Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Jun 30, 2012

AIC menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Dr Kassim Ahmad

Ancaman DR Kassim Ahmad Terhadap Anwar Ibrahim : Nilai Rendah Seorang Sarjana Melayu 

Tiada perkara yang memalukan nilai intelektual yang dijulang tinggi dalam masyarakat, apabila seorang sarjana mencerca seseorang yang lain apatah lagi dengan mengancam menggunakan kata-kata yang mencerminkan kerendahan nilai diri sendiri. 

Terdorong dengan ucapan ‘separa sedar’ yang dikeluarkan oleh Dr Kassim Ahmad, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) percaya wujud sesuatu yang tidak kena pada nilai diri Dr Kassim sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan supaya Dato Seri Anwar Ibrahim digantung kerana dituduh mengkhianati rakyat.

Malah dalam wawancara itu, Dr Kassim turut menghina himpunan rakyat pada 1998 yang diketuai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai perhimpunan ala Nazi, dan sekaligus menafikan hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan ekspresi terhadap kebobrokkan yang berlaku dalam negara.
AIC menyelar dan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Dr Kassim Ahmad ini dan kecewa kerana merasakan perkara ini hanya berpaksi kepada kemarahan peribadi dan memuaskan hati sendiri semata-mata, Tuduhan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang yang mengarahkan pengharaman buku tulisannya adalah satu lagi rungutan tidak berasas.

AIC hairan bagaimana seseorang yang terpelajar, dan masak dengan susur galur politik negara boleh dipergunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik orang lain. Sebagai mantan Presiden sebuah parti Sosialis, Dr Kassim Ahmad tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam politik Umno apabila menyertai parti itu kemudiannya dan inilah faktor utama yang mendorong kekecewaannya.

MUHASABAH DIRI DAN HIDUP DALAM REALITI

Dr Kassim Ahmad sewajarnya bermuhasabah diri dan hidup dalam kenyataan bahawa tidak ada sesuatu yang sempurna dalam kehidupan sebagai ahli akademik dan politikus. AIC sebagai suara anak muda ingin menolak kebencian yang cuba ditanam oleh Dr Kassim Ahmad bukan sahaja kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, tetapi juga kepada mana-mana individu politik di negara ini.

Sebagai seorang sarjana, Dr Kassim Ahmad harus sedar bahawa beliau sudah diberi peluang yang banyak untuk membuktikan kajian serta pandangannya. Beliau , pada 26 tahun yang lalu telah diberi ruang berdebat dengans seorang lagi tokoh iaitu Dr Ahmad Awang namun gagal meyakinkan umum tentang ideanya yang jelas menolak hadis.

Hiduplah dalam realiti bahawa tidak ada salahnya mengakui kesilapan diri, sebaliknya mengembalikan realiti itu untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih baik. Tindakan dan amarah Dr Kassim Ahmad tidak menyumbang satu apa pun ke arah kebaikkan negara, tetapi inilah punca perpecahan dan kegoyangan intelektual yang akan menular dalam masyarakat.

Jika seorang sarjana boleh mengeluarkan satu kenyataan dan ancaman dahsyat, maka tidak hairan negara akan melahirkan generasi yang lebih tersasar pemikiran dan waktu itu Dr Kassim Ahmad pasti termenung memikirkan bahawa inilah jasa yang beliau taburkan dalam benih pembentukkan bangsa.

AIC dengan tegas menolak segala ancaman dan kenyataan keras Dr Kassim Ahmad, dan tidak apologetik untuk mengkritik tindakannya. Sebagai generasi baru, AIC tidak memilih untuk kagum dengan kelantangan Dr Kassim Ahmad yang tiada standard, malah akan melawan sekeras-kerasnya politik dan kenyataan kebencian yang serupa.

AIC percaya seseorang ahli akademik dan sarjana akan datang boleh menjadikan Dr Kassim Ahmad sebagai satu rujukan bahawa tidak semua perkara yang kita lakukan boleh dan berupaya menjadikan diri kita sebagai betul, sesekali berpijaklah di realiti dan terimalah kekalahan pemikiran sebagai pedoman.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...