BUKIT GELUGOR 24 MEI: “Walaupun tangan kanan masih berbalut dan
cedera, sedikit pun tidak mencederakan semangat juang saya untuk
berkempen bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil
(PRK) Bukit Gelugor, Ram Karpal menang dengan majoriti lebih besar,”
demikian kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut tepukan gemuruh lebih
1,000 hadirin pada Ceramah Mega Perdana beliau malam tadi.
Anwar
juga sedikitpun tidak kekok kerana terpaksa memegang mikrofon dan
bersalaman dengan hadirin menggunakan tangan kiri akibat kecederaan yang
dialami dalam kemalangan kecil 13 Mei lalu.
Sebelum itu, ketibaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu di Dewan
Sekolah Menengah Han Chiang, Air Itam pada 9.30 malam diiring dengan
bendera Pakatan Rakyat mulai pintu masuk sekolah hingga ke dewan yang
penuh sesak menanti kehadiran beliau dan pimpinan Pakatan.
Anwar dalam ucapannya menyeru pengundi Parlimen Bukit Gelugor supaya
tidak memandang enteng PRK ini kerana menurutnya, dengan kemenangan
majoriti lebih besar mampu memberi mesej sebenar kepada kemenangan PRK
di Teluk Intan 31 Mei nanti.
“Ram
Karpal mesti menang bermaruah dalam PRK Bukit Gelugor 25 Mei ini bagi
memberi mesej kepada Umno BN, bahawa rakyat tetap menolak kepimpinan ala
samseng yang boleh menimbulkan konflik merbahaya dalam negara.
“Menang bermaruah di Bukit Gelugor akan memberi isyarat sebenar
kepada penolakan BN di Teluk Intan dan juga seluruh negara,” katanya.
Turut berucap, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa; Penasihat DAP, Lim Kit Siang, calon DAP, Ram Karpal
dan beberapa pimpinan lain.
Ram
Karpal akan menentang tiga calon iaitu Huan Cheng Guan dari Parti Cinta
Malaysia (PCM), Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan dari
Bebas bagi merebut kerusi Parlimen tersebut esok.
21 pusat pengundian akan dibuka, 17 daripadanya untuk pengundian biasa dan selebihnya untuk pengundian awal.
Sebanyak 82,431 pemilih berdaftar terdiri daripada 82,255 pengundi
biasa, 148 pengundi awal dan 28 pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.
PRK Bukit Gelugor diadakan setelah penyandangnya, Karpal Singh maut
dalam kemalangan jalan raya berhampiran Gua Tempurung, Perak pada 17
April lalu.
Karpal menang dengan majoriti lebih 42,000 undi dalam pilihan raya umum lalu.
kd
Nama: __ Hendi Zikri Didi
BalasPadamKota: _______________ Malacca
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya melamar Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.
Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516