KUALA
LUMPUR 10 JAN: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ketua
Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Azmin Ali,
Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin dan tiga yang lain
dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengambil bahagian dalam
perhimpunan Bersih 3.0.
Hakim Ahmad Bache membenarkan permohonan peguam untuk menggunakan
penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa perintah majistret yang
melarang perhimpunan tersebut adalah tidak sah.
“Asas
tuduhan adalah mengenai perintah tersebut. Kami dapati bahawa tuduhan
itu kini tidak berasas,” kata Hakim Ahmad Bache mengarahkan mereka
dilepas tanpa dibebaskan.
6 Januari lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara mengenepikan
arahan Majistret Kuala Lumpur. Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan
Bersih 3.0 pada 28 April 2012, di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Linton Albert mempertimbangkan
perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan Timbalan Presiden
KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...