Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Oktober 14, 2017

Tepatnya ingatan Nik Aziz agar jauhi Umno



Sudah sekian lama Umno dan ajensi Kerajaan seperti Biro Tata Negara telah menakutkan orang Melayu tentang ancaman kaum Cina tempatan kepada orang Melayu. Mereka mengatakan kaum Cina akan mengambil alih kontrak kontrak besar serta ekonomi Malaysia tetapi dalam masa yang sama juga broker broker UMNO jugalah yang mencari towkay Cina untuk meng Ali-Babakan kontrak kontrak ini.
Ahli politik Umno juga yang menyatakan Cina tempatan akan mengambil alih tanah Melayu tetapi dalam masa yang sama sejak 60 tahun Merdeka kerajaan Umno juga yang menukar begitu banyak tanah pegangan Melayu kepada status pegangan bebas – free hold, tanpa menggantu balek tanah pegangan Melayu. Dimanakah laungan hidup Melayu mereka dalam isu ini !
Bila hampirnya pilihanraya umum seperti sekarang, segala wayang hantu jembalang Cina akan di hidupkan semula dengan lebih agresif lagi.
Umno memainkan isu ancaman kaum Cina yang akan medominasi politik Malaysia hingga membentuk kerajaan pimpinan Cina dengan seorang ahi DAP berbangsa Cina akan menjadi Perdana Menteri. Walaupun fakta menunjukkan orang Cina merupakan hanya 23% rakyat Malaysia dan DAP akan hanya bertanding tidak lebih daripada 80 dari 222 kerusi Parlimen.
Walaupun fakta-fakta menunjukkan mustahil mereka boleh membentuk kerajaan, tetapi itu lah isu dimainkan untuk menakutkan orang Melayu sejak beberapa puluh tahun sudah.
Menjelang PRU 14 ini cerita ancaman kaum Cina kepada orang Melayu mula menjadi bercelaru dan tidak konsisten. Kecelaruan ini disebabkan faktor longokan wang yang begitu banyak yang boleh dibawa masuk dari Negara Republik China Komunis. Di satu projek Forest City di Johor Bharu sahaja 700,000 unit pangsapuri di atas tanah pegangan bebas bolih menampung seramai 2.1 juta rakyat bangsa dan warga China. Itu baru satu projek.
Tujuh pelabuhan Malaysia termasuk Kuantan, Johore Bharu, Melaka, Kelang, Bagan Datoh , Pulau Pinang dan satu di Kedah akan di serahkan kepada syarikat China. Projek RM55 billion Keretapi Pantai Timur serta Pembangunan Projek Mega Sungai Besi juga untuk syarikat Negara China. Beberapa syarikat pengeluar tenaga utama Negara juga di jual kepada syarikat Negara China.
Persoalan utama di sini. Jika bangsa Cina seperti di katakan oleh kerajaan Malaysia selama ini merupakan ancaman begitu besar kepada ketuanan Melayu, mengapa begitu lebih ramai lagi kaum China di beri peluang masuk dengan begitu besar dan luas di Malaysia?
Bukan kah ini bertentangan dengan tuduhan amaran selama ini terutamanya olih Biro Tata Negara sendiri yang kaum Cina akan mengambil alih negara? Oleh itu kenapa ini dibenarkan berlaku ?
Adakah selama ini kerajaan memang berbohong dan sengaja membesarkan isu kaum Cina hendak mengambil alih Malaysia supaya Umno terus bolih berkuasa? Kalau benar ini bermakna kerajaan tidak bertanggung jawab dan berdusta besar.
Atau, adakah kerajaan sengaja membenarkan kemasukan begitu ramai warga China dan penguasaan ekonomi negara semata-mata kerana ghairah mengejar wang besar Negara China sehingga sanggup mengadai negara? Bukan kah Najib pernah mengatakan “cash is king” dan siapa yang mempunyai wang banyak boleh bermaharajalela?
Kalau ini benar, perbuatan menggadai negara ini juga suatu perbuatan sangat tidak bertanggung jawab !
Hubungan erat Umno dan Parti Komunis China kini sudah jelas.
Lebih menghairankan lagi Parti Komunis yang baru-baru ini masih di anggap ancaman besar kepada Malaysia sudah diterima mesra. Mayat Chin Peng ketua Parti Komunis Malaya, seorang warga Malaya tidak dibenarkan di bawa pulang untuk di kebumikan di Malaysia.
Sekarang Umno bolih menerima jemputan Parti Komunis China untuk ke Kongress tahunan mereka pada 18 Oktober ini. Tengku Adnan Mansor mengalu-alukan jalinan rapat ini. Bukankah junta tentera Parti Komunis China telah menindas dan membunuh begitu ramai umat Islam kaum Uighur di daerah Xinjiang serta melarang umat Islam berpuasa.?
Selain isu perkauman, isu agama adalah isu yang akan di hidupkan menjelang PRU 14 ini. Isu yang terpanas adalah isu kontroversi dhobi untuk Islam sahaja yang telah di panaskan lagi dengan kenyataan Ustaz Zamihan dari JAKIM yang meremehkan kenyataan Sultan Johor dan juga menghina bukan Islam dalam kuliah beliau.
Perkara ini tidak akan berlaku jika sekiranya Kerajaan dan Jakim lebih tegas dari awal lagi isu Mufti Pahang yang mengistiharkan kumpulan Cina tertentu khafir harbi dan bolih di perangi.
Isu Ustaz dari utara yang menghalalkan darah sesama Islam yang boleh dihapuskan kerana berbeza pandangan juga tidak di tangani langsung oleh pihak berkuasa seolah-olah mengiakan ini semua.
Dalam konteks ini semua, kenyataan Ustaz Zamihan tidak menghairankan kerana pihak berkuasa tidak pernah mengeluarkan teguran rasmi insiden-insiden terdahulu.
Kenyataan rasmi Majlis Raja-Raja Melayu baru-baru ini untuk Kerajaan membendung gejala-gejala extrim agama dan perkauman amat di alu-alukan oleh rakyat.
Kerajaan tidak patut membenarkan agama dan perbezaan kaum di politik kan menjelang PRU 14 ini untuk kepentingan pihak tertentu.
Adakah tauliah rasmi Mufti Pahang boleh mengkafir harbikan golongan tertentu dan tauliah Ustaz Zamihan boleh meremehkan titah Sultan Johor sebagai ketua Agama Johor dan menghina bukan Islam?
Sementara itu cerdik pandai yang lain yang tidak sehaluan dengan Kerajaan di tangkap dan di dakwa kerana memberi pendapat akademik terpelajar tentang Islam!
Kalau isu laundry untuk Islam sahaja adalah isu “kesucian” dari najis, bagaimana pula kesucian dari najis wang rasuah yang berleluasa dan kesucian dari najis wang judi dari Kasino Genting dari negeri Mufti Pahang?
Bagaimana pula kesucian wang 1MDB yang terang-terang di labur di pusat kewangan simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap sedunia di Cayman Island?
Bagaimana pula wang 1MDB juga yang di gunakan untuk menaja beribu jamaah Haji ke Mekah. 1MDB di Pengerusikan oleh Najib sendiri dan beliau juga Menteri Kewangan Malaysia.
Zamihan dakwa DAP kafir harbi
Apa pandangan Haji Zamihan dan Jakim kesucian wang rasuah yang ramai orang Islam menerima dan memberi? Adakah ini semua patuh syariah dan menepati indek indek syariah?
Kalau mereka begitu bersemangat membantah pesta beer bagaimana pula masalah harian Najis Dadah yang hampir 85 % melibatkan orang Islam dan Melayu? Kenapa menutup sebelah mata seolah ianya semua masalah orang lain ? Bukankah penafian masalah rasuah dan dadah ini merugikan Agama dan bangsa sendiri?
Kita tidak boleh menutup masalah kita sendiri dengan menuding jari terhadap orang lain sahaja tanpa memperbaiki kelemahan sendiri.
Musim pilihanraya telah sampai sekali lagi dan isu ekstrim keagamaan dan perkauman akan di bakar sehingga matlamat yang di hajatkan tercapai. Umno yang ultra Melayu makin berjinak dengan Pas dan menjadi lebih extrim dalam mempermainkan isu Agama.
Pas yang lebih konservatif dalam Agama telah menjadi lebih Melayu dari Umno dengan keris panjangnya dan menyerang Cina DAP yang dulu di tuduh pro Komunis.
Anehnya Umno kini begitu berbaik dengan Parti Komunis China dan akan menghadhiri Kongress nya pada 18 Oktober ini. Kerana inilah Almarhum Nik Aziz menentang PAS mendekati Umno.
Inilah kecelaruan politik Kerajaan Umno hari ini yang memeningkan dan merugikan rakyat. Rakyat dibawah terus berpecah dan Umno terus akan memerintah.
Isu perkauman dan agama terus akan menjadi alat senjata berbisa mereka. Sedarlah Melayu dan cukuplah di tipu begitu lama olih UMNO. Masa depan Melayu di tangan kita yang wajib mengundi dan bukan di tangan Umno.
*Penulis adalah Ahli Parlimen, Kuala Terengganu.
mdl
Picture

6 ulasan:

  1. Kita sesama muslim dilarang menjarakkan diri, mendekatkan diri sesama muslim adalah jalan terbaik. Saling ingat mengingati dan berpesan-pesan tentang perkara kebaikan.

    BalasPadam
  2. Kalau dah jelas kaum cina dap (bukan semua cina) menentang agenda pas, menyokong pesta arak, menyokong kegiatan LGBT, menyokong agenda murtad, etc.. memang tepatlah tindakan Biro Tata Negara tu.. aku sokong..

    BalasPadam
  3. "Wajib bagi anak muda menentang kekejaman, bererti berdosa jika anda tidak bersama kami."

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak wajib pula ke menentang pesta arak bersama anak muda..?? Kekejaman tak termasuk pesta arak ke?

      Padam
    2. selesaikan masalah ekonomi org melayu dulu.. rata2 org melayu papa kedana.. yg ada pon x kaya mana. tu pon dah poyo. suka menunjuk2. show off lebeh..

      Padam
  4. Admin, ulas sikit pasal perhimpunan KLEPETOKRASI yang menyasarkan 100 ribu peserta, adakah ianya mencapai target penganjur? Kemana anak muda kita?

    Kalau kat Fastaqim PAS kelihatan lebih dari target, ramai anak muda, kenapa kat perhimpunan KLEPETOKRASI hanya 5000 peserta? Kebanyakkan peserta dah berumur, dengar khabar peserta dibayar RM150 seorang, masih juga kurang mendapat sambutan.

    Mungkinkah ini adalah satu petunjuk bahawa PH akan berkubur selepas PRU14?

    Inshaa-Allah.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...