Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Selasa, Julai 22, 2014
[ FAKTA ] Kajian Merdeka Centre: 73% pengadu puas hati tindakan PBT Selangor
SHAH ALAM, 19 JULAI: Kaji selidik yang dijalankan badan kajian bebas, Merdeka Centre menunjukkan 73 peratus penduduk Selangor yang aduannya diambil tindakan berpuas hati dengan prestasi pihak berkuasa tempatan kawasan masing-masing berbanding 25 peratus tidak berpuas hati.
Kajian membabitkan 895 responden yang aduan mereka sudah diambil tindakan oleh PBT itu juga menunjukkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencatatkan tahap kepuasan tertinggi dengan 83 peratus, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dengan masing-masing 78 peratus dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), 71 peratus.
Manakala, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) memperoleh tahap kepuasan 70 peratus; Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), 69 peratus; Majlis Bandaraya Shah Alam, 68 peratus dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 65 peratus.
Sementara itu, secara keseruhan, 54 peratus daripada 1,648 respoden yang pernah membuat aduan mengatakan aduan mereka sudah diambil tindakan dan berjaya diselesaikan.
Sebanyak 34 peratus lagi sama ada tidak tahu status aduan mereka atau tiada tindakan diambil dan tidak diselesaikan PBT terbabit.
Manakala, 11 peratus lagi menjawab PBT sudah bertindak ke atas aduan mereka tetapi tidak menyelesaikan masalah yang dikemukakan dalam aduan yang dibuat kepada PBT itu.
Kajian itu juga menunjukkan daripada 1,648 aduan yang dibuat, 23 peratus daripadanya berkisar isu pengurusan sampah, 12 peratus isu sistem pengaliran bermasalah dan 11 peratus berkenaan isu haiwan berkeliaran.
Selebihnya, 36 peratus berkisar penebangan pokok dan pembersihan rumput (10 peratus), kerosakan jalan raya (7 peratus), kerosakan lampu isyarat (7 peratus), kerosakan infrastruktur dan kemudahan awam (5 peratus), kekurangan tempat pakir (3 peratus) dan masalah peniaga serta masalah demam denggi masing-masing, dua peratus.
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...