aplikasi / Pusat Kontak
    E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...