SHAH ALAM 25 JAN: Hutang sebenar negara dijangka meningkat daripada
RM529.2 bilion pada September lalu kepada jumlah hutang semasa yang
mengatasi 55 peratus paras siling hutang yang dibenarkan daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Naib
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, berkata
anggaran ini dibuat berdasarkan tindak-tanduk Kerajaan Pusat yang sejak
mutakhir ini yang masih terus membiayai projek mega yang dijalankan
syarikat kroni mereka termasuk projek Mass Rapid Transit System (MRT).
“Ini tidak termasuk hutang halimunan yang kita tidak tahu entah
berapa. Cuma kita tahu hutang negara termasuk hutang luar jangka sebelum
ini sudah mencecah 69 peratus dan sekarang kemungkinan besar sudah
mencapati 70 peratus daripada KDNK.
“Projek MRT sahaja sudah mencecah RM60 bilion yang kebanyakkannya
ditanggung kerajaan walaupun pada awalnya dikatakan akan dibiayai pihak
swasta,” kata Nurul Izzah ketika ditemui Selangor Kini dalam Program
Hormat Diri Anda anjuran Exco Hal Ehwal Wanita Selangor.
Keadaan
kerajaan yang digambarkan dalam keadaan terdesak ini disahkan lagi
dengan tindak-tanduk kerajaan sejak akhir- ini semakin giat memotong
subsidi untuk rakyat seperti menaikan harga petrol dan tarif elektrik.
Terdahulu dalam satu temubual bersama Selangor Kini, Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata Kerajaan Pusat dijangka mengambil
langkah drastik sekiranya pertumbuhan hutang negara mengatasi 55 peratus
daripada KDNK.
Langkah itu diambil bagi memenuhi syarat sekiranya kerajaan
memutuskan membuat pinjaman baru dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF) mahupun syarikat kewangan antarabangsa lain.
Antara syarat lazim dikenakan kepada negara yang berhadapan bebanan
hutang seperti mana dialami Greece, Sepanyol, Iceland, Rusia dan
Argentina, mengurangkan jumlah kakitangan awam dan memotong gaji kaki
tangan awam yang masih berkhidmat.
Selain itu negara-negara tersebut juga terpaksa memutuskan sama ada
memperkenalkan cukai baru atau menaikkan cukai sedia ada sehingga
melambung tinggi bagi tujuan mendapatkan dana bagi membayar semula
hutang dan menjana semula dana negara.
EZY
Selangorkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...