Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 22, 2014

[ Berita Hot Terkini!! ] NI JAWAPAN MB SELANGOR KEPADA PEMIMPIN PKR..HA HA HA HA...

mb3728a543b477098a4848e499317bdbbd_XL

SHAH ALAM, 22 JULAI : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, namun mengingatkan ia perlu mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Katanya beliau berpegang teguh kepada enakmen berkenaan yang menetapkan tatacara khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar Selangor.

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses itu berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.


Abdul Khalid turut berharap supaya rakyat Selangor tidak terpengaruh dengan berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana negeri ini mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Pada masa sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri,” katanya lagi.

Kenyataan penuh klik di sini

sk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...