Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Jun 30, 2012

Keenganan Najib ke Perancis timbulkan prejudis- Anwar Ibrahim

KULIM 30 Jun: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi dalam kes Scorpene di Mahkamah Perancis menimbulkan prejudis di kalangan rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Najib sepatutnya mempunyai keberanian untuk hadir pada perbicaraan itu bagi membersihkan namanya sejak didakwa terlibat dengan skandal berkenaan.

“Keengganan beliau hadir bukan saja menimbulkan prejudis dan prasangka di kalangan rakyat, sebaliknya dunia juga sedang melihat setakat mana keberanian  dan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh beliau,
“Sedangkan lebih dari 100 dokumen yang menjurus ke arah pembabitan tersebut telah diperolehi oleh Mahkamah Perancis,” ujarnya ketika berucap di Stadium Keladi, Kulim semalam.

Bercakap kepada lebih 15,000 hadirin, Anwar turut membidas media arus perdana yang cuba menyembunyikan kes berkenaan.
“Jangan kita harapkan keadilan media jika membabitkan kepimpinan Umno-BN walaupun jelas Najib mesti hadir ke sana,” tegasnya disambut sorakan hadirin yang mahu Najib segera menjawab cabaran tersebut.

Hadir sama dalam majlis itu Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Exco Kerajaan Kedah, Datuk S.Manikumar dan barisan kepimpinan PR Kedah.

Baru-baru ini, laman web Asia Sentinel memuatnaik 153 dokumen siasatan polis Perancis, yang mendedahkan urusniaga Scorpene membabitkan kerajaan Malaysia dan syarikat pertahanan Perancis, DCNS.

Ia susulan penafian menteri pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan tiada maklumat mengenai jualan rahsia pertahanan negara dan transaksi Scorpene dibuat mengikut peraturan.

Kes Scorpene melibatkan komisen ratusan juta ringgit itu difailkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan memasuki peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Perancis (Tribunal de Grande Instance) sejak Mac lalu./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...