Banyak pihak yang melenting apabila SAMM secara konsisten mendedahkan
bahawa ekonomi Israel telah dibantu dan diperkasa oleh sebuah negara
islam munafik bernama Malaysia. Namun sehingga hari ini belum ada
dakwaan terhadap SAMM di atas pendedahan yang dibuat.
Jika SAMM membuat tuduhan melulu tanpa fakta dan bukti, kerajaan
Malaysia harus mengambil tindakan undang-undang demi membersihkan nama
negara.
Paling menonjol di antara pelbagai pendedahan ialah berkaitan dengan penghantaran minyak sawit mentah ke Israel.
Ini
kerana kita adalah pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia,
pengeluar nombor dua ialah Indonesia yang juga sebahagian besarnya
dimonopoli oleh syarikat dari Malaysia. Apatah lagi bila memikirkan
rangkaian Felda adalah pengeluar utama, konglomerat milik melayu.
Apakah ini bermaksud Felda secara langsung telah menjana ekonomi
Israel dengan penghantaran minyak sawit mentah? Tidak! Felda hanya
mengeluarkan sawit sahaja, manakala yang berurusniaga hingga ke Ashdod
itu adalah syarikat lain namun ia dibenarkan berlaku tanpa sekatan.
Itulah sebabnya jika anda menuduh Felda menjual minyak sawit mentah
ke Israel, pastinya anda akan disaman. Pokoknya, melayu keluar sawit,
akhirnya sampai ke Israel. Tahniah!
Mereka cuba memberi alasan kononnya minyak sawit ini hanya ‘tumpang lalu’ di pelabuhan Ashdod sebelum dihantar ke Pelestine.
Ini diakui sendiri oleh Mukhriz ketika menjadi timbalan menteri MITI
melalui akaun twitternya yang berbunyi “Benar kerana minyak sawit yg
diexport ke Palestin terpaksa dihantar melalui pelabuhan Ashdod,
Israel.”
Pertama, apakah dunia nak kiamat apabila Israel begitu baik hati
membenarkan pihak Palestine ‘share’ pelabuhan mereka? Kedua, apakah ada
industri sawit besar di Pelestine apabila sawit mentah yang dihantar itu
berjumlah satu kapal kontena (lebih 100tan metrik sekali penghantaran) ?
Malah yang terbaru sekali ketika Israel mengebom Gaza, penghantaran
minyak sawit mentah dari pelabuhan Tanjung Pelepas pada 3 Julai lalu
telah sampai ke Pelabuhan Ashdod tepat pada hari ini (21 Julai) mengikut
jadual. Tanpa rasa sensitif urusan dagang diteruskan walaupun Gaza
dibedil, ini meniaga cara Malaysia.
Minyak sawit mentah dengan jumlah yang besar ini sebenarnya
diperlukan oleh industri Israel. Tidak banyak negara yang berdagang
dengan Israel maka mereka perlukan bahan mentah seperti minyak sawit
untuk produk keperluan seperti minyak masak, bahan makanan (aditif)
pembuatan, bahan kosmetik, ubatan dan vitamin, krimer dan banyak lagi.
Jumlah penghantaran yang kerap ini juga bukan sahaja cukup untuk
kegunaan domestik Israel, tetapi menyebabkan Israel mampu memasarkan
semula minyak sawit yang telah ditransformasi kepada pelbagai bahan
keperluan ke negara serantau seperti mana pengedaran kurma buatan
Israel. Ia sekaligus menjana ekonomi Israel untuk membeli peluru yang
membelah dada anak Palestine.
Hakikatnya, Israel akan jauh lebih lemah tanpa minyak sawit mentah
yang dihantar oleh Malaysia. Sedar atau tidak, kita sudah menghantar
nyawa kepada zionis Israel, maka mengapa perlu pergi jauh untuk
berjihad?
* Edy Noor Reduan adalah Aktivis Blogger dan Pengarah Propaganda SAMM
sk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...