KOTA
KINABALU 24 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan
hadir ke sambutan Maulidur Rasul KEADILAN Sabah bertempat di Pejabat
KEADILAN Sabah di Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang,
Kota Kinabalu.
Program tersebut bermula jam 7 pagi, Ahad 26 Januari ini turut akan dihadiri Ketua Pembangkang Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.
Anwar akan menghadiri masjlis pertemuan bersama pemimpin Pakatan
Rakyat Sabah di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu sejurus selepas program
Maulidur Rasul.
Manakala
sehari sebelumnya, iaitu pada hari Sabtu, 25 Januari, Anwar akan
menyampaikan ceramah di Program Kebangkitan Rakyat di kawasan Kadaiaman,
Kota Belud kira-kira jam 4 petang.
Pada sebelah malamnya, Anwar akan menghadiri jamuan makan malam bersama ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...