KUCHING
24 JAN: Angkatan Muda KEADILAN Sarawak menggesa Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat harta kekayaan Ketua Menteri Sarawak,
Tan Seri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya yang berjumlah lebih RM60
bilion.
Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh berkata, ratusan laporan
polis dan SPRM dibuat, namun tiada satu pun siasatan dan tindakan
diambil.
“Jika benar kedua-dau jabatan itu badan bebas rasuah dan
berintegriti, maka mereka harus bertindak segera,” kata Zulhaidah dalam
kenyataan.
Sebelum ini, seorang akauntan bertauliah Andrew Heng, 39, mendedahkan
anak lelaki Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mempunyai
kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang
berpangkalan di California.
Perkara itu diketahui ketika pendengaran tuntutan harta sepencarian
isteri Bekir, Shahnaz A Majid dalam tuntutan perkahwinan RM100 juta,
ekoran penceraian mereka.
Kata Zulhaidah (gambar)
kekayaan keluarga Taib tidak mungkin diperolehi tanpa manipulasi hasil
bumi selama 30 tahun oleh kedudukan Ketua Menteri yang paling lama
berkuasa di Malaysia itu.
“Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.
“Pendedahan demi pendedahan dibuat Sarawak Report berkenaan Taib
Mahmud dan keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum
balas.
“Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun anak-anak
beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan
mengaut hasil negeri.
“Sebaliknya kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan
tanah adat rakyat negeri ini untuk mengisi kantung dan perut keluarga di
kala rakyat sedang merintih sengsara,” kata Zulhaidah.
KeadilanDaily
Macam statement gua jer nilaian harta Taib dan keluarga...
BalasPadam