Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Oktober 16, 2017

Undi Pas tidak mampu membawa perubahan selepas PRU 14



Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU 14) akan berlangsung paling lewat pada bulan Jun 2018. Kini semua parti giat berkempen dan memberikan penerangan berkaitan manifesto parti masing-masing. Tidak syak lagi bahawa PRU 14 akan menyaksikan banyak kerusi yang akan ditandingi secara tiga penjuru iaitu Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Pas.
Sistem perundangan di Malaysia memberikan hak kepada mana-mana individu warganegara Malaysia atau mana-mana parti yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Ini dijelaskan dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Plihan Raya) 1981. Ini bermakna mana-mana individu yang bercadang untuk bertanding boleh berbuat demikian atas kapasiti individu atau mewakili parti yang disertainya. Jika beliau memilih untuk bertanding sebagai individu, beliau perlu memilih mana-mana logo yang disediakan oleh SPR seperti logo anak kunci, payung, arnab, cerek, buah manggis, baju, kereta dan lain-lain.
Namun, jika beliau memilih untuk bertanding mewakili sesuatu parti maka beliau perlu mendapatkan kebenaran bertulis (watikah perlantikan) sebagai calon daripada parti yang diwakilinya. Ini dinyatakan dalam Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Plihan Raya) 1981. Untuk rekod, kini ada 46 buah parti politik yang telah berdaftar dengan SPR.
Apa yang lebih penting bahawa undang-undang di negara ini membenarkan proses demokrasi dalam hal penawaran diri untuk menjadi calon berjalan dengan sewajarnya. Maka, apa yang pengundi harus berikan perhatian adalah bahawa undi anda tidak sewajarnya disia-siakan.
Walaupun ada 46 parti yang boleh bertanding, ini tidak bermakna anda boleh memilih mana-mana parti. Anda haruslah memilih calon yang bertanding mewakili parti yang boleh mengubah nasib anda setelah PRU 14 selesai. Undi anda adalah amat bermakna bagi setiap calon dan parti yang bertanding. Undi anda akan menentukan masa depan negara dan tanahair ini.
Justeru, anda mestilah mengundi untuk perubahan. Jika dilihat pada masa sekarang, terdapat 3 parti utama yang akan bertanding di kebanyakan tempat. Barisan Nasional (BN) selaku parti yang memerintah pasti akan bertanding di kesemua 222 parlimen di seluruh Malaysia.
Pencabar terdekat kepada BN adalah Pakatan Harapan (PH). PH adalah pakatan pembangkang yang paling kuat terdiri daripada 4 parti iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action Party (DAP), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Selain itu, Parti Islam Se-Malaysia (Pas) telah memutuskan untuk bertanding sendirian bersama-sama dengan parti kecil yang lain seperti Ikatan dan Berjasa. Mereka menggelarkan kumpulan ketiga ini sebagai Gagasan Matang dan Sejahtera.
BN sudah pasti akan mempertahankan polisi yang ada pada masa kini. Jika BN kembali memerintah tiada sebarang perubahan besar dalam polisi negara yang akan berlaku. Tiada janji daripada BN untuk mengubah polisi yang sedia ada.
Kini masalah utama negara adalah isu kleptokrasi, rasuah, ketirisan, 1MDB, sengsara ekonomi dengan penguncupan nilai ringgit dan cukai GST dan kos sara hidup yang makin tinggi. Apakah penyelesaian yang ditawarkan oleh BN melainkan kemungkinan isu-isu ini akan bertambah serius. Bahkan kemungkinan cukai GST akan ditingkatkan daripada 6% kepada nilai yang lebih tinggi seperti 8% dan ke atas.
PH pula menjanjikan 7 perkara yang akan dibuat iaitu menghapuskan GST, menstabilkan harga minyak, meringankan beban kos sara hidup, reformasi terhadap sistem dan institusi kerajaan, memerangi rasuah, menyiasat skandal 1MDB melalui Suruhanjaya Diraja dan memulihkan Felda.
Bagi Pas pula mereka tidak mampu untuk membentuk kerajaan kerana hanya bertanding maksima 100 kerusi Parlimen sahaja sedangkan keupayaan untuk membentuk kerajaan mestilah sesuatu parti itu perlu mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen.
Walau apapun mesej yang dibawa oleh Pas, mesej tersebut hanya akan menjadi sia-sia kerana mesej tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat membentuk kerajaan.
Apa yang Pas harapkan setakat ini adalah bahawa mereka akan menang 40 kerusi dan setelah menang akan berunding dengan PH atau BN bergantung kepada siapakah yang akan memberikan tawaran lebih besar kepada Pas.
Oleh itu, para pengundi harus sedar bahawa mengundi untuk Pas adalah sia-sia dan merupakan pembaziran dalam undi. Ingatlah bahawa undi anda adalah sangat bermakna maka usahlah dibazirkan undi dengan mengundi parti yang tidak mampu membawa sebarang perubahan.
Pilihan bagi pengundi hanyalah sama ada mengundi BN atau PH sahaja. Jika mengundi BN maka anda memilih untuk mengekalkan polisi pentadbiran yang sedia ada.
Jika mengundi PH maka anda memilih untuk mengubah polisi yang sedia ada kepada polisi yang lebih baik. Siapakah yang tidak mahu melihat GST dihapuskan dan bebanan ekonomi dipulihkan.
Persoalannya mampukah PH memenuhi janji manifesto yang dibuat itu? Atau, adakah keadaan akan menjadi lebih buruk daripada BN? Inilah yang menjadi ketakutan kepada pengundi untuk berubah.
Oleh itu, untuk menghapuskan perasaan takut itu pengundi haruslah melihat kepada contoh pemerintahan PH yang sedia ada iaitu di Selangor dan Pulau Pinang. Apakah keadaan ekonomi Selangor dan Pulau Pinang semakin buruk atau semakin cemerlang?
Semenjak PH mengambilalih Selangor pada tahun 2008, sekurang-kurangnya setiap pengundi sudah dapat penjimatan bil air sebanyak 10 liter sebulan. Katakanlah bahawa penjimatan itu bernilai RM10 sebulan maka pengundi itu sudah mendapat penjimatan sebanyak RM120 setahun.
Oleh itu, dari tahun 2008 sehingga 2017 hampir 9 tahun sudah berlalu maka pengundi yang menjadi warga Selangor sudah dapat berjimat sebanyak RM1080. Bukankah ini sudah menunjukkan kemapanan ekonomi pemerintahan PH di Selangor?
Selain itu pelbagai lagi polisi pro-rakyat yang diperkenalkan kepada warga Selangor seperti bantuan pendidikan, bantuan naik haji, bantuan perniagaan dan lain-lain bantuan.
Begitu juga di Pulau Pinang, pelbagai bantuan telah diberikan kepada rakyat seperti bantuan pendidikan, bantuan kepada penghafal al-Quran, pemandu teksi, pelajar yang memasuki universiti dan lain-lain.
Sehingga kini, sudah 2 penggal PH memerintah di Selangor dan Pulau Pinang dan kajian menunjukkan tahap kepuashatian warga negeri berkenaan terhadap pemerintahan PH adalah tinggi.
Maka, pilihan yang tepat adalah untuk mengundi PH dalam PRU 14 yang akan datang. Usahlah undi Pas dan rakan kecil mereka daripada parti Ikatan, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia kerana ianya tidak mampu untuk merubah lanskap politik Malaysia.
Adalah difahami bahawa masih ramai ahli yang mahu kekal dengan Pas atas pelbagai alasan seperti sentimental dengan perjuangan Pas, berada dalam persekitaran penyokong Pas atau masih percaya dengan ideologi Pas.
Namun, sebagai pengundi para ahli dan penyokong Pas harus bersama-sama mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik. Usah sia-siakan undi anda dan pastikan undi anda itu akan membolehkan kerajaan baharu PH dibentuk selepas PRU 14 kelak untuk perubahan yang lebih baik.
mdl
Picture

5 ulasan:

  1. Sebagai seorang islam takkan saya nak undi PH yg tidak membantah malah ada yg menyokong: pesta arak, aktiviti LGBT, penghinaan kpd pendakwah islam @ ulamak hingga ke tahap gelaran syaiton, penghinaan kpd hukum hakam islam oleh city carsim, agenda murtad, etc..

    Sila buka mata wahai sahabat2 semuslim saya SEMUA!!!

    BalasPadam
  2. Sila buka mata rakan semuslim saya semua. Adakah PAS masih spt dulu? Adakah pemerintah skrg telah menjadi spt kehendak arwah TGNA hinggakan hampir tiada lg penentangan oleh para pemimpin PAS? Terbuktikah semua tuduhan si pemfitnah di atas. Tidakkah semua tuduhan di atas telah dijawab berkali2 dan si pemfitnah ini biasanya tidak mampu menjawab? Bukankah dia akan mendiamkan diri tanpa menjawab kembali? Kemudian akan sekali lg digunakan isu2 tersebut dgn niat hanya dia dan Allah sahaja yg tahu. Siapa sebenarnya wanrosli ini? Ayuh, nilaikan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara kehendak mutlak arwah TGNA ialah jika UMNO benar-benar sudah mengikut kaedah islam sepenuhnya maka PAS haruslah dibubarkan..

      Soalan aku ialah adakah PAN akan ikut sama dibubarkan jika ianya jadi kenyataan kelak tanpa perlu meminta kebenaran DAP?

      Padam
    2. Anon 9:34,
      PAS bergerak berpandukan Al Quran dan Al Hadis, bukan mengikut kehendak ATGNA, selagi PAS berada dilandasan yang betul selagi itu perjuangan yang dibawa oleh PAS tidak akan luntur, aku yakin ATGNA tidak akan bersekongkol dengan kafirun yang menentang Islam dan juga muslim yang berjuang untuk Pesta Arak dan pesta LGBT.

      Padam
  3. Hanya muslim yang jahil je mengiktiraf kafir sebagai pemimpin.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...