Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Oktober 15, 2017

75% peserta Melayu petanda tidak baik untuk BN dan Pas, kata penganalisis


Peserta perhimpunan malam ini dijangka 75% adalah Melayu.
Penyertaan kira-kira 75% Melayu dalam perhimpunan Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrat malam ini membayangkan kejayaan Bersatu dan AMANAH menarik sokongan.
Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali dalam ulasannya berkata, peserta Melayu yang ramai dan majoriti (75%) dan ini memberi mesej kurang baik kepada BN dan PAS.“Kehadiran ramai peserta Melayu menggambarkan Bersatu kini suatu ancaman kepada BN,” katanya.
“Segmen pengundi Melayu adalah merupakan pengundi kritikal bagi pembangkang sejak dua PRU mutakhir,” kata beliau dalam ulasan itu.
Beliau percaya Bersatu dan AMANAH menjadi menyumbang dan faktor kepada kehadiran ramai peserta Melayu.
“Ini jelas sekiranya PPBM dapat mengalihkan sekurang-kurangnya 15% undi teras Umno dalam PRU 12 kepada PH, maka BN bermasalah besar,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kehadiran yang dijangka 100,000 tidak mencapai sasaran.
“Faktor permulaan cuti sekolah mungkin mempengaruhi kehadiran,” katanya.
Katanya, pengundi Cina walaupun kurang dalam perhimpunan ini, tetapi dipercayai masyarakat Cina sudah membuat pilihan siapakah yang mereka akan undi dalam PRU 14 nanti.
mdl
Picture

11 ulasan:

  1. Kahkahkah.....75% dari 8000 ribu peserta, tidak mencapai target penganjur, anak muda tidak kelihatan, petanda PH ditolak oleh golongan muda.

    Kahkahkahakah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan 85% pula diisi oleh warga tua.....

      Kesian kat Mat Sabun, golongan muda lagi berminat dengan bola dari membazir masa mendengar penjelasan KLEPETOKRASI dari ikon yang memang dah terkenal dengan KLEPETOKRAKnya. Dengan bahasa mudah PENYAMUN nak bagi penjelasan mengenai PENCURI.

      Kahkahkahkah....

      Padam
    2. ghairah mahu jatuhkan si kleptokrat tapi yang bekas kleptokrat disucikan tanpa dosa dan salah.

      Padam
  2. Masa Pas buat perhimpunan Fastaqim 2.0 hari tu, pauk-puak PH kata program tersebut tidak memberi sebarang impak atau dengan kata lain langsung tidak bermakna, biarpun kehadirannya memenuhi kawasan seluas 50 ekar.

    Penyokong tegar PH boleh pula berpuas hati dengan program PH malam tadi. Kehadiran yang diistiharkan oleh penganjur adalah 25,000 orang manakala Malaysiakini menganggarkan jumlah hadirin paling tinggi kira-kira 8,000 orang. Walaupun kehadiran pengunjung tersangat rendah malah terlalu jauh dari sasaran PH berkata perhimpunan tersebut mencapai matlamat dan mampu memberi impak yang besar.

    Itu lah hebatnya PH. Mungkin kena semak semula ubat yang diorang makan, takut terlebih atau terkurang ubat, mungkin juga tersalah makan ubat, bertambah sasau jadinya.

    BalasPadam
  3. Parti Harapan Parti Orang Tua tua Dua penggal lagi PRU al quyuplah PH . Orang orang tua dah masuk dalam bumi tinggal sejarah lah PH.

    BalasPadam
  4. Mana ada 70% melayu kat situ...kawasan PJ tu ramai cina Dapigs..org melayu skang kurang minat dengar ceramah-ceramah isu basi macam bukannya dapat manfaat dan keuntungan pun...wasted the time jer...baik lepak kat kedai mamak perkena the tarik sambil tengok BPL lagi sonok....

    BalasPadam
  5. Ha ha ha , parti melayu n penasihatnya dah mula kecut....itu baru 8k....

    BalasPadam
  6. Apa kata selepas ni, PAS pulak buat perhimpunan di tempat yang sama, tengok berapa ramai yang hadir. Dari situ boleh buat perbandingan antara penyokong PAS (1 parti) dengan Pakatan harapan yang entah ada harapan ke tidak (DAP+PKR+PAN+Parti Cap Bunga Raya).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bukan ke pas dah buat pd februari lalu di padang merbuk kl? Walaupun tiada stesen LRT berhampiran namun 350K bukanlah sesuatu angka yg mustahil buat pas.. sekian..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...