KUALA
LUMPUR 9 JAN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru
sarjana Islam bekerjasama lebih erat dengan universiti Oxford dan
Cambridge demi kemanusiaan sejagat.
Kata Anwar, tidak ada percanggahan di antara intelektual barat dengan
pemikiran tamadun Islam, bahkan masing-masing berperanan mengangkat
martabat kemanusiaan melalui tradisi keilmuan.
“Sebab itu antara perhatian saya kepada sarjana Islam adalah keperluan melakukan reformasi pendidikan tinggi.
“Universiti Oxford dan Cambridge antara pusat keilmuan yang
berperanan menyumbang kepada idea dan intelektuali. Tidak ada
percanggahan nilai.
“Melalui pendidikan, orang Islam dan bukan Islam dapat meningkatkan
kefahaman demi kemanusiaan sejagat,” kata Anwar dalam pertemuan bersama
ahli Oxford & Cambridge Society Malaysia di Bankers Club, malam
tadi.
Dalam program tersebut, Anwar diperkenalkan sebagai pensyarah tamu
yang pernah mengajar di St Antony’s College, Universiti Oxford diantara
tahun 2005 hingga 2006.
Dalam sesi dialog tersebut, Anwar turut mengulas pengalaman
negara-negara Asia berhadapan isu rasuah, tatakelola kerajaan dan
usaha-usaha pendemokrasian di kalangan negara-negara membangun.
“Ya, kita mengakui ada beberapa kelemahan. Terutamanya berkaitan
dengan isu rasuah, ketelusan dan tatakelola kerajaan. Berbanding di
Amerika Syarikat dan United Kingdom yang telah wujud dan kuat institusi
ketelusan dan akauntabilitinya,” kata Anwar.
Beliau turut mengupas kandungan bukunya, The Asian Renaissance
(Gelombang Kebangkitan Asia) yang menekankan tentang nilai Asia dan
persediaannya berhadapan dengan etika barat.
“Justeru, sekarang adalah masanya untuk kita (masyarakat Timur)
menyatakan pendrian tentang usaha pendemokrasian. Dan hal ini juga
adalah perkara-perkara asas mengenai kebebasan,” kata Anwar.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...